Wednesday, June 04, 2008

Minyak naik: Motosikal pilihanku

Padan muka siapa yang undi BN hari tu. Padan muka juga pengundi PR yang tak bersalah ni sebab turut terkena tempias pengundi BN yang tak yakin dengan janji2 pilihan raya PR untuk menurunkan harga minyak.

Harga minyak naik lagi, tak menghairankan kerana senario global juga memperlihatkan arah yang sama. Cuma yang aku nak tau adakah kenaikan ini bersebab oleh keborosan kerajaan BN selama ini yang sesuka hati pakai duit rakyat? Jika ya adilkah beban ini ditimpakan ke atas rakyat? Satu persoalan yang sukar untuk dijawab ya atau tidak.

Banyak pro dan kontra kenaikan harga minyak ini, yang aku setuju adalah sekurang2nya kereta2 akan berkurangan di jalan raya dan persepsi kereta adalah segalanya akan secara perlahan-lahan dihapuskan dan diganti dengan ya kepada pengangkutan awam. Tetapi apa yang boleh diharap dari pengangkutan awam kita pada masa sekarang? Mungkin inilah masanya kerajaan wajib serius untuk mempertingkatkan mutu pengangkutan awam supaya kebergantungan kepada kereta akan menurun di dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Nak komplen memang banyak, tapi kat sini aku nak tawarkan alternatif untuk berjimat iaitu dengan menunggang motosikal.

Ramai yang gaji tak seberapa dan belum berkahwin berlumba2 membeli kereta walaupun mempunyai lesen motosikal dan kebolehan menunggang (tak semua mahir, sebab ramai gak member aku yang x reti tunggang). Katanya konon sekarang kereta itu maha penting, ada kelas dan gaya dan boleh konon2 tekel awek2 cun, pigirah!!! macam dapat.

Manusia2 seperti ini yang bergaji x besar mana wajib mengubah tabiat buruk tersebut kecuali kalau beli kereta untuk berniaga dan urusan2 praktikal yang lain. Selain daripada tu baik lupakan sahaja.

Manusia2 yang tak mahir dan takut mati cepat kerana takut terjadi mat rempit atau dilanggar dari belakang oleh pemandu2 kereta ala rempit dari PJ atau KL yang berpendidikan tinggi, jangan risau aku boleh ajar tip2 tunggangan yang betul mengikut situasi. Sebagai contoh tungganglah dengan kelajuan yang sedikit laju jika berada di highway atau dalam erti kata lain ikut pace kenderaan lain yang munasabah, janganlah bawak 40km/j dan duduk di tengah2, alamat mati katak la.

Kelajuan mesti diselaras di samping brek mesti berfungsi dengan baik, tayar jangan sampai botak, sprocket kena tukar jangan sampai dah tajam dan macam2 lagi. Insya Allah jika semua ini diberi perhatian akan kurang risiko menemui Tuhan Yang Esa.

Hujan? Ada penyelesaiannya. Beli baju hujan dan bawa ke mana2. Macam2 jenama ada di pasaran dan yang bagus kualitinya adalah Givi. Tak mahal mana pun, RM70 dah boleh dapat. Takde alasan untuk datang lambat kerja sebab hujan kecuali kalau hujan ribut petir yang menggila.

Fail dan barang2 nak letak mana? Jangan takut, setiap sesuatu itu pasti ada jalan keluarnya. Untuk masalah ini belilah box simpanan barang yang boleh dibeli di bengkel2 motor, macam2 saiz dan jenama ada dan yang bagus masih juga jenama Givi. Kalau tak cukup bakul dan tempat simpanan di bawah tempat duduk bagi skuter pun ada. Belilah plastik atau beg kalis air untuk melindungi khazanah2 berharga tersebut. Pendek kata semua kemungkinan ada penyelesainya.

Jom ubah gaya hidup. Motor kapcai tank penuh hanya RM10 untuk isian hampir 4 liter, tetapi boleh sampai ke segala ceruk dan mengatasi kelajuan masa. Lebih produktif, efisen dan pantas untuk segala hal kecuali untuk logistik.

Selagi pengangkutan awam tidak meluas dan cekap, selagi itulah aku terpaksa mencemar alam dengan menaiki motosikal.

No comments: