Saturday, April 16, 2005

Moralis berdemo selepas solat



Taklid atau benar-benar faham?

BANTAH PENENTANG POLIS MORAL...Pemuda PAS berhimpun di perkarangan Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur selepas Solat Jumaat tadi bagi membantah 50 NGO yang menentang undang-undang mengawal moral. Bagi mereka, tindakan mengawal moral umat Islam adalah hak agama orang Islam dan mereka yang memilih Islam mestilah mematuhi ajaran Islam. - Bagaimana dengan mereka yang menjadi Islam kerana dilahirkan sebagai orang Melayu yang mana secara perlembagaannya automatik Islam tetapi memilih untuk keluar daripada agama Islam setelah mencapai umur dewasa? (Bukan penulis)

Isu undang-undang moral: Ribuan sertai bantahan di seluruh negara- Harakahdaily

Komen:

Pemikiran dan sudut pandang umat Islam di Malaysia kelihatan semakin terkebelakang. Harap-harap ianya hanya terhad pada umat Islam yang pro parti PAS. Terkadang aku terfikir pernahkah mereka yang berdemo dan sangat kuat menentang ini mengunjungi kawasan Bukit Bintang, Bangsar dan tempat yang seumpamanya.

Aku cukup yakin majoriti dari mereka tidak pernah sampai dan ingin sampai apalagi menghayati gaya hidup mereka yang berkunjung ke kawasan-kawasan seperti itu baik atas tujuan beli-belah, menjamu selera, menonton wayang, membaca buku di kedai buku, clubbing, minum dsb.

Golongan yang tidak suka gaya hidup orang lain cuba memaksa gaya hidup mereka dianuti. Betapa anti demokrasi dan tidak Islamik sifatnya, Wallahu'alam.

No comments: