Saturday, November 24, 2007

Pelancaran Buku dan Forum Diskusi


Tarikh : 18 November 2007
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina Selangor & Kuala Lumpur

Acara dimulakan tepat jam 10 pagi dengan tayangan filem dokumentari Fahmi Reza '10 Tahun Sebelum Merdeka' dan setelah tamat, berlangsung sessi soal jawab ringkas bersama Fahmi yang sudi menghadirkan diri walaupun mempunyai komitmen lain. Sesudah tamat acara seterusnya adalah pelancaran buku edisi baru 'Memoir Shamsiah Fakeh' versi BM dan Cina serta buku kedua 'Memoir Abdullah C.D'. Kedua-dua buah buku ini telah berada di pasaran dengan harga setiap satu adalah RM30 dan RM38.

Pelancaran disempurnakan oleh tokoh-tokoh 'Gerakan Kiri' seperti Rustam, Dr. Syed husin Ali, Dr. Rohana, Dr. Nasir dan ramai lagi termasuk juga anak Shamsiah Fakeh, Jamaluddin yang masing-masing memegang naskhah buku sebagai simbolik. Saudara James Wong kemudian telah mengulas tentang buku Abdullah C.D diikuti pula oleh Jamaluddin yang memohon kemaafan dari hadirin di atas ketidakhadiran ibunya yang terpaksa dimasukkan semula ke wad. Semoga Saudari Shamsiah Fakeh akan cepat sembuh, Amin!

Setelah tamat ucapan dan makan pagi yang menyusul selepas itu, Forum Diskusi bertajuk ‘Sumbangan Gerakan Kiri untuk Kemerdekaan dan Pembinaan Negara’ dimulakan yang menampilkan Pak Chong sebagai moderator dan panelis yang terdiri daripada, Rustam Sani, Dr Rohana Ariffin dan Yong Kai Ping. Diskusi berlangsung rancak walaupun pada akhirnya sukar ditelah adakah gerakan kiri akan dapat dihidupkan semula kekuatannya seperti dahulu walaupun generasi muda sekarang mula menunjukkan minat untuk mengetahui dan menghargai sumbangan tokoh terdahulu. Berdasarkan jumlah kehadiran seramai lebih kurang 60 orang, aku kurang yakin ianya boleh mengubah lanskap politik Malaysia selagi mana candu perkauman masih menebal di negara ini.

Terima kasih kepada media yang membuat liputan, Utusan, Mastika, The Star dan akhbar-akhbar berbahasa Cina dan juga para tetamu. Jumpa lagi di forum-forum diskusi yang akan datang.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Fahmi Reza

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Rakyat yang sudi hadir

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Jamaluddin

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Rustam, Pak Chong, Rohana, Kai Ping

195 comments: