Wednesday, August 16, 2006
Salahkah Amani berterus terang?
Sharifah Amani mohon maaf -Utusan
Rais tidak maafkan Nani -Metro
Nani calar imej FFM19 -Metro
Gubra ulangi kejayaan Sepet -Utusan
Rais lahirkan kekesalan -Utusan
Kenapa saya berucap bahasa Inggeris -Utusan
Dr Rais marah gelagat Amani -BH
'Saya tak hina bahasa Melayu' -BH
Kerajaan didesak haram Gubra, batal penganugerahan -Harakahdaily
Seperti dijangka, ucapan kemenangan Sharifah Amani atau Nani sewaktu memenangi Anugerah Pelakon Terbaik FFM 2006 telah menjadi kontroversi hingga 'Menteri Sinematografi' (siapa tengok doku. 18MP pasti tahu) kita turut terbabit sama. Siapa yang harus disalahkan? Nani, pihak media, Pak Menteri Rais Yatim atau PAS?
Walaupun aku juga kurang gemar akan masyarakat Melayu yang bertutur di dalam Bahasa English tanpa mengira situasi dan tempat. Bagi aku, kata-kata Nani iaitu "I sound like stupid if I speak in Malay" harus dilihat di dalam konteks bahawa Nani memang tidak fasih berbahasa Melayu yang 'proper'.
Penjelasan Nani terhadap isu ini boleh dibaca di sini dan di sini
Seharusnya tidak timbul isu Nani ingin memperlekehkan bahasa kebangsaan dan mengapa Nani tidak fasih berbahasa Melayu bukanlah soal utama. Mungkin masalah kurang fasihnya Melayu Nani yang juga bahasa ibunda boleh diperdebatkan dan harus diingat banyak golongan seperti ini di Malaysia dan ianya juga turut berlaku kepada masyarakat Cina, India dll yang tidak mahir berbahasa ibunda. Secara peribadi aku bersetuju dengan Nani bahawa bahasa yang lazim digunakan untuk berfikir dan bertutur lebih sesuai untuk digunakan kerana ekspresinya lebih tepat dan menyakinkan dan aku mempunyai beberapa kawan yang seperti ini.
Cuma mungkin satu kesilapan Nani yang masih muda adalah beliau silap membaca audien di PWTC/rumah yang gagal membaca atau sukar menerima kerana mungkin kejahilan atau sesetengah media yang gemar memanipulasi dan mempunyai agenda yang tersembunyi. Apapun semua kontrovesi ini pada sangkaan aku tetap dimulakan segolongan manusia yang 'hatinya bernanah' dan sukar menerima cara fikir masyarakat yang berbeza. Diharap dengan permohonan maaf Nani yang bagi aku tidak perlu pun sekurang-kurangnya dapat meredakan suasana dan ia juga membuktikan Nani masih mempunyai sikap yang jernih dan diharap pihak hati bernanah juga dapat menjernihkan hati mereka.
PAS & Gubra
Tambah mengecewakan laman web Harakahdaily yang sedikit sebanyak mewakili pandangan parti PAS turut terlibat dengan menyiarkan artikel yang mengkritik Gubra dan juga Nani. Apa yang menghairankan sejak bila pula mereka ini berminat dengan filem? Lagi parah bekas Ketua Pemuda PAS yang kini Pengerusi Institut Pengemblengan dan Pembangunan Komuniti (Impak), Mahfuz Omar mendesak agar kerajaan mengharamkan filem ini kononnya filem ini mengembangkan pemikiran liberalisme yang membahayakan masyarakat. Adakah ini pandangan sebenar parti yang 'poyo-poyo' pada era Reformasi mendesak agar kerajaan lebih demokratik? Kalau ya maknanya cakap tak serupa bikin atau lebih mudah retorik sahaja lebih (memang PAS terkenal dengan retoriknya, aku banyak menghadiri banyak ceramah PAS di pelusuk Selangor/KL terutama di Melewar dan Jalan Kebun semasa era Reformasi).
