Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Saturday, September 27, 2008

Sepuluh Tahun Reformasi

Sedar tak sedar badai reformasi yang menggegarkan negara pada september 1998 sudah memasuki umur 10 tahun. Aku masih ingat bagaimana kecohnya suasana di sekolah kerana akibat kes ini. Ada cikgu yang pro dan anti, tetapi pelajar2 majoriti seperti pro reformasi sehingga kami pernah menggantung sepanduk bertulis 'Justice For All' di kawasan asrama sebelum diarah cabut setelah ada ibu bapa pelajar yang membuat aduan.

Secara umunya di sekolah aku kesedaran pelajar tentang politik agak baik walau arahnya lebih kepada politik Islam ala PAS. Aku yang pada ketika itu cenderung pada PAS (tiada kaitan agama, satu2nya wadah penentangan) telah terbuka mata pada satu kemungkina politik baru yang lebih menjanjikan harapan berbanding politik Islam yang kurang keserasian.

Di kala sibuk menghadapi peperiksaan SPM, aku berselang seli menghiburkan diri dengan mendengar ceramah Anwar melalui kaset2 yang dibeli oleh rakan2. Jauh sebelum timbulnya reformasi, bahan bacaan wajib aku adalah Harakah, Suara PUM & Tamadun beserta The Star dan BH serta kaset2 ceramah dari peguam anti murtad yang sekarang menjadi sosok kontroversi iaitu YB Zulkifli Noordin.

Pada mulanya aku tidaklah simpatisan pada Anwar kerana beliau pernah hadir ke sekolah merasmikan mesyuarat bahagian dan menghentam PAS. Aku tertarik untuk mula menyokong setelah menyertai demo2 di Jalan TAR ketika aku sepatutnya ada kelas tambahan cuti semester pendek di Infotech MARA. Melihat sokongan jitu rakyat dan setelah menghadam ucapan2 Anwar membuka pintu untuk aku turut serta dan kemuncaknya adalah pada 20 September 1998 di mana puluhan ribu berarak dan berkumpul di Dataran Merdeka dan Masjid Negara.

Sebagai peminat setia sukan, dilema juga pada masa itu kerana acara akhir hoki yang melibatkan Malaysia akan berlangsung pada malam hari dan politik pula di kemuncak. Fikir punya fikir aku memilih hoki dan setamatnya perlawanan di mana Malaysia tumpas 0-4 di tangan Australia, berita penangkapan Anwar tersebar.

Fast forward ke hadapan, gelombang dan semangat reformasi ditambah faktor2 lain akhirnya berjaya diterjemah di dalam bentuk sokongan rakyat apabila 4 buah negeri termasuklah Selangor yang sehingga sekarang masih sukar diercayai ditawan manakaka Kelantan dikekalkan. Bukan sekadar itu, momentum ke arah penubuhan kerajaan pusat oleh Pakatan Rakyat yang dijanjikan Anwar Ibrahim pada 16 September melalui pintu belakang walaupun gagal telah memecahkan mitos bahawa hanya BN sahaja yang berhak berkuasa. Sesuatu yang tidak aku yakini akan berlaku sederas ini.

Walaupun gerakan reformasi menghadapi pelbagai masalah dan berada pada tahap yang lemah pada 2004 akibat penahanan beberapa aktivis reformasi di bawah ISA sehingga ia berjaya memecah belah gerakan. Aku percaya gerakan ini akan berjaya jika garis yang diambil adalah inklusif dan bercorak pelbagai kaum kerana rakyat tidak boleh bergantung kepada PAS yang Islam Melayu dan DAP yang lebih Cina dari Malaysianya.

Pernah dalam perbincangan dengan Nik Nazmi beberapa tahun lepas, kami meyakini masa depan PKR terletak pada politik pelbagai kaumnya dan berambusnya pejuang2 reformasi/PKN/PKR yang masih bermazhab ketuanan Melayu alaUMNO tapi menyokong Anwar dengan harapan beliau kembali ke UMNO amat melegakan. Namun begitu aku percaya masih terdapat saki baki geng2 seperti yang disebut di dalam PKR hari ini.

Tatkala Anwar muncul dengan gagasan Agenda Malaysia, aku dan teman2 sibuk mempromosikan sesuatu yang kami sangat2 idamkan. Walaupun dalam banyak ketika kami masih pesimis dengan Anwar dan Agenda Ekonomi Malaysia beliau, sokongan rakyat pada 8 Mac ke atas PKR dan parti2 oposisi lain menjadikan beliau harus komited dengan agenda murninya. Anwar dan PKR tidak boleh menoleh ke belakang lagi dan kembalinya Anwar ke Dewan Rakyat setelah menang dengan majoriti yang lebih besar pada pilihanraya kecil P Pauh membuktikan rakyat menyokong agenda beliau dan sanggup bergadai untuk seketika.

Reformasi!

Tuesday, September 09, 2008

Melayu pun pendatang

Photobucket

Hey Ahmad Ismail, tak payah lah nakjadi hero orang Melayu. Pergi jahanam sama kamu. Aku takkan sama sekali berdiri di belakang kamu yang rasis. Baik rasis Melayu, Cina, India dll...semua pergi jahanam.

Tuesday, August 26, 2008

Merdeka!














Tiada kata dapat menggambarkan detik ini. Aku cukup2 gembira dan puas. Malam ni aku nak tidur awal, segala tekanan sudah selesai. Esok kerja lebih fokus dan disusuli dengan diskusi mamak seperti biasa. Tahniah rakyat Permatang Pauh yang memilih Anwar Ibrahim dari PKR!

Masa depan Malaysia semakin cerah, UMNO dan BN kita boleh kuburkan

Sunday, August 24, 2008

Dari Niaga, Politik ke Sukan

Sabtu, 23 Ogos

Photobucket
Encik Lim Guan Eng, teruskan dengan CAT

Photobucket

Hujung minggu yang sudah aku habiskan masa dengan menjual buku di Kongres Kebangsaan DAP ke 15 yang berlangsung di hotel mewah, Crown Princess bersebelahan Yow Chuan tempat yang selalu aku dan teman2 kunjungi untuk berkaraoke.

Ini merupakan pengalaman pertama aku menghadiri Kongres DAP walaupun bukan sebagai perwakilan atau pemerhati tidak seperti Kongres PKR, Muktamar PAS dan Perhimpunan Agung UMNO yang sering dikunjungi

Di sini aku temui Medalline Chang, amoi yang menjaga akhbar Roket berbahasa English yang sempat aku bekerja bersama semasa kempen BERSIH tahun lepas dan beberapa lagi seperti Liew Chin Tong, MP Bukit Bendera yang sempoi gila, Teng Chang Kim, Speaker DUN Selangor yang memang aku kagum sejak dulu lagi dan ramai lagi yang kebanyakannya rakan2 bos aku, Pak Chong.

Terima kasih pada Faisal Mustaffa yang bertanggungjawab untuk akhbar Roket edisi BM kerana telah menjemput Gerakbudaya untuk menjual buku dengan percuma di Kongres ini.

Sambil2 menjual sempat juga aku mencuri-curi dengar perbahasan yang berlangsung dan nampaknya tidak banyak isu2 kontroversi ditimbulkan tentang kerjasama di dalam Pakatan demi untuk memastikan media sampah tidak memanipulasi.

Aku difahamkan oleh Teng Kok Liang, Setiausaha Politik Chin Tong bahawa media paling haprak di Malaysia, Utusan Meloya tidak dibenarkan masuk membuat liputan. Padan muka, memang kena ajar binatang Utusan ni.

Secara umum perjalanan Kongres DAP lebih relaks dan teratur dan kurang protokol berbanding dengan Kongres PKR tahun lepas yang agak kelam kabut dan banyak yang gila jawatan. Walaupun berlangsung pemilihan CEC atau dalamUMNO dipanggil MT, lobi melobi tidaklah sehebat semasa Kongres PKR yang pada ketika itu tidak berkuasa pun. Aku harap pada pemilihan akan datang keadaan tidak bertambah parah kerana kebetulan aku merupakan salah seorang ahli Jawatan Kuasa Pemilihan parti pada pemilihan lepas yang melihat sendiri perebutan kuasa yang tidak sihat.

Kedah mencipta sejarah, 2-3 Selangor mengejar kali kedua

Photobucket
Gembira sebelum kecewa

Photobucket
Kedah lagi ramai penyokong

Photobucket

Malam minggu aku ke Bukit Jalil bersama Jibam dan tunangnya menyaksi perlawanan akhir Piala Malaysia yang menemukan Selangor dan Kedah. Dua kekecewaan di sini;

1) Penyokong Selangor ramai tak turun, aku tak tahu kenapa. Macam kat alor Star rasanya. Mungkin sebab tak yakin Selangor akan dapat membenam Kedah atau hujan yang turun membantut hasrat untuk ke stadium atau mungkin dulu UMNO banyak bagi tiket percuma, jadi penyokong2 yang dari kalangan Mat Rempit dan Pemuda UMNO yang kuat mentaliti subsidinya tidak ada bajet untuk turun. Entahlah yang penting aku turun memberi sokongan.

2) Selangor kalah 2-3, jumlah jaringan yang sama ketika tewas pada aksi final Piala FA. Kealpaan barisan pertahanan dalam tempoh 6 minit telah menghukum gergasi Merah yang walaupun cuba bangkit digagalkan oleh pertahanan mantap Kedah dan dibantu ketumpulan penyudah Selangor. Hari malang buat Selangor. Lagi malang Arsenal tumpas pula 1-0 kepada Fulham.

Tahniah Kedah kerana mencipta sejarah dengan merangkul tiga piala dua musim berturut-turut, sesuatu yang pasti diulangi oleh mana2 pasukan di dalam masa terdekat.

Ahad, 24 Ogos

Bangun awal untuk ke Crown Princess. Tak ramai perwakilan yang hadir, mungkin ramai yang sudah ke P Pauh untuk berkempen atau bangun lambat.

Jam 3 aku bertolak ke Amcorp Mall untuk cari2 barang di flea market. Bertemu Belot yang sedang menyambar CD Pearl Jam dan aku pula menyusul dengan menyambar CD The Best of Bon Jovi, Crossroad yang sudah hilang dari simpanan koleksi CD2 aku. Lagu2 seperti 'Someday I'll Be Saturday Night' , 'Always' dan 'Bed of Roses' pasti membangkit nostalgia zaman2 sekolah.

Photobucket
Jualan Borders masuk hari akhir

Sebelum pulang aku singgah ke Borders dan MPH di The Curve untuk melihat2 majalah2 baru sambil ngomong2 bersama teman2 di Borders.

Photobucket
KL dari Ritz Garden Seputeh

Photobucket
Muzik rakyat di Bukit Bintang, tiap minggu boleh menikmati secara percuma
SMS terkini dari Permatang Pauh

Alert: Imam who accept Saiful's swearing to confess tonight. He is on his way to Msjd Timah Kg belah2 Sbrg Jaya, later Pdg Ibu Penanti w Nik Aziz

IMAM Masjid Wilayah, Ramlang Porigi yg ambil sumpah Saiful akui cara sumpah tak betul & dia dipaksa trima sumpah.Mlm ni dia akan dedah dipentas PKR PPauh
Mari nyahkan penjajah minda Malaysia!

Taktik kotor UMNO/BN semakin keji, bangsat dan bodoh. Membaca dan menonton media2 arus perdana seperti layaknya mereka itu bertindak ala penjajah British yang cuba memecah belahkan rakyat Malaysia. Malas nak ulas panjang sebab cukup kecewa.

Aku harap pengundi2 Permatang Pauh terutamanya Melayu menolak parti perkauman keji dan hina UMNO sekeras-kerasnya. Aku merayu jangan sekali-sekala terpengaruh dengan propaganda 'Ketuanan Melayu' UMNO kerana jika UMNO/BN yang dipilih maka berkecailah harapan politik baru Malaysia yang baru memunculkan dirinya Mac lepas.

Merdeka dari UMNO/BN merupakan hadiah kemerdekaan negara ke 51 yang paling unggul.

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Friday, August 22, 2008

Keputusan demi keputusan: Sukan, politik dll

Kebelakangan ini hidup aku (dan mungkin oang lain juga) dihadapkan dengan berbagai2 penantian keputusan yang kadangkala boleh menjejaskan mood aku dan ada juga yang boleh memberi impak pada negara keseluruhan.

Photobucket
Meraikan gol kedua pada saat2 akhir perlawanan

Photobucket - Video and Image Hosting
Lim Guang Eng, pemimpin berjiwa rakyat, buku biografi beliau akan terbit

Photobucket - Video and Image Hosting
Khalid yang mahu disaman Ibrahim Abu Shah yang melampau

Photobucket - Video and Image Hosting
Kit Siang pejuang rakyat

Photobucket - Video and Image Hosting
Gerak gempur UMNO tak tergempur

Photobucket - Video and Image Hosting
Anwar dan Dian Sastro, marah Kak Wan

Photobucket - Video and Image Hosting
Jatuh jatuh, jatuh UMNO

Photobucket - Video and Image Hosting
20,000 ribu penyokong PKR turun, tapi xdelah smpi 100k spt yg dibilang

1. Lee Chong Wei menang semi, cuak aku tengok kat mamak masa set kedua. Ramai patriot kat sini berbilang bangsa, bangga aku...hepi untuk ke Permatang Pauh
2. Proses penamaan calon Permatang Pauh - Anwar diterima dan penyokong PKR mengatasi BN..hepi lagi
3. Lee Chong Wei kalah pada Lin Dan yang ganas permainannya -kecewa dan sedih tapi masih gembira dengan pencapaiannya
4. Selangor kalah 1-0 semi Piala Malaysia, tapi masih layak menerusi agregat 2-1. Yes, masuk lagi final
5. Arsenal menang 1-0, permulaan yang baik
6. Kedah tumpas tapi masih layak, dream final menjadi kenyataan
7. MU seri ngan Newcastle, 1-1. Padan muka si Setan Merah
8. Lumba basikal xde pingat, namun masih boleh dibanggakan
9. Aku menang game skuasy, hehe
10. Konsert Avril tidak dapat permit, siut betul budak2 yg menentang ni, harap2 kerajaan BN yang liberal moral yg aku setuju tapi korup gila yg aku x setuju dapat menimbangkan semula
11. Air Asia X mendapat hak penerbangan ke London tahun depan, nampaknya hajat untuk backpack di Eropah semakin menjadi kenyataan

Yang sangat ternanti2

1. Esok final Piala Malaysia antara dua negeri PR, Selangor dan Kedah
2. Keputusan pemilu P Pauh selasa depan di antara Anwar dari PKR dan Arif BN

Harap2 kedua2 ini memihak kepada aku, Amin!

Hidup Merah Kuning! Hidup PKR!

Iklan - siapa nak main skuash sila hubungi aku

Photobucket
Dato' Zulhabri beraksi cemerlang menentang Azlan Iskandar di CIMB Open

Monday, July 07, 2008

DUIT BATANG PISANG-Hishamuddin Rais

Jika Anwar di dapati bersalah oleh mahkamah rakyat tidak akan percaya. Apabila Najib dikatakan tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya orang ramai pun tidak percaya.

Percaya atau tidak percaya? Betul atau tidak betul? Najib betul ke atau Anwar yang betul? Raja Petra betul ke? Balasubramaniam betul ke?

Semua persoalan-persoalan ini sedang berada dalam fikiran semua warga negara ini sekarang. Anak semua bangsa, warga semua derjat sedang bertanya-bertanya dan berfikir kuat. Apa yang berlaku pada akhir bulan Jun ke awal Julai 2008 ini telah membawa kita semua kembali 10 tahun ke belakang – kembali ke September 1998. Mungkin ramai generasi muda tidak mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku 10 tahun dahulu. Mungkin ada juga generasi yang bukan muda tetapi telah kabur-kabur ingatan.

Hakikatnya sejarah sedang berulang. Berulang berputar jelas di hadapan mata kita semua.

Hakikatnya – semua soalan-soalan ini adalah manifestasi. Manifestasi ini hanya dapat kita fahami jika kita mengurut kembali ke belakang dan melihat sebab dan musabab yang melahirkan manifestasi-manifestasi ini.

Tidak dapat tidak sejarah akan membuktikan yang manifestasi-manifestasi ini adalah hasil dari 22 tahun Malaysia di perintah Mahathir Muhamad. Gaya, cara, tenik, pendekatan dan taktik pemerintahan Mahathir selama 22 tahun yang lalu telah melahirkan apa yang kita hadapi sekarang. Manifestasi hari ini lahir setelah ia ditanam selama 22 tahun. Seperti pokok durian ianya akan berbuah setelah 10 atau 15 tahun bijinya ditanam.

Yang kita tuai hari ini adalah biji dan benih-benih realpolitik yang telah ditanam dan dibajai oleh Mahathir Muhamad. Sama seperti durian jika benih yang baik maka buahnya pasti baik. Dalam realpolitik Mahathir Muhamad, dia telah berjaya menanam biji politik yang tidak sihat untuk Malaysia

Betul – Mahathir Muhamad kini telah menjadi bekas Perdana Menteri. Betul – setelah bersara tidak mungkin susuk yang bernama Mahathir ini akan terus memiliki kuasa. Tetapi kuasa wujud bukan dalam bilik yang kosong. Kuasa wujud dengan memiliki alat-alat bantuan. Kuasa daulah dibantu oleh lembaga-lembaga daulah. Wujudnya kuasa kerana wujud bersama badan-badan penguat kuasa.

Lembaga-lembaga daulah ini diwakili oleh manusia yang bekerja, bergerak dan berkepentingan. Di sinilah Mahathir Muhamad telah merentas masuk. Dia telah menebas dan menebang beberapa akar umbi lembaga-lembaga daulah dan menanam benih baru. Kerana Mahathir ingin berkuasa lama maka dia telah memagari dirinya dengan pelbagai bentuk undang-undang. Dia telah mengubah perlembagaan. Dia telah meluluskan pelbagai akta. Malah dalam partinya sendiri dia telah beberapa kali membuat perubahan dan pindaan perlembagaan parti. Semua ini untuk memastikan yang dirinya terus berkuasa.

Lembaga-lembaga ini juga di duduki dan dipimpin atau di kepalai oleh manusia biasa yang berkepentingan. Orang-orang dipilih diwajibkan bertaat setia kepada Mahathir Muhamad. Sebenarnya taktik dan pendekatan realpolitik setia kepada Mahathir Muhamad ini bukan sesuatu yang baru. Di Mesir 3000 tahun dahulu Firaun telah menggunakannya, di Iran Ahmad Reza Pahlavi telah menggunakan nya, di Chile Jeneral Pinochet telah menggunakan nya, di Indonesia Jeneral Haji Ahmad Suharto telah menggunakannya.

Kepala-kepala dan pemimpin lembaga daulah - dari badan kehakiman, kepolisian, persuratkhabaran, keilmuan, perniagaan yang jujur, ikhlas dan ingin menjaga kepentingan ramai telah di buang kerja, di air batukan, di gantung atau di takut-takutkan dengan pelbagai cara.

Untuk sesiapa sahaja yang sedia bertaat setia mereka akan dinobatkan dengan limpah kurnia yang lumayan dari Mahathir Muhamad. Nikmat dunia ini tidak ada sempadan untuk mereka. Harta kekayaan datang mencurah-curah sehinggakan mereka sendiri pun terperanjat.

Inilah hakikat realpolitik 22 tahun Malaysia di bawah pemerintahan Mahathir Muhamad.

Hari ini apa yang berada di hadapan mata kita adalah bau haprak dan kelongsong politik yang telah ditinggalkan oleh Mahathir Muhamad. Abdullah Badawi adalah pewaris yang kelihatan masih tidak dapat tanggal dari kelongsong ini.

Ada dua lembaga yang amat-amat penting dalam semua lembaga daulah – Badan Kehakiman dan Badan Kepolisian. Satu berkuasa untuk mentakrif, mencipta dan menilai undang-undang dan satu lagi untuk penguatkuasaan undang-undang. Dua badan ini begitu penting sekali untuk semua negara.

Adalah salah jika ada warga yang menganggap bahawa badan kehakiman dan kepolisian boleh bergerak bersendirian. Dua lembaga ini wajib bergerak seirama dalam satu tempo. Tetapi jangan lupa ada lagi satu lembaga yang maha penting yang akan menilai lembaga-lembaga ini. Lembaga ini adalah orang ramai. Orang ramai ini ialah kita rakyat biasa ahli warga negara ini. Orang ramailah akhirnya akan menjadi juru penilai akhir.

Hukum dan undang-undang ini semuanya didirikan untuk memastikan kepentingan hak individu terjamin, untuk memastikan kebaikan bersama didahulukan, untuk memastikan kepentingan ramai dijaga bukan kepentingan kroni yang didahulukan. Ertinya undang-udang di buat untuk kepentingan kita – rakyat.

Kita - orang ramai wajib memiliki keyakinan terhadap lembaga-lembaga ini. Kita wajib yakin terhadap mahkamah dan hakim. Kita wajib yakin terhadap polis. Keyakinan terhadap lembaga- lembaga daulah tidak boleh dipaksa-paksa. Tidak boleh melalui ugutan. Tidak boleh melalui ISA, tidak boleh melalui tangkapan. Polis memang boleh menangkap tetapi apakah tangkapan polis itu diyakini ramai. Hakim boleh menjatuhkan hukum tetapi apakah hukuman itu diyakini orang ramai.

Pada masa perang dunia ke dua dahulu Tanah Melayu telah diduduki oleh Jepun dengan kekuatan senjata. Jepun juga telah meluluskan pelbagai macam undang-undang. Jepun juga ada mahkamah dan hakim. Jepun juga telah menahan ramai orang. Jepun juga telah memenjarakan ramai warga. Malah Jepun juga telah mengeluarkan Duit Jepun Pokok Pisang.

Kerajaan hari ini sedang menghadapi krisis keyakinan rakyat. Ini sama seperti tahun1998 dahulu. Sepuluh tahun dahulu apa sahaja yang keluar dari mulut Mahathir Muhamad akan di anggap sandiwara. Kini keadaan sedang berulang lagi. Rakyat tidak memiliki keyakinan terhadap badan kehakiman dan badan kepolisan.

Justeru, kunci untuk apa sahaja bentuk kerajaan dan daulah ialah keyakinan orang ramai. Tanpa keyakinan orang ramai kerajaan dan lembaga-lembaga daulah ini tidak akan dihormati dan akan luruh. Rakyat untuk sementara waktu mungkin boleh dipaksa. Untuk sementara waktu rakyat boleh dihukum. Inilah manifestasi krisis yang benihnya telah ditanamkan oleh Mahathir Muhamad kerana dia lama menjadi Perdana Menteri.

Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu (1941-45) TIDAK di yakini. Mahkamah Jepun tidak di yakini. Hakim Jepun tidak diyakini. Tahun 2008 rakyat Malaysia melihat lembaga-lembaga daulah hari ini telah sampai ke tahap Duit Jepun Pokok Pisang – boleh dilihat tetapi tidak bernilai.

Monday, June 23, 2008

Dua cerita di Stadium Shah Alam

Sejarah tercipta di Stadium Shah Alam

Photobucket
Gerai Gerakbudaya

Photobucket
Kebangaan Selangor

Photobucket
Peniaga turut menjual jersi2 Kedah & Selangor

Photobucket
Solat maghrib disusuli solat hajat

Photobucket
Pemandangan dari belakang pintu gol

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Malam Jumaat seperti yang dirancang berlangsungnya Sambutan 100 Hari Pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Aku bersama Chuan Boon dan Robert sudah berada di sana sejak awal pagi untuk menjual buku2 Gerakbudaya. Keseluruhannya aku berpendapat program ini tidak berjalan lancar dan urusetia yang ditugaskan tidak pandai membuat kerja. Banyak rungutan dari kalangan yang hadir baik peniaga mahupun orang ramai; kurang promosi, bayaran sewa yang mahal, sistem pembesar suara yang tak berfungsi dan macam2 lagi. Semuanya kelihatan seperti ad-hoc.

Kehadiran seramai 15,000 (anggaran maksimum) dirasakan terlalu kecil jika dibandingkan dengan saiz stadium. Jika promosi dibuat dengan sebaiknya, aku rasa untuk mengisi setiap ruang stadium bukanlah satu masalah besar. Kalau sekadar nak menyambut secara biasa, lebih baik gunakan Stadium Malawati yang cukup baik untuk kehadiran seramai 15,000 orang, tidaklah membazir segala0galanya. Jualan kami pun agak teruk terutama di sebelah pagi sehingga ke petang kerana hampir boleh dikatakan tiada pengunjung, satu lagi mungkin disebabkan keadaan ekonomi sekarang yang sangat menekan.

Apapun acara ini mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya pemimpin2 utama PR berucap di sini, sesuatu yang aku rasakan hanya sekadar mimpi dan mustahil boleh berlaku dalam hidup aku. Tahniah rakyat Selangor!

Gergasi yang tumpas

Photobucket
Sepanduk2 gergasi yang menaikkan semangat

Photobucket
Ceria seketika apabila berjaya mengikat kedudukan

Photobucket
Wajah mulai sugul

Photobucket
Kedah ketawa riang

Malam esoknya pula aku berkunjung semula ke tempat yang sama untuk menonton perlawanan akhir Piala FA di antara Selangor dan Kedah yang mana berkesudahan dengan Sang Kenari mengatasi Gergasi Merah dengan jaringan 3 berbalas 2.

Seperti semalam, kehadiran penyokong kali ini amat rendah iaitu sekitar 40,000. Jauh dari kebiasaan terutama jika ia melibatkan pasukan Selangor. Ada beberapa faktor yang dirasakan menyumbang kepada keadaan ini; pertamanya kerana tiket yang mahal membuatkan ramai di kalangan penyokong2 Selangor berpendaptan rendah yang selalu ke stadium membatalkan hasrat, lagi pula dari pihak penyokong Kedah yang terpaksa membayar lebih untuk minyak dan tol. Keduanya mungkin kerana ramai yang tidak menyedari perlawanan ini yang diadakan hanya beberapa hari selepas perlawanan separuh akhir kedua dilangsungkan pada selasa. Lazimnya jarak masa seminggu atau lebih diberi supaya pasukan2 dapat menyiapakan diri dan momentumdi kalangan penyokong2 dapat dibina. Terakhir dan juga sangat relevan adalah suasana demam Euro yang sedang bergelora di kalangan peminat2 bola sepak di negara ini membantutkan niat mereka.

Secara keseluruhan, aku tidaklah terlalu kecewa dengan kekalahan pasukan Selangor kerana menyedari Kedah sejak beberapa musim kebelakangan ini memang terlalu handal sehingga pasukan Perak yang sentiasa digeruni itupun boleh dibaham dengan mudah oleh Sang Kenari. Apa yang sedikit mengecewakan adalah ketumpulan barisan hadapan diketuai Safee Sali & Amri Yahya yang gagal menyudahkan beberapa peluang terbuka yang pastinya akan merubah skrip perlawanan.

Menangani globalisasi sukan & hiburan

Tamat perlawanan aku, Siput, Jibam dan aweknya menuju ke SS13 Subang untuk menjamu selera sambil bersembang mengenai pelbagai isu sehingga jam 1.30 pagi. Satu isu yang aku ingin utarakan adalah sikap rakyat Malaysia yang tidak bijak menangani globalisasi baik dalam isu2 penting sehingga ke isu2 seperti sukan dan hiburan. Aku nak kaitkan dengan situasi bola sepak dan hiburan tempatan di mana ramai di kalangan kita yang mengetahui dan mengikuti dengan mendalam bola sepak atau dunia hiburan di barat sehingga melupakan terus apa yang berlaku di dalam negara. Bagi aku ini adalah sesuatu yang tidak sihat dan di dalam jangka masa yang panjang orang2 seperti inilah yang akan menghancurkan dunia sukan & hiburan negara. Manusia2 seperti ini tidak berpijak di bumi sendiri sehingga mengagungkan segala yang datang dari barat walau ianya sampah.

Setelah menghantar awek Jibam ke rumahnya, kami berpatah balik di restoran yang sama untuk menonton perlawanan suku akhir Euro di antara Russia dan Belanda sehingga jam 5.30 pagi dan aku masih mengenakan jersi Selangor. Tahniah Russia yang berjaya menewaskan Belanda dengan cemerlang!

Friday, June 20, 2008

Mari memenuhi Stadium Shah Alam

Photobucket
Keramat untuk rakyat Selangor (foto ihsan Selangorfc)

Laman web rasmi kerajaan Selangor

Hari ini di stadium bertuah rakyat Selangor akan diadakan program 100 hari pentadbiran PR di Selangor. Aku akan berada di sana seawal pagi untuk menjual buku dan juga turut serta memeriahkan majlis.

Selangor FC

Esoknya pula iaitu sabtu akan berlangsung perlawanan akhir Piala FA yang akan menemukan dua negeri PR iaitu Selangor menentang Kedah. Kepada rakyat Selangor, jom turun ke stadium beramai2 dan kita tenggelamkan sorakan penyokong Kedah. Tiket berharga RM20 dan RM40 untuk grandstand boleh dibeli mulai jam 9 pagi hari ini. Hidup Selangor!

Friday, May 30, 2008

Syukur Alhamdulillah

Photobucket
Kelakarnya mereka, baik layan muzik la korang

Aku yang bukan ahli mana2 parti gembira dengan kemasukan Ezam dan geng2 nya ke dalam UMNO. Ramai yang meminta aku menyertai PKR tetapi aku enggan, apa yang boleh dilakukan sekadar menyokong perjuangan mereka.

Alasan utama aku menolak menjadi ahli PKR sebelum dan sehingga kini adalah aku x pandai main politik parti dan x bakat memimpin. Memberi buah fikiran & saranan itu yang mampu aku lakukan.

Keduanya dan juga maha penting adalah masih kedapatan banyak pimpinan dan juga ahli PKR yang masih berfikir dan bertindak secara UMNO sehingga mereka melupakan dasar yang melatari PKR adalah perjuangan pelbagai kaum yang merentasi garis etnik. Bak kata Ezam,
Although Ezam did not want to elaborate on his reasons for leaving Keadilan – saying that he had already spoken about it at the time – he did say that he "holds strongly to the concept of an Islamic Malay nation that respects and acknowledges the rights of the other citizens from other races.”

Initially, he said, Keadilan was set up as a multiracial Malay-based party, but slowly, it dropped the "Malay-based" aspect and just became a multiracial party. Ezam said that to lose that foundation is "a big sin." "It crossed the line," he said.

Malaysiakini;
Ezam juga mendakwa perjuangan PKR sudah lari dari landasan asal iaitu menjadi parti yang memperjuangkan Melayu-Islam.

"Sebaik keluar penjara, Anwar telah melenyapkan prinsip tersebut," katanya lagi.

Selama ini, tegas Ezam, kaum lain dalam PKR menghormati hak orang Melayu tetapi konsep ini telah lenyap.

Dalam sidang media itu, Ezam juga mengulas mengenai Ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh Umno dan Ketuanan Rakyat oleh PKR.

"Saya tidak percaya kepada Ketuanan Melayu dan hal ini telah saya nyatakan kepada perdana menteri.

"Saya juga tidak percaya dengan Ketuanan Rakyat. Prinsip Malaysia ialah Melayu-Islam yang adil dan mengiktiraf kaum lain.

"Tetapi konsep Melayu ada dan ini yang diperjuangan oleh Umno," katanya.

Ezam bagaimanapun, berkata, beliau sanggup dipergunakan untuk membela kepentingan orang Melayu dan agama Islam.
Alhamdulillah, sangat jelas bahawa Ezam berpaksikan politik Melayu Islam yang aku tolak. Memang sah keraguan aku terhadap agenda PKR ketika Angkatan Muda dan PKR di bawah beliau. Kalau ketua pun gagal memahami prinsip perjuangan rakyat pelbagai kaum, apa yang kita boleh harapkan dari ahli2nya. Agak menghairankan kerana aku pernah terbaca di dalam media beberapa tahun yang lepas bahawa parti DAP menjadi pilihan beliau sekiranya PKR tidak wujud lagi. Malangnya aku x ingat sumber media mana yang aku baca tu.

Buat masa ini keyakinan aku terhadap PKR meningkat dengan hilangnya manusia seperti ini walaupun masih kedapatan juak2 ideologi seperti Ezam dan geng di dalam PKR. Mereka harus menjunjung Ketuanan Rakyat bukannya Ketuanan Melayu atau Islamic Malay Nation etc. Kalau bukan ketuanan rakyat, sila berhijrah ke UMNO atau PAS.

Tetapi inilah politikus, sentiasa berubah2. Kepada anak muda jangan resah dengan perkembangan ini kerana ahli politik mana2 partipun tidak memberi apa2 makna kepada kita kerana kuasa di tangan rakyat. Kita boleh menolak sesiapa sahaja berdasarkan persepsi kita bukannya persepsi segelintir politikus yang kecewa kerana masalah peribadi mahupun kewangan. Memalukan. Selamat maju jaya saudara Ezam di dalam UMNO! Kekalkan prinsip anda walau benci sekali manapun dengan Anwar, Azmin dan PKR.

Monday, May 26, 2008

Malam Minggu

Photobucket - Video and Image Hosting
Dah ramai kat depan tu

Photobucket - Video and Image Hosting
Zouk yang x best

Photobucket - Video and Image Hosting
Maple Jalan Alor, nasi goreng ayam yang sedap

Photobucket - Video and Image Hosting
Pagi2 buta masih nak bergosip

Photobucket - Video and Image Hosting
Kopi Bersih pilihan rakyat betul2 kawww

Photobucket - Video and Image Hosting
Tengok tu, masih cargas walau jam dah kul 4

Malam minggu yang lepas aku dan Belot menghadiri satu gig yang mengecewakan di Zouk. Sama ada terkecewa sendiri atau dikecewakan penganjur aku pun x tahu dan aku pun x kisah sangat skrg. Sebab gig selalu start lambat, aku pun gerak ke Zouk lewat dengan hasrat melihat Butterfingers dan FTG beraksi. Aku sampai dalam 6.30 petang dan bagi aku, ni pun dah kira tahap lewat gaban (hujan lebat menghalang niat untuk turun lebih awal) dan nasib baik Butterfingers baru je nak main walau kecewa sedikit The Otherside Orchestra dah habis perform. Ok la lepas tu aku enjoy, ingat2 sampai till late seperti selalu dalam flyer, rupanya dah tertulis sampai 7.30 malam. Jadi nak dipendekkan cerita show habis sebelum pukul 8 walau FTG dan Bitterswet belum sempat beraksi. Yang aku tensen adalah harga tiket RM27 yang aku bayar sangat2 tak berbaloi dengan kependekan show yang aku tonton. Nasib baik crowd cool walau ada yang memaki hamun tapi semua under control. Silap aku adalah tak tengok flyer betul2 dan silap penganjur start show lambat walaupun dah tahu Zouk dah tetapkan sekian waktu sahaja. Lain kali kalau nak start lambat2, buat kat MCPA je senang. Zouk pun macam sial je.

Melepaskan tekanan

Habis gig terus ke Jalan Alor untuk menikmati makan malam sambil menghirup bau2 daging salai, durian, sup katak dsb. Pilus datang setengah jam kemudian, makan2, minum2, sembang2 sebelum bertukar lokasi ke S14 PJ seterusnya ke rumah Faisal untuk meletakkan barang2 dagangan dan bergosip politik, cari2 lubang buat duit dan mengemukakan soalan untuk sessi dewan rakyat melalui wakil MP kita dari Kelana Jaya & Bukit Bendera, suadara Faisal.

Pukul 4.30 pagi kitorang chow.

Tuesday, August 28, 2007

Ayuh ke Shah Alam!

Photobucket - Video and Image Hosting
Peminat meraikan kemenangan

Photobucket - Video and Image Hosting
FRU yang menggelabah

Kejayaan Malaysia menumpaskan Singapura 3-1 untuk melangkah ke perlawanan akhir bertemu Myanmar esok sememangnya mengembirakan. Bukan sahaja kemenangan yang dipinta berjaya diberi pemain, malah aksi mantap dan komitmen bersungguh yang ditagih peminat berjaya ditunai para pemain, sekalung tahniah diucapkan!

Walaupun kita jangan cepat terpesona dengan kejayaan ini, pujian harus diberi jika ianya wajar tanpa perlu pesimis sepanjang masa. Aku sebagai peminat setia Malaysia yang optimis amat mengharapkan pasukan Sukan Sea Korat ini dapat menjuarai kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada tahun 1993. Aku masih ingat detik hebat Malaysia menang ke atas pasukan kedua Korea Selatan selepas masa tambahan 3-1 di Stadium Merdeka di mana penyerang terbilang waktu itu, Azman Adnan muncul hero negara. Aku masih memiliki keratan akhbar detik itu yang masih terlekat kemas di dalam buku skrap yang merupakan hobi aku ketika zaman kanak-kanak. Sering aku tatap dan baca bila mana aku rindukan saat gemilang pasukan bola sepak Malaysia.

Myanmar bukanlah pasukan calang-calang berdasarkan aksi permainan pantas yang dipamerkan ketika bertemu Zimbabwe. Perlawanan yang dilangsungkan awal ini sangat menarik dan tidak rugi rasanya menyaksikan perlawanan ini sambil melihat telatah ribuan penyokong Myanmar yang begitu bising dan sangat patriotik. Amat menarik apabila dua negara yang diperintah diktator bertemu sesama sendiri di dalam perlawanan bola sepak.

Kepada Zaquan, Khyril Muhymen, Shukor, Safee Sali dan rakan-rakan, ayuh buktikan bahawa pasukan bola sepak negara masih mempunyai maruah. Hargailah sokongan hampir 10,000 penonton yang hadir malam tadi di Stadium MBPJ dan jadikan ia sebagai satu azimat untuk bermain habis-habisan esok malam di Shah Alam. Kenangkan betapa bersemangat dan patriotiknya para penyokong apabila lagu Negaraku berkumandang sebelum perlawanan. Penyokong-penyokong ini yang tidak pernah putus harap, bukannya para pemaki pasukan negara yang langsung tidak tahu apa-apa.

Politik dan kebodohan polis










Ada dua insiden menarik di stadium apabila sekumpulan penyokong menggantung bendera Malaysia beserta bendera UMNO dan BN. Seperti dijangka, tindakan itu mengundang rasa jelik sebahagian besar penyokong diiringi dengan teriakan boo, sesuatu yang normal di stadium apabila bendera dua 'benda' itu dipamerkan. Aku masih ingat jikalau di Stadium Shah Alam, rakan-rakan kepada member aku, Aran dan juga Jibam yang selalu membawa bendera UMNO beserta juga bendera PKR dan PAS. Tujuannya mungkin untuk memberi mesej perpaduan di kalangan peminat bola sepak.

Melihat hanya bendera UMNO dan BN yang digantung, ada beberapa peminat berhampiran yang menegur dan dengan pantasnya bendera PKR dan PAS diletak sebelah menyebelah dan diiringi tepukan gemuruh dari penyokong. Bolehlah dianggap pembangkang sudah menang sorak, jangan menang sorak sahaja parti tergadai sudahlah.

Satu lagi insiden berlaku setelah tamat perlawanan. Mungkin kerana terlalu gembira dengan nikmat kemenangan yang boleh diibaratkan seperti apabila parti pembangkang menang pilihanraya. Sekumpulan penyokong memasuki padang untuk merayakan kemenangan bersama pemain dan di dalam masa yang sama FRU bertindak menggelabah menahan penyokong-penyokong itu. Lagak aksi lari FRU tidak ubah seperti ingin menangkap para demonstran di mana-mana demonstrasi. Apa lagi pihak polis diboo sekuat-kuatnya dan dimaki hamun oleh para penyokong yang tidak berpuas hati.

Apa salahnya penyokong meraikan kemenangan, bukannya ada keganasan dan kekacauan. Jikalau ingin menjaga keselamatan pun, tidak perlulah bertindak ganas dan menahan para peminat, apa salahnya jika hanya mengarahkan mereka masuk semula ke tempat duduk stadium. Ke mana hilangnya sifat munasabah dan kemanusian pasukan polis? Aku tak tahu apa yang terjadi kepada mereka yang ditahan, akankah mereka didakwa atau diambil rekodnya sahaja? Apa yang pasti insiden ini sekali lagi mencalar imej polis yang telah sedia tercalar, kata-kata seperti 'polis babi', 'anjing', 'polis rasuah' dsb keluar dari mulut peminat-peminat bola yang aku yakin majoritinya tidak begitu politikal. Aku yakin pegawai-pegawai polis yang berada di situ dapat merasakan betapa tidak popularnya mereka walaupun bukan di kalangan penyokong parti pembangkang. Masa untuk berubah wahai PDRM.

Ayuh lupakan sementara politik dan polis, mari beramai-ramai memenuhkan Stadium Shah Alam rabu ini. Harga yang aku bayar adalah terpaksa tidak menghadirkan diri pada forum penting 'Independence During Emergency' anjuran Parti Sosialis Malaysia di Dewan Perhimpunan Cina. Apapun kedua-duanya demi Malaysia yang lebih baik!

Malaysiaku Gemilang!