Wednesday, August 31, 2005

Menarik minggu ini



URBAN KOREA FESTIVAL FEATURING KANGTA

DATE / TIME
3rd September 2005, 10.30am - 8pm
VENUE
Multipurpose Hall, 7F, KL Sogo
TICKET PRICE
RM 50 - Full Access to All Programs
RM 15 - All Programs EXCEPT KANGTA's Fan Meeting

KANGTA 1st Fan Meeting in Malaysia ~ Q & A,Handshaking Session (*)

Full-length Movie Showcase : (II Mare) ~ Winner of the Audience Award, The Jury Prize, The Critics'Prize, and the Young Jury's Prize (Starring - Jeon JiHyun from "My Sassy Girl", Lee ChongJae)

Kpop Singing Contest : Finals ~ Judges : SM Entertainment, Tower Records, Red Box, Kpop Kingdom, etc

Korean Bazaar ~ Food & Beverages, Kpop Albums, Movies & Drama, Kpop Merchandise,
Rare & Exclusive Items and more

Exclusive message clips from Korean Stars to Malaysian fans

Uran Korean lifestyle footage

Lucky Draw (**) ~ Win KANGTA, BoA, TVfXQ etc auographed CDs, popular movies and dramas VCDs and more!

First 200 people to enter the event will receive coplimentary gifts from Hype! magazine etc!

All Kpop Kingdom Card holders will receive a cash voucher from Red Box Ria!

* To shake hands with KANGTA, fans will have to present his latest album (Persona) & Kpop Kingdom Card (***)

** Lucky Draw is only applicable for those who obtain the RM50 ticket

*** Kpop Kingdom Card is only for official Kpop Kindom members. Apply from Kpop Kingdom

Gt your tickets NOW!!
Click on http://www.kpopkingdom.com for further details on the event.

kelab seni filem malaysia
presents


INDIE HALO-HALO

a weird weekend of recent (and not-so-recent) filipino indie flicks mixed and matched by mervin espina september 2 to 4 @ HELP university college, pusat bandar damansara , kuala lumpur enquiries: 012-2255136

read more...

FIM Asia Road Racing Championship - Round 4


Place: Sepang International Circuit
Date: September 2 to 4

read more...

Tuesday, August 30, 2005

Cak Nur dalam kenangan- Al Fatihah


Daripada JIL

Noted Muslim intellectual Nurcholish passes away at 66

JAKARTA (JP): Noted Muslim scholar Nurcholish Madjid died on Monday at the age of 66.

Cak Nur, as the intellectual was known, had been admitted to Pondok Indah Hospital in South Jakarta on Aug. 15 in a critical condition.

read more…]

Cak Nur Wafat- Tempo
Berita Foto: Cak Nur Meninggal Dunia-Kompas

Reviu filem bebas di The Sun

FOR Red Communications Sdn Bhd managing director Lina Tan (pix, left), making the movie Gol & Gincu stemmed from a desire to make a film about women and sports that would challenge the stereotypical images of women in Malaysian film.

She also wanted a movie that would have social issues as an underlying theme while at the same time be entertaining and appealing to the mass audience.

read more…]

Saturday, August 27, 2005

Aktiviti menarik sempena Merdeka

Diskusi Intelektual ODC: Demokrasi & Kontrak Sosial dalam Konteks Kemerdedekaan

Open Dialoague Centre (ODC), sebuah pusat yang dediakasikan untuk anak muda, sempena sambutan kemerdekaan yang bakal tiba, menjemput Tuan ke majlis seperti berikut:

Tajuk: Diskusi dan Konstrak Sosial dalam Konteks Kemerdekaan
Panelis Jemputan: Khalid Jaafar, Pengarah Eksekutif Insitut Kajian Dasar (IKD)
Slot: Waacana Intelektual ODC
Tarikh: 29 Ogos 2005 (Isnin)
Masa: 8:00 - 10.00 malam
Tempat: 14, Lorong Dungun, Damansara Heights, KL

Dalam majlis ini, diskusi akan difokuskana kepada falsafah kemerdekaan dan kebebasaan,kontrak sosial antara waraganeagara-negara dan baagaimana kemungkinan ruang demokrasi yang lebih besar di rantau ini boleh beralaku.

Diharap maklumat ini dapat disebar-sebarakan. Masuk percuma.

Maklumat lanjut hubungi saya (0173283260) atau Fara (0122401788).

Sekian. Teraima Kasih.

Yang Benar.

JIMADIE SHAH OTHMAN
Pegawai Proagram
Open Dialogue Centre

FUCK MErDE-ka NITE
@ UBU Space’s Rooftop, KL
Tuesday, 30th August 2005

FUCK MErDE-ka NITE
from: Hishamuddin Rais

FUCK MErDE-ka NITE

YOU ARE NOT MERDE-HEKA IF YOUR BrAIN IS NOT FULL OF COCAINE
YOU ARE NOT MERDE-HEKA IS YOUR VEIN is NOT ALCoholic
You are not even a talawi poseurs trying to spell fouko
You are not even a third rate punk
You think you are cool because u smoke dope; fuck my man its been done a million times ago
You think u are cool because u study multimedia at fuckshit from lim cock wank
You think u are cool becasuse u baca pusi di rumah pena
You think u are cool because u knew someone at a crap tv station called astro
MUSTURBATE n DROWN THE STATE

YOU ARE COOL IF U ARE EVER dare to walk 2 KILOMETERS FROM UBU
YOU ARE COOL IF U once heard the sounding name of UBU
YOU ARE COOL IF u had ever read something about UBU
YOU ARE COOL IF u knew someone who has been to UBU
YOU ARE COOL IF u knew someone had an affair with someone from UBU
YOU ARE COOL IF u heard from someone that someone from UBU said that u are stupid creep
YOU ARE COOL IF someone who knew someone from UBU said that u are ok
YOU ARE COOL IF u really knew someone have been fuck by someone from UBU
YOU ARE COOL IF someone from UBU ever told u that u looks sexy
CONSIDER YOURSELF COOL if someone from UBU had given u a desireable look
CONSIDER YOURESELF COOL if someone from UBU try to chat u up
CONSIDER YOURSELF COOL if someone from UBU try to date u OUT
U ARE THE COOL IF u Have BEEN FUCKED by someone from UBU

YOU ARE COOL if u are INVITED TO FUCK MErDE-ka 2005

TUESDAY 30 OGOS 2005
TIME 9.00 pm; till u find someone to go to bed with (if u are laki)
PLACE : UBU ROOF TOP MALAYSIAKINI BANGSAR UTAMA

2 bands from Singapore
The Usual Suspects
Part Time Punks
Kecik Brahim n His small DILDO
Kucailana
Farming House
PAUL LAU n TUGU PERCUSSIONS
Man Jambu, Rahmat Haron, Pijan with SEXUALI DEPRIVED BAND
MIOR
ADDIe n TE SEKTRAL MARKET BOYS
DR.WAN ZAWAWI

SPECIAL JEMPUTAN; 2 penyanyi Orang Buta dari Brickfields
Sharaad Kuttan n THE WHINGERS
And and many many more

NOTE: Sayor and Shafiq will kencing on farid
Phone: 012-243-84-06

Klik di sini untuk maklumat lanjut

Thursday, August 25, 2005

Pergelutan antara dua wajah Islam...

Oleh Fathi Aris Omar

“A spectre is haunting the Europe – the spectre of communism. All powers of old Europe have entered into a holy alliance to exorcise this spectre: Pope and Tsar, Metternich and Guizot, French Radicals and German police-spies” – Karl Marx dan Friedrich Engels dalam Communist Manifesto (1848)

Tradisi boleh menjadi berhala – suara ‘kebenaran’ yang dikuduskan sebagai tidak boleh dipertikaikan lagi. Campurtangan manusia dalam tafsir agama akhirnya ghaib entah ke mana, semuanya diperkirakan sudah beres dan mantap. Semuanya abadi seakan-akan wahyu.

Tetapi tidak semua aktivis dan pemikir Islam melihat agama seperti ini. Ada Islam ‘yang lain’, yang belum tuntas, yang bermasalah, yang menyimpan kontradiksi dan paradoks, dengan realiti manusia hari ini. Wacana-wacana tradisi dijungkir balik, disemak dan dikritik. Agama diusung ke ‘bengkel idea’ atau ‘makmal wacana’. Proses ini boleh dianggap berfikir dengan niat ijtihad walau mungkin tidak seketat syarat-syarat berijtihad yang lazim difahami.

‘Mempermasalahkan Islam’ bukanlah ungkapan dan kegiatan yang disenangi di Malaysia atau di negara-negara yang konservatif. Di negara-negara konservatif ini, agama dianggap sudah selesai, hanya tunggu kuasa negara dan pelaksanaannya sahaja. Tiada tekad politik yang menyebabkan Islam gagal ditegakkan secara syumul (sepenuhnya) di sini.

Masalah Islam bukan kelemahan teori atau isu kecacatan idealisme tetapi halangan di ruang amali. Hanya menunggu masa untuk diterapkan sepenuhnya, atau perlahan-lahan, dalam kerangka Islamisasi negara dan birokrasinya. Inilah paradigma ‘Islam tanpa masalah’. Jika ada masalah-masalah baru, kontemporari, kita kembali kepada tradisi.

Jawapannya sudah tersedia ada di sini (tradisi) kerana khabarnya ‘agama itu telah disempurnakan’, yang akhirnya membiakkan campur aduk antara wahyu dengan akal manusia (tradisi). Kenapa ramai orang yang konservatif dan tradisionalis itu bersandar pada tradisi?

Bersembunyi di sebalik tradisi menyeronokkan dan memberi ‘rasa aman’, rasa ‘beres’ dan ‘selesai’. Sikap ini sesuai untuk dua jenis manusia sahaja: (a) jahil dan fanatik dengan masa silam, (b) malas membaca, mengkaji, berfikir dan berbahas ilmu-ilmu baru. Fikiran yang tidak bergerak atau tidak luas cedukan pengetahuannya akan berkubu di sini. Kedua-duanya (a) dan (b) saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Tetapi, sekali lagi, sikap beragama popular seumpama ini di Malaysia tidak disepakati di negara-negara lain atau di kalangan beberapa kumpulan aktivis dan pemikir Islam di serata dunia Islam, termasuk di negara kita. Golongan ini percaya, idealisme dan fikih (kefahaman) agama sekarang memang ada masalah yang belum tuntas, enggan diselesaikan atau jawapan yang sedia (tradisi) kurang memuaskan – beginilah lantai berhujah aliran ‘Islam itu bermasalah’.

Islam hitam putih

Sementara dalam paradigma ‘Islam tanpa masalah’ seperti di negara kita, agama dianggap mempunyai satu versi yang kukuh. Tradisi ilmunya mantap dan mengkagumkan. Islam tidak ada mazhab berfikir atau variasi (seolah-olah). Kenisbian pengalaman beragama tidak mungkin ada atau tradisi itu semuanya wahyu (kononnya), bukan mengandungi juga unsur-unsur produk akal dan produk budaya. Islam sentiasa homogen dan monolitik. Sekiranya ada perbezaan dalam isu-isu tertentu, semuanya itu isu ranting dan masih dalam kategori versi ‘Islam yang tunggal’ dan mutlak.

Oleh itu, umat Islam mesti diseragamkan dengan kefahaman ini. Tidak boleh ada sebarang pembaharuan atau idea lain. Tidak ada sisi lain agama, atau Islam ‘yang lain’ lagi. Semua baku dan piawai. Jika ada, harus diisytiharkan ‘sesat’ (kalaupun tidak murtad) dan diuar-uarkan mara bahaya ini, kononnya, kepada orang ramai.

Menganut paradigma ‘Islam tanpa masalah’ ini, atau sebut sahaja ‘Islam hitam putih’, mengundang masalah lain pula – ia pantang dicabar dan dipertikaikan. Ia sering dihantui jalur-jalur pelangi ragam tafsir yang rencam. Ia rimas mendengar riuhnya diskusi bersama simpang perenang idea di ‘makmal wacana’.

Aliran ‘Islam tanpa masalah’, walau mereka itu majoriti dan kukuh sekali hegemoninya, sentiasa berada dalam kebimbangan diasak oleh tafsir-tafsir tandingan (counter-discourse) walau kecil, di seberang laut atau belum tentu berpengaruh. Contoh paling klasik, kepercayaan Syiah (atau, di kalangan mereka yang lebih jahil, mazhab fekah selain Syafi’e) yang sering mengecohkan umat Islam negara kita.

Entah kerana cemburu, jahil atau taksub, mempertahankan kemapanan sesuatu tradisi rupa-rupanya capek sekali dan ‘tidak ekonomik’, ibarat mempertahankan sebuah empayar kekuasaan yang maha luas. Empayar blok komunis, misalnya. Kemapanan tradisi (atau birokrasi besar, bagi negara) ibarat gergasi yang lembam, gendut, malas, pasif dan mengantuk. Lalat yang berterbangan dianggap ‘musuh’ paling besar!

Soal ‘baru’ dan ‘lama’

Anak-anak muda hanya mengikut dan mewarisi apa-apa yang telah diterokai sejak tiga dasawarsa lalu, 1970-an. Baik atau buruk, maju atau mundur, lemah atau kuat – mereka ikut sahaja seperti seorang pekak dan buta. Apa lagi yang boleh dilakukan oleh generasi muda yang tidak kritis ini selain membenarkan hidung dicucuk?

Sebab itu, bahasa wacananya bahasa lama, tiada kosa-kosa kata baru muncul. Diulang tayang dan dikitar semula yang lama-lama itu kerana pemikiran kelompok sudah membeku. Cara berfikir baru, sisi baru melihat sesuatu (yang lama), pastilah membiakkan bahasa baru kerana paradigma baru tidak mungkin diungkapkan sepenuhnya dengan kosa-kosa kata lama yang mengendong konsep atau sisi pandang yang lama (sedia ada).

Lagipun, apakah orang muda ini tahu menilai perbezaan ‘yang lama’ dan ‘yang baru’ itu? Generasi muda rata-ratanya masih ‘mentah’ – soal ‘baru’ atau ‘lama’ bukan dalam kamus fikirannya. Kecuali digegerkan oleh mereka yang sudah berpengalaman dan jujur melihat realiti sekarang. Tetapi hal itu tidak mungkin disebarkan oleh orang-orang tua dalam gerakan ‘Islam tanpa masalah’ saat ini.

Lucu sekali, kerana sifat mengantuk dan lembam itu, aktivis-aktivis gerakan Islam malas mengiktiraf kelemahan asasi ini – masalah kebekuan dan kerendahan mutu generasi muda mereka sendiri.

Sebab paling utama, takungan ilmu dan budaya berfikir di pusat gerakan ini telah mulai cetek dan kering. Kesedaran agama makin meluas (hal ini mengkhayalkan mereka) tetapi kefahaman Islam kian dangkal dan tidak kompetitif (hal ini tidak disedari) – ibarat sapi yang diperah susunya setiap pagi tetapi tidak diternak dengan makanan berkhasiat.

Di saat ini, di saat gergasi gendut ini sedang mengantuk, tiba-tiba sekawan tebuan (bukan lagi seekor dua lalat) ‘Islam Liberal’ melintas laju di depannya. Mengkagetkan sekali apabila terdengar degungan sekawan tebuan itu – gergasi gendut pun tersentak dan ‘mengamuk’. Kebetulan ‘amuk’ itu memang sifatnya orang Melayu. Mereka bertanya sesama sendiri: “bagaimana sekarang? Islam kini mula dipermasalahkan lagi, sedang kita tidak pernah nampak agama ini ada apa-apa masalah?”

Islam Liberal

PAS apatah lagi, ‘Islam Liberal’ ini digambarkan sebagai lanjutan usaha anti-agama sejak Kamal Attartuk menjatuhkan kerajaan buruk Turki Osmaniah, gerakan anti-hadis dan ‘Islam hadhari’ yang berkonspirasi dengan beberapa yayasan Jerman untuk menyuntik faham liberal di negara ini.

Dalam keadaan terpinga-pinga itu, wacana dan sikap mereka terhadap ‘Islam Liberal’ tidak mungkin adil, wajar dan berimbang. Berlaku adil itu sendiri nanti – walau sangat dianjurkan oleh Islam – akan membuka pekung di dada sendiri. Jika terbongkar sekelumit kebenaran daripada wacana ‘Islam Liberal’ yang mereka perangi habis-habisan itu, maka akan terburai pula satu persatu kepalsuan paradigma mereka.

Penyokong mereka, generasi muda mereka, pasti akan goncang keyakinan – “oh, rupa-rupanya Islam itu belum beres, masih ada isu dan persoalan belum selesai.” Kotak Pandora ini, marilah kita kunci ketat-ketat dan diam-diam.

Inilah padah kepada mereka yang berselingkuh dengan propaganda selapis tentang agama, dengan nilai hidup beragama di Malaysia yang konservatif, tradisional dan tidak demokratik. Inilah padah apabila takungan pemikiran di pusat gerakan-gerakan Islam Malaysia mendekati musim kemarau. Mereka tidak sempat menggali perigi-perigi baru atau mendalamkan sumur sedia ada.

‘Islam Liberal’ dalam wacana mereka yang penuh ghairah, dinamik dan jamak perspektif mungkin sahaja terbabas atau tidak selalu mantap. Pasti ada lubang-lubang kelemahan dan sikap berlebih-lebih. Tetapi memang beginilah sifat wacana yang dinamik dan beragam – mereka sendiri mengiktiraf wujudnya jalur-jalur pelangi dalam beragama. Kelemahan tafsir adalah proses pembudayaan yang subjektif dan nisbi.

Namun, siapa yang boleh menyatakan bahawa semua isi wacana mereka ini ‘palsu’ secara totok sehingga tidak meninggalkan saki-baki kebenaran wahyu? Semua wacana itu suara “pendakwah di pintu neraka” yang mengambil ilham “orientalisme” dan idea “Kamal Attartuk” untuk “menyenangkan Amerika Syarikat”?

PAS, Abim dan JIM mengajak umat Islam, sekali lagi, bermain di padang propaganda dangkal, sejalur dan sepihak seumpama ini. Nampaknya mereka sengaja melambat-lambatkan proses mencari takungan ilmu baru daripada sintesis kreatif, antara dua ekstrem liberal dan fundamentalis yang sedang bergolak itu.

Bersediakah kita kehausan? Lambat laun, jika permainan sepihak diteruskan juga, umat Islam akan sedar bahawa bangkai gajah tidak mampu ditutup dengan lalang.

Tangan-tangan konspirasi

Untung propaganda PAS, JIM dan Abim buat masa sekarang kerana masih ramai anak muda tidak membaca dengan mendalam dan kritis, tidak merujuk sumber-sumber luar, dan masih percaya pada kata-kata manis gerakan agamawan.

Jika hal yang sebaliknya terjadi, bagaimana pula reaksi-reaksi wacana JIM, Abim dan PAS?

Kempen gerakan-gerakan Islam di Malaysia sekarang mengingatkan penulis ini pada ayat al-Qur’an: ana khairu minhu, khalaqtani min nari wa khataqtahu min tin – wacana ‘bertanduk’ untuk bersikap ‘besar kepala’ melulu!

Sama seperti dugaan Marx dan Engels sewaktu mereka berhasrat melancarkan manifesto itu dalam enam bahasa Eropah. Yakni, kuasa-kuasa tradisi (yang buruk dan kotor itu) mula rasa tercabar dan menentang pembaharuan idea!

Tidak seperti di negara kita, di Indonesia pendukung paradigma ‘Islam itu bermasalah’ bukanlah mereka yang tidak tahu berbahasa Arab sama sekali atau tidak pernah melalui tradisi keilmuan Islam. Pendek kata, mereka tidaklah boleh dianggap tidak akses kepada tradisi fikir agama seperti aktivis bukan agamawan di Malaysia (saat ini).

Di Indonesia, mereka menguasai (atau, cuba menguasai) kedua-dua wacana keilmuan sekali gus, agama dan disiplin kontemporari Barat. Dengan paduan inilah, mereka menyuarakan paradigma ‘Islam itu menyimpan paradoks’ dengan perkembangan semasa. Mereka mempertikaikan tradisi dan tafsir ‘orang-orang suci’ agama.

Mereka berjaya menghidu ada tangan-tangan konspirasi untuk membekukan (dan membakukan) fikiran agama yang nisbi. “Pemberhalaan teks dan pengabaian realiti,” kata Abd Moqsith Ghazali, penyelaras kajian Jaringan Islam Liberal (JIL), Jakarta.

Mereka nampak Islam tradisi menjadi bidak-bidak catur kekuasaan, negara, segelintir elit dan golongan bourgeois. Agama tradisi tidak menyemak kuasa negara, tidak mempermasalahkan tafsir agamawan, tidak pro-rakyat, tidak demokratik, tidak pro-kebebasan berfikir dan terkurung dalam wacana patriarchy.

Tetapi arus globalisasi dan ledakan pengetahuan itu akan merembes ke sini juga. Jika tidak memadai wacana Islam di Malaysia, buku-buku dan idea-idea dari serata dunia Islam lambat-laun akan singgah di pelabuhan wacana kita juga. Syukurlah semangat zaman ini, zeitgeist, bukan untuk tukang-tukang canang propaganda, tradisi dan kekuasaan.

Sampai bila kita mahu menyekat suara “pendakwah di pintu neraka” yang cuba “menyenangkan Amerika Syarikat” ini? Ketegangan dan kepalsuan yang bagaimana lagi yang kita mahu sebarkan untuk menutup fikiran dan mata umat Islam? - ehsan Malaysiakini.com, 28 Jun 2005

Sumber rujukan:

Komaruddin Hidayat dan Ahmad Gaus AF, ed. (2005) Islam, Negara dan Civil Society: Gerakan dan pemikiran Islam kontemporer, Jakarta: Paramadina

Luthfi Assyaukanie, ed. (2002) Wajah liberal Islam di Indonesia, Jakarta: Jaringan Islam Liberal

Nasr Abu Zayd (2004) Rethinking the Qur’an: Towards a humanistic hermeneutics, Utrecht: Humanistics University Press

Tulisan ini asalnya diterbit di dalam Ummah Online (22 Julai 2005). Ia diterbitkan semula di sini dengan izin penulisnya. Beliau dapat dihubungi di fathiaris@yahoo.com

Sila klik di sini untuk membaca artikel Fathi Aris Omar di laman web Ummah Online

Wednesday, August 17, 2005

Bangga sebagai rakyat Malaysia

Sumber; Utusan Malaysia

Gerak sepenuh tenaga -- Malaysia mesti hadapi apa jua cabaran ke arah jadi negara maju 2020 - PM
Pakar tertarik guna `kejutan positif' majukan negara
Kesungguhan Malaysia dikagumi

Menjadi rakyat Malaysia merupakan suatu kebanggaan walaupun masih begitu banyak ruang yang negara dan rakyat perlu perbaiki dan pertingkatkan. Membuat bising dan melahirkan rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku di negara ini tidak menjadikan aku merasa sakit dan menyampah terhadap Malaysia.

Itu sudah tentu kerana negara dan kerajaan adalah dua entiti yang berasingan. Namun itu tidak bermakna pula aku tidak bersyukur kepada pimpinan kerajaan yang sejak dari merdeka diketuai oleh Barsian Nasional (dahulu Perikatan). Pelaksanaan dasar yang cemerlang dan sikap pemimpin yang memandang ke hadapan dan progresif seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr Mahathir amat menyumbang kepada pembinaan negara ini.

Walaupun di dalam proses itu terdapat banyak sisi negatif seperti diskriminasi kaum, rasuah, hak asasi disekat, penindasan terhadap rakyat marginal dan banyak lagi yang mana kita harus perjuangkan sehingga ke akhirnya. Juga tidak dilupakan isu kontrak sosial dan relevansinya dengan pembinaan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu. Namun begitu jangan kita sampai melupakan jasa-jasa yang telah ditabur oleh pimpinan kerajaan, buka mata dan beri kritikan yang membina, lawan tetap lawan tetapi haruslah bersikap objektif dan rasional.
Kontrak Sosial

Terkini daripada blog Jeff Ooi, klik di sini
Social Contract: 'Utusan got the context wrong'- Jeff Ooi blog
Kontrak Sosial Kekal Relevan Sampai Bila-bila, Kata Ghani- Bernama

"Gerakan is not pioneering a new movement or creating a new community of ‘Bangsa Malaysia’. We believe that intrinsically, deep down the heart of all Malaysians, they cannot find any explicit reason to reject this proposition. A journey of a thousand miles must start with a first grand step. It is time that we examine how far we have travelled and the direction we are taking after almost 50 years of independence"- Dato’ Seri Dr Lim Keng Yaik, President, Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

Click here for historical perspective to the so-called 'social contract'

Tuesday, August 16, 2005

World Badminton Championships



Laman web rasmi kejohanan
Laman web IBF

Lupakan sebentar isu Lim Keng Yaik dan kenyataannya, jom bersama-sama menyokong dan mendoakan kejayaan pemain badminton Malaysia yang sedang bertanding di Kejohanan Badminton Dunia di Los Angeles. Aksi badminton yang terhebat bermula suku akhir jika tidak silap saya boleh disaksikan di saluran Supersport @ 80 Astro.

Pada aku, ahli sukan dalam beberapa keadaan lebih wajar diberi perhatian berbanding politikus yang cakap berbelit-belit. Go Chong Wei, Hafiz dan rakan-rakan! Malaysia Boleh!
Terkini! Keng Yaik buat u-turn? salahkan media? Berani la sikit Datuk Seri

Sumber: Utusan Malaysia

Keng Yaik jumpa PM esok perjelas isu kontrak sosial

ALOR STAR 15 Ogos - Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi esok bagi memberi penjelasan mengenai kenyataannya berhubung isu kontrak sosial antara kaum.

Sambil menafikan ada mengeluarkan kenyataan supaya kontrak sosial antara kaum di negara ini dihapuskan, beliau berkata, akhbar Utusan Malaysia menyalahtafsirkan kenyataannya itu sehingga menimbulkan kekeliruan.

read more…]


Apapun, berikut adalah kenyataan yang menarik daripada beliau yang disiarkan di NST;

"How do you expect non-Malays to pour their hearts and souls into the country, and to one day die for it if you keep harping on this?

"Flag-waving and singing the Negaraku are rituals, while true love for the nation lies in the heart," he said after chairing the Gerakan central committee meeting here today.

He said it was important that leaders of political parties realise the context in which the social contract was forged.

"Back then, you could have said it and people like my father would have understood as he had been granted citizenship.

"But the younger generation, like my son, who gained his citizenship by virtue of being born here, views citizenship as a right and not a privilege that was granted.

"So you cannot just go on bringing it up to spite the non-Malays, as the context has changed," Dr Lim said
.

Monday, August 15, 2005

Reaksi UMNO terhadap gesaan Keng Yaik

Lupakan formula kontrak sosial antara kaum - Keng Yaik

Sumber: Utusan Malaysia

Kontrak sosial: Kenyataan Keng Yaik bercanggah Perlembagaan Persekutuan

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan tindakan Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik yang mempertikai kontrak sosial antara kaum sebagai menentang Perlembagaan Persekutuan.

Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sebagai menteri kanan dan pemimpin parti anggota komponen Barisan Nasional (BN), Keng Yaik perlu lebih rasional.

read more…]

P/S: Anak-anak muda melayu, cina, india dll yang apathy, hedonis, kuat agama, rasis, workaholic, mat rempit dsb...sila bersuara, beri pandangan kita sebagai generasi muda pewaris negara Malaysia (bukan Tanah Melayu)
Jom tonton Gol & Gincu!


Gambar dari laman Gol & Gincu

Sumber; Blog Nizam Zakaria

Jika anda perlu membuat pilihan samada untuk menonton Ungu Violet atau Gol & Gincu , pastikan anda tonton Gol & Gincu. Gol & Gincu adalah sebuah filem yang menghiburkan yang diwarnai dengan persoalan-persoalan berat yang akan membuat kita berfikir. Elakkan dari menonton filem seperti Gila-Gila Pengantin Popular SAMA SEKALI. Anda boleh melakukan sesuatu untuk melestarikan lagi industri filem kita dengan hanya menyokong filem-filem bermutu dan memberi mesej kepada taukeh-taukeh filem bahawa kita tidak mahu disogokkan lagi dengan filem-filem sampah! Bersama-sama kita pasti akan dapat melakukannya! (anda juga boleh melakukan sesuatu dengan merekomenkan filem Gol & Gincu di laman/blog anda sendiri!)

Baca ulasan filem Gol & Gincu di laman Sultanmuzaffar, Afdlin Shauki, Midnight Lily's, Suani, Jaime, Jeff Ooi dan Danny Foo.

P/S: aku sudah menonton kedua-dua filem ini sekali kerana aku tidak mampu untuk mengenepikan sama sekali filem lakonan Dian Sastro. Namun begitu aku memilih menonton GNG terlebih dahulu sebelum diikuti dengan Ungu Violet. Jika ingin benar menonton Gila-Gila Pengantin Popular, silakanlah kerana itu adalah hak masing-masing tetapi jika boleh tangguhkanlah sehingga tayangan di hari raya atau terjumpa vcd yang dibeli oleh rakan atau saudara mara.
Kisah dua pucuk surat

Oleh Fathi Aris Omar

“…the unconscious is structured like a language.” – Jacques Lacan dalam The Seminar of Jacques Lacan Book XI (1981: 203)

Pada 22 dan 24 Jun lalu, sebuah akhbar internet pembangkang menyiarkan dua pucuk surat dengan tajuk-tajuk ‘Jaga-jaga, saya mahu muntahkan isi hati’ dan ‘Jangan melampau dalam berkata-kata tentang agama’.

Seseorang yang membaca surat ini pertama-tama kali akan kehilangan konteks wacana penulis-penulis surat ini. Untuk cuba menyelaminya, kita harus berfikir jauh dengan sejumlah pengalaman tentang peristiwa-peristiwa politik nasional kebelakangan ini.

Surat-surat ini tidak boleh dibaca sekadar teks tanpa konteksnya (yang subjektif pada pengalaman masing-masing pembaca). Namun, jelas membonjol di permukaan teks itu hasrat psikologi dan situasi fikiran mereka – juga memerlukan masa dan renungan pembaca.

Dua penulis surat ini boleh jadi jujur, terbuka dan berterus-terang menyampaikan isi hati mereka. Tetapi kekaburan konteks dan kehalusan emosi yang tersirat di celah-celah perkataannya menjadikan surat itu seolah-olah satu ‘permainan teka-teki’ yang mengasyikkan (atau menyakitkan?).

Surat pertama di Harakahdaily.net itu disediakan oleh seseorang yang mahu dikenali sebagai ‘Melintang Sesayap’. Untuk penilaian bersama, di sini saya turunkan sebahagian petikannya:

“Namun telah mula bibit cinta kebiadapan di era dunia tanpa batasan dan tanpa pakaian ini. Telah banyak kokokan dan nyalakan nyaring suara sumbing menyoal amalan, kepercayaan dan hukuman agama Islam.

“Ini adalah ‘kawasan larangan’. Sekadar mengintai, menjenguk atau bertanya khabar di ‘kawasan larangan’ atau zon ekslusif tidak mengapa, malah dialu-alukan. Akan tetapi sekiranya ‘kawasan larangan’ ini dilangkau, diterjah, ditebas, dihenyak, dironyok, ditertawakan, dilawak-jenakakan, malah ingin pula menghalang serta menutup ‘kawasan larangan’ ini, pasti ia mengundang amarah yang tak terhingga dan membuak-didihkan di kepala penghuninya.”

Pemilihan kata-kata ini sendat emosi dan pengulangannya yang bertubi-tubi itu – bagi saya – sungguh ‘menakutkan’. Timbul pertanyaan, bagaimana mungkin sejumlah peristiwa politik sejak awal tahun ini (sebagai rangsangan atau stimuli) berjaya mencipta semacam ‘tekanan perasaan’ kepada penulis surat ini?

‘Sasaran geram’

‘Melintang Sesayap’ menyebut dua nama bukan Islam – penulis blog Jeff Ooi dan menteri Lim Kheng Yaik – yang dianggap menyinggung perasaan keagamaannya. Beliau memulakan perenggan-perenggan awal suratnya begini:

“Kalau pak menteri, wakil rakyat, ulama, ustaz boleh tidur lena baguslah. Barangkali kerana empuknya tilam ataupun empuknya wang simpanan. Saya tentu tidak sama mimpi dengan mereka mungkin kerana empuknya kerusi rotan dan lantai parkir di rumah.

“Itu juga barangkali menyebabkan lena saya terganggu kerana kerusi dan lantai itulah ‘bilik tidur’ saya kerana bilik tidur sendiri dihuni oleh isteri dan anak-anak saya. Maklumlah rumah pangsapuri dua bilik. Satu bilik tidur dan satu bilik stor.

“Saya bukan ahli dalam mana-mana bidang, tetapi terasa hati saya ingin memuntahkan isi hati tepat di muka mereka. Tidak tahan lagi saya menahan loya ini. Sudah lama dan makin lama makin memualkan apabila pendapat mereka ini semakin berpanjangan.”

Perhatikan konteks perlambangannya (metafora) yang cukup bertentangan antara perasaan prihatin (dirinya) dan beberapa pihak lain yang dianggap tidak prihatin dalam persoalan ini. Jadi apabila, beliau menyebut ‘pangsapuri dua bilik’, ungkapan ini boleh dilihat secara sasterawi atau harfiah.

Namun, kekuatan kata yang sarat emosi dengan pengulangan yang bertalu-talu dalam satu ayat; perenggan demi perenggan dapat melimpahkan kepada kita (sebagai sasaran komunikasi) gelisah dan tekanan yang sangat dalam: “… saya ingin memuntahkan isi hati tepat di muka mereka. Tidak tahan lagi saya menahan loya ini. Sudah lama dan makin lama makin memualkan…”

Menarik juga diperhatikan dalam surat ini, nama-nama yang dijadikan sasaran kegeraman dan kekecewaan penulisnya diberikan penekanan khusus (ditebalkan hurufnya atau bold), tidak dipastikan sama ada oleh sidang pengarang Harakahdaily.net atau penulis asal suratnya.

Jika berasal dari penulis tersebut, kelihatannya editor akhbar web ini turut bersekongkol dengan sifat kewartawanan tidak profesional dalam memangsakan pihak-pihak yang dijadikan sasaran melepaskan geram.

Kawasan larangan

Kepada dua pihak di kalangan umat Islam pula, ‘Melintang Sesayap’ menulis: “Baiklah kita berpindah pula kepada Sisters in Islam dan Astora Jabat serta juak-juak mereka, yang merupakan rakyat atau penghuni ‘kawasan larangan’ sendiri. Mereka ini juga sedarah se-Islam saya. Sebaka dengan saya dan dilahirkan di ‘kawasan larangan’ ini.

“Kalau mereka ini ingin tahu atau ada kemusykilan tentang agama sendiri atau tidak puas hati tentang amalan agama sendiri, kita alu-alukan pelbagai gelanggang untuk berpencak. Buka bunga dan langkah masing-masing. Tunjukkan kehebatan dan tajamkan senjata (sekiranya ada), bukannya bersilat secara solo dan berpencak secara sendirian.”

Ada unsur Melayu rupa-rupanya dalam luahan rasa keagamaan penulis ini. Ungkapan tentang kepahlawanan Melayu dalam acara berpencak silat mengingatkan kita tentang ‘amuk’, psikologi tertekan apabila kesakitan emosi gagal dikomunikasikan secara lazim. Rasa tertekan itu dapat dijelaskan melalui perlambangannya sendiri: Islam sebagai ‘kawasan larangan’.

Namun, mujurlah dengan menulis atau mengkomunikasikan beban jiwa itu, ia berjaya merawat tekanan perasaannya apabila beliau mengakhiri surat tersebut: “Lega dada rasanya, muntah ini telah saya sembur-keluarkan. Jangan usik saya, saya nak tidur!”

Tetapi hanya ‘Melintang Sesayap’ dapat melelapkan mata, ‘Gayung Bersambut’ dua hari berikutnya (24 Jun) menulis surat dengan nada, rentak dan kesakitan emosi yang sama. Anda tidak salah jika meramalkan dua surat ini dikarang daripada satu jiwa sahaja!

Serangan balas tubi

Untuk penilaian bersama, saya membahagikan surat itu kepada lima petikan di bawah:

Petikan 1: Agama dan cabang-cabangnya apabila dibincangkan secara terbuka memberi ruang kepada orang lain untuk turut serta dalam permasalahan itu. Tidak lupa juga ia memberi peluang kepada orang lain untuk mentertawakan kita. Malah lebih parah lagi, mereka ini mengasak agama kita dengan pelbagai seranah, cacian, umpatan dan dengan pendapat ‘hilang akal’ mereka.

Petikan 2: Orang lain boleh, sedangkan kita tidak boleh. Adakah sensitiviti saya disimpan di dalam peti sejuk? Adakah maruah agama saya produk iklan yang boleh dijaja merata-rata yang boleh dihina, dicaci, ditohmah, dibeli, dijual atau dibuang sahaja. Saya sarankan agar sikap biadap ini dihentikan! Dan untuk rakan-rakan seagama saya yang juga melampaui batas dengan mengherdik dan menajiskan agama sendiri, saya syorkan, sekiranya tidak berminat sila keluar dalam ruang lingkup agama saya.

Petikan 3: Sudah sampai masanya kita alihkan kaki mereka dari kepala kita. Jangan biarkan kaki mereka di kepala kita dan terus-terusan mengenyeh dan menyagat muka kita ke lantai. Saya rasa perlu kita lakukan serangan dan cantas kaki mereka ini dengan sesungguhnya.

Petikan 4: Sekarang adalah masa tumbuk rusuk! Serangan balas tubi dan pangkah mati!

Petikan 5: Janganlah di kemudian hari kita dipanggil dengan nama-nama seumpama "pendayus, penderhaka, pengkhianat dan penjilat!" kerana tidak mempertahankan agama kita.

Pada petikan kedua, penulis ini menyarankan agar seseorang Islam yang dianggap ‘menghina agama’ (ungkapan asal penulis: “menajiskan agama sendiri”) agar “keluar dalam ruang lingkup agama saya” (jika tidak berminat, hujahnya). Satu tingkat kemarahan di luar kewajaran agama sama sekali. ‘Kawasan larangan’ bagi penulis surat pertama menjadi ‘ruang lingkup’ bagi penulis kedua.

Petikan ketiga dan keempat juga sejenis ekspresi emosi dan bahasa kekerasan seperti surat pertama: “Tunjukkan kehebatan dan tajamkan senjata (sekiranya ada)”. Walau ungkapan ini sekadar perlambangan (untuk mengajak berhujah tentang perbezaan dalam isu-isu agama) tetapi tingkat emosi yang keterlaluan tinggi dengan bahasa bersimbolkan aksi kekerasan tidak sama sekali ke arah wacana.

Persoalan saya, lebih jauh, apakah ketegangan tafsir agama boleh menimbulkan sejenis kesan ‘sakit jiwa’, patologi dan anomie, di kalangan orang Islam? Begitu lemahkan jiwa kita untuk mendepani wacana-wacana politik dan agama baru-baru ini?

Atau, dua surat ini hanya ugutan untuk menundukkan lawan-lawan politiknya? Apakah kita boleh salahkan Pemuda PAS dan pemimpin-pemimpin Islam kerana cenderung membakar emosi baru-baru ini, gagal mengambil sikap dakwah dan penerangan rasional dan ilmiah?

Tulisan ini asalnya diterbit dalam Malaysiakini.com (11 Julai 2005). Ia diterbitkan semula di sini dengan izin penulisnya. Beliau dapat dihubungi di fathiaris@yahoo.com

Sila klik di sini untuk membaca artikel Fathi Aris Omar di laman web Ummah Online
notthatbalai Art Festival 2005

Sumber; Kakiseni

Venue: Lost Generation Space
No. 11, Lorong Permai, Off Jalan Syed Putra, Robson Heights, 50460, Kuala Lumpur
Date & Time: Wed 17 - Sun 21, Aug 2005
Tickets: Free admission
Ticket Contact: Lost Generation Space
Telephone: 6019-6838 397 (Yeoh) / 6016-9003 389 (Tsu)

The notthatbalai Arts Festival is back for its second installment! First held last year, the festival fuses different art forms together, with an emphasis placed on experimental modes of art rather than artistic value.

This years festival has a slight change in strategy - the implementation of the theme Kuasa Tinggi for the visual art exhibition, open invitation and selection. The five-day festival promises the same multiracial blend of artists performing, from both local artists and artists from neighbouring countries.

There's so much in store for this years festival. You can expect screenings of short films like "The Worlds Most Helpful Malaysian Polis" by Sven Tang Chee Lok and "The Road Not Taken" by Herman Ishak, just two out of the more than 30 films to be featured. Look out for the musical talents of among others, Jerome Kugan, Lisa Zahran, Francis Wolf and Fallen Leaves. There will be also be dance performances like 'Decay' by Dua Space, and 'The Present of Absent' by Nyoba & Dancers.

The organisers strongly urge the audience to discuss the works presented with the artists themselves which hopefully will generate some raging hot debates. After all, it's only through constructive discussion that we can better understand and appreciate each other.

Organised by Lost Generation Space, this multiethnic group of enthusiastic artists aim to provide a space for artists with innovative and creative ideas to meet and grow.

Check out their website for the full list of events for the whole festival.

Sunday, August 14, 2005

Sokong Keng Yaik !

Sumber: Mingguan Malaysia

Lupakan formula kontrak sosial antara kaum - Keng Yaik

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan.

Keng Yaik menegaskan, formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati.

``Oleh itu perubahan paradigma diperlukan memandangkan perkongsian kuasa sekarang tidak berasaskan kepada perkongsian sebenar.

``Parti-parti politik perlu mengkaji semula kaitan dan kesan dasar-dasar berdasarkan pendekatan berpaksikan kaum yang disukai oleh kumpulan populis,'' katanya.

read more…]

Bangsa Malaysia kekalkan identiti
Agenda Nasional Baru `Langkah Terakhir' Bagi Persaingan Adil

Aku sepatutnya menghadiri konvensyen ini, namun disebabkan tidak mendapat cuti maka terpaksalah dilupakan sahaja. Kepada sesiapa yang menghadiri konvensyen ini dan mempunyai material lebih, sila e-mel kepada zulhabri@gmail.com
Arahan HEPUM Tidak Bertamadun



Sumber: Parti Keadilan Rakyat

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, begitu terperanjat dan kecewa dengan sikap anti-ilmu dan terburu-buru yang diperlihatkan oleh pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Malaya. Berdasarkan laporan yang telah di keluarkan oleh portal berita malaysiakini.com bertajuk : Notices warn UM students from 'straying'‚ semalam, 10 Ogos 2005, telah mendedahkan notis yang telah dikeluarkan oleh pihak universiti (HEP) melarang pelajar-pelajar mereka terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) dan sebuah badan yang dikenali sebagai UMANY.

Kami melihat larangan yang dikeluarkan akan menghalang pembentukan mahasiswa yang cemerlang dan holistik. Sewajarnya aktiviti seperti seminar, perbincangan, bengkel dan forum yang membenarkan multi pandangan dan pendapat, menjadi aktiviti biasa di kampus. Pihak universiti juga sewajarnya mengalu-alukan program-progam keilmuan seperti yang dibuat oleh IKD.

Tetapi aktiviti tersebut telah lama tidak wujud dikampus kerana ugutan AUKU sebagimana yang digunakan oleh pentadbir UM dan universiti lain. Ini Menyebabkan mahasiswa/mahasiswi universiti seperti dipenjara minda dan fikiran mereka.

Kami kesal kerana seolah-olah pentadbir universiti yang kebanyakkanya juga merupakan cendikiawan merelakan diri menjadi aparat (alat) politik kerajaan untuk melumpuhkan suara-suara yang berbeza dari mereka.

Kami juga yakin mungkin halangan tersebut dibuat oleh kerana pihak IKD memanggil Dato` Seri Anwar Ibrahim sebagai pemberi ucaputama.

Bagi kami ini adalah perkembangan tidak sihat kerana pentadbiran UM telah dipengaruhi oleh sentimen politik kepartian semata, Sedangkan pada kami Anwar merupakan orang yang layak kerana selain bergiat dalam politik negara beliau juga merupakan Professor jemputan di universiti ternama dunia.

Kami sarankan pihak HEPUM perlu memahami benar-benar mengunyah citra yang dilontarkan filasuf Alfred North Whitehead yang menyarankan kehidupan bertamadun itu seharusnya berdasarkan convince (daya pujuk) bukan undang-undang dan kekerasan.

Amirudin Shari
Exco Mahasiswa Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

Thursday, August 11, 2005

Sesi Pembelajaran SIS

Sisters in Islam (SIS) has embarked on a wide range of programmes and activities that have been ground breaking in many ways and critical to the development of a progressive Islam in Malaysia that recognises women's rights and role as equal citizens and partners in all matters, and that promotes the principles of equality, justice, dignity and democracy in Islam.

Everyone is most welcome to participate in the activities below. For further detail please call, fax or e-mail us.

Sesi Pembelajaran

Tarikh 12 Ogos 2005 (Jumaat)
Masa 5.30 - 8.30 petang (minuman disediakan)
Tempat Pejabat SIS
No. 25, Jalan 5/31,
46000 Petaling Jaya, Selangor
Tajuk "Nation Building in Malaysia, 1957-2005: Contestations Among Malays And Non-Malays"

Penceramah Dr. Heng Pek Koon
Penyertaan adalah percuma. Sila bawa keluarga dan sahabat-sahabat anda bersama. Anda digalak untuk mendaftar awal kerana tempat adalah terhad. Sila berhubung dengan Erza 603-7960 6121/6122) atau email/faks borang penyertaan ke 7960 4737 secepat mungkin atau sebelum 11 Ogos 2005.

Erzalina Shahabu Ramali
Pembantu Program

API Index

Klik di sini

Wednesday, August 03, 2005

Mari menonton filem! percuma!

Dear All
You are invited to attend the following programs presented by award-winning Thai indie director Thunska Pansittivorakul ( www.thaiindie.com ). Thunska is in town to speak at a seminar at UiTM on 3 & 4 Aug.

Thai Film Program: Shorts, Animation, Experimental, Documentary
Organiser: Kelab Seni Filem Malaysia
Venue: HELP Univ College, Pusat Bandar Damansara, KL
Date & time: Fri 5 Aug, starting at 7.00pm
Free admission

Thunska will talk with the audience after the screenings.

Please call 012-2255136 for further info.

Program 1
Pik Bann Hao (Coming Home)
A Same Old Story as I thought it was the Same but it's not the same
Down the River
[98 minutes]

Program 2
Our Child
To Infinity & Beyond
Happy Berry
[95 minutes]

The Films

Pik Bann Hao (Coming Home)
15 minutes / fiction / colour / sound / 2004
directed by Supawut Boonmahathanakorn & Samart Suwannaratt
Film Festivals
-2005 The 1st InDPanda International Short Film Festival, Hong Kong
-2005 Bangkok International Film Festival

Awards
-2004 second prize award in The 8th Thai Short Film&Video Festival, Thailand
-2004 Best Screenplay of Jameson Shortfilms Awards in My First Film Festival
by BIOSCOPE MAGAZINE, Thailand
Synopsis
Even Odd has a blissful life at hometown, but he wishes there would be
something better for his family and beloved, Yao. In developing country, the
number of provincial people whp move to metropolis is rising. Perhaps he
does not realize that he is the one of that people. First day in Bangkok, he
meets Wake, his hometown brother, who lives with his girlfriend, Jan, in a
cramped apartment, The room seems to be stuffier physically and mentally
when he depends on them. He starts his job as salesman and it not like what
he imagined. The only thing that maintains his life is the thought of
anything in peaceful hometown. Throug sweat and tears in a month, he gets
first salary. He cannot make a decision whether he will go back to his
hometown or lives here. Unfortunately, he does not have such a chance to
choose any choice.

A Same Old Story as I thought it was the Same but it's not the same
30 minutes / fiction / colour / sound / 2005
directed by Zart Tancharoern
Synopsis
The same things it seem change but stillremains the same

Down the River
54 minutes / fiction / colour / sound / 2004
directed by Anucha Boonyawatana
Film Festivals
-2005 The 2th Bangkok International Film Festival, Thailand
-2005 Asian New Force : The 10th Hong Kong Independent Short Film & Video
Awards, Hong Kong

Awards
-2004 Special Mention Award in The 8th Thai Short Film & Video Festival,
Thailand
-2004 National winner Kodak Film School Competition (Best Cinematography)in
The 8th Thai Short Film & Video Festival, Thailand
-2005 Grand Prize Award in Young Thai Artist Awards, Thailand

Being obsessed by his long lost love , The young male gay searches for the
truth of his love life by taking his boyfriend to the seventh tier of
Pachang Cascade

[98 minutes]

Our Child
4 minutes/ animation & MV / colour / sound / 2004
directed byThawatpong Tangsajjapoj
Film Festivals
-2005 DIBA Digital Barcelona Film Festival, Spain
-2005 Busan University for Digital Contest 2005, South Korea
-2005 Best of the World Program : Taiwan International Animation Festival,
Taiwan

Synopsis
From childhood to manhood, something has changed while we grow up.

To Infinity & Beyond
11 minutes / experimental / colour / silent & sound / 2004
directed by Sompot Chidgasornpongse
-2005 DIBA Digital Barcelona Film Festival, Spain
-2005 Tiger Cub Competition : The 34th International Film Festival
Rotterdam, The Netherlands
Synopsis
"To infinity and beyond" is a mixed-genre short film. It's an experimental
metaphor piece that combines real footages with fictional narratives. The
film consists of two parts made up of the same footages but told from a
different, yet related, perspective. It captures the activities of the
villagers in a Thai ceremonial tradition called "Boon Bung Fai." The
objective of the ceremony, though quite forgotten, was to worship the sky
and beg for the rain. The film showcases a crash of documentary and
fictional narratives; sights and sound; folk tale and the modern day news
reporting, as well as relationships between man and nature, earth and sky
,reality and dream, west and east, and most importantly, the past and the
present that will lead us to the future.

Happy Berry
76 minutes / documentary / colour / silent & sound / 2004
directed by Thunska Pansittivorakul
Film Festivals
-2004 Indies power section : The 28th Hong Kong International Film Festival,
Hong Kong
-2004 The 20th Visual Comunications Los Angeles Asian Pacific Film & Video
Festival, USA
-2004 The 6th Makati Cinemanila International Film Festival, Philippines
-2004 The 4th Taiwan International Documentary Festival, Taiwan
-2005 SEA EYE programm : The 34th International Film Festival Rotterdam, The
Netherlands
-2005 Regards neufs competition : Vision Du Reel, Nyon, Switzerland
-2005 DIBA Digital Barcelona Film Festival, Spain
-2005 J’EN REVE : the Fondation Cartier pour l’art contemporain, Paris,
France

Award
-2004 Grand Prize Award in Asian Vision category : The 4th Taiwan
International Documentary Festival, Taiwan

Synopsis
Happy Berry is the name of a Bangkok boutique run by a group of trendy Thai
youths, and is the nerve centre of this fly-on-the-wall documentary (the
second in a trilogy entitled "Love and Life"). The camera catches the
subjects indulging in all the (post) modern lifestyle trends: drugs, kinky
sex, hip-hop, fashion, exhibitionism, narcissism. They are uninhibited, the
kind of youth who break down barriers in a supposedly traditional and
religious society, but perhaps that's just on the surface. Behind the upbeat
tone is a probing examination of values and attitudes in modern youth
relationships. Happiness may be deceptive but there's certainly a lot of fun
in the Happy Berry.

[95 minutes]

BICARA FILEM
FILM SCREENING AND DISCUSSION

i. “SURABAYA JOHNNY” 20 min.

A mockumentary evidence. directed by Dain-Iskandar Said


ii. “THE BIG DURIAN” 75 min.

A docu-drama. directed by Amir Muhammad

date Saturday, 6th August 2005
time 3.30 pm
location Dewan Kuliah Utama, Akademi Seni Kebangsaan, 464, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur (near National Monument / Bank Negara / Padang Merbok)

panel
Dr. Megat Al Imran Yasin
En. Mohamad Zaky Haji Abdul Rahim
Moderator
En. Abdul wahab Hamzah

ADMISSION IS FREE!

Presented by: Department of Film, TV and Video, National Arts Academy, Ministry of Culture, Arts and Heritage Malaysia
Enquiry : phone 03-2697 1777 (general line)

03-2697 5376 (Puan Norhafilah)
03-2697 5337 (En. Norazawana)
fax 03-2697 5513 / 5831 / 5452

website www.ask.edu.my