Apa yang dapat dilihat daripada episod ini adalah pertembungan pemikiran dan budaya di Malaysia semakin hebat dan ianya sesuatu yang menarik dan sebenarnya memberi faedah jika dapat ditangani tanpa emosi. Diharapkan individu-individu atau kelompok-kelompok yang mempunyai cara fikir yang sama atau hampir sama jangan cepat melatah dan rasa takut dengan insiden ini. Teruskan berjuang dan di dalam masa yang sama harus bijak menggunakan pendekatan di dalam masyarakat yang mana golongan sempit mempunyai pengaruh yang kuat di hati masyarakat. Kepada mereka yang sudah mendaftar menjadi pengundi, mari ramai-ramai mengundi undi rosak di dalam pilihanraya akan datang sebagai tanda protes atau sebaliknya undilah parti-parti selain UMNO & PAS. Kepada mereka yang belum mendaftar sebagai pemilih, anda tidak perlu berbuat demikian juga sebagai tanda protes.
Nota tambahan: Aku sudah menonton filem terbaru Kak Min, Mukhsen dan secara umumnya filem ini tidak mengecewakan dan sesuai untuk ditonton sekeluarga dan aku yakin puak hati bernanah pasti berjaya menjumpai adegan untuk dijustifikasikan sebagai pencemar budaya dan agama. Aku juga berjaya membeli DVD filem Gubra di Borders Singapura (mesti beli di sini sebab dapat diskaun staf dan pastinya sebagai Borderian, hehe) dan jika anda ke 'Temasek', jangan lupa mendapatkan ole-ole berharga ini sebelum kehabisan. Jangan lupa juga VCD atau DVD filem 'The Last Communist' karya Amir Muhammad yang boleh didapati di Borders, HMV dan Kinokuniya.
Saturday, July 15, 2006
Tarikh : 10 Julai 2006
Tempat : StadiumTertutup Singapura
Tiket : dari $70 ke $170
Pengalaman menyaksikan band Coldplay beraksi di depan mata semestinya tidak akan dapat dilupakan. Walaupun hampir RM400 dibelanjakan untuk tiket sahaja, ianya amat berbaloi dan kosnya pasti lebih tinggi jika disaksikan di tanah kelahiran Coldplay. Persembahan selama 80 minit terasa begitu pantas dan yang lebih best pihak penganjur membenarkan audien membawa kamera ke dalam stadium. Peluang ini aku gunakan untuk merakam 4 buah lagu kegemaran aku iaitu Square One, Yellow, Scientist serta Fix You dan aku akan menguploadkannya ke video tube. Kualiti seperti biasa tidaklah begitu bagus tetapi jika ada yang inginkannya, sila e-mel ke zulhabri@gmail.com
Untuk konsert ini seramai tujuh orang telah membentuk kontinjen dari negara Malaysia iaitu aku, Fatin, Pari, Diba, Angah, abang aku dan Susanne serta 3 orang lagi teman manager dari Borders Times Square iaitu Bobbie, Stephanie dan Shirley yang kami jumpa di Borders Singapore keesokan harinya. Konsert seterusnya adalah Mogwai pada 1 Ogos ini juga di Singapura dan We Are Scientist di Zouk KL pada 9 Ogos.
Coldplay rocks Southeast Asian fans
SINGAPORE (AFP) - British band Coldplay rocked fans from around Southeast Asia with an highly energised and electric performance in Singapore.
Fans travelled from neighbouring countries for the soldout concert Monday night, Coldplay's only Southeast Asian stop on their Twisted Logic 2006 world tour. Frontman Chris Martin could not stand still as he and the rest of the Grammy-award winning band performed songs mainly from their latest "X&Y" album including chart-toppers "Speed of Sound" and "Twisted Logic".
Throughout the 80-minutes of melancholic rock, Martin danced around the stage of the Singapore Indoor Stadium in fluid and uncoordinated moves as 12,000 fans cheered him on. "It was definitely worth it," said Aco Asyrafiel, a 24-year-old student from Jakarta who flew in for the weekend.
His trip cost him almost 200 US dollars -- more than many Indonesians earn in three months -- but he would "surely do it again".
Coldplay was formed in 1998 and its first two albums "Parachutes" (2000) and "A Rush Of Blood To The Head" (2002) have sold more than 16 million copies worldwide. "X & Y" was released last year.
Lagu-lagu yang dimainkan;
1. Square One
2. Politik
3. Yellow
4. Speed Of Sound
5. God Put A Smile On Your Face
6. What If
7. How You See The World
8. White Shadows
9. The Scientist
10. Til Kingdom Come
11. Ring Of Fire
12. Trouble
13. Clocks
14. Talk
- Encore -
15. Swallowed In The Sea
16. In My Place
17. Fix You
Untuk maklumat lanjut tentang Coldplay, sila layari www.coldplay.com dan www.coldplaying.com
Thursday, June 29, 2006
Antara patung-patung yang banyak di sana
Mal utama di Bali, Centro
Syurga kraftangan, baju dll...perlu ada skil bargaining disini
Pemandangan countryside Bali
Antara gunung berapi yang masih aktif
Tasik Danur
Teres padi
Pemandangan yg indah di Uluwatu
Sunset di Uluwatu
Tarian Kecak
Kawasan bom 2002
Pantai Legian & Kuta
Resort penginapan
Simbol yang menunjukkan kuatnya Hindu di pulau Bali
Saturday, June 10, 2006
Cambodia, Vietnam & Thailand trip
Jika tiada aral melintang, pada bulan oktober(tarikh tak pasti lagi) ini aku akan mengembara ke tiga buah negara di rantau Asia Tenggara bermula dengan Kemboja, Vietnam dan terakhir Thailand. Perjalanan dijangka akan memakan masa selama 2 minggu dengan menggunakan 3 jenis pengangkutan utama iaitu kapal terbang, keretapi dan juga bas.
Setakat ini hanya aku yang confirm sebab aku punya idea pun, jadi jika ada sesiapa yang berminat untuk mengembara bersama atau inginkan maklumat lanjut, sila hubungi aku di zulhabri@gmail.com atau kontak 019-3083804. Anggaran perbelanjaan keseluruhan dijangka sekitar RM2000 ke RM3000 dan dibawah ini disertakan sekali jadual perjalanan.
Day 1
KL to Siem Reap by flight (Air Asia)
Day 2
Angkor Wat
Day 3
Siem Reap to Phnom Penh by bus
Day 4
Phnom Penh
Day 5
Phnom Penh to Saigon by bus
Day 6
Saigon
Day 7
Saigon to Hanoi by train (36 hours)
Day 8
Saigon-Hanoi
Day 9
Hanoi
Day 10
Hanoi to Bangkok by flight (Air Asia)
Day 11
Bangkok
Day 12
Bangkok to Butterworth by train
Day 13
Butterworth-KL by bus
Friday, June 09, 2006
Pusingan kedua
Jerman lwn Sweden
Belanda lwn Iran
Poland lwn England
Portugal lwn Argentina
Czech lwn Croatia
Perancis lwn Sepanyol
Brazil lwn US
Ukraine lwn Korea
Suku akhir
Jerman lwn Iran
Czech lwn Perancis
England lwn Portugal
Brazil lwn Korea
Separuh akhir
Jerman lwn Perancis
Argentina lwn Brazil
Akhir
Brazil lwn Jerman
Brazil
Aku menjangkakan perlawanan akhir Piala Dunia 2006 akan menyaksikan pertembungan dua finalis edisi yang lepas iaitu Brazil dan Jerman dan samba menjadi pilihan aku sebagai pemenang. Sama-sama kita tunggu dan lihat dan jauh di sudut hati aku mengharapkan pasukan-pasukan dari benua Asia termasuklah juga ahli baru iaitu Australia dapat melakukan kejutan seperti tahun 2002. Hidup benua Asia! Klik di sini untuk melihat ramalan member ekstremis bola aku, Aran.
Sunday, May 21, 2006
Oleh Hishamuddin Rais
Saya cukup yakin ramai pembaca yang berpendapat jika seseorang berniaga dan ingin menjadi kaya raya dengan segera bisnes yang terbaik ialah dadah dan jual beli senjata. Perniagaan ini dijamin akan membawa pulangan yang cukup lumayan. Kedua-dua perniagaan ini berasaskan para pembeli yang sentiasa terikat dengan barang jualan kita. Pembeli dadah yang terus gian akan menjadi pasaran yang terikat. Manakala si pembeli senjata memerlukan senjata kerana mereka takut. Justeru untuk selamat mereka memerlukan senjata dari kita untuk mempertahankan diri.
Untuk saya ada lagi satu perniagaan yang agak sama bentuknya dengan dua perniagaan ini. Perniagaan yang saya maksudkan ini lebih awal dari bisnes dadah dari Colombia atau bisness kereta kebal dari Poland. Perniagaan ini telah wujud hampir 2,000 tahun. Meniaga yang saya maksudkan ini ialah meniaga menjual agama.
Jangan tersilap anggap, bila saya menulis tentang perniagaan agama ini bukan bermakna semua yang bersangkutan dengan agama itu salah. Bukan ini maksud saya. Biar saya bersurah di sini. Ini kesah lama, kesah yang telah berlaku hampir 40 tahun dahulu. Kesah ini terjadi di perhentian bas Seremban – stesen bas lama – telah tidak wujud lagi. Insan yang membukakan surah ini kepada saya ialah ayah saya sendiri.
Ayah saya selalu menggunakan perhentian bas ini bila hendak pulang ke Jelebu. Jadi ayah saya telah mengenali watak-watak yang selalu berkeliaran di stesen bas ini. Satu ketika semasa saya bersama arwah emak saya ke Seremban, ayah saya telah menunjukkan kepada saya seorang insan yang berbaju Melayu, berkain pelekat dan memakai songkok. Insan berwatak ‘warak’ ini akan memerhatikan ‘muka-muka baru’ yang menggunakan perhentian bas ini. Bila ada sahaja kelihatan muka baru maka insan ini akan datang untuk menjual risalah-risalah kecil dalam tulisan Jawi yang berselang seli dengan bahasa Arab dan ayat Quran.
Pada hari ini saya anggap risalah stensil itu bukan terjatuh dalam genre kitab, walau pun si Mamat di stesen bas Seremban ini mempropagandakan sebagai kitab agama. Melalui penjualan ‘kitab agama’ 20 atau 30 sen senaskhah, ianya dilihat sebagai cara terbaik dan tersenang untuk mendapatkan duit tanpa turun kesawah, ke laut atau memotong getah. Untuk saya yang pada ketika itu baru berumur 8 tahun, apa yang ditunjukkan oleh ayah saya itu adalah pengenalan awal untuk memahami bagaimana perniagaan agama boleh dijalankan.
Menjual agama ini, bukan hanya agama Islam, agama apa sahaja pun boleh dijual. Pertama, para bakal pembeli barang jualan kita perlu di takut-takutkan.Menakut-nakutkan bakal pembeli ini adalah iklan awal.Seperti mengiklankan pil melangsingkan badan untukperempuan. Iklan melangsingkan badan juga bergerak dilandasan takut. Tunjukkan gambar perempuan obes.Kemudian tunjukkan gambar perempuan yang langsing dan cantik. Pasti banyak orang perempuan yang akan merasa takut kerana dilihat tidak cun dan bergetah. Mereka ini akan menjadi resah. Untuk menenteramkan keresahan ini maka si perempuan perlu membeli pil melangsingkan badan.
Menjual agama juga bergerak di landasan yang sama.Bakal pembeli yang telah ditakut-takutkan dengan halal/haram. Yang itu tidak boleh. Yang ini was was pembuatannya. Benda yang ini ada campuran getah yang tidak suci. Yang ini pula ada lemak. Seribu satu macam pantang larang. Akhirnya apabila bakal pembeli terbaca, terdengar atau terlihat iklan-iklan ini,mereka akan menjadi resah gelisah. Saat ini adalah ketika yang paling baik untuk dijualkan agama kepada mereka. Mereka perlu agama untuk mensuci dan menenteramkan kegelisahan itu. Begitu senang sekali menjual agama.
Hari ini saya perhatikan penjualan agama ini telah sampai ke satu tahap yang amat memualkan. Tetapi masih belum sampai ke tahap menjual agama seperti yang sedang berlaku di Amerika Syarikat. Di Amerika orang-orang tua yang hidup bersendirian sering dijadikan mangsa atau menjadi pembeli saham agama terbanyak. Ciri-ciri menjual agama di kaca tv kita telah mula kelihatan bibit-bibitnya. Ketika ini ianya masih berselindung di sebalik tabir motivasi, tetapi hakikatnya ialah untuk menimbulkan keresahan. Ini belum memualkan lagi. Dalam negara kita menjual agama belum sampai ke tahap di mana stesen tv meminta penonton menghantar SMS sebanyak mungkin untuk memastikan tiket ke syurga.
Untuk saya satu lagi genre menjual agama yang memualkan ini sedang berlaku di restoran yang dimiliki oleh orang yang mengakui menganut agamaIslam. Kesahnya jual agama hari ini tidak begitu jauh dari apa yang pernah saya lihat di stesen bas Seremban, 40 tahun dahulu. Modus operandi hari ini agak licik sedikit.
Di restoran-restoran yang dimaksudkan ini, kita akan ternampak banyak ayat-ayat dari Quran yang telah dibingkaikan di dalam kaca untuk di letakkan di dinding restoran. Dari sehari ke sehari saya perhatikan bingkai-bingkai yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan Jawi ini semakin membesar. Ianya semakin banyak terpasang berselirat di dalam restoran-restoran Islam berjenis ini. Saya terfikir seolah-olah telah wujud satu musabaqah/pertandingan diantara tuan-tuan empunya restoran ini. Bingkai dari restoran mana yang paling besar. Atau restoran Islam wilayah mana yang paling banyak menayangkan ayat-ayat suci dari Al-Quran.
Ini bukan saya buat-buat kerana saya pernah masuk kesebuah restoran di Utara di mana bingkai-bingkai ini terpampang berselirat di dinding-dinding sehingga tidak kelihatan lagi dinding restoran. Ada bingkai ayat suci di atas tempat makanan. Di belakang meja tempat membayar. Di pintu masuk, Di atas peti sejuk.Di tepi meja rokok. Bingkai-bingkai bertulisan Jawi ini hanya tidak wujud di pintu bilik air.
Malah, saya pernah sampai ke sebuah restoran, juga diUtara, di mana saya rasakan seolah-olah diri saya telah tersesat. Tersesat yang dimaksudkan kerana saya datang ke restoran untuk memakan roti canai bukan hendak ke masjid. Begitu banyak sekali bingkai-bingkai kaca yang berisi ayat suci ini sehingga ianya telah mengalahkan banyak dinding masjid-masjid dalam negara kita ini.
Untuk saya apa yang telah saya lihat ini adalah proses menjual agama. Dari tanda dan makna yang saya baca, tuan empunya restoran ingin memberi tahu kepada para pelanggan bahawa restoran ini di miliki oleh penganut beragama Islam. Ayat-ayat suci yang di dalam bingkai itu adalah buktinya. Ayat-ayat ini juga adalah pengucapan untuk memberi tahu bahawa di restoran ini hanya makanan halal sahaja yang dijual. Saya memahami tanda dan makna ini.
Tetapi ada satu perkara lagi yang tuan empunya restoran ini gagal memahami. Perkara ini ialah –kebersihan – yang amat penting dalam hal makanan.Sebenarnya semua agama dalam dunia ini menuntut umat/penganutnya untuk menjadi suci dan bersih.Kebersihan itu adalah agama. Agama Islam amat jelas menuntut agar penganutnya menjadi bersih - rohani dan jasmani. Untuk saya memperagakan ayat-ayat suci bukan satu jaminan yang makanan itu bersih.
Kalau tidak percaya apa yang saya nyatakan ini sila lawati restoran-restoran ini. Perhatikan berapa jauh jarak wilayah tandasnya dengan tempat memasak. Berapa luas kawasan tandasnya. Kawasan tandas dikecilkan kerana jika luas nanti akan rugi ruang untuk meletakan kerusi meja. Tentang hal tandas, saya rasat idak perlu saya bercerita. Ini pasti memualkan.Tentang hal dapur pula, saya tidak pernah ternampak atau terlihat. Hanya Yang Maha Esa dan Majlis Bandaran sahaja yang dapat mengetahuinya.
Jikalau kurang yakin lagi, sila melawat ke bahagian belakang restoran-restoran ini. Para pelanggan akan mati terperanjat kerana longgokan sampah-sampah di belakang restauran-restauran ini adalah tempat tikus-tikus besar sedang berpesta. Sesekali ada juga sang lipas merayap di kaki meja mungkin lipas-lipas ini sedang mencari kitab-kitab lama untuk di makan.
Pakaian pekerja di restauran-restauran ini, saya akui amat bergemerlapan. Ada pula yang memakai kopiah bendera Malaysia. Ini menandakan mereka bukan sahaja beragama Islam tetapi mereka juga rakyat yang patriotik. Akhir-akhir ini saya perhatikan seperti ada pertandingan untuk memakai pakaian seragam di setiap restoran ini. Memang betul ada pakaian seragam tetapi kenapa sehingga ke hari ini saya belum bertemu satu pun restoran jenis Islam ini yang pelayan dan para pekerjanya memakai seragam putih. Mungkin pakaian putih tidak ada tertulis dalam ayat-ayat suci yang mereka baca. Atau dengan pakaian berwarna-warni pastilah kuah kari dan tumpahan kuah air kunyit akan mengindahkan lagi warna-warna baju dan seluar.
Saya yakin di sini ayat-ayat suci hanya digunakan sebagai perhiasan. Malah ayat-ayat Al-Quran ini dijadikan bahan iklan perniagaan. Untuk saya di sinilah kejulingan pentafsiran tentang peranan kitab suci Al-Quran. Tulisan-tulisan dari buku ini seharusnya bukan untuk dijadikan bahan hiasan atau iklan tetapi untuk dijadikan panduan dalam hal kebersihan.
Bila bercakap tentang hal restoran bersih ini maka saya terpaksa membandingkan pula dengan restoran-restoran yang di miliki oleh insan-insan yang tidak pernah membaca Al-Quran. Di Bangsar Telawi ada banyak restoran berjenis ini. Tetapi dari segi kebersihan restoran ini cukup terjamin. Para pelayan sentiasa berbaju putih bercelana hitam. Tukang masak pula memakai pakaian seragam putih. Tandas restoran ini – cukup bersih, sebersih ruang tamu di banglo Bukit Tengku, malah ada kalanya lebih bersih dari tandas masjid.
Inilah paradoks yang ingin saya timbulkan. Restoran yang tuan empunya tidak memaparkan ayat-ayat Al-Quran kelihatan cukup teratur. Apa yang hendak kita makan terjamin bersih tanpa was was. Manakala restoran yang berselirat dengan ayat-ayat AlQuran kebersihan masih boleh disangsikan.
Bila pembaca pergi memakan roti canai ke restoranIslam berjenis ini sila tanyakan dengan para pelayan apa makna ayat-ayat suci yang terpampang di dinding itu. Apa tujuan ianya dipaparkan. Kemudian tanyakan pula bila kali akhir pakaian yang dipakai itu di dobi atau di seterika. Untuk saya tujuannya cukup jelas –mereka sedang menjual agama. Ayat-ayat tulisan Jawi dalam bingkai kaca itu telah berjaya menenteramkan para pelanggan yang selama ini ditakut-takutkan dengan perkara halal-haram. Penganut Islam jenis ini tidak memahami yang tidak bersih itu juga haram untuk dijual kepada orang ramai. END
Monday, May 15, 2006
Friday, May 12, 2006
Living room
Kota Damansara
Lebuhraya NKVE, bunyi kenderaan menjadi alarm yang berguna
Namun begitu ada sesuatu yang dirasakan sedikit hilang iaitu masa bersama teman-teman karibku yang pada ketika ini juga sibuk dengan hal masing-masing. Tiada lagi masa melepak bersama setiap hari di Shah Alam menikmati ayam goreng Hakim dan nescafe tarik sambil menonton perlawanan Liga English. Namun semua ini sudah dijangka kerana apabila umur sudah menjangkau 'jubli perak', masing-masing mempunyai komitmen tersendiri. Malam ini aku agak nostalgik kerana baru sebentar tadi mendengar lagu 'Nur Nilam Sari' dendangan Awie yang merupakan lagu tema SPM selain lagu November Rain oleh Guns N Roses.
Friday, May 05, 2006
A S i n g u l a r T a l e n t
Don't miss this special program showcasing the singular talent of Azharr Rudin who was described by Singapore International Film Festival director Philip Cheah as a filmmaker to watch. Azharr's AMBER SEXALOGY had its world premiere at the just concluded SIFF.
Free Admission.
Enquiries 012-2255136.
Kelab Seni Filem Malaysia presents
9 Shorts by Azharr Rudin
Time & Date: 8.00pm, Saturday 6 May 2006
Free admission
Theatrette, HELP University College,
Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur
The 9 short films in this program were shot between 2003 and 2005. Taman di dalam Sinkiku was partly prompted by a question from a member of the audience during a Q & A session at a local festival where Dancing Kites was ill programmed in early 2004.
Inspirations gathered from the small exposure in the scene and also places where Azharr's heart has been to, resulted the completion of a suite of short stories known as The Amber Sexalogy which had a sneak preview in December 2005 in Macau and world premiered at the recently concluded 19th Singapore International Film Festival.
This screening will be the Malaysian premiere for most of the works by Azharr who was named by The Star as one of the two local filmmakers to watch for in 2006 in a Faces to Watch sidebar in its Special Year Ahead pullout. The shorts have also travelled to Jakarta, Bangkok, Cork, Toronto, Tehran, Yogjakarta, Prague, Rotterdam, Los Angeles and perhaps will continue journeying to more places and hearts in the future.
Dancing Kites
(experimental/documentary / 11m / Malaysia-Indonesia / 2004)
22 year-old Azharr Rudin for the first time tags along with his mother to visit her hometown, Dumai, Indonesia upon hearing the sighting of a grandmother he never met. He opts to engage in the personal subject matter by letting his camera document places where his grandmother was believed to have been to, the physical state of the small town (and its inhabitants) - which has not changed much for the last 30 years according to his mother - and indirectly records the cycles of emotions throughout the journey.
Taman di dalam Sinkiku
(garden in my sink / narrative / 14m / Malaysia / 2004)
A supposedly accidental recording of life.
Colorfool
(music video / 4m / Malaysia / 2003)
An ambiguous visual rendition of Terry Callier's What Color is Love? as suggested by the song.
The Amber Sexalogy
(narrative / 61m / Malaysia / 2006) individual titles: Meeting, Loving, Raining, Forgetting Amber + Majidee + Desir
A suite of small but perfectly formed stories that serves as an eulogy to love as well as an exploration of public spaces and private moments. Arranged non-chronologically, the first five shorts record several stages in the love affair of young city dwellers Amber and Harris, from meeting to forgetting. Harris is played by several actors, all the better to perhaps reflect on his stages of growth as well as the lovely but obscure object of desire that is Amber. The stories pointedly alternate between Malay and English, but other forms of language - the physical, the natural, the hermeneutical - are at play too. The seemingly offhand imagery, the rhythmic editing and the sound design discreetly conspire to achieve a rare immediacy. The last short has no Amber but is a prologue of Harris's early encounter with urban mores, and by this time you know that his sentimental education will not end here.