Tuesday, September 21, 2004

Seminar Masa Depan Seni-Budaya Malaysia

Tarikh: 25 - 26 September 2004 (sabtu-Ahad)
Tempat: Midah Hotel, Kg Attap, KL (Sebelah Chinese Assambley Hall)
Bayaran: Percuma( untuk semuanya termasuk tempat tinggal, nota dan makan)
Untuk Pendaftaran: Hubungi Sekretariat Seminar atau terus datang ke tempat seminar pada hari tersebut

Email: Amirsari2003@yahoo.com
Telefon: 2283 2788 (off), Faks: 03 2283 2615 (amir/din) HP: 019 391 7406 (amir)

Jadual Seminar

25 September 2004

10 pg - 11 pg - Pendaftaran

11 pg - 1 ptg - Pembentangan Kertas Kerja : Kuasa & Kebudayaan: Pengalaman Indonesia - Oleh Fathi Aris Omar (Zamil Asian Public Intelectual)

1 ptg - 2.30 ptg - Makan Tengah hari

2.30 ptg - 4.00 ptg - Ulasan dan Diskusi

- Hasmi Hashim - KsJT

- Mohamad Salleh Rahmat - Ikatan Sastera UM

4.00 ptg - 5.00 ptg - Minum Petang

5.00 ptg - 7.00 ptg - Sambungan Diskusi

7.00 mlm - 8.30 mlm - Makan Malam

8.30 mlm - 10.30 mlm - Forum: Prospek Industri Seni-Budaya

Panel : Kathy Roland - Kaki Seni

Adman Salleh - Pengarah Filem

Dr Hatta Azad Khan - Istana Budaya

10.30 mlm - 11.00 mlm - Minum malam

26 September 2004

8.30pg - 9.00pg - Sarapan pagi

9.00pg - 10.30pg - Ucaptama: Senario Seni Budaya Malaysia : Dimana Silapnya

Oleh: SN Prof. Dato. Muhamad Haji Salleh

10.30pg - 11.00pg - Minum pagi

11.00pg - 12.30tgh- Komen, kesimpulan dan pelan tindakan

12.30tgh - Makan tengahari & bersurai

Bagi mereka yang tidak berkesempatan sepenuhnya kami alukan kehadiran tuan-tuan dalam forum dan ucaptama.

Sekian terima Kasih
Amir Sari

IKD-KsJT -KAF

Monday, September 20, 2004

Naratif Reformasi

Oleh Hishamuddin Rais

Anwar dapat bebas
Wan Azizah dapat suami
Nurul Izzah dapat ayah
Dolah jadi menteri
Kamu dapat apa?

(Potongan ayat-ayat kontot yang terputus-putus yang cuba dinobatkan sebagai sebuah sajak yang telah dibacakan di rumah Pena pada malam kedua sesudah Anwar dibebaskan)

Alangkah indahnya jika hikayat Seribu Satu Malam itu benar. Dan saya diberi peluang untuk meminta sesuatu dari jin penjaga Lampu Aladdin. Saya akan melutut menangis merayu meminta agar dicerahkan kembali fikrah bangsa Malaysia yang selama dua dekad ini telah menjadi begitu gelita.

Otak gelita yang semakin berjelaga ini telah tidak lagi berupaya untuk melihat sesuatu yang halimunan, sesuatu yang tidak dapat dipegang, sesuatu yang tidak dapat dimasukkan ke dalam saku.

Fikrah yang telah dibonsaikan oleh hegemoni daulah telah gagal membaca naratif Gerakan Reformasi. Tidak berupaya membaca/memahami naratif ini samalah seperti seorang pengantin yang gagal untuk memahami erti suci perkahwinaan selain dari mendapat kebenaran untuk membuka coli si isteri atau menanggalkan seluar sampak si suami tanpa gangguan Jawi atau Jais.

Saya tidak akan bersilat lidah untuk menerima ayat - apa kamu dapat dari Reformasi - jika ayat-ayat ini didendangkan oleh anggota FRU atau polis cawangan khas. Kerana inilah bentuk-bentuk ayat yang dimasukkan ke dalam cuping semasa saya menjalani soal siasat ISA. Mengeluarkan ayat-ayat kontot tanpa difikirkan maknanya dengan mendalam adalah 'tanda perniagaan' bagi pihak yang diupah untuk mempertahankan sebuah regim yang nazak.

Tetapi jikalau ayat-ayat berbentuk ini dihamburkan oleh para seniman, penyair, pejuang bahasa, nasionalis Melayu atau pemikir bangsa, maka saya akan menjadi gundah gulana. Saya bukan berhiba hati berhadapan dengan si penyair atau si nasionalis bahasa ini. Saya merasa gundah bila berhadapan dengan bangsa yang dijadikan khalayak pendengar ayat-ayat kontot ini.

Kejujuran

Betapa sedihnya buat satu bangsa jika para sasterawannya, para pemikirnya, para senimannya dan para inteligensianya tidak dapat lagi mengeram dan menelurkan fikrah-fikrah yang mengampuhkan kebenaran dan jejujuran. Betapa moyoknya bangsa ini jika para pemikirnya hanya berupaya menerbitkan majalah yang dipanggil Pemikir tanpa isi fikrah didalamnya

Bayangkan para seniman bangsa ini tidak berupaya lagi menggarap kerja-kerja seni selain dari seni-seni genre bodek dan ampu. Bayangkan betapa banalnya kerja-kerja seni yang tidak menolakbuka ruang baru untuk memeranjatkan bangsanya dari terus berkhayalan tentang rekod ketupat terbesar di dunia. Bagitu merosot sekali budaya bangsa ini jika para inteligensianya hanya pandai mengukur nilai dengan tukaran mata wang. Tetapi inilah hakikat bangsa kita - yang telah tergelincir jauh dalam penobatan nilai kebenaran dan kejujuran.

Saya mengakui secara saheh dan terbuka disini bahawa kami - para reformis yang telah turun ke jalan raya - memang tidak mendapat apa-apa dan tidak akan mendapat apa-apa pun dimasa hadapan. Apa-apa yang saya maksudkan di sini ialah apa-apa yang boleh dipegang, dijual, disimpan, dimasukkan ke dalam bank atau apa-apa yang boleh dijadikan modal untuk memperkaya diri.

Para reformis tidak pernah memikirkan untuk mendapat itu atau mendapatkan ini. Dari pengalaman saya bercampur gaul dengan ribuan yang turun ke jalanraya, ribuan yang datang mendengar ceramah dan puluhan yang masih diadili oleh mahkamah - mereka tidak pernah mengharapkan apa-apa.

Apa yang dianugerahkan oleh Gerakan Reformasi kepada para reformis ialah naratif untuk menjadi manusia jujur yang berani berkata benar. Inilah hadiah yang agung dari Gerakan Reformasi. Untuk saya berani berkata benar adalah nilai utama yang memisahkan antara susuk manusia atau susuk amoeba. Manusia bukan organisma ringkas seperti amoeba atau hydra. Manusia diwujudkan dengan nilai-nilai dan ciri-ciri kemanusiaan.

Berani berkata benar adalah meta naratif perjalanan tamadun manusia. Baca dan rujuklah al-Quran, Injil, Taurat, Bhagavad Gita, I-Ching - semua kitab-kitab suci ini membawa naratif berani berkata benar. Carilah kitab-kitab kuno atau dengarilah ceritera-ceritera rakyat dari semua benua - pasti akan ditemui naratif kejujuran dan keberanaian insan. Keberanian berkata benar ialah meta naratif yang melahirkan kejujuran, ketelusan dan keadilan.

Menilai kebenaran

Untuk mereka yang masih di tahap ameoba atau hydra, saya ingin memperingatkan bahawa di dalam hidup ini tidak semua perkara dapat dinilai dengan wang ringgit atau harta benda. Tidak semuanya dapat ditimbangtara untuk dijadikan 'pink form'. Gerakan Reformasi tidak mungkin dapat dinilai dengan keluasan tanah atau number akaun bank di Zurich. Kejujuran dan kebenaran
memang tidak akan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Berani berkata benar untuk menumpaskan kezaliman dan menegakkan keadilan ini bukan satu nilai kebendaan. Berkata benar dengan jujur tidak boleh dilelong dan tidak mungkin akan ditemui di gedung Giant atau di kedai-kedai Bundle. Keberanian berkata benar adalah nilai asas pengerak tamadun manusia. Nilai ini adalah asas penggerak dialiteka manusia - dialektika antara salah dan benar. Dialektika inilah yang menolak manusia itu untuk dijelmakan kemanusiaanya.

Gerakan Reformasi bukan hanya mencabar kemanusiaan para reformis tetapi ianya juga telah menghadiahkan satu cabaran kepada keseluruhan kemanusiaan bangsa Malaysia. Untuk pertama kalinya, seperti datuk dan ayah ibu kita di zaman Jepun dan British - warga Malaysia telah dihadapkan dengan pilihan. Memilih yang salah atau memilih yang benar. Bersama yang adil atau bersama yang zalim. Mengangkat senjata melawan Jepun dan British atau menjadi ameoba.

Memang betul setiap detik dalam hidup ini kita dipaksa untuk membuat pilihan. Tetapi pilihan yang kita lakukan saban hari itu adalah pilihan idividu. Individu diberi kebebasan untuk membuat pilihan - sama ada merayakan atau membanalkan kehidupan. Tetapi Gerakan Reformasi telah menghadiahkan kepada kita satu pilihan kolektif yang dapat menjalurkan arus tuju tamadun bangsa. Hanya para ameoba sahaja yang gagal untuk menilai ini sebagai satu yang agung.

Bayangkan bagaimana seluruh erti wujudiah kita sebagai manusia tercabar apabila kita berhadapan dengan pilihan salah dan benar. Bayangkan bagaimana otak kita bercongak berhitung bertimbang berkira untuk memilih salah dan benar. Bayangkan bagaimana para reformis berani tegak berdiri untuk berkata benar.

Hampir satu juta rakyat Amerika telah turun ke jalan raya di kota New York di akhir bulan Ogos dahulu untuk mengatakan kebenaran bahawa senjata pemusnah manusia tidak wujud di Iraq. Dua tahun dahulu hampir empat juta manusia dari pelbagai kota di dunia ini telah turun ke jalan raya untuk menyatakan kebenaran bahawa menyerang Iraq adalah satu perbuatan yang salah.

Para seniman

Mereka yang telah turun ke jalan raya itu tidak juga akan mendapat apa-apa. Tidak ada kontrak atau pink formyang akan menunggu mereka di New York. Apa yang mereka temui adalah diri mereka sendiri. Apa yang mereka capai ialah kejayaan bangun dan berkata benar. Jika ini bukan bukan satu yang agung maka saya akan melucutkan jawatan saya dari menjadi seorang manusia.

Jika jin alfrit penjaga lampu Aladdin itu wujud, saya juga ingin bertanya kepadanya tentang mengapa ramai inteligensia Melayu hanya berupaya melihat sesuatu jika benda ini dapat mereka pegang. Kenapa mereka hanya dapat menilai sesuatu jika benda itu boleh dibeli dari gedung Tesco. Kenapa dan mengapa mereka bagitu susah sekali untuk memilih yang benar dari yang salah.

Soalan cepu emas saya kepada jin alfrit ini memang telah lama berligar dalam kepala saya. Saya cuba mencari-cari jawapan. Saya selalu merenung dan cuba membayangkan apakah yang terlintas di kepala para seniman, para penulis, para nasionalis bahasa, para penyaer dan sasterawan Melayu semasa gelombang reformasi mula mengombak di seluruh negara enam tahun dahulu. Apakah mereka menutup mata dan telinga.

Lalu saya tergambarkan insan seniman seperti Susan Sarandon, Michael Moore, Tim Burton, Bruce Springsteen, Martin Sheen, Jessica Lange, Matt Damon, George Clooney, Julie Christie, Emma Thompson, Juliet Stevenson, Danny Clover, Sean Penn - semuanya turun ke jalan raya untuk berkata benar.

Mereka ini adalah senimanyang cun, bergetah, jambu dan berbakat. Atau saya tersalah anggap. Kerana mengikut istilah Utusan Malaysia, mereka yang turun ke jalan raya ini adalah 'pihak-pihak tertentu' yang suka membuat huru-hara. Mungkin juga Utusan Malaysia berkata benar kerana sehingga hari ini tidak seorang pun dari seniman ini yang dapat berlakon di slot Cerekarama TV3.

Saya juga akan bersimpati jika para seniman dan pekerja seni kita sedang mengharap kerja seni yang besar-besar. Pastilah mereka kesesakan masa untuk turun ke Jalan Tengku Abdul Rahman semasa gelombang reformasi mengombak. Tetapi dari apa yang saya perhatikan, hingga ke hari ini tidak juga muncul-muncul genre 'war and peace' dari penggarap seni kita ini. Certot (cerita kontot) yang saya baca di ahkbar-akhbar mingguan setiap Ahad masih lagi kontot dan bertambah kontot pula isinya.

Pusat serenti

Bagaimana agaknya dan apa pula yang wujud di dalam kepala penulis dan sasterawan seperti Arundhati Roy, Salman Rushdie, Gunter Grass, Tariq Ali - yang bukan sahaja menggarap kerja-kerja seni tetapi turut sama ke jalanraya untuk berkata benar. Pada hemat saya mereka ini bukanlah insan yang dianggap soleh dalam kamus agama Islam, tetapi apa yang menjadikan mereka berani berkata benar. Atau saya sahaja yang menganggap kerja seni garapan mereka ini bernilai walhal tidak ada pun buku mereka yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya bersedia memahami jika para inteligensia kita, para seniman kita, para penyair kita dan para penulis kita terdiri daripada kumpulan pemadat yang bermastautin di pusat serenti. Jika ini terjadi, pastilah mereka sedang berdengung khayal dan tidak ada kudrat untuk berjalan jauh. Saya wajib akur dan menerima ini sebagai hakikat. Tetapi dari pengetahuan dan pengalaman saya jika kita sedang berdengung, kita tidak akan menjadi takut.

Soalannya kenapa mereka takut untuk berkata benar. Kenapa mereka tidak dapat memahami naratif reformasi. Jika mereka takut, apa pula yang menakutkan mereka? Mahathir Mohamad aka Mahafiraun telah mengakui bahawa dia telah dijatuhkan walapun dilapik oleh Utusan Malaysia dengan perkataan 'bersara'. Apa pula jenis polong yang telah mengecutkan daya fikrah inteligensia kita?

Atau sebenarnya para seniman, penyair, sasterawan dan pekerja seni kita ini takut kerana ada kemungkinan certot dan sajak mereka tidak akan disiarkan di Mingguan Malaysia. Atau mungkin kerana mereka takut garapan seni mereka tidak akan diberi penilian oleh slot Cerekarama di TV3. Atau mungkin juga mereka tidak akan lagi menerima jemputan untuk menjadi 'Penyanyi Rock Dataran Merdeka'. Atau mereka tidak akan diiktiraf sebagai pemikir oleh Pemikir.

Jika inilah jawapannya maka saya akan ke Basrah untuk mencari jin alfrit penjaga lampu Aladdin itu. Jika saya bertemu dengan jin alfrit ini, saya tidak akan lagi mengajukan soalan cepu emas saya itu. Saya akan meminta jin alfrit ini memasukkan kesemua mereka ke dalam botol dan dicampakkan ke Kutub Selatan.

Mudah-mudahan botol ini akan ditemui oleh Mahathir Mohamad yang sedang berehat di sana. Diharapkan mereka akan berjaya untuk mendirikan Darul
al-Bodek di sana. Di sini saya tidak akan lagi ditanya oleh mereka 'kamu dapat apa?'

Friday, September 17, 2004

'Live with Anwar" This Saturday @ Permatang Pauh !

Penang - In order to show gratitute to Malaysians for their firm belief in justice and continuous selfless support, and explains the the members of public Datuk Seri Anwar Ibrahim's latest situation, People's Justice Party(Keadilan) Bukit Mertajam Division will hold a gathering, in which Anwar will greet members of the public and elaborate on his health condition through live satellite telecast at 9 pm this Saturday, Sept 18, 2004, which is tomorrow, at Anwar's family home in Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Penang.

According to Mr. Law Choo Kiang, member of the steering committee for this event, this gathering will be held to provide caring Malaysians who are curious about his situation a chance to listen to it directly from Anwar himself, despite numerous constraints.

"Certainly, we wish to boost the morale of members as well as enhance the cooperation among the opposition parties through a variety of events before Anwar's return, to prepare us for the next wave of reformation, to fight for a just Malaysia."

The steering committee is still working hard to ensure the telecommunication system in both Malaysia and Germany are in place. If everything goes smoothly, Anwar will be greeting Malaysians on air through a big screen. If unfortunately it's unsuccessful, Anwar will say hello to Malaysians through telephone.

Also planned for the night will be a video screening of Anwar's speech after his release. Apart from this VCD, there will be also postcards on sale for the public to send greetings to Anwar. The committee will send all of the postcards to Anwar by courier.

Tian Chua, National Vice President of Keadilan will conduct a seminar in the same night to explain to the public regarding the domestic political scenario after Anwar's release, Anwar's future plannings, the latest status of opposition parties, as well as the fact that Anwar will not be able to hold any political post within the next 5 years.

Law estimated that this event will be attended by at least five thousand participants, eventhough it was not promoted aggressively. He invited supporters of reformation from all walks of life to participate in this meaningful event.

In a related note, he disclosed that Keadilan Penang is looking for a venue which can accomodate ten thousand people around Cheruk Tok Kun, in order to organise a huge welcome party for Anwar when he returns to his hometown later this year.

Thursday, September 16, 2004

Malaysian Films Fest 2004 @ Singapore !

Dipetik dari blog Shin Shin



Five gorgeous Malaysian films will be screened in Singapore for five days consecutively in conjunction with the Malaysian Film Festival 2004 in Singapore, with the tagline "Revolutionary takes. A showcase of cutting edge movies". How great. Finally, someone, foreigners and locals alike, are not embarassed to call the success we have achieved in our local productions as "Revolutionary" and "Cutting edge" !



Aimed to promote the film culture of Malaysia through showcasing cutting edge Malaysian films, the festival features films that encompass an appealing potpourri of themes¡Kfrom forbidden love, of sexual repression, of emotional awakening, of conflict, of intrigue and of sexual controversy.



Two titles, namely Spinning Gasing and Bukak Api will be screened in their Unrated (meaning, no ratings such as 18sx or anything) versions. Together with Paloh, which won The Best Movie of The Year in Festival Filem Malaysia (FFM) 2004, these three films had reached only a very small segment of Malaysian public. Are they really poisons for the box-office ? All of us should go and find out before delivering any verdict.



On the other hand, Sepet and The Beautiful Washing Machine, which has not been screened, and will be screened almost simutaneusly in Kuala Lumpur respectively, are among the latest artworks in Malaysia. Also in the line-up will be compilation of best short films from Malaysia this year.



It's certainly a not-to-be-missed chance for our patriotic movie-buffs from around the world !

p/s : Some of these films contained Cantonese dialogues. Will the Censorship Board chop it ?

Venue :
Cathay Orchard, Level 4 & 5,
8 Grange Road, Cathay Cineleisure, Singapore

Ticket Price :
$9.00 ( over the counter or http://tickets.cathay.com.sg )

Screening Schedules :

22 September, Wednesday
3.30pm Sepet ( Premiere, to be followed by dialogue with director Yasmin Ahmad and cast )

23 September, Thursday
7.30pm Sepet
9.30pm Spinning Gasing

24 September, Friday
5.00pm Paloh
7.15pm Bukak Api
9.00pm The Beautiful Washing Machine

25 September, Saturday
3.00pm Spinning Gasing
4.50pm Sepet
7.00pm Bukak Api
8.45pm Paloh

26 September, Sunday
1.30pm New Malaysian Shorts 1
3.00pm New Malaysian Shorts 2
4.45pm The Beautiful Washing Machine

For more information :

Cathay Cineplex
Malaysian Film Fest
Singapore Film Society

Komentar Habri:

Hanya filem 'The Beautiful Washing Machine' sahaja yang belum aku tonton. Dan pemergian ke Singapura kali ini juga tidak akan menyaksikan aku menonton filem ini kerana waktu tayangan(Jumaat) sangat hampir dengan waktu keretapi aku berlepas ke KL. Sedihnya, nasib baik tayangan filem ini juga diadakan di Institut HELP pada waktu yang hampir sama dan aku masih berpeluang menonton filem ini.

Jika tiada aral melintang, aku akan menyaksikan filem Sepet untuk kali keempat pada 22 September nanti dan pertama kali menontonnya di pawagam. Still excited to watch Sepet, filem yang menjadi all time favorite aku. Nantikan ulasan setelah aku selamat kembali dari Kota Singa ini.



Pilihanraya kampus, Adham lawan Hamdan

Dipetik dari Malaysiakini

Kenyataan Adham Baba;

“Is Suhakam professional enough to monitor the polls? Are they well-equipped? Who are they going to send?”

Adham questioned the commission’s intention to monitor the current campus polls when it has never done so in the past.

“Will they persist in this kind of monitoring? (Or is it just) hangat-hangat tahi ayam (loss of initial enthusiasm)?” said Adham, who is also the Umno Youth education bureau chief.

He added that the Universities and University Colleges Act 1971 does not provide for any external body to monitor the campus elections.

“UUCA was enacted before the Suhakam was formed (in 1999). In the Act, we don’t have any provision to empower such monitoring and my opinion is that there is no need for this because the universities have the machinery required to conduct the elections,” he added.

He advised disgruntled students to forward their complaints to the university authorities rather than to Suhakam.

Adham reiterated that his ministry would leave the decision to the campus authorities, but it is learnt that Suhakam was still awaiting an official answer from both parties until yesterday evening.

Asked whether he would observe polling today, Adham replied: “I would not do the same thing as Suhakam because I have trust in the universities” and that “a few (election) irregularities complaints need not be highlighted in the media”.
Kenyataan Prof Hamdan Adnan;

In an immediate response to Adham’s comments, Suhakam commissioner Prof Hamdan Adnan argued that monitoring of campus elections is among the commission’s tasks.

“Why is there to fear by letting us in to monitor the polling process when the ministry keeps saying there is nothing to hide? By refusing our request, the perception is otherwise and it shows that there are a lot of things that they want to hide,” said Hamdan, who sounded furious.

“This fear culture among local universities is not good at all when we claim we want to produce world-class graduates.

“The question of Suhakam’s professionalism shouldn’t arise at all because the most important thing is the students’ right to fair elections. Unfair polling is a human rights violation and Suhakam is a statutory body set up to safeguard the country’s human rights.”

“I view these trends as worrying because I have been told that even parents had received threatening calls demanding that their children should withdraw from contesting,” said Hamdan.

He urged the universities to heed the advice of Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, who has pledged to uphold good governance and transparency.

“If these pledges cannot be translated into the administration of one of our most important institutions - the university - then there must be something wrong. The prime minister will be
the laughing stock (of everyone) for not being able to implement his beautiful pledges,” he added.

Hmm, inilah Malaysia tanah airku.

Tuesday, September 14, 2004

Mencari Wira Bangsa

Oleh Nik Nazmi Nik Ahmad

Pengarang tempatan termuka, Rehman Rashid, pernah berkata kita di Malaysia kekurangan wira. Tesis beliau tersebut dilontarkan kira-kira sedekad yang lalu. Meskipun banyak perkara sudah berubah di negara kita, tetapi nampaknya tesisnya kekal relevan.

Mungkin ada yang tidak bersetuju. Negara kita ramai wira, kata mereka. Lihat sahaja anak bangsa yang berenang menyeberangi Selat Inggeris, mendaki Gunung Everest, belayar mengelilingi dan lain-lain lagi. Kita punya wira bangsa yang menjadi pejuang dunia ketiga.

Saya tidak berminat mempertikaikan kebolehan dan pencapaian mereka. Saya tidak melihat diri saya sendiri memanjat Gunung Everest, merenangi Selat Inggeris atau belayar mengelilingi dunia. Tabik hormat dari saya atas kebolehan mereka itu.

Apa yang saya pertikaikan di sini ialah bagaimana kita menekankan perkara-perkara tersebut (yang kebanyakannya tidak layak pun ditulis di Guinness Book of Records, hanya di Malaysian Book of Records!) seolah-olah setakat itu sahajalah kebolehan negara kita melahirkan wira.

Lihat perbezaan antara dua rakyat Malaysia – Abdul Malik Mydin dan Lennard Lee. Yang pertama merenangi Selat Inggeris di tengah-tengah perhatian besar negara, dengan peruntukan kewangan dan latihan yang lengkap.

Pencapaiannya dianugerahkan gelaran ‘Datuk’. Lennard berenang sendiri dengan sokongan bapanya, dan tamat jarak yang sama, hampir separuh dari masa Abdul Malik. Saya tidak kisah dengan gelagat Lennard – beliau lakukan semata-mata dengan usaha dirinya sendiri.

Tetapi publisiti terhadap Malik dalam persiapannya, dengan sokongan kewangan yang besar – rasanya tidak kena pada tempatnya. Ada banyak lagi isu yang lebih besar yang harus kita tumpukan.

Pokok pangkalnya, jika benar bahawa kebolehan Malaysia terhenti di situ sahaja, maka ia satu tragedi bangsa. Hakikat bahawa mereka itu kita agung-agungkan sebagai wira bangsa, membuka pekung di dada kita, tentang kecetekan bangsa Malaysia.

Perasaan kekurangan wira ini lahir dari pembangunan pesat Malaysia. Dalam usaha kita untuk menjadi negara maju secepat mungkin, timbul rasa kelemahan dari aspek ketamadunan dan budaya bangsa kita. Kita sedar bahawa kita juga perlu wira untuk menjadi negara yang gah di persada dunia.

Pencarian yang kurang berhasil ini menjuruskan usaha mencipta wira seperti perkara-perkara lain di dunia – usaha segera mahu melahirkan wira dalam sekelip mata. Duit ditabur dan publisiti diberi, dan tasawwur kita mula tersasar. Malangnya, mencari wira ini bukan seperti membina KLCC – cukup dengan wang ringgit yang mencurah-curah – tetapi lahir dari kekuatan pemikiran dan kerohanian rakyat Malaysia.

Seorang wira harus menjadi model atau contoh untuk rakyat umumnya. Beliau seharusnya telah melakukan pelbagai perkara yang benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat untuk melayakkan gelaran wira tersebut. Seorang wira harus berani, dan tindak-tanduknya memberi kesan yang besar dan mencipta pembaharuan di dalam negara.

Seorang wira ialah seorang individu yang mampu menjadi sumber inspirasi. Mungkin mereka yang merenangi Selat Inggeris boleh dimasukkan dalam kategori ini, misalnya, tetapi janganlah kita menjuruskan pencarian wira kita di situ sahaja.

Bagaimana dengan mereka yang berani mempersoalkan pemerintah? Bagaimana dengan mereka yang berbeza pandangan dengan pandangan umum? Adakah mereka yang mempunyai wawasan janggal tidak boleh dihormati?

Kita lihat sahaja di awal perjuangan kemerdekaan kita. Ramai di negara yang belum yakin akan kebolehan negara kita untuk merdeka. Kita ada tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin Al Helmy, Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn Jaafar dan Tan Cheng Lok yang mempunyai visi berbeza.

Tetapi semuanya mahukan negara kita merdeka. Kadangkala visi mereka berlawanan, namun untuk mengatakan Tunku Abdul Rahman seorang sahaja di antara mereka itu yang menyumbang ke arah kemerdekaan ialah satu kesilapan yang besar.

Semua antara mereka mempunyai jasa dan bakti ke arah perjuangan kemerdekaan, cuma kejayaan visi mereka direalisasikan berbeza-beza, dan pengaruh mereka terhadap kemerdekaan juga tidak sama.

Dalam kita mencari wira, jangan terkejut jika ramai di antara mereka yang diISAkan, dipenjarakan atau dicalit oleh propaganda. Ada yang telah banyak berjasa tetapi disisihkan oleh media. Mungkin atas sebab itu, kita berasa kita kekurangan wira.

Mungkin atas sebab itu juga, ramai yang takut menjadi wira. Mengalami semua perkara tersebut tidak menjadikan mereka wira semata-mata; tetapi tidak juga menidakkan mereka dari menjadi wira. Ukurannya – kesan mereka terhadap kehidupan masyarakat umum, kejujuran kepada pendirian dan keikhlasan berjuang.

Hujung bulan ini, pada tarikh keramat Merdeka, filem Puteri Gunung Ledang akan mula ditayangkan. Selain dari signifikan komersial, adakah mungkin ini berkait rapat dengan kekurangan wira dalam diri kita sehingga kita berharapkan sebuah filem belasan juta ringgit untuk menjadi penawarnya, sekurang-kurangnya dalam dunia olok-olok?

Biar tanggal 31 Ogos tahun ini menjadi detik kita mencari individu bernama wira tersebut, yang mampu mengejutkan kita dari lena bermimpi yang terlampau panjang ini.

Monday, September 06, 2004

Bangsa Malaysia not yet a reality

Sebahagian petikan ucapan tiga remaja Malaysia di 24th Youth Speaks For the Nation elocution coontest yang aku amat hargai dan sanjungi. Tahniah di atas kemenangan dan keberanian untuk berkata benar!

My standing ovation for Audrey Quah Mei Yi, 17, Cheryl Neoh Lih-Xin, 17, and Ranjini Suppiah, 13.

Audrey Quah Mei Yi;
“It is ironic that after 47 years of independence, our identity cards still carry data on race – Malay, Chinese, Indian or others.

“Rightfully, this information should read Bangsa Malaysia,” she said on the topic “Bangsa Malaysia – Reality or Myth.”
Cheryl Neoh Lih-Xin ;

"although the people formed cliques based on race, past and present leaders had successfully maintained peace and harmony.

“Our Prime Minister is a wise leader who led by example. I was touched when he shared a meal with Christians in a church compound during the recent World Council of Churches conference.

“If our open-minded leader can closely interact with people of different races and religions without compromising his beliefs and traditions, then so can we,”

Ranjini Suppiah ;
"all Malaysians, regardless of their race, religion or origin must feel that they were being treat equally because racial equality was essential for the creation of Bangsa Malaysia.

“We should be able to work towards a fairer and equal education system – a system which takes into consideration the needs and aspirations of all Malaysians.

“The deserving ones from all races should be given help in education as well as economic opportunities. Otherwise, the problem of brain drain will worsen,”
Klik di sini untuk berita penuh

Sunday, September 05, 2004

Kenyataan media KOMUNIte SENI JALAN TELAWI (KsJT)

Pembebasan Anwar Ibrahim Dialu-alukan – Titik Mula Kebebasan

KOMUNITe SENI JALAN TELAWI (KsJT) mengalu-alukan keputusan mahkamah tinggi semalam (Khamis, 2 September 2004) yang membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat, dan ingin merakam ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas usaha beliau untuk menjadikan badan kehakiman negara ini bebas dan berwibawa.

2. Tentunya keputusan mahkamah ini dilihat akan memberi impak langsung kepada suasana politik nasional. Namun, KsJT turut melihat bahawa pembebasan Anwar adalah sebagai kelangsungan perjuangan ke atas beberapa aspek dan pengisian demokrasi seperti kebebasan media dan kebebasan berekpressi dalam bidang seni-budaya.

3. Pengamatan dan pengumpulan pengalaman sejak enam tahun di era Reformasi (sejak 1998), dapatlah Kami menginsafi dan merumuskan bahawa ruang kebebasan media dan berekspressi di negara kita masih kecil, terbatas dan terkebelakang jauh berbanding negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand, misalnya. Dalam bidang seni-budaya pula, masih begitu banyak undang-undang atau sekatan terhadap proses berkarya, seperti tapisan skrip oleh badan-badan tertentu – sepertimana yang menimpa beberapa produksi teater di Kuala Lumpur tahun lalu. Atau, lembaga-lembaga penapis yang akhirnya lebih dilihat hanya bertujuan menafsir aspek moral daripada pandangan sehala yang cetek, atau lebih menyedihkan lagi, badan itu hanya menjadi alat untuk membaluti kepentingan politikus, parti politik dan fahaman arus perdana semata-mata. Ini tentunya akan membunuh atau menjadi ‘halangan psikologi’ ke atas cetusan idea baru atau pandangan-pandangan lain, yang, barangkali juga bermanfaat kepada pembangunan negara.

4. Dalam bidang seni-budaya, kita harus mengakui bahawa negara kita masih berhadapan dengan kemelut kekurangan karya yang mampu bersaingan dan dibangga sampai ke peringkat antarabangsa. Antara contoh ketara ialah kebanyakan filem-filem lokal sejak awal-awal lagi telah gagal di pawagam dalam negara dengan longlai bersaing dengan filem luar. Kemelut ini sesungguhnya mempunyai hubungan langsung terhadap perbagai hal yang menyekat kebebasan berkarya, atau dalam kata lain, menyekat proses kreativiti. Maka, KsJT yakin, semua hal yang menyekat kebebasan tersebut harus dihapuskan demi wujudnya erti demokrasi dan kebebasan untuk kebaikan dan manfaat lebih besar kepada masyarakat. Malah tanggapan bahawa demokrasi dan kebebasan lebih banyak mendatangkan keburukan hanyalah tanggapan simplistik, dan tidak matang terhadap maksud sebenar demokrasi dan kebebasan.

5. Oleh itu, sangat penting pembebasan Anwar Ibrahim semalam dilihat sebagai titik mula – selain ia adalah naratif penting sejarah negara – di mana ia juga merupakan sebuah survival dan perjuangan berterusan demi meletakkan asas kebebasan, demokrasi dan keadilan kepada semua pihak. Kepada golongan karyawan dan seniman juga.

Komuniti Teras KsJT;

Amir Sari – penganalisa isu sosial.
Al-Mustaqeem Mahmod Radhi – penulis dan graduan Syariah.
Fathi Aris Omar – Zamil Asian Public Intelectual (API), Nippon Foundation – UKM.
Hasmi Hashim – penulis dan pengkritik seni-budaya.
Haris Zalkapli – wartawan dan penganalisa isu global.
Hasrul Muhaimin – graduan syariah Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
Jimadie Shah – penulis kreatif & pengiat teater
Mazir Ibrahim – pengubah lagu.
Muaz Omar – penganalisa politik.
Najmi Abdul Jalil – graduan syariah
Farhan Effendy – graduan syariah Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
Shah Abdan – pengiat teater.
Sam Ahmad – wartawan hiburan
Yusmadi Yusuf – penguam.
Zulkiflee Zainul Abidin – pelukis.
Zul Habri – Pengendali Web

Segala pertanyaan boleh menghubungi:

Hasmi Hashim : 012 – 31 222 65
Amir Sari : 019 – 39 174 06

KOMUNIte SENI JALAN TELAWI (KsJT),
No. 48-1, Jalan Telawi
Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur.

Friday, September 03, 2004

Ulasan Filem Puteri Gunung Ledang

Oleh Mahhass

Filem yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia tahun ini telah tiba. Begitu gah sekali poster-poster di jalan-jalan besar hampir di seluruh negara, kain rentang gergasi di sana-sini, artikel promosi samada di akhbar, televisyen, laman-laman web (termasuk laman ini!) malah di mana sahaja begitu ramai yang
memperkatakan tentang filem ini. Ada yang sudahpun membuat penilaian awal sesudah menonton trailernya. Tidak kurang juga yang skeptikal terhadapnya.

Apapun, saya sudahpun menontonnya malam semalam di upacara gilang-gemilang di Royal Premiere bertempat di TGV KLCC, atas jemputan saudara Kamal (www.filemkita.com) bersama-sama rakan sepenulisan saya, Fadz (tontonfilem.com) (dan juga GAIA yang datang bersama Yasmin Ahmad). Ucapan setinggi-tinggi terima kasih untuk beliau kerana sudi menjemput saya (dapatlah juga saya merasai pengalaman memijak 'karpet merah' buat pertama kalinya!).

Tema 'feminisme' di Kancah Perfileman Melayu

Jika disorot kembali, sejak produksi Jalan Ampas di awal 50an, kaum lelaki dilihat lebih mendominasi filem-filem (melayu) tempatan. Bagaimanapun, bermula sejak awal 90an (atau mungkin lewat 80an), pembikin filem kita
sebenarnya telah berjaya mencipta arus revolusi perfileman tanahair, iaitu dengan menjadikan 'wanita', cinta dan
airmata sebagai 'tema'nya. Justeru kaum wanita mula diangkat dan dijulang selaku protagonis (watak utama) untuk sesebuah filem.

Untuk dekad 90an itu, ia bermula dengan nama Isabella (yang setentunya sudah menjadi nama 'cult'), diikuti Syakila yang penuh misteri lakonan Kuza, Riang Tirana, Selubung arahan Shuhaimi Baba, seterusnya Wanita Bertudung Hitam karya Mahadi J. Murat, 'Legenda' Azizah, 'nasi kangkang' Zaleha dalam Perempuan, Isteri dan... karya provokatif U-Wei menyusul pula kemudian kisah anak luar nikah Mas Ayu dalam Black Widow, Sayang Salmah sekali lagi di tangan Mahadi J. Murat, Maria Mariana arahan 'Raja Polis Malaysia' Datuk
Yusof Haslam, Rabiah yang kudus dan akhir sekali (secara kebetulannya) filem Perempuan Melayu Terakhir karya Syed Azidi arahan Erma Fatima menutup tirai segala filem yang bertemakan 'wanita' untuk dekad 90an.

Alaf baru, Wanita dan Provokatif

Sejajar dengan alaf baru, filem kita juga menunjukkan arus perubahan baru, iaitu mula berjinak-jinak dengan kisah realisme masyarakat. Ini direalisasikan oleh Osman Ali, sutradara muda berbakat tanahair mula
menghasilkan sebuah karya paling provokatif dalam sejarah perfileman melayu. Ia mencetuskan kontroversi serta perdebatan hangat di kalangan pengkritik dan juga penggemar filem tempatan. Filem dokumentari sub-budaya mak nyah, pelacuran dan AIDS ini juga berjaya membuka mata pihak-pihak tertentu, malah turut berjaya memasuki beberapa festival filem antarabangsa walaupun tidak diiktiraf oleh kerajaan kita sendiri. Malang sekali.

Seterusnya, filem-filem 'indie' mula mendapat perhatian. Ia mula menampakkan elemen 'kemesraan' di kalangan mainstream (mereka sudah mula boleh menerimanya) walaupun tidak dikomersilkan namun berjaya meraih perhatian. Seperti mana filem Dari Jemapoh ke Manchestee, Spinning Gasing juga The Big Durian. Bagaimanapun kita akhirnya disogok juga dengan produksi filem-filem besar yang lebih mendominasi pawagam berikutan 'kuasa' promosinya. Seperti filem PGL, promosi besar-besarannya jelas menampakkan pendominasian meskipun ia masih belum lagi dibuka tayangannya (sepertimana Lord of The Rings, Spiderman 2 atau mana
mana filem gergasi Hollywood).

Promosi Gergasi

Ia suatu yang pada dasarnya patut dibanggakan kerana usaha ini membuktikan kesungguhan serta komitmen mereka (tetapi dalam masa yang sama patut dikritik juga – "ada wang semua boleh"). Maka
tidak hairanlah jika filem ini berjaya mengaut kutipan 'ekspress' apabila ia mula ditayangkan pada 31 Ogos nanti. Sedar atau tidak, tema 'wanita' (sepertimana protagonis wanita dalam Embun, Paloh dan yang terbaru sekali Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam) sekali lagi menjadi pertaruhan besar untuk filem berbajet paling besar dalam sejarah produksi filem Malaysia.

Rata-rata, pastinya tahu dengan hikayat legenda Puteri Gunung Ledang ini, atau setidak-tidaknya nama puteri itu sendiripun sudah cukup sinonim dengan masyarakat melayu khususnya. Sebagaimana agungnya nama
Mona Lisa di barat, begitu jugalah agungnya nama puteri itu. Kali ini, kisah yang ditulis oleh Mamat Khalid dan disutradarai oleh Saw Teong Hin ini, berteraskan cinta dan pengorbanan.

Kemartabatan Bahasa dan Budaya Melayu

Filem ini sarat dengan puitis. Seni bahasa yang digunakan sungguh tinggi. Ia memertabatkan bahasa serta estetika budaya melayu lama ke persada antarabangsa (PGL telahpun memasuki Venice Film Festival
2004
). Ia sebuah gabungan drama, romantik, aksi, hikayat, mistik, fantasi, art, 'surreal' malah apa saja unsur yang diperlukan untuk sebuah epik yang bermutu.


Sultan Mahmud dalam PGL


Dari segi teknikal, bajet yang besar diperuntukkan sememangnya tidaklah mengecewakan. Lihat sahaja kostum, senjata, penggunaan kuda, CGI efek, koreografi pertempuran serta silat, skor muzik (oleh M. Nasir), sinematografi, kepelbagaian lokasi penggambaran dan yang paling menarik bagi saya ialah casting (pengambilan pelakon) yang akan membuatkan filem epik ini bakal laris di pawagam. Maka tidak mustahillah jika filem ini akan 'bersarang' beberapa purnama lamanya di pawagam-pawagam, bermula serentak dengan hari ulangtahun ke 47
sambutan kemerdekaan tanahair kita.

Keseluruhan barisan pelakon-pelakon hebat (Christine Hakim, Rahim Razali, Alex Komang, Sofea Jane, M. Nasir) dengan watak-watak yang ditampilkan sudah cukup untuk melonjakkan keterujaan menontonnya. Nama-nama besar itu semua sudah cukup menggegarkan. M. Nasir sebagai Hang Tuah membawa watak laksamana beperwatakan tegas tapi 'soft', handal dan sakti tapi melankolik. Watak Sultan Mahmud pula cukup 'gelap' dan sempurna ditonjolkan dan ia dikontras dengan begitu baik sekali melalui watak Bendahara oleh Rahim Razali. Alex Komang sebagai Gusti Adipati Wira Namtani (pemimpin kerajaan Majapahit) yang baran, penuh kesaktian malah di antara lakonan paling cemerlang dalam filem ini selain dukungan penuh 'natural' Christine Hakim yang memegang watak Mbok. Babak 'bunuh diri' merupakan paling dramatik lagi tragis untuk filem ini. Ekspresi wajahnya sudah cukup membuatkan saya menahan nafas seketika menahan kesebakan.

Namun di sebalik kegemilangan itu semua, PGL saya lihat tidak sempurna. Masih ada kekurangan meskipun dianggap kecil, tetapi ia tetap memberikan kesan yang maksima terhadap penontonnya. Bohonglah saya kiranya jika saya TIDAK katakan yang filem ini terlalu meleret-leret, slow-moving, terlalu 'arty' malah kadang-kadang sampai ke tahap 'rimas'. Seolah-olah filem ini bakal menerima nasib sepertimana filem Paloh tahun sudah – filem yang (khabarnya) 'bermutu' tetapi tidak mendapat tempat di hati penonton.

PGL dan Kontroversi

Sebahagian paparan juga boleh menjadi kontroversi. Salah satunya ialah babak keganasan kerajaan Demak terhadap negeri Melaka dan Majapahit. Ia satu sinikal terhadap dakwah Islamiyah, seolah-olah ekstrimis Islam itu wujud sejak dari zaman itu lagi.

Demak - simbolisme ekstremisTerus terang saya katakan bahawa saya
sungguh terkejut dengan babak pertemuan Tuah dengan wakil Pangiran Demak (lakonan Azmil Mustapha) sewaktu mendengarkan tutur bicara
mereka. Apakah ini satu sentimen anti-Islamik yang cuba dipergambarkan? Adakah yang berjanggut dan berjubah itu senantiasa dianggap ekstrimis? Apakah akan wujud gelombang protes para ulama
berikutan daripada babak ini? Sedang negara barat mula menerapkan nilai-nilai keagamaan ke dalam filem mereka, kenapa kita pula mengutuk atau menyindir agama sendiri?

Inilah yang saya katakan perkara kecil tetapi sebenarnya amat besar kesan serta interpretasinya. Janganlah kita terlalu mengambil mudah. Lihat saja bagaimana Mel Gibson sendiri 'menyembunyikan' kesalahan bangsa Roman dalam Passion of The Christ, walhal sejarah membuktikan orang Yahudi dan Rom lah yang bertanggungjawab atas kematian Jesus.

PGL sebenarnya memberikan tamparan yang sangat hebat untuk kaum lelaki melalui tema feminisme. Cinta yang tergambar walaupun penuh 'subtle' (lihat saja kelembutan Tuah) sebenarnya agak kabur, yang lebih menonjol ialah egoisme wanita (jadi bolehlah saya katakan bahawa watak yang didukungi Tiara Jacquelina sememangnya amat berkesan). Bayangkanlah pergolakan serta peperangan yang berlaku antara tiga buah kerajaan besar yang 'berpunca' dari seorang wanita. Kesetiaan Tuah terhadap sultan juga menemui jalan akhirnya berikutan cinta seorang wanita. Juga jatuhnya institusi kerajaan Melaka selepas itu adalah berpunca dari seorang wanita(walaupun tidak dilayarkan ke skrin). Seperti yang saya katakan di awal ulasan ini, bahawa tema 'wanita'
sememangnya amat berkesan.

Cinta Agung yang Tidak Dirasai

Cinta yang tak kesampaianWalaubagaimanapun, Cinta Tuah dan Puteri Gunung Ledang atau nama sebenarnya Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah semacam tidak
'kesampaian' dari sudut jiwa atau rasa. Ia tidaklah seagung cintaLaila/Majnun, Romeo/Juliet, Shah Jehan/Mumtaz, (Jack/Rose untuk Titanic?) atau mana-mana filem cinta agung epik lain. Ia tidak begitu menggetarkan hati, jauh sekali untuk mengalirkan air mata.

Maka amat mudah sekali jika 'tema cinta agung' yang dilaung-laungkan itu dianggap tidak berjaya. Paparan imej-imej yang indah (yang sarat dengan falsafah serta makna puitis) sahaja tidak mencukupi. Dan lebih malang lagi apabila watak-watak yang dibawakan amat cemerlang itu tidak berjaya dijustifikasikan sejajar dengan olahan skripnya yang saya boleh rumuskan sebagai "sebuah epik yang cantik tetapi sayang sekali...ia tidak sempurna". - mahhass@gmail.com

Ulasan-ulasan PGL yang lain

Fadz Tontonfilem
Sultanmuzaffar
Jr Enchanted Realm
Gembira tak terkata

Selepas pulang dari kerja, aku tanpa membuang masa bersama Cput bergegas ke rumah Anwar di Bukit Damansara untuk turut sama menyertai kegembiraan yang aku sifatkan satu kejayaan terbesar dalam kehidupan aku sehingga kini. Ribuan rakyat dari pelbagai kaum dan latar belakang hadir, sesuatu yang telah aku bayangkan selama ini sekiranya Anwar dibebaskan. Mood penyokong berada di tahap kegembiraan yang tertinggi, masing-masing seperti berada di awang-awangan.

Tidak sia-sia perjuangan dan pengorbanan demi keadilan yang sedikit aku curahkan selama 6 tahun ini. Syukur kepada Allah kerana tanpanya, pembebasan ini tidak mungkin dapat terjadi. Apa yang pasti, buat masa terdekat ini aku akan merayakan kejayaan yang cukup gemilang ini, tambahan pula selepas baru sahaja meraikan hari kemerdekaan negara.

Namun apabila Anwar sudah selesai menjalani pembedahan dan sembuh, ak berharap beliau dapat menerajui dan memulihkan gerakan pembangkang pelbagai kaum yang kuat di Malaysia untuk menentang hagemoni kerajaan Barisan Nasional. Walaupun begitu, agenda-agenda lain seperti pembaikan masyarakat di dalam pelbagai bidang harus terus berlangsung tanpa mengira adanya Anwar atau tidak. Aku tak mampu berfikir dan menulis dengan baik untuk sementara waktu ini, sedang menyambut kegembiraan yang jarang dinikmati. Salam reformasi!

Free at last! Anwar’s 2,174 days behind the high walls of Sungai Buloh Prison

Oleh Raja Petra Kamarudin

After 2,174 days behind the high walls of the Sungai Buloh Prison, Anwar Ibrahim finally walked free…well, wheeled free actually, for he is confined to a wheelchair due to a spinal injury…in a landmark Federal Court decision that took if not the whole world at least the country by surprise.

Did you realise that today, 2 September, is the Anniversary of Anwar’s sacking from Umno and the government? Poetic justice don’t you think? The day that saw the beginning of the end for Anwar is also the day of a new beginning for him.

Anyway, on Friday 13 (August 2004), a date made significant by Hollywood in their ‘Friday 13th’ movies, I sort of ‘shutdown’ the Free Anwar Campaign website. I say ‘sort of’ because I did not actually close down the website. The website is still there. I just stopped updating it with daily news updates. Instead, I launched a new news website, Malaysia Today, to take over the function of offering daily news updates to the Malaysian public.

Some pro-Anwar diehards were perturbed. They thought I had merajuk (sulk) and had resigned as the Director of the Free Anwar Campaign. Some even phoned me and asked whether it was true that I was leaving Parti Keadilan Nasional (National Justice Party) to join Umno. I replied that the website is still there, it has not been closed down, and no, I was not leaving to join Umno. Anwar would be freed on 2 September 2004 so my services as the Director and Webmaster of the Free Anwar Campaign were no longer required and I am now moving on to start a new news portal.

Some thought I was utterly mad. Others said I was just being sarcastic. Anwar free on 2 September? No way!

One of the first news items I inserted into Malaysia Today was about two of the three judges in favour of acquitting Anwar and that there were certain forces trying to ‘persuade’ these judges to change their minds.

This revelation brought negative reactions from various people. One of Anwar’s lawyers even phoned me and said that I should not have written this story as it may ‘tip off’ the powers-that-be. Anyhow, added the lawyer, he is not confident that my prediction would come true.

I nevertheless stuck to my guns. The world must be told that two of the three judges are in favour of an acquittal so that all attempts to force them to change their mind would fail. If the judges know that the world already knows their verdict, they would be hard-pressed to change this verdict notwithstanding how much pressure they are subjected to. And the judges do go into the Internet to read what we say about them. Even the Attorney-General does, as he told Anwar’s lawyers whenever he took offence to what we said about him.

When Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) realised he had lost control of the judiciary and could no longer force it to do his bidding, he quickly issued a statement saying that he will not interfere with the judiciary and would leave it to them to rule based purely on legal and not political grounds. This was a brilliant move on the part of Pak Lah. If he cannot beat them, then join them. Now that Anwar is free, credit would go to him for being a just Prime Minister.

I would have done exactly the same thing myself.

One would have had to diligently follow the appeal hearing to get a feel whether Anwar had any chance of freedom. The points raised by Anwar’s defence counsels were flawless. Only a totally brainless judge would disagree with Anwar’s lawyers that there is absolutely no case against him. I am no lawyer, least of all a judge, but even I could see that not only is there no case against Anwar, but Anwar should not have even been asked to defend himself in the first place. The trial judge should have thrown the case out without even the necessity of a trial.

But that is if you look at it from the legal angle, everyone argued. On point of law, true, Anwar should not have been put on trial let alone convicted. But this is politics we are talking about and on political considerations Anwar will die in jail.

I begged to differ. That may have been true during Dr Mahathir’s time. Dr Mahathir was vicious. At the time Anwar was arrested on 20 September 1998, Dr Mahathir had been in power for about 17 years and had an iron grip on the country. He had in the past taken on the Rulers, the Judiciary, the United States, Britain, Australia, and many more and had shown he is a fighter. But Dr Mahathir is now gone. In his place is Pak Lah. And Pak Lah does not have the guts of Dr Mahathir.

We just need to study Pak Lah’s track record to understand the man. He sided with Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) to take on Dr Mahathir in 1987 when he thought Ku Li was going to win. When it was apparent Ku Li was not going to be Prime Minister, in fact, not even going to be an Umno member any longer when the old Umno got deregistered and Dr Mahathir formed the New Umno (Umno Baru), Pak Lah chickened out.

In spite of all the venom Pak Lah spitted out at Dr Mahathir, he abandoned Ku Li and meekly crawled back into Umno Baru with this tail between his wobbly legs. Pak Lah is no fighter. He is a quitter. When the going gets tough, the tough get going. For Pak Lah, when the going gets tough, he begs forgiveness.

Pak Lah cannot make the Judiciary kowtow the way Dr Mahathir can. Pak Lah will not be able to control the Judiciary. The Judiciary will tell Pak Lah to go jump in the man-made Putrajaya Lake. And let us hope the pumps work and the lake is not all dried up when he does so.

Taking all that into consideration, Anwar will be free on 2 September 2004, I argued. And let us take a bet I challenged all and sundry. Only my wife dared take my bet and she lost. But please do not ask me what my bet with her was for, for she will be one very embarrassed wife if I told you.

Forget about what transpired since August, Friday 13th. That is all history now. What we need to talk about now is whereto from here?

First Anwar needs to get back into shape. No one wants an invalid as a leader. Anwar must get his spine surgery done so that not only can he walk, but he can also play badminton again.

Once he is as fit as a fiddle, he then needs to take control of Parti Keadilan Nasional. The party is in a shambles, and that is putting it mildly. It lacks leadership and direction. It does not have an identity anymore. Its marriage with PAS is on the rocks. But these are not serious ailments. With Anwar in charge, all these can be corrected in a jiffy. The plane may be nose down, but it is not spiral diving, and all it needs is a competent pilot to get it back on course.

And how will Anwar’s freedom affect Malaysia’s political landscape?

In any formula, one modification in the equation will change the end result. And Anwar is a factor that will charge the equation. Therefore, expect a change in Malaysia’s political landscape.

A politician is not dead till he is buried. Anwar, therefore, is far from dead. But Anwar must first focus on his health. If he cannot even stand up without the aid of crutches, how can he carry the heavy burden of leading the opposition?

Interesting days lie ahead of us. Anwar is free. Umno will be facing its first General Assembly under Pak Lah in three weeks time. Ku Li is waiting in the wings, ready to pounce on Pak Lah three years from now in 2007. The Islamic Party of Malaysia (PAS) will soon go through a rejuvenation exercise, maybe even a leadership change. Globalisation is going to hit us next year and will sweep this country like a tidal wave, killing off many in its wake. Pak Lah’s honeymoon period will end and he will have to buck up or buck out.

Yes, 2004 to 2007 will see Malaysia go though a period of renaissance. I pray I live at least another three years to see Malaysia enter a new era of its life as an independent nation. 2007, the 50th Anniversary of Merdeka, a half-century of this nation’s life, is going to be a year we would not want to miss. Then, in 2008, we will face the 12th General Election with Anwar leading the charge. And that is when the party really begins.

Party time everyone!

Lagi berkaitan keputusan kes rayuan Anwar Ibrahim

Street party erupts for Malaysia's freed Anwar
Anwar snips supporters' pigtails to mark freedom
Mahathir 'mildly surpised' by Anwar's release
Freed Anwar vows to rejoin political fray as release hailed
Anwar a free man- The Sun
Written Judgement of ABDUL HAMID MOHAMAD F.C.J. and TENGKU BAHARUDIN SHAH TENGKU MAHMUD J.C.A.
Written Judgement of RAHMAH BT. HUSSAIN, HMP
AMNESTY INTERNATIONAL PRESS RELEASE
`Reformasi' a la Malaysia - Thejakartapost
Anwar release hailed, but govt stays mum - Nationmultimedia
Justice prevails - at long last!- Aliran Media Statement
What the freeing of Anwar Ibrahim means to UMNO- MGG Pillai
Anwar Freed: Live reports!
Malaysia's surprising, significant release