Showing posts with label Hishamuddin Rais. Show all posts
Showing posts with label Hishamuddin Rais. Show all posts

Monday, December 15, 2008

Jom tonton Bilik Sulit!

Photobucket

BILIK SULIT - Teater Bukan Teater - SECRET CHAMBER

Skrip: Hishamuddin Rais
Arahan: Hishamuddin Rais/Mislina Mustaffa

Di Dewan Majlis Peguam ( Bar Council )
No 13,15,17, Leboh Pasar Besar 50050 Kuala Lumpur
(di belakang bangunan Pasar Seni / Central Market)

Pada : 20, 21 , 22, 23 Disember 2008 - Jam 8.30 malam

Untuk Tempahan Tempat sila hubungi : 012-465-16-71 atau 012-384-29-72

Derma Rm10 untuk keluarga tahanan ISA.
Sila tempah tempat dan pilih malam yang sesuai.Tempat terhad.

Facebook event page

Monday, July 07, 2008

DUIT BATANG PISANG-Hishamuddin Rais

Jika Anwar di dapati bersalah oleh mahkamah rakyat tidak akan percaya. Apabila Najib dikatakan tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya orang ramai pun tidak percaya.

Percaya atau tidak percaya? Betul atau tidak betul? Najib betul ke atau Anwar yang betul? Raja Petra betul ke? Balasubramaniam betul ke?

Semua persoalan-persoalan ini sedang berada dalam fikiran semua warga negara ini sekarang. Anak semua bangsa, warga semua derjat sedang bertanya-bertanya dan berfikir kuat. Apa yang berlaku pada akhir bulan Jun ke awal Julai 2008 ini telah membawa kita semua kembali 10 tahun ke belakang – kembali ke September 1998. Mungkin ramai generasi muda tidak mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku 10 tahun dahulu. Mungkin ada juga generasi yang bukan muda tetapi telah kabur-kabur ingatan.

Hakikatnya sejarah sedang berulang. Berulang berputar jelas di hadapan mata kita semua.

Hakikatnya – semua soalan-soalan ini adalah manifestasi. Manifestasi ini hanya dapat kita fahami jika kita mengurut kembali ke belakang dan melihat sebab dan musabab yang melahirkan manifestasi-manifestasi ini.

Tidak dapat tidak sejarah akan membuktikan yang manifestasi-manifestasi ini adalah hasil dari 22 tahun Malaysia di perintah Mahathir Muhamad. Gaya, cara, tenik, pendekatan dan taktik pemerintahan Mahathir selama 22 tahun yang lalu telah melahirkan apa yang kita hadapi sekarang. Manifestasi hari ini lahir setelah ia ditanam selama 22 tahun. Seperti pokok durian ianya akan berbuah setelah 10 atau 15 tahun bijinya ditanam.

Yang kita tuai hari ini adalah biji dan benih-benih realpolitik yang telah ditanam dan dibajai oleh Mahathir Muhamad. Sama seperti durian jika benih yang baik maka buahnya pasti baik. Dalam realpolitik Mahathir Muhamad, dia telah berjaya menanam biji politik yang tidak sihat untuk Malaysia

Betul – Mahathir Muhamad kini telah menjadi bekas Perdana Menteri. Betul – setelah bersara tidak mungkin susuk yang bernama Mahathir ini akan terus memiliki kuasa. Tetapi kuasa wujud bukan dalam bilik yang kosong. Kuasa wujud dengan memiliki alat-alat bantuan. Kuasa daulah dibantu oleh lembaga-lembaga daulah. Wujudnya kuasa kerana wujud bersama badan-badan penguat kuasa.

Lembaga-lembaga daulah ini diwakili oleh manusia yang bekerja, bergerak dan berkepentingan. Di sinilah Mahathir Muhamad telah merentas masuk. Dia telah menebas dan menebang beberapa akar umbi lembaga-lembaga daulah dan menanam benih baru. Kerana Mahathir ingin berkuasa lama maka dia telah memagari dirinya dengan pelbagai bentuk undang-undang. Dia telah mengubah perlembagaan. Dia telah meluluskan pelbagai akta. Malah dalam partinya sendiri dia telah beberapa kali membuat perubahan dan pindaan perlembagaan parti. Semua ini untuk memastikan yang dirinya terus berkuasa.

Lembaga-lembaga ini juga di duduki dan dipimpin atau di kepalai oleh manusia biasa yang berkepentingan. Orang-orang dipilih diwajibkan bertaat setia kepada Mahathir Muhamad. Sebenarnya taktik dan pendekatan realpolitik setia kepada Mahathir Muhamad ini bukan sesuatu yang baru. Di Mesir 3000 tahun dahulu Firaun telah menggunakannya, di Iran Ahmad Reza Pahlavi telah menggunakan nya, di Chile Jeneral Pinochet telah menggunakan nya, di Indonesia Jeneral Haji Ahmad Suharto telah menggunakannya.

Kepala-kepala dan pemimpin lembaga daulah - dari badan kehakiman, kepolisian, persuratkhabaran, keilmuan, perniagaan yang jujur, ikhlas dan ingin menjaga kepentingan ramai telah di buang kerja, di air batukan, di gantung atau di takut-takutkan dengan pelbagai cara.

Untuk sesiapa sahaja yang sedia bertaat setia mereka akan dinobatkan dengan limpah kurnia yang lumayan dari Mahathir Muhamad. Nikmat dunia ini tidak ada sempadan untuk mereka. Harta kekayaan datang mencurah-curah sehinggakan mereka sendiri pun terperanjat.

Inilah hakikat realpolitik 22 tahun Malaysia di bawah pemerintahan Mahathir Muhamad.

Hari ini apa yang berada di hadapan mata kita adalah bau haprak dan kelongsong politik yang telah ditinggalkan oleh Mahathir Muhamad. Abdullah Badawi adalah pewaris yang kelihatan masih tidak dapat tanggal dari kelongsong ini.

Ada dua lembaga yang amat-amat penting dalam semua lembaga daulah – Badan Kehakiman dan Badan Kepolisian. Satu berkuasa untuk mentakrif, mencipta dan menilai undang-undang dan satu lagi untuk penguatkuasaan undang-undang. Dua badan ini begitu penting sekali untuk semua negara.

Adalah salah jika ada warga yang menganggap bahawa badan kehakiman dan kepolisian boleh bergerak bersendirian. Dua lembaga ini wajib bergerak seirama dalam satu tempo. Tetapi jangan lupa ada lagi satu lembaga yang maha penting yang akan menilai lembaga-lembaga ini. Lembaga ini adalah orang ramai. Orang ramai ini ialah kita rakyat biasa ahli warga negara ini. Orang ramailah akhirnya akan menjadi juru penilai akhir.

Hukum dan undang-undang ini semuanya didirikan untuk memastikan kepentingan hak individu terjamin, untuk memastikan kebaikan bersama didahulukan, untuk memastikan kepentingan ramai dijaga bukan kepentingan kroni yang didahulukan. Ertinya undang-udang di buat untuk kepentingan kita – rakyat.

Kita - orang ramai wajib memiliki keyakinan terhadap lembaga-lembaga ini. Kita wajib yakin terhadap mahkamah dan hakim. Kita wajib yakin terhadap polis. Keyakinan terhadap lembaga- lembaga daulah tidak boleh dipaksa-paksa. Tidak boleh melalui ugutan. Tidak boleh melalui ISA, tidak boleh melalui tangkapan. Polis memang boleh menangkap tetapi apakah tangkapan polis itu diyakini ramai. Hakim boleh menjatuhkan hukum tetapi apakah hukuman itu diyakini orang ramai.

Pada masa perang dunia ke dua dahulu Tanah Melayu telah diduduki oleh Jepun dengan kekuatan senjata. Jepun juga telah meluluskan pelbagai macam undang-undang. Jepun juga ada mahkamah dan hakim. Jepun juga telah menahan ramai orang. Jepun juga telah memenjarakan ramai warga. Malah Jepun juga telah mengeluarkan Duit Jepun Pokok Pisang.

Kerajaan hari ini sedang menghadapi krisis keyakinan rakyat. Ini sama seperti tahun1998 dahulu. Sepuluh tahun dahulu apa sahaja yang keluar dari mulut Mahathir Muhamad akan di anggap sandiwara. Kini keadaan sedang berulang lagi. Rakyat tidak memiliki keyakinan terhadap badan kehakiman dan badan kepolisan.

Justeru, kunci untuk apa sahaja bentuk kerajaan dan daulah ialah keyakinan orang ramai. Tanpa keyakinan orang ramai kerajaan dan lembaga-lembaga daulah ini tidak akan dihormati dan akan luruh. Rakyat untuk sementara waktu mungkin boleh dipaksa. Untuk sementara waktu rakyat boleh dihukum. Inilah manifestasi krisis yang benihnya telah ditanamkan oleh Mahathir Muhamad kerana dia lama menjadi Perdana Menteri.

Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu (1941-45) TIDAK di yakini. Mahkamah Jepun tidak di yakini. Hakim Jepun tidak diyakini. Tahun 2008 rakyat Malaysia melihat lembaga-lembaga daulah hari ini telah sampai ke tahap Duit Jepun Pokok Pisang – boleh dilihat tetapi tidak bernilai.

Thursday, May 29, 2008

MAT EZAM BUKAN PENGKHIANAT

Oleh Hishamuddin Rais

Saya cukup hairan dan marah apabila ada yang menuduh Mat Ezam sebagai seorang pengkhianat. Ini bukan kerana saya hendak bodek Mat Ezam. Saya hanya cuba menerangkan hal duduk perkara. Malah saya cukup hairan kenapa akhbar tabloid Le Fou Total terperanjat gadang apabila Mat Ezam masuk menjadi anggota gerombolan United Malays National Organisation.

Sesiapa yang hairan atau terperanjat mereka adalah ahli-ahli politik poyo. Ngok tak tahu membaca politik macam le chef de fou Zainuddin Maidin.

Saya tahu siapa Mat Ezam ini. Dua tahun saya berkongsi satu sel dengan dia. Ezam bukan Mat Ezam poyo. Dia bukan pengkhianat garis perjuangan. Mat Ezam sampai hari kiamat pun tidak akan mengkhianati garis perjuangan yang menjadi akidah hidupnya.

Cuba ingat betul-betul dan ingatkan apa yang selalu di ceramahkan oleh Mat Ezam. Bukankah Mat Ezam selalu berkata - dia akan melawan penindasan dan berjuang untuk kumpulan yang tertindas. Dia akan tampil ke hadapan untuk membantu kumpulan minoriti yang tertindas. Malah dia pernah berceramah sampai terpancut-pancut suaranya hendak meniru-niru bunyi suara Kamarad Karl Marx dengan kata-kata – contre l’ oppresion de l'homme par l'homme.

Memasuki gerombolan United Malays National Organisation adalah garis politik Mat Ezam yang tepat. Gerombolan United Malays National Organisation sesudah PRU ke 12 adalah gerombolan yang sedang tertindas. Menyokong dan sama-sama sebaris berjuang dengan gerombolan minoriti yang tertindas dan sesak nafas adalah tugas dan garis politik Mat Ezam.

Ini bukan khianat namanya. Ini garis politik yang tepat. Kita semua wajib belajar dari Mat Ezam. Kita patut bangun untuk sama-sama menyokong gulungan minoriti yang tertindas. Berjuang sebaris dengan mereka yang tertindas adalah sebahagian dari iman. Yang sebahagian lagi iman kita ialah berdoa untuk dapat projek. Ini bukan cakap saya ini. Saya pungut hadis sahih ini
dari Ibnu Iwana al- Kontoli dari kitab Al-Fikarabun yang sama-sama saya baca dengan Mat Ezam semasa di Kamunting.

Menyokong sesiapa yang hendak rebah adalah garis yang tepat yang telah diambil oleh Mat Ezam. Apakah masih ada warga yang tidak menyedari dan tidak percaya bahawa gerombolan United Malays National Organisation sedang tertindas? Ada sesiapa yang masih jurang jelas? Kalau masih ada yang tidak faham, maka mengikut kitab Al-Fikarabun , kumpulan yang tidak faham ini tergulung kepada pengikut mazhab sesat lagi menyesatkan.

Bayangkan - tidak lama lagi gerombolan United Malays National Organisation akan tegak berseorangan. MCA, MIC dan Gerakan sedang merancang hendak memasuki Pakatan Rakyat. Mereka semua ini telah sanggup murtad untuk mengikut Tuan Syeikh baru mereka. Rakyat Sabah dan Serawak sedang berduyun-duyun lari membuat IC baru dan bercadang untuk meninggalkan Malaysia.

Syabas Mat Ezam – saudara jujur dengan garis perjuangan membantu yang lemah dan melawan yang gagah. Saudara cukup sedar bahawa Mat Dolah sekarang adalah pemimpin yang paling lemah dalam sejarah politik tanah air. Saudaralah pembantu setianya. Tupang pembawa rebahnya.

Fakta politik sedang menunjukkan bahawa dalam gerombolan United Malays National Organisation Mat Dolah sedang dalam proses hendak disingkirkan. Kita semua tahu Mat Najib sedang menyusun baris mengepung Mat Dolah. Dalam masa yang sama Muhyiddin juga sedang berura-ura untuk menibai Mat Dolah dari belakang. Ini semua adalah bentuk-bentuk penindasan yang sedang dihadapi oleh Mat Dolah. Inilah tugas suci Mat Ezam dengan rela hati
datang membantu Mat Dolah yang sedang ditindas.

Di luar gerombolan ini ada pula Mahafiraun yang tidak henti-henti menyalak dan menggigit punggung Mat Dolah. Maka di sini satu lagi peranan agung Mat Ezam. Membantu yang lemah dan menolong yang tersepit dan yang sedang di salak Mahafiraun.

Tentang Mahafiraun ini Mat Ezam cukup cemuh. Mat Ezam pernah menerangkan kepada saya – jika jumpa Mahafiraun dan jumpa Mat Dolah ketuk kepala Mukhriz dulu. Inilah kata-kata hikmat dari Mat Ezam yang sampai kiamat akan saya ingati.

Saya cukup marah apabila menerima sms yang cuba menghina Mat Ezam. Sms ini cuba menuduh Mat Ezam ini sama seperti Raja Katak. Ini tidak betul. Mat Ezam tidak melompat. Mat Ezam melutut. Ini juah bezanya. Melompat ke atas seperti katak. Melutut ke bawah seperti Mat Ezam. Jadi tolong jangan samakan Mat Ezam dengan Ibrahim Ali. Mat Ezam ada kelas.

Saya juga meminta semua fitnah dan tohmah tentang Mat Ezam di hentikan serta-merta. Cerita tentang Mat Ezam datang membantu Mat Dolah memang betul. Tetapi kini telah wujud analisa politik cekai yang berunsur fitnah tersebar. Rasa saya konco-konco Mat Najib yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini. Konco-konco Mat Najib menganggap Mat Ezam datang kerana arahan bos lamanya untuk membantu Mat Dolah. Ini fitnah. Mereka kurang arif dengan tujuan suci Mat Ezam.

Saya juga di fahamkan bahawa Rafidah cukup gembira dengan kedatangan Mat Ezam. Saya dengar kenduri talkin akan diadakan di Kuala Kangsar, kawasan parlimen Rafidah untuk menyambut Mat Ezam. Dari apa yang saya difahamkan Mat Ezam telah menelefon Rafidah. Dengan manja sekali Mat Ezam telah bersedia untuk menghadiahkan sebuah kotak harta karun yang ada pada Mat Ezam. Saya dengar khabar kotak ini ada menyimpan kasut Rafidah yang patah ketika Rafidah berlari-lari untuk mencium punggung Mahathir ketika Mahathir
menangis dahulu.

Satu kotak lagi akan dihadiahkan kepada Nazri Aziz. Saya dengar khabar kotak untuk Nazri ini bersisi lesen-lesen teksi. Sebuah lagi kotak untuk Noh Omar yang penuh dengan surat pajak. Lesen-lesen teksi dan surat-surat pajak ini telah dikumpulkan oleh Mat Ezam ketika dia menyamar sebagai pegawai pencegah rasuah pada satu ketika dahulu.

Saya sedar memang ramai orang tidak mengetahui bahawa ketika Mat Ezam menyamar macam Inspektor Jacques Clouseau dulu dia telah melakukan satu yang amat tragik. Biar saya nyatakan di sini satu rahsia yang begitu lama saya simpan. Menurut Mat Ezam tiga lagi kotak yang dicari-cari oleh pihak polis itu dipenuhi dengan gambar-gambar dan video rakaman Altantuya yang
sedang bershopping dengan Dotty di Paris.

Dari mulut Mat Ezam sendiri saya telah di beritahu bahawa video ini telah di rakamkan oleh KGB. Bagaimana pita ini sampai ke tangan Mat Ezam saya juga kurang arif. Apa tujuan KGB memberikan pita rakaman dan gambar-gambar Altantuya di Paris wallah hu alam bisawwab - hanya Lingam sahaja yang maha mengetahui. Apa hubungan Mat Ezam dengan KGB ini saya pun tidak pasti. Tapi menurut Mat Ezam ada seorang pengendali laman web yang telah membuat salinan video ini untuk ‘safe keeping’.

Saya cukup bengang dengan Minah sepupu Mat Najib yang ingin bertanyakan tiga soalan untuk Mat Ezam. Siapa Minah ini? Apakah locus pocus Minah ini untuk menyoal Mat Ezam. Ini mesti atas arahan sepupunya. Saya yakin Mat Ezam pasti akan bertanya kembali kepada Minah ini nanti – wahai Minah, mana dia laporan kewangan Sukom yang sampai hari ini belum di audit? Pasti menggigil bra Minah ini nanti bila Mat Ezam mula menyoal. Jangan play play, ini Mat
Ezam. Dia bukan Kancil dia Wira.

Saya paling menyampah melihat sikap Angkatan Muda Keadilan yang menjadikan Mat Ezam ini seperti selipar buruk. Sudah dipakai ditinggalkan. Ini betul-betul kurang hormat. Minah di Lorong Haji Taib pun kalau sudah pakai kena bayar. Angkatan Muda Keadilan telah murtad terhadap ketua mereka.

Sepatutnya Mat Ezam yang begitu gah dan berpengaruh pasti ada beratus-ratus ahli Angkatan Muda yang akan berduyun-duyun mengikut buntut Mat Ezam. Tetapi ini tidak berlaku. Angkatan Muda Keadilan telah menghina Mat Ezam sama seperti gerombolan United Malays National Organisation menghina Tun Dr. Mahathir bekas Presiden mereka yang keluar dari gerombolan. Mat Ezam terkonteng-konteng dengan empat lima Pak Pacak ketika membuat sidang akbar. Kenapa Mat Ezam seekor Wira dikulupkan. Apa punya turrr Angkatan Muda
Keadilan ini.

Ada satu perkara yang amat-amat memilukan hati saya apabila Mat Ezam masuk ke dalam gerombolan United Malays National Organisation ini. Saya tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada kawan baik saya si Lokman Adam yang bersama-sama di Kamunting dahulu. Lokman selalu ke hulu ke hilir berceramah dan buka cerita tentang strategi perjuangan Parti Keadilan Rakyat. Ini modal cari makan Lokman Adam.

Apabila Mat Ezam memasuki gerombolan United Malays National Organisation ke mana agaknya Lokman Adam nak cari makan kerana Mat Ezam juga akan ke hulu ke hilir dengan modal yang sama. Mat Ezam seharusnya bersimpati dengan sahabat lamanya Lokman Adam. Saya berharap mereka akan berkongsi kembali cari makan sama-sama agar sorro tidak miss.

Kelentong ke hulu kelentong ke hilir
Mat Ezam mencegah rasuah
Hujah dahulu hujah lendir
Kini Mat Ezam dah pandai rasuah.

END

Monday, May 05, 2008

Mekaseh pengunjung KLAB

Photobucket - Video and Image Hosting
Faisal dan Selaknya

Photobucket - Video and Image Hosting
aku menerima kunjungan geng Borders, Shirley & Bobbie

Photobucket - Video and Image Hosting
Pelancaran buku Selak, Chin Tong, Chin Huat,Syed Syahir,Haris, Faisal & Med

Photobucket - Video and Image Hosting
Terima kasih Belot sang penyelamat

Photobucket - Video and Image Hosting
Meriahnya

Photobucket - Video and Image Hosting
Sharon di gerai Malaysian Bookcrossers

Berakhir sudah KLAB 2008. Hati puas melihat sambutan yang diberikan. Esok aku akan duk berbincang ngan co-organizer KLAB merangkap jurucakap, Amir Muhammad tentang projek seterusnya. Badan & mental masih capek, namun kerja2 harus berjalan terus.

Hari kedua kunjungan sedikit kurang dari hari pertama, namun jualan di beberapa gerai lebih tinggi dari hari sebelum. Aku di Gerakbudaya & SIRD berjaya menjual hampir 70 judul buku di mana buku Isham, Keganasan, Penipuan & Internet menduduki carta pertama dengan 33 buah buku terjual, diikuti oleh dua buku terbaru allahyarham Rustam A. Sani, Social Roots of Malaya Left, 24 naskhah & Failed Nation, 22 naskhah, Tipping Point terbitan The Edge dengan 14 naskhah dan Where Monsoons Meet, 7 naskhah. Jumlah punya jumlah, lebih 4k juga jualan kami.

Agak mengejutkan apabila semua karya Pramoedya hampir habis dijual dan judul2 dari Indonesia mendapat sambutan yang tidak kurang hebat. Aku juga menyimpulkan bahawa ramai dari pembeli2 di gerai aku kali ini tidak pernah mendengar nama Gerakbudaya & SIRD dan ramai dari mereka bertanya lokasi pejabat atau kedai pada sangkaan mereka. Apa yang pasti selepas ini terdapat peningkatan jumlah mereka yang mengenali kami dan inilah juga tujuan sampingan KLAB diadakan untuk berinteraksi secare terus dengan pembeli dan bakal2 pembeli.

Apapun terima kasih kepada Amir & Dina di atas kerjasama berpasukan yang baik serta Uzair yang membantu dan Chet Chin yang mengendalikan sudut buku percuma dengan jayanya. Terima kasih juga kepada rakan2 yang hadir, Aran, Jibam, abang aku, Eugene, Jen, Shirley, Bobbie, Shazreeda dan ramai lagi. Jumpa lagi di edisi yang akan datang.

Klik di sini untuk gambar2 KLAB

Saturday, May 03, 2008

Lancar buku Isham + muzik + makan free

Photobucket - Video and Image Hosting
Rusli melancarkan buku Isham

Photobucket - Video and Image Hosting
Amir membaca gospel Isham

Photobucket - Video and Image Hosting
audien berkualiti

Photobucket - Video and Image Hosting
Isham menyampaikan ucap utamanya

Photobucket - Video and Image Hosting
Lagu2 Black aku memang layan

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting
Pyanhabib

Photobucket - Video and Image Hosting
Selebriti Isham menandatangani buku yang dibeli peminatnya, hehe

Photobucket - Video and Image Hosting
Tak ingat nama band ni apa, tapi layan

Photobucket - Video and Image Hosting
Din menangkap curi gmbr aku sedang mintak kontrak dari Eli, EXCO S'gor

May Day 2008 menjadi detik bersejarah apabila buku terbaru kompilasi tulisan2 Hishamudin Rais yang diberi tajuk, "Keganasan, Penipuan & Internet; Hegemoni Media Daulah Pecah" dilancarkan secara rasmi oleh Rusli, menurut Isham merupakan pembaca buku nombor satu di Malaysia di Annexe CM.

Tamat ucapan Rusli yang aku kenali semasa melepak di Bangsar Utama beberapa tahun lepas, tiba giliran Amir Muhammad memberi sepatah dua kata dan Amir telah membacakan 11 gospel Isham yang boleh dibaca di blognya.

Selepas itu parti pun bermula dengan persembahan2 dari band2 anak muda, Black dll juga bacaan sajak dari Pyanhabib. Sambil menikmati alunan muzik, geng2 yang turun dijamu dengan makanan dan minuman sementara aku dan Belot sibuk menjual buku. Terima kasih Belot kerana sudi menolong gua.

Hasil jualan malam ini, 75 buah buku terjual dari hampir 150 yang datang. Maknanya setiap dua orang akan beli satu dan peratusan sekitar 50% membeli bermaksud yang datang adalah berkualiti dan bukannya pura2 seperti mana ketika pelancaran buku2 yang melibatkan politikus.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong yang juga ADUN kawasan aku Bukit Lanjan turut hadir memeriahkan majlis. Duk sembang tentang Indie Fest yang dirancang dalam bulan Ogos nanti. Tamat KLAB aku akan menyibukkan diri membuat kertas cadangan dan susulan dan macam2 lagi tentang Indie Fest di PJ & Shah Alam Indie Fest.

Sesape belum beli buku ini, sila dapatkan di kedai2 buku utama; Borders, MPH, Popular, Kinokuniya, Times & Bookalicious di Seksyen 7 Shah Alam atau hubungi terus aku.

Kredit gambar pada Chikdin dengan DSLR barunya. Klik di sini untuk lebih gambar dari kamera aku yang banyak noise.

Wednesday, April 16, 2008

Buku baru Hishamuddin Rais

Photobucket


Terhangat dan masih panas. Baru sampai di kantor (opis) gua. Buku bertajuk Keganasan, penipuan & Internet ini adalah kumpulan tulisan-tulisan Hishamuddin Rais a.k.a Isham yang pernah disiarkan di kolum Surat Tanpa Alamat dalam harian akhbar Oriental Daily berbahasa Mandrin. Dalam kumpulan ini juga termasuk tulisan kolum Dari Brickfield dalam Berita Keadilan dan Dari Jelebu, blog Isham di Malaysia Today.

Buku ini wajib dimiliki oleh pembaca2 dan peminat2 Isham yang taat setia.

Ulasan2 atas karya agung ini;

Setuju 1000% dengan Hisham. Dahlah si tua bangka tu memporakperandakan negara selama 22 tahun, kemudian diwariskannya pula negara ini kepada si lembik yang suka tidur, jahanamlah kita.

Pekanpahang -22.10.2005

Anyway, aku salute dengan persembahan Hisham dlm tari dan lenggok kritisnya yg terkadang buat kita berfikir sekali lagi walaupun keputusan telah kita buat sebelum ini.

Itulah kelebihan dia

Dan dia sering berselindung di sebalik kelebihan itu

Sadin Marina 1 Februari 2006

Menarik sekali cerita Hisham ini, sungguh kagum dengan sentence ‘…. Ditengah kehebatan pop yeah yeah dan The Beatles..’

Hisham buat apa di kamunting? Jaga atau tetamu?

Stephen Bennit 6 Oktober 2006

Sesiapa yang tak sabar nak menghadam tulisan di dalam buku ini, sila beli secara online di laman web Gerakbudaya atau Kinibooks. Akan menemui orang ramai di kedai2 buku utama sedikit hari lagi.

Sementara menunggu hari2 itu, kamu semua boleh memesan terus melalui saya dengan nelpon 019-308 3804 atau emel kepada zulhabri@gmail.com

Harganya cukup berbaloi dengan hasil karya Isham iaitu RM30. Cepat dapatkannya!

Hishamuddin Rais aka Isham dilahirkan di Kampung Tengkek, Kuala Pilah. Membesar di Jelebu Negeri Sembilan. Sekolah awal di Jelebu dan kemudian di Malay College Kuala Kangsar sebelum memasuki Jabatan Sejarah Universiti Malaya pada tahun 1971/74.

Belajar Bahasa Perancis di University Katholik Louvainla-Neuve 1982. Mengikuti Asasi Seni di Brixton College London. Mendapat Sarjana Muda Filem dari University Westminster London.

Pernah menjadi wartawan BBC, penyunting filem, pelakon, penulis skrip. Memberi kuliah falsafah di Universiti Bangsar Utama - UBU dan Annexe Pasar Seni. Juga memberi kuliah filem di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan-ASWARA.

Pengasas, pengembang dan penganut Mazhab Ngi - non govermental individual