Showing posts with label muzik. Show all posts
Showing posts with label muzik. Show all posts

Wednesday, October 15, 2008

'Utopia Trauma' KAMI


Photobucket
Pembantu khas aku, Belut sibuk melayan awek2

Photobucket
KAMI dan Utopia Trauma bersatu

Photobucket
Tak beli xpe, tunjuk minat dah kira bagus la tu

Photobucket
T-shirt dari Black Sheep dan Durjana mendapat sambutan hangat

Sabtu lepas aku menjual buku skrip filem KAMI dan buku yang dicuri Abu di dalam filem KAMI, Utopia Trauma yang merupakan himpunan puisi pertama Rahmat Harun di gig KAMI Goes Raya yang berlangsung di Central Market.

Aku letakkan buku bersebelahan gerai rasmi barang2 KAMI yang dikendali Monkeybone, jadi dari segi lokasi memang sangat strategik. Apa yang mengejutkan adalah sambutan hangat yang diberikan terhadap karya Rahmat Harun sehinggakan hampir kehabisan stok walaupun majoriti yang hadir terdiri budak-budak sekolah dan kolej/universiti yang terpaksa berjimat2.

Aku tak percaya golongan ini tidak ada duit seperti yang dingomong sesetangah orang jika dilihat dari hasil jualan barang2 lain seperti t-shirt dan CD Kami di gerai2 jiran yang cukup lumayan juga. Aku lebih melihat mereka melihat t-shirt dan CD dahulu sebelum buku kerana ia boleh dipakai dan dikonsumsasi dengan mudah berbanding buku, nak2 buku puisi dan skrip.

Utopia Trauma juga mendapat sambutan hangat di kedai2 buku terpilih sehinggakan aku terpaksa mengarah penerbit buku ini, Suara-Suara untuk mencetak ulang semula untuk memenuhi permintaan. Senario ini mengingatkan aku apa yang terjadi pasca filem Ada Apa Dengan Cinta apabila tiba2 ramai yang mencari buku puisi Chairil Anwar bertajuk 'Aku' oleh Sumandjaya. Jelas pengaruh filem dan budaya pop bisa mempengaruhi masyarakat terluas terutamanya anak2 muda untuk berjinak2 dengan sastera. Mungkin ia sekadar fenomena sementara, namun di sini soalnya terletak pada kita cara bagaimana untuk mengisinya selepas ini. Insya Allah dalam hal2 tertentu aku akan bisa menyumbang sedikit supaya hal baik ini dapat diperpanjangkan.

Photobucket

Tamat KAMI aku bergegas ke MCPA untuk ke gig Youngsters Rock n Roll yang menampilkan band dari Singapura, The Great Spy Experiment sebagai tamu khas di samping band2 ngetop seperti Bittersweet, They Will Kill Us All, Deserters dll. Jualan buku di sini nggak laris dan tak ramai yang datang walaupun masuk percuma (entry by donation), mungkin semua gi KAMI. Tutup kedai dan tumpu pada persembahan.

Apapun tahniah dan terima kasih kepada mereka yang membeli. Jumpa lagi di KAMI Gig yang terakhir di Bukit Jalil sabtu ini, 18 Oktober di Parkir Bukit Jalil mulai jam 12 tgh hingga 12 tgh malam. Temui aku dan teman2 aku di sana.

Photobucket

Sila klik di sini untuk membeli secara online atau e-mel aku di zulhabri@gerakbudaya.com

Photobucket

Sila klik di sini untuk membeli secara online atau e-mel aku di zulhabri@gerakbudaya.com

Saturday, September 27, 2008

Sepuluh Tahun Ayumi Hamasaki

1998- Pertama kali terlihat wajah Ayu di sebuah kedai di S&M Arcade aku terus beli CD & minat


Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
Foto yang diambil secara gerila

Photobucket - Video and Image Hosting
Nak beli souvenir pun beratur panjang

Photobucket - Video and Image Hosting
Official merchandise mahal2 belaka

Habis SPM, aku sering berjalan2 sesuai dengan adanya tahi lalat di kedua-daua tapak kaki aku. Jalan punya jalan aku ternampak wajah keayuan gadis Jepun bernama Cik Ayumi Hamasaki. Mendengar lagu bertajuk 'You', aku sudah jatuh cinta dengan melodi dan kelunakan suara, yang lain menjadi sejarah. Faktor2 yang membuatkan aku meminati Ayumi tertulis lengkap di Wikipedia;

The influence of Hamasaki's music, sometimes considered one of the major forces in shaping Japan's current music trends,[32] has been attributed to her constantly changing image as well as her self-penned lyrics;

Hamasaki's musical style has changed over time: her music contains aspects of rock and R&B and spans styles including dance, metal, progressive rock, pop, and classical.[15] She also uses different instruments and techniques including piano, orchestra, gospel choirs, guitars, traditional Japanese strings, music boxes, and even effects such as yells, claps, and scratching.[35][33][15] She frequently employs others to compose; as she has explained, "I'm not a professional; I lack even basic knowledge about writing music." However, when writing "M", none of the melodies composed by her staff appealed to her, and she decided to compose herself.[10] Thinking that this let her get closer to what she had in mind,[27][28] Hamasaki continued, most notably in her album I am..., mostly her own work; furthermore, she took control of nearly every aspect of her artistry for the same reasons. Later on in her career, however, she began delegating many of the tasks she had previously handled, including composition, to her staff.[90]

Hamasaki's lyrics, all her own,[fn 3] have resonated among her fans, who praise them for expressing "independence, rebellion, and conflict juxtaposed with [...] innocence" and for being "like the contents of [...] a diary" and "reflecting [their own] changing emotions".[32] Because she has "trouble voicing her thoughts", Hamasaki uses her lyrics as an outlet; she "draws from her own experiences and emotions" and tries to put them "honestly into words".[2] She has stated that honesty is essential to her lyrics, saying, "If I write when I'm low, it will be a dark song, but I don't care. I want to be honest with myself at all times."[2] Because of this, she did not use English lyrics until her album Rainbow, as she had felt that she could best express herself in Japanese.[fn 3] As with her musical style, the themes of her lyrics have varied: although "loneliness and confusion" were frequent in her earlier albums, she has branched out to wider themes such as faith and peace;[27] themes in her later albums included love and the struggles of women.[50][33][45] Hamasaki draws inspiration for her lyrics from various sources. A story told to her by her friend about a saint named Mary (possibly the Virgin Mary) served as the basis for "M", while the September 11 attacks inspired "a song is born".[91] In an interview, she explained that "in the beginning" she "was searching for [herself] in [her] music", adding,

My music was for me. I didn't have the mental room to be conscious of the listener; I wrote to save myself. I didn't understand what it was to write songs. But over time I began to see many things, my influence, the responsibilities that gave me.[28]

Sedar tak sedar dah 10 tahun Ayumi berkecimpung di dalam industri muzik Jepun dan aku pula dah 10 tahun menyokong beliau. Jadi sebagai peminat setia aku meraikan ulang tahun ke 10 ini dengan menonton Konsert Jelajah Asia 2008 yang berlangsung di Hong Kong 21 September lepas, sehari selepas tanggal bersejarah Malaysia 20 September.

Konsert diadakan selama 2 hari, 20 dan 21 September di Asia-World Expo bersebelahan airport dan dikhabarkan tiket semua habis dijual. Harga tiket serendah RM130 hingga RM400 dan aku memilih yang termurah.

Sehingga sekarang aku masih tidak percaya fakta yang aku sudah menonton Ayumi secara live. Hampir setiap koleksi DVD live Ayumi aku miliki dan sentiasa dihadami. Oleh kerana aku kurang mendengar lagu2 dari dua album terkini beliau, hanya separuh lagu yang didendangkan aku familiar. Lagu kegemaran yang dinyanyikan ialah Surreal dan Hanabi, dan yang tidak dinyanyikan ialah Naturally, Real Me, Because of You, Duty, Heartplace dan We Wish. Namun lagu2 baru juga tidak kurang hebat, cuma tak pernah dengar kerana senarai lagu menunggu yang terlalu banyak.

Secara keseluruahan konsert yang berlangsung selama 2 jam 20 minit ini boleh ditakrif berjaya dari segi pemilihan lagu, respon audien, kostum grand & sikap Ayumi sendiri yang mengundang rasa gembira di kalangan peminatnya. Ayumi yang aku kagumi tidak pernah penat dan sentiasa bekerja walau sekarang beliau pekak sebelah. Cuma yang terkilan adalah sekuriti ketat yang membantutkan hasrat aku dan semua penonton untuk mencuri2 mengambil gambar dan video. Tapi aku akhirnya dapat mengambil foto arena setelah tamat konsert setelah sekuriti terlalai sedikit. Haha.

Tahniah Ayumi dan diharap jangan berundur dan semakin kering idea, tahniah juga kepada Utada Hikaru sebab aku minat beliau juga.

Friday, September 26, 2008

Jemputan ke pelancaran buku

Buku Untuk Filem KAMI akan dilancarkan Sabtu ini (27 September).

Tempat: The Annexe, Central Market, KL.
* (dewan sama dengan pameran poster "Wayang Kita-Kita")

Masa: 8-10pm.

* Buku terbitan Matahari Books ini ialah edisi terhad yang mengandungi lakonlayar yang lengkap (termasuk babak-babak yang telah disingkir daripada filem) serta bahan bacaan bonus yang menelusuri pembikinan filem KAMI.

Pembikin filem serta beberapa pemeran utamanya akan hadir.

Kudapan disediakan :-)

Tuesday, September 09, 2008

Hidup muzik!

MusicForum

SIRI 6

Akan menganjurkan satu Dialog dan Bengkel Asas Produksi Muzik.

PADA : 13 Sept. 2008 Sabtu.
TEMPAT : Tangjung Studio, No 55B, Jln PU 7/4, Pusat Bandar Puchong Utama, Jalan Puchong, Selangor.
MASA : 9 mlm.

PENYAMPAI : Roslan Aziz.

Dengan itu, MF menjemput teman-teman, pemuzik-pemuzik serta pengkritik muzik untuk bersama-sama hadir berdialog dan berkongsi pengetahuan dari latar yang berbeza.

Latar MusicForum

Ditubuh pada tahun 2007, berorientasikan muzik aktivisme. Prihatin pada asas, pembangunan dan pencerahan dalam bidang muzik, meliputi aspek teknikal, pengurusan, apprisiasi dan penerbitan karya muzik.Menumpukan usaha pada golongan junior yang berbakat, berminat dan serius dalam bidang muzik. MF berperanan sebagai inkubator ( pool of knowledge ) bagi melahirkan generasi muzik yang baru. MF tidak bernaung dengan mana-mana pihak. Bergerak atas kapasiti indipenden. Program MF menumpukan pada asas kefahaman dalam konteks berkarya seperti Dialog Terbuka, Klinik, Komentar Tulisan/Analisis isu dan membantu penerbitan karya muzik. MF - musicforum..ianya music forensic.

untuk maklumat lanjut, sila hubungi aku di zulhabri@gmail.com atau Mazir di mazir_ibrahim@yahoo.com

Mazir Ibrahim
MF Organiser

Zulhabri
MF Publisiti



Photobucket
Dari Avril ke Baybeats

Konsert Avril Lavigne
Stadium Merdeka KL
29 Ogos

Photobucket
Song list

Photobucket
Edar jangan tak edar, jangan segan2

Photobucket
15,000, kuasa rakyat yang boleh menenggelamkan PAS

Photobucket

Dua minggu yang lepas telah berlangsung konsert yang tidak menepati kehendak hiburan Islam seperti yang didakwa pemuda PAS dan gerombolan mereka. Abaikan sahaja mereka, aku memilih untuk pergi kerana aku tak pernah rasa gembira, insaf dan tenang apabila menonton konsert2 acuan mereka sejak di zaman sekolah lagi. Menonton hiburan cara mereka seolah2 kita ini manusia keji hina dan sang penyanyi dan pennganjur berlagak seolah2 Tuhan.

Aku ke sana bersama Nazahiyah, anak orang kuat UMNO Kedah yang tenggelam dalam tsunami Mac. Tiket didapati secara percuma kerana lobi melobi akhir2 minit telah berjaya. Kami duduk di zon yang dikhaskan untuk pengguna Hotlink,

Keseluruhan konsert Avril kali ini lebih baik daripada konsert pertama yang aku hadiri tiga tahun lepas di kota singa. Persembahan bersahaja dan vokal walau tidak semantap mana masih menyerlahkan suara comel dalam penentangan yang menyebabkan aku meminatinya.

Tidak seperti siri jelajah Best Damn Thing Avril di Eropah yang banyak memainkan lagu2 dari album terbaru, konsert di sini menggabungkan lagu2 hit dari ketiga2 album beliau. Sebelum masuk aku terserempak ngan Jen dari band Cassandra yang juga wartawan dari majalah Hype, lantas aku minta senarai lagu2 yang akan didendangkan. Mengikut urutan, Girlfriend, I Can Do Better, Complicated, My Happy Ending, I'm With You, I Always Get What I Want, When You're Gone, Innocence, Don't Tell Me, HOT, Losing Grip, The Best Damn Thing, Everything Back To You, I Don't Have To Try, Runaway, He Wasn't dan Sk8r Boi. Semua 17 lagu yang dipersembahkan di dalam masa hampir 80 minit. Cuma satu terkilan lagu 'Nobody's Home' tidak didendangkan.

Sebelum aku masuk ke dalam, aku sempat meninjau2 geng2 PAS yang mengedar risalah kepada orang ramai. Aku turut ambil dan aku memuji sikap mereka yang tidak berdemo dan buat2 benda ngarut di tempat yang salah. Sempat juga bertukar2 pandangan dengan beberapa geng yang aku kenal kerana keterlibatan kami di dalam agenda politik. Namun muzik tetap muzik dan harus dipertahankan.

Selesai acara, kami ke mamak Maulana di Pudu untuk menyantap sambil aku menunggu Bilut dan Termoz untuk bergerak ke Singapura jam 12 malam. Berpisah dengan Naza di sini dan perjalanan aku diteruskan ke kota Singa.

Baybeats 2008
Esplanade Singapura
29, 30 & 31 Ogos

Photobucket
Vokalis My Little Airport yang pemalu

Photobucket

Photobucket
Termoz si bakul sampah sang penyelamat

Photobucket
Thumb down untuk RSAF

Trip ke sini adalah bertujuan untuk berhibur di fiesta muzik independen serantau terbesar di sana, Baybeats yang sudah masuk edisi ketujuh sejak dimulakan pada 2002 dan ini merupakan kunjungan kedua selepas 2005.

Band The Otherside Orchestra yang beraksi pada malam Avril di KL dilaporkan mendapat sambutan hangat di sana, sori Angah aku tak dapat support masa tu sebab Avril memerlukan aku, hehe.

Sabtu malam yang menjadi tumpuan aku adalah band dari Indonesia Agrikulture, band Australia Lucksmiths, band US Joy Electric, band Filipina Fespitch yang muzik ala2 Love Me Butch (mereka kawan baik pun), band tempatan Singapura, Electrico dan Cardinal Avenue. Dalam banyak2 ni aku rasakan persembahan Agrikulture yang paling kelas dan mantap dengan showmanship cemerlang sang vokalis.

Malam esoknya pula aku nanti-nantikan band asal Bandung, Elemental Gaze yang beraksi setelah terlepas aksi mereka di Zouk tempoh hari kerana lewat masuk. Jelas tidak mengecewakan. Juga band dari Hong Kong, My Little Airport yang sebelumnya bermain di KL.

Kami berpecah2 di sini kerana masing2 ada agenda sendiri di mana Termoz banyak menghabiskan masa di perpustakaan yang mempunyai koleksi2 hebat buku,cd dan dvd sambil2 menonton filem2 pendek di ruang yang disediakan di atas. Bilut sibuk mengambil gambar. Bertemu dengan Fitrah dan anak2 band Elemental Gaze Lutfi, Fuad dan Bilfian serta Dynna ngomong2 dan nyampai salam Zul sebelum berpisah.

Sebelum ke Esplanade, sempat kami jalan2 di Orchard Road dan aku ambil tiket F1 yang dipesan di Suntec dan ahad kami ke Kem Udara Paya Lebar untuk menghadiri rumah terbuka Royal Singapore Air Forces.

Jelas kami tidak gembira ke sini kerana alat2 perang hanya untuk orang gila yang aku rasakan sangat sesuai para pengunjung2 ini dihantar ke Iraq dsb untuk melihat secara live.Tidak perlu pertunjukan2 bodoh seperti ini. Alasan utama ke sini adalah untuk bertemu teman Termoz yang menjual makanan di sini.

Habis santap di Makan Sutra yang bersebelahan, kami ke Golden Mile untuk pulang dan mengharungi puasa hari pertama esoknya.

Friday, August 22, 2008

Terima Kasih!

Dua berita gembira, pertamanya harga petrol turun 15 sen untuk RON97 dan 22 sen untuk RON22 yang aku selalu isi walaupun Pak Lah kaki kelentong tu cakap tak nak turunkan harga sebelum 1 September. Nampaknya kelentong rakyat sambil gaya buat2 tak tahunya itu sudah menjadi hobi PM kita ini. Nasib baik kali ni kelentong baik yang jelas untuk memancing undi pengundi Permatang Pauh. Apa punya taktik politik murahan laBee End ni. Namun begitu aku tetap berterima kasih akhirnya Bee End mendengar keluhan rakyat walau motifnya sangat disangsikan.

Keduanya keputusan kerajaan menerusi Kementerian Kebudayaan untuk membenarkan konsert Avril Lavigne diteruskan. Suatu keputusan yang bijak yang pasti akan dibantah geng2 GAMIS anti maksiat dan Dewan Pemuda PAS dan macam2 pihak yang tak pandai kawal nafsu. Kali ini aku menyokong kerajaan BN kerana bersikap tegas untuk tidak tunduk pada ancaman geng2 cepat stim ni. Akhirnya dapatlah juga aku menonton Avril secara langsung buat kali kedua setelah di Singapura pada 2005.

Nasihat aku pada PAS, bersikap lebih toleranlah di dalam isu2 muzik seperti ini dan tumpukan pada isu2 besar dahulu. Konsert2 kat Malaysia ni pun tak ramai yang pergi, muka yang sama je. Yang tak pergi konsert tu lagi ramai yang terlibat dengan kegiatan tak bermoral sebab banyak yang tak perlu pakai duit banyak. Konsert2 ni kan berbayar dan tak semuanya mampu. Imej tu kena jaga sikit terutama di KL & Selangor yang plural ni, amal makruf nahi mungkar itu bagus tapi kenalah berhikmah dan kena tempatnya.

Apa yang pasti, habis saja Avril aku, Belot, Termoz dan seorang awek akan ke Baybeats di Singapura sebelum ke Hong Kong 20 September menyaksikan penyanyi pop Japan pujaan aku, Ayumi Hamasaki beraksi secara live di depan mata, impian yang akhirnya semakin menjadi kenyataan. Coldplay dah, Avril dah, Ayumi akan..tinggal lagi Radiohead. Mudah2 mudahan termakbul nanti.

Friday, July 18, 2008

Cinta buku, muzik, filem & cewek Indonesia

dan kisah2 Anwar

Tiga minggu lepas aku ke Jakarta atas tujuan liburan dan juga kerja. Aku sampai sekitar 1.30 pagi waktu Jakarta dan terus menuju ke Jalan Jaksa menaiki kereta sapu. Oleh kerana hostel2 di Jalan Jaksa sudah penuh, aku terpaksa menginap di Hotel Karya Bahana yang sedikit mahal. Selesai letak barang,aku terus menuju ke satu gerai ala2 mamak yang tidak jauh dari hotel untuk menonton aksi semi Euro di antara Sepanyol dan Russia yang berkesudahan kombinasi Arsenal dan Liverpool ini menang (mana pemain2 MU? haha)

Rupa-rupanya gerai yang baru dibuka 2 bulan ini digelar KL Kopitiam dan memang konsepnya diambil dari mamak2 yang terdapat di Malaysia. Apa yang menarik adalah akhirnya aku dapat menikmati nasi goreng KL yang tidak terdapat di KL, hehe. Art of naming, macam juga mee bandung yang takkan dijumpai di sana. Apapun rasanya boleh tahan dan minuman teh tarik hangat setanding dengan mamak KL. Cuma yang terkilan tak sempat nak berborak2 ngan tokei kopitiam ni.

Jumaat, 4 Julai


Agenda aku hari ni tak banyak, jalan2 di Blok M dan bertemu teman2 dari geng Milis F1Mania Indonesia di Plaza Indonesia. Memang gempak geng2 ni, bersemangat dan cinta mati kerana Formula 1. Banyak yang dingobrol soal F1, Raikkonen, Kubica, F1 Singapore, Litar Sentul dan banyak lagi. Apa yang membuat aku teruja adalah semua yang hadir semuanya wanita dan hanya aku cowok, nasib baik mas yang aku lupa namanya hadir kemudian.

Satu info menarik dari perjumpaan ini adalah aku diberitahu di Jakarta, beberapa sinema terpilih akan menayangkan perlumbaan Formula 1 secara langsung untuk penggemar2 secara percuma. Aku rasa pengendali sinema di KL patut melakukan hal yang sama. Bayangkan nonton F1 di wayang, memang keren!

Malam aku mencari cinta.

Sabtu, 5 Julai

Kerja bermula, aku ke Pesta Buku Jakarta untuk bertemu Ibu Kartini dari Yayasan Obor Indonesia. Malangnya ibu Kartini baru sahaja pulang tatkala aku tiba di sana. Tidak mengapa sekurang2nya aku boleh menikmati hidangan2 buku yang membangkitakan nafsu. Banyak juga tangkapan aku hari ini, semuanya buku2 langka atau buku2 lama;

=Malayan and Indonesia Studies:Essays presented to Sir Richard Weinstedt on his eighty-fifth birthday cetakan 1964 berharga 200,000IDR
=Sejarah dan Perkembangan Kearah Bahasa Indonesia dan Bahasa Indonesia oleh Drs. Umar Junus, 6000IDR, cetakan 1969
=Rakyat Melayu: Nasib dan Masa Depannya oleh Syed Husin Ali (terjemahan Indonesia, cetakan 1985) = 3500IDR (edisi baru dlm. BI baru sahaja diterbitkan oleh The Other Press beberapa minggu lepas)
=Historical Notes on Indonesia & Malaya:Compiled from Chinese Sources oleh W.P. Groeneveldt, cetakan 1960 berharga 50000IDR
=Protes oleh putu Wijaya, 8000IDR
=Susur galur Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar terbitan DBP, 28000IDR
=The Communist Manifesto
=Tiga buku Kahlil Gibran bertajuk Surat2 Cinta kepada May Ziadah, Penggali Kubur dan Sayap2 Patah

UrbanFest 2008, Gudang Kreasi Anak Muda Urban

Laman web Urbanfest 2008

Klik di sini untuk foto2 di Jakarta Urbanfest

Photobucket
Nidji

Photobucket

Selesai Pesta Buku, aku ke Glodok menaiki busway mencari DVD2 filem yang murah sebelum menuju ke Ancol untuk menghadiri Jakarta Urbanfest 2008. Aku mengetahui acara ini beberapa minggu sebelum aku ke sini dan sekurang2nya dapat mengubat kekecewaan gagal ke Urbanscapes yang berlangung di KLPAC. Macam tahu2 je, kat KL dan Jakarta ada pesta yang serupa di dalam waktu yang sama, cuma yang beza Urbanfest berlangsung selama 2 hari. Lagi kelakar adalah teman abang aku, Ardinal dari Airplane Indonesia datang ke KL untuk menyertai Urbanscapes dan aku pula ke sini. Kalau tak boleh juga bantu2 jaga gerai Airplane Systm yang khabarnya mendapat sambutan hangat dari pengunjung, Tahniah kalian! walaupun gerai aku, Gerakbudaya yang ditunjangi Belot tidak mendapat sambutan kerana lokasi kami yang agak terselindung

Ketika aku sampai setelah mengharungi kemacetan yang membosankan, band sedang beraksi. Dua band yang aku ingin sangat nak tonton hari ini ialah; Everybody Loves Irene dan The Upstairs. Yang pertama dah lepas sebab mereka main pukul 3, tetapi The Upstairs rezeki memang baik. Persembahan mereka tidak menghampakan walaupun ada 2 lagu kegemaran aku tidak dimainkan dari album Energy. Band terakhir dan juga yang ditunggu2 oleh mereka yang hadir ialah Nidji yang seperti berjaya menarik perhatian khalayak indie dan juga mainstream dengan karakter mereka. Nidji memang layan!

Malam ini juga aku bertemu seorang cewek yang langsung menjadi peneman aku sehingga esok. Syukur rezeki.

Ahad, 6 Julai

Photobucket
Besar bapak pentas dia

Photobucket
Basikal low rider yang ngetrend di sana

Photobucket
Gerai2 memeriah suasana

Hari ini aku bergerak awal bersama Nedia ke Urbanfest untuk mengikuti lebih banyak acara2 yang dilangsungkan. Mengunjungi gerai2 yang bermacam2 tema dari radio alam sekitar, t-shirt2, toys dan macam2.

Selain gerai2, ada juga pertandingan street ball 3 on 3, futsal, grafiti, basikal low riders, motosikal antik, arca dari bahan buangan, DJ dan lain2.

Kemuncak acara adalah di malam hari di mana band2 ngetop seperti Netral dan Andra & The Backbone dan juga duta reggae Indonesia Ras Muhammad, Dead Squad dan beberapa lagi.

Persembahan disudahi dengan Andra yang pada ketika itu ramai yang sudah pulang atas alasan yang aku pun tak pasti. Temanku berkata ramai yang datang ke situ tidak meminati band ini atas alasan2 yang tertentu yang aku juga malas nak ambil pusing. Pastinya aku enjoy mendengar lagu 'Sempurna' langsung di depan mata yang aku gagal menyanyikan dengan sempurna sewaktu berkaraoke beberapa minggu lepas. Masih terngiang2 suara comel si Gita Gutawa.

Selesai Urbanfest kami bertolak pulang ke kamar menaiki teman setia, teksi Blue Bird.

Isnin, 7 Julai

Hari terakhir ini lebih banyak urusan kerja. Aku ke kantor Equinox di Kuningan bersebelahan Kedutaan Australia yang pernah di bom oleh orang gila dan bertemu Ibu Kartini dari Yayasan Obor omong2 berisi tentang kerjasama penerbitan buku dsb di Senayan.

Sempat juga aku bertemu sang manager White Shoes & The Couple Company, Indra di Tebet dan Mas Wim dari Indies Jakarta, sebuah pusat sehenti untuk pencinta2 filem independen seluruh dunia termasuklah Malaysia yang aku setia membekalkan dan sempat juga aku menyambar beberapa DVD terbaru yang sukar didapati di toko2.

Singgah juga sebentar di Nanonine House di Tebet, distro yang dikatakan antara yang ngetop di Jakarta dengan pilihan kaos2 dll yang pelbagai. Di sepanjang jalan ini juga terdapat banyak distro2 yang walau tidaklah sehebat di Bandung, label2 asal sana seperti Unkl, Airplane boleh didapati di sini.

Pulang ke kamar sekitar jam 5 dan lekas2 bersiap untuk terus ke Bandara untuk pulang ke tanah air tercinta yang kecoh dengan tuduhan liwat ke atas Anwar sehingga aku terpaksa menjadi duta Malaysia ke Indonesia apabila bertalu2 teman di sini menanya situasi sebenar semacam aku ini kawannya si Anwar.

Anwar Ibrahim

Ketika aku menulis catatan ini, aku akan berangkat ke China beberapa jam lagi untuk kembara tahunan geng2 backpacker aku dan isu sodomi Anwar masih berlarutan dan sepanjang 9 hari aku di China, internet akan menjadi teman setia. Tiga minggu yang panjang sesudah kembali dari Jakarta; protes, jilat Carburetor Dung, sodomi, bunuh, C4, RPK, Atlantuya, darurat, polis, debat perdana, kesesakan lalu lintas, halangan polis yang ntah apa2 dan macam2 lagi menghiasi kehidupan harian masyarakat Malaysia. Moga2 sepanjang 9 hari ini politik Malaysia akan menuju ke suatu tahap yang lebih baik dan drama2 politik ini akan berakhir dan lebihlah baik kalau kerajaan BN bisa jatuh tersadai. Hidup rakyat!

Tuesday, July 15, 2008

Liburan musik di Santubong

Setelah lama mengidam untuk ke Rainforest Music Festival, akhirnya aku berjaya juga memasuki statistik pengunjung untuk edisi yang ke 11 ini. Satu pengalaman baru berhibur dengan lagu etnik dari pelbagai lapisan dunia yang menarik dan penuh keriangan, jauh berbeza dengan pengalaman hipnotik pada minggu sebelum di Zouk.

Khamis, 10 Julai

Aku sepatutnya bersama Din dan Saiful Razman ke sana beserta beberapa teman2 lain. Malangnya Din dan Man terpaksa membatalkan perjalanan pada saat2 akhir atas sebab2 tertentu, kasihan sungguh dan jenuhlah menunggu sehingga 10 Jula depan. Nasib baiklah ada Jaja yang menaiki peberbangan yang sama pada Khamis malam dan teman2nya yang ramai menambahkan lagi kenalan.

Sampai di Kuching untuk sekian kali sekitar jam 12 malam dan dijemput oleh teman Jaja, Nat dan teman lesnya dari Pinoy, Kris sebelum menjamu selera dengan laksa sarawak, chicken wings dan .. di sekitar Waterfront. Selesai ngobrol dan menjamu, aku dan Jaja mencari hotel bajet untuk berehat sebelum fajar menyingsing.

Jumaat, 11 Julai

Photobucket
Kamar 1212

Menuju ke Holiday Inn untuk menaiki van ke Damai Beach Resort di Santubong yang hanya 5 minit berjalan kaki ke Sarawak Cultural Village, lokasi festival. Hari ni lebih banyak berehat dan bersantai aka tidur di dalam bilik kami yang sangat sesuai untuk tujuan tersebut kerana kepenatan bekerja sehari sebelumnya masih terasa.

Petang seorang lagi penghuni tiba iaitu Zul aka Zulita diikuti oleh Milo dan Reza menjadikan kesemuanya 5 penghuni kamar 1212. Malam pembukaan sengaja dielakkan kerana menurut kebiasaan kurang menarik di tambah pula faktor terkini iaitu kekangan kewangan.

Sabtu, 12 Julai

Apabila tidak bekerja, bangun lewat suatu nikmat kehidupan yang sangat mahal harganya. Bangun setelah hampir tengah hari sebelum merendamkan diri di dalam bath hub yang menjadi kegemaran aku di sini.

Setelah tamu bilik sebelah tiba, kami keluar makan di warung berhampiran pintu masuk SCV sebelum mandi manda di pantai Kem Permai. Berjalan pulang ke kamar, kami bertembung dengan teman2 Milo yang baru tiba dari kesesatan berkenderaan ke SCV lantas terus menuju ke pantai di Damai Beach Resort. Sebaik tiba, aku kagum seketika dengan keindahan panorama matahari terbenam seperti yang dapat dilihat di foto di bawah.

Photobucket
Sedang berbicara bersama Puteri Santubong

Photobucket
Senja nan indah

Photobucket

Malam ini juga santai2 saja walaupun terasa ingin membayar tiket masuk kerana line up malam minggu agak bagus, Yakande dari Gamba/Guinea dan juga Sheldon Blackman dari Trinidad & Tobago.

Ahad, 13 Julai

Photobucket
Sebelum pesta lumpur

Photobucket

Photobucket
Instrumen dan budaya

Photobucket
Workshop piano

Photobucket
Kawan2 berpesta

Photobucket

Photobucket
Yayyyy!!!

Hari ini dipenuhi dengan sessi workshop2 yang diadakan di tiga lokasi berbeza pada waktu2 yang hampir sama. Bertemu Nazrul di luar Theater setelah selesai workshop Drum Dance dan juga Cheryl Samad untuk bertanya khabar undangan yang aku kirimkan untuk melancarkan buku.

Selesai workshop pada pukul 5.15 petang yang juga penamat, kami beredar ke kamar untuk berehat dan berendam sebelum menuju semula ke lokasi konsert yang sudah dipenuhi ribuan manusia yang datang dengan satu tujuan untuk berhibur dan berdansa riang. Persembahan terakhir Kasai Masai dari Congo/UK ternyata menaikkan energi audien untuk berdansa riang ke tahap maksimun sebelum aksi finale. Ada yang mabuk dan ada yang high, namun majoriti sangat berdisiplin walau Utusan Malaysia di dalam salah satu foto di akhbarnya semalam, 15 Julai melabel sebahagian dari crowd bertukar liar. Entah betul atau tidak hanya Tuhan yang tahu sebab aku dah bergerak menuju ke warung menikmati Teh C Peng Special. Apa yang betul dan pasti adalah PAS pasti tidak akan bersetuju dengan aktiviti sebegini dan sebab itu jugalah PAS ditolak awal2 oleh rakyat di Sarawak.

Isnin, 14 Julai

Photobucket
Proses pembuatan kek lapis

Photobucket

Photobucket
Mi Kolok Sapi dan Teh C Peng Special

Sebelum pulang ke KL, kami ke Pasar Satok untuk membeli terubok masin dan juga kek lapis Sarawak sebelum menimati Mi Kolok beserta Teh C Peng Special yang tiada tara tandingnya. Selamat tinggal Kuching buat seketika kerna aku akan menemuimu lagi Ogos nanti dan menemui kek lapis istimewa buatan tantenya Nat.

Sesiapa yang berminat untuk ke festival tahun hadapan, sila hubungi aku kerana bilik sudah ditempah.

Sunday, July 06, 2008

Mono mengkhayalkan

Photobucket
Sang drummer dari pandangan sisi

Sila klik di sini untuk menonton klip video yg aku rakam (layan giler lagu ni, tajuk aku x tahu)

Gig Mono di Zouk ini mungkin merupakan hiburan terakhir aku sebelum KL & Selangor dan juga Malaysia disytiharkan darurat dek kerana pertarungan kuasa sang2 politikus. Walaupun ini hanyalah khabar angin dan tidak mungkin akan terjadi, siapa boleh memberi jaminan? Tinggalkan politik sebentar untuk aku bicara tentang gig Mono.

Photobucket
Bersama Elemental Gaze

Photobucket

Aku tiba sekitar 7 dan terus menjamu selera di maple sebelum bertemu abang aku & Susanne sekitar 8. Kalau gig di Zouk pasti menepati masa kerana banyak pihak yang menyewa dan oleh kerana itu segala2 mesti ada disiplin waktu. Gig bermula pukul 7 dengan dimulai 2 band sokongan; Forbidden Culture dari Malaysia dan Elemental Gaze dari Bandung. Aku tak sempat menyaksikan kedua-duanya dan rasa terkilan juga tak dapat menonton Elemental Gaze yang hampir2 juga melepakkan diri mereka di rumah aku.

Mono merupakan band luar (tak termasuk Indonesia) dalam kategori post-rock yang ketiga aku berjaya menonton secara live selepas Mogwai dan Explosions in The Sky. Lagu-lagu Mono walaupun tak semua aku berjaya dengar sebelum gig ini sangat meruntun kalbu dan emosi. Hipnotik, sedih, gembira, marah dan khayal dirasai tatkala menghayati lagu2 yang dimainkan.

Muzik sebagai perlawanan

Mono yang dianggotai oleh Tamaki Kunishi sebagai pemain bass, Takaakira "Taka" Goto dan Yoda sebagai pemain gitar serta Yasunori Takada sebagai pemain drum berjaya menghidupkan semangat aku untuk menghadapi pihak2 penindas hak asasi manusia dalam beberapa jam lagi di Stadium Kelana Jaya.

Photobucket
Tiket gig Rm25 boleh naik menara

Photobucket
Booth Airplane Malaysia

Selesai persembahan yang berlangsung hampir 90 minit. Kami bergerak ke Menara KL yang di dalam masa yang sama sedang diadakan KL Indie Fest yang menampilkan banyak band2 indie ngetop waktu ini. Aku terpaksa memilih satu sahaja untuk hari ini dek kerana kekurangan bajet. Setelah berjumpa Padil dari Airplane Malaysia untuk memberi ole2 dari Jakarta yang aku bawa, kami terus menuju ke Jalan Alor untuk makan. Difahamkan juga bahawa kehadiran manusia di KL Indie Fest amat baik, tahniah pihak penganjur!

Photobucket
Kepak ayam Jalan Alor

Sambil makan2, aku menerima sms dan juga panggilan2 tentang PROTES bertanya macam2 perkara. Apa yang pasti semangat makin membara untuk menundukkan sang penguasa zalim.

Kerosakan kewangan hari ini;
Tiket = RM90
CD Mono = RM45
T-Shirt Elemental = RM32
T-Shirt Airplane = RM30
CD Suki = RM30
Makan = RM20
Minyak = tak payah cakaplah, memang....

Jom PROTES hari ni!!!

Monday, June 23, 2008

Dua cerita di Stadium Shah Alam

Sejarah tercipta di Stadium Shah Alam

Photobucket
Gerai Gerakbudaya

Photobucket
Kebangaan Selangor

Photobucket
Peniaga turut menjual jersi2 Kedah & Selangor

Photobucket
Solat maghrib disusuli solat hajat

Photobucket
Pemandangan dari belakang pintu gol

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Malam Jumaat seperti yang dirancang berlangsungnya Sambutan 100 Hari Pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Aku bersama Chuan Boon dan Robert sudah berada di sana sejak awal pagi untuk menjual buku2 Gerakbudaya. Keseluruhannya aku berpendapat program ini tidak berjalan lancar dan urusetia yang ditugaskan tidak pandai membuat kerja. Banyak rungutan dari kalangan yang hadir baik peniaga mahupun orang ramai; kurang promosi, bayaran sewa yang mahal, sistem pembesar suara yang tak berfungsi dan macam2 lagi. Semuanya kelihatan seperti ad-hoc.

Kehadiran seramai 15,000 (anggaran maksimum) dirasakan terlalu kecil jika dibandingkan dengan saiz stadium. Jika promosi dibuat dengan sebaiknya, aku rasa untuk mengisi setiap ruang stadium bukanlah satu masalah besar. Kalau sekadar nak menyambut secara biasa, lebih baik gunakan Stadium Malawati yang cukup baik untuk kehadiran seramai 15,000 orang, tidaklah membazir segala0galanya. Jualan kami pun agak teruk terutama di sebelah pagi sehingga ke petang kerana hampir boleh dikatakan tiada pengunjung, satu lagi mungkin disebabkan keadaan ekonomi sekarang yang sangat menekan.

Apapun acara ini mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya pemimpin2 utama PR berucap di sini, sesuatu yang aku rasakan hanya sekadar mimpi dan mustahil boleh berlaku dalam hidup aku. Tahniah rakyat Selangor!

Gergasi yang tumpas

Photobucket
Sepanduk2 gergasi yang menaikkan semangat

Photobucket
Ceria seketika apabila berjaya mengikat kedudukan

Photobucket
Wajah mulai sugul

Photobucket
Kedah ketawa riang

Malam esoknya pula aku berkunjung semula ke tempat yang sama untuk menonton perlawanan akhir Piala FA di antara Selangor dan Kedah yang mana berkesudahan dengan Sang Kenari mengatasi Gergasi Merah dengan jaringan 3 berbalas 2.

Seperti semalam, kehadiran penyokong kali ini amat rendah iaitu sekitar 40,000. Jauh dari kebiasaan terutama jika ia melibatkan pasukan Selangor. Ada beberapa faktor yang dirasakan menyumbang kepada keadaan ini; pertamanya kerana tiket yang mahal membuatkan ramai di kalangan penyokong2 Selangor berpendaptan rendah yang selalu ke stadium membatalkan hasrat, lagi pula dari pihak penyokong Kedah yang terpaksa membayar lebih untuk minyak dan tol. Keduanya mungkin kerana ramai yang tidak menyedari perlawanan ini yang diadakan hanya beberapa hari selepas perlawanan separuh akhir kedua dilangsungkan pada selasa. Lazimnya jarak masa seminggu atau lebih diberi supaya pasukan2 dapat menyiapakan diri dan momentumdi kalangan penyokong2 dapat dibina. Terakhir dan juga sangat relevan adalah suasana demam Euro yang sedang bergelora di kalangan peminat2 bola sepak di negara ini membantutkan niat mereka.

Secara keseluruhan, aku tidaklah terlalu kecewa dengan kekalahan pasukan Selangor kerana menyedari Kedah sejak beberapa musim kebelakangan ini memang terlalu handal sehingga pasukan Perak yang sentiasa digeruni itupun boleh dibaham dengan mudah oleh Sang Kenari. Apa yang sedikit mengecewakan adalah ketumpulan barisan hadapan diketuai Safee Sali & Amri Yahya yang gagal menyudahkan beberapa peluang terbuka yang pastinya akan merubah skrip perlawanan.

Menangani globalisasi sukan & hiburan

Tamat perlawanan aku, Siput, Jibam dan aweknya menuju ke SS13 Subang untuk menjamu selera sambil bersembang mengenai pelbagai isu sehingga jam 1.30 pagi. Satu isu yang aku ingin utarakan adalah sikap rakyat Malaysia yang tidak bijak menangani globalisasi baik dalam isu2 penting sehingga ke isu2 seperti sukan dan hiburan. Aku nak kaitkan dengan situasi bola sepak dan hiburan tempatan di mana ramai di kalangan kita yang mengetahui dan mengikuti dengan mendalam bola sepak atau dunia hiburan di barat sehingga melupakan terus apa yang berlaku di dalam negara. Bagi aku ini adalah sesuatu yang tidak sihat dan di dalam jangka masa yang panjang orang2 seperti inilah yang akan menghancurkan dunia sukan & hiburan negara. Manusia2 seperti ini tidak berpijak di bumi sendiri sehingga mengagungkan segala yang datang dari barat walau ianya sampah.

Setelah menghantar awek Jibam ke rumahnya, kami berpatah balik di restoran yang sama untuk menonton perlawanan suku akhir Euro di antara Russia dan Belanda sehingga jam 5.30 pagi dan aku masih mengenakan jersi Selangor. Tahniah Russia yang berjaya menewaskan Belanda dengan cemerlang!