Showing posts with label Protes. Show all posts
Showing posts with label Protes. Show all posts

Sunday, July 06, 2008

Mono mengkhayalkan

Photobucket
Sang drummer dari pandangan sisi

Sila klik di sini untuk menonton klip video yg aku rakam (layan giler lagu ni, tajuk aku x tahu)

Gig Mono di Zouk ini mungkin merupakan hiburan terakhir aku sebelum KL & Selangor dan juga Malaysia disytiharkan darurat dek kerana pertarungan kuasa sang2 politikus. Walaupun ini hanyalah khabar angin dan tidak mungkin akan terjadi, siapa boleh memberi jaminan? Tinggalkan politik sebentar untuk aku bicara tentang gig Mono.

Photobucket
Bersama Elemental Gaze

Photobucket

Aku tiba sekitar 7 dan terus menjamu selera di maple sebelum bertemu abang aku & Susanne sekitar 8. Kalau gig di Zouk pasti menepati masa kerana banyak pihak yang menyewa dan oleh kerana itu segala2 mesti ada disiplin waktu. Gig bermula pukul 7 dengan dimulai 2 band sokongan; Forbidden Culture dari Malaysia dan Elemental Gaze dari Bandung. Aku tak sempat menyaksikan kedua-duanya dan rasa terkilan juga tak dapat menonton Elemental Gaze yang hampir2 juga melepakkan diri mereka di rumah aku.

Mono merupakan band luar (tak termasuk Indonesia) dalam kategori post-rock yang ketiga aku berjaya menonton secara live selepas Mogwai dan Explosions in The Sky. Lagu-lagu Mono walaupun tak semua aku berjaya dengar sebelum gig ini sangat meruntun kalbu dan emosi. Hipnotik, sedih, gembira, marah dan khayal dirasai tatkala menghayati lagu2 yang dimainkan.

Muzik sebagai perlawanan

Mono yang dianggotai oleh Tamaki Kunishi sebagai pemain bass, Takaakira "Taka" Goto dan Yoda sebagai pemain gitar serta Yasunori Takada sebagai pemain drum berjaya menghidupkan semangat aku untuk menghadapi pihak2 penindas hak asasi manusia dalam beberapa jam lagi di Stadium Kelana Jaya.

Photobucket
Tiket gig Rm25 boleh naik menara

Photobucket
Booth Airplane Malaysia

Selesai persembahan yang berlangsung hampir 90 minit. Kami bergerak ke Menara KL yang di dalam masa yang sama sedang diadakan KL Indie Fest yang menampilkan banyak band2 indie ngetop waktu ini. Aku terpaksa memilih satu sahaja untuk hari ini dek kerana kekurangan bajet. Setelah berjumpa Padil dari Airplane Malaysia untuk memberi ole2 dari Jakarta yang aku bawa, kami terus menuju ke Jalan Alor untuk makan. Difahamkan juga bahawa kehadiran manusia di KL Indie Fest amat baik, tahniah pihak penganjur!

Photobucket
Kepak ayam Jalan Alor

Sambil makan2, aku menerima sms dan juga panggilan2 tentang PROTES bertanya macam2 perkara. Apa yang pasti semangat makin membara untuk menundukkan sang penguasa zalim.

Kerosakan kewangan hari ini;
Tiket = RM90
CD Mono = RM45
T-Shirt Elemental = RM32
T-Shirt Airplane = RM30
CD Suki = RM30
Makan = RM20
Minyak = tak payah cakaplah, memang....

Jom PROTES hari ni!!!

Monday, January 28, 2008

PRDM Boleh!


Photobucket


-aku tiba sekitar hampir pukul 1, singgah makan dulu di mamak sebelah Pelita bersama Pilus yang sudah menunggu
-perhimpunan yang lebih ramai polis daripada peserta aku rasa
-Polis di Malaysia nampaknya semakin bengong apabila berhadapan dengan perhimpunan orang ramai, sama ada mereka yang bengong atau kerajaan BN aku pun tak tahu atau kedua-duanya sekali
-Polis mengerahkan banyak polis sukarelawan untuk mengawal perhimpunan ini
-Peserta PROTES tidak ramai, aku anggarkan sekitar 200 orang termasuk yang berarak dari Ampang Park yang majoriti terdiri daripada kumpulan PSM/Jerit dan yang berlakon sbg media dan orang awam di sekitar KLCC
-Publisiti kurang menyebabkan perhimpunan kali ini tidak menarik ramai orang di samping mungkin rakyat takut dengan ancaman RAJA di Malaysia yang mengancam akan menangkap sesiapa sahaja yang berada di sekitar KLCC. Bunyinya macam berada di negara yang sedang dijajah, aku ingatkan negara ni dah merdeka, rupanya belum.
-Polis menangkap suspek 'pengacau' bak kata RAJA secara rambang dan yang pasti orang utama PROTES dan pemimpin2 juga turut ditangkap, diberitakan 58 ditahan dan sebahagian akan didakwa di mahkamah
-Aku seperti biasa Alhamdulillah tidak ditangkap walaupun beberapa kali terjerit slogan walaupun dikelilingi banyak anggota polis dan SB

Pasca PROTES

-Habis Protes, aku dan beberapa teman duduk minum di Pelita sambil mengimbau kezaliman RAJA dan borak2 biasa
-Aku sepatutnya nak ke gig Bingit di Teater MCPA dan Pelancaran buku Goenawan di Silverfish selepas tamat menyertai acara 'haram' di KLCC. Tetapi disebabkan kepenatan dan masih bengang dengan kebahlolan RAJA, aku duk rilek saja di Pelita sambil menonton ulangan perlawanan akhir tenis perseorangan wanita Terbuka Australia di antara dua gadia cantik iaitu Maria dan Ana yang aku telah saksikan di kaca tv sebelum hadir ke acara 'haram jadah' ini. Tahniah Maria dan juga Ana! Siapa kata yang cantik tak pandai main tenis? Anna Kournikova ye lah, tapi ramai lagi yang bagus, Anna Chakvetadze, Tatiana Golovin dan Maria Kirilenko, sekadar menyebut beberapa nama
-Selepas melambai tangan kpd teman sekolah Hafiz yang aku jumpa di Protes, aku dan Pilus bergerak ke Times Square dan Low Yat untuk usha buku2, majalah2 dan juga kamera digital sbl sekali lagi lepak di mamak Esfan sambil seorang lagi teman, Belut join sama
-Malam minggu di Bukit Bintang sentiasa meriah dengan muzik percuma dari budak2 busking yang bermain dijarido dan budak2 breakdance, turut memeriahkan suasana juga seorang busker mat saleh yang maha hebat apabila menggunakan seluruh anggota tubuhnya untuk bermain alat muzik tradisi dari pelbagai benua
-Setelah penat berdiri, kami ke Old Chang Kee untuk minum lagi sambil menikmati live band yang menyanyikan lagu2 yang membangkitkan nostalgia lama dan makan telur di dalam karipap
-Hampir tengah malam, Belut pulang dan aku dan Pilus meneruskan perjalanan ke Uptown Kota Damansara untuk membeli kasut bundle
-Setibanya kami di sana, OAG sedang mendendangkan lagu 'Generasiku' dari album OST filem 'Gol & Gincu'
-Selesai membeli, kami (aku) makan dulu sebelum melabuhkan hari yang panjang dengan semangat dan tekad untuk berjuang demi negara Malaysia yang tidak sekali-sekali akan lemah walaupun menyampah dengan sikap beberapa pimpinan, ahli dan penyokong parti pembangkang dan yang terpenting sekali berhadapan dengan kezaliman sang pemerintah, Barisan Nasional dan balaci-balacinya termasuklah RAJA yang sangat aku kasihani nasibnya.

Friday, January 25, 2008

PROTES

JANGAN NAIKKAN HARGA PETROL

Selepas pilihanraya kita semua tahu , harga petrol akan naik. Bila harga petrol naik, harga semua barangan pun akan naik.

Pada masa kini , Malaysia Institute of Economic Research (MIER) mencadangkan kerajaan naik harga petrol sebanyak 80 sen .

Inilah yang paling baik katanya . Bayangkan kalau harga petrol naik 80sen. Apakan akan jadi kepada harga barangan lain? Bolehkan kita mampu guna kereta lagi ? Fikirkan.

Kita sebagai salah satu negara pengeluar minyak, dengan untung PETRONAS mencecah 80 billion, tetapi rakyat negara ini kena bayar lebih untuk minyak. Katanya tak mampu subsidi. Apa yang disubsidikan? Apa yang dibuat dengan untung PETRONAS itu ? BUkankah minyak merupakan aset negara iaitu aset rakyat MAlaysia, maka bukankah kita patut menikmati untungnya?

SEDARLAH RAKYAT MALAYSIA! KERAJAAN BARISAN NASIONAL INI TERUS MEMBOLOS HAK RAKYAT MALAYSIA DAN TERUS MENJADIKAN RAKYAT MALAYSIA PAPA KEDANA!

MAKA DEMI MEMBANTAH RANCANGAN KERAJAAN INI UNTUK MENAIKKAN HARGA PETROL SELEPAS PILIHANRAYA, KITA TURUN UNTUK MEMBANTAH APA JUA KENAIKAN HARGA PETROL . TURUNLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MENUNJUKKAN KUASA RAKYAT DAN MEMBERITAHU KERAJAAN INI, YANG DIA TIDAK BOLEH MENAIKKAN HARGA PETROL SESUKA HATINYA ! TUNJUKKAN RAKYAT AKAN BANTAH !

26 JANUARI 2008 (SABTU),

3PM
Tempat : KLCC

Tempat Berkumpul : Ampang Park & Masjid KLCC ( selepas 2pm)

Semua Rakyat Malaysia Yang PRIHATIN TURUNLAH untuk membantah kenaikkan harga petrol!

Anjuran :

Gabungan Membantah Kenaikan Harga Barang (PROTES)

yang dianggotai oleh part-parti politik dan NGO

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :

Dr. Mohd. Hatta Ramli (019-339 8659), Arutchelvan ( 019-2537791)

Wednesday, September 26, 2007

Lebih seribu sertai Perarakan Untuk Keadilan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Perarakan hari ini berjaya walaupun pihak polis tidak memberi kebenaran pada awalnya. Mungkin pihak polis serba salah untuk berlaku keras kerana majoriti di hadapan mereka adalah para peguam, bukannya rakyat biasa dari parti pembangkang. Baru polis tahu siapa lawan sebenar mereka.

Memorandum berjaya diserahkan dan diharapkan pihak kerajaan akan bertindak pantas menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat pita rakaman yang menjadi bahan hangat sekarang dan melakukan sesuatu untuk menyelamatkan badan kehakiman. Kita tunggu dan lihat apa rekasi kerajaan.

Aku hadir bersama bos, Pai Chee dan Ah Boon meninggalkan beberapa orang staf sahaja di pejabat. Nikmat yang tidak akan dikecapi jika masih bersama majikan lama. Kami tiba sekitar 11.15 pagi dan dalam perjalanan ke Istana Keadilan, kami terserempak dengan sekumpulan peserta berarak setelah bas mereka dihalang daripada memasuki kawasan kompleks kerajaan oleh pihak polis. Taktik keji yang sudah lali dihadapi oleh kami.

Di tengah terik panas dan di dalam keadaan berpuasa, aku menunggu dengan penuh sabar perarakan bermula. Para peserta yang telah tiba awal di Istana Keadilan hanya akan mula berarak apabila kumpulan yang dihalang pihak polis tiba di tapak bermula. Setelah tiba dan diberikan sambutan hangat kerana terpaksa berjalan kaki sejauh 5 km, perarakan dimulakan dan diketuai oleh Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan.

Perarakan sejauh 2 km dan memakan masa kira-kira 45 minit dianggap berjaya dan aku ingin mengucapkan syabas kepada Majlis Peguam yang berani untuk mengambil tindakan ini. Di dalam masa yang sama aku berharap pihak polis akan bertindak sama dengan tidak menghalang perarakan di masa hadapan terutama jika dianjurkan oleh parti pembangkang.Walaupun polis mengerahkan hampir 200 anggota polis dan FRU beserta helikopter untuk menakutkan peserta dan menutup semua laluan ke lokasi, kami tidak gentar dan percayalah lebih banyak perarakan akan dianjurkan di masa hadapan bila mana kita dihadapkan dengan masalah negara yang memalukan.

Perarakan tidak akan menjadi huru-hara jika tidak diganggu oleh pasukan keselamatan dan ini terbukti hari ini di Putrajaya dan juga di Myanmar. Syabas juga kepada Perbadanan Putrajaya kerana membina satu boulevard yang indah dan praktikal untuk kami berarak tanpa menganggu aliran trafik. Aku,Arif dan Ah Boon menamakan laluan di tengah-tengah di antara dua jalan di hadapan Istana Keadilan sehingga ke Pejabat PM sebagai 'Laluan protes', terima kasih Putrajaya!


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Thursday, July 19, 2007

Tuesday, July 17, 2007

Protes terhadap FAM, sila hadir!

'Tiada lagi alasan'

Kepada seluruh peminat dan pencinta bola sepak tanahair, sila hadirkan diri anda di perkarangan Stadium Bukit Jalil untuk mendesak Presiden FAM meletakkan jawatan dengan segera. Butir-butir adalah seperti berikut;

Tempat : perkarangan Stadium Bukit Jalil (di hadapan pancutan air)
Waktu : 6pm sehingga 8pm (kemudian bersambung ke dalam stadium)

Anjuran peminat-peminat bola sepak Malaysia yang kecewa

Tuesday, March 13, 2007

Perhimpunan Bantah Kenaikan Kadar Tol

Protes – Gabungan Bantah Kenaikan Kadar tol akan mengadakan perhimpunan kelima Ahad depan (18 Mac), jam 4 petang, di depan Summit Square, USJ Subang Jaya.

Risalah Maklumat Kenaikan Tol :

Bahasa Malaysia
English

Tolong muat turun dan sebarkan.

Orang ramai digesa untuk hadir ke perhimpunan bantah kenaikan kadar tol tersebut kerana rakyat berhak untