Wednesday, March 23, 2005

Polisi moral, apa stand anda?

Stop the policing of morality, say NGOs -The Star
Kisah Zouk oleh Ahmad Lutfi Othman - Harakahdaily

Tuntutan untuk mengahapuskan polisi yang bertujuan untuk mengawal moral meruapakan suatu isu yang sangat kompleks dan memerlukan penelitian yang mendalam. Namun begitu aku secara peribadi turut bersama Datuk Mohd Zaid Ibrahim dan lain-lain lagi di dalam menyokong penyataan ini.

Walaupun begitu aku amat mengharapkan agar mereka-mereka yang tergolong di dalam puak hedon, liberal palsu atau apa saja golongan yang pastinya tidak disukai oleh puak-puak 'penjaga moral' ini (mungkin aku juga termasuk di dalam kategori ini) supaya lebih sensitif dan menghormati hak-hak orang lain.

Jika kita (kalau boleh guna istilah ini) tidak suka dilabel-label dan dijatuhkan hukum oleh puak-puak moral ini. Kita juga harus tidak mengutuk-gutuk dan memerli golongan-golongan ini dengan pelbagai panggilan yang seolah-olah merendahkan diri mereka. Jika masing-masing boleh bersikap hormat dan tidak berlebihan, pasti isu ini tidak perlu diberi perhatian yang utama.

Aku tidak percaya paksaan akan mengubah seseorang kepada yang lebih baik, sebaliknya aku percaya kepada kesedaran di dalam diri sendiri.

No comments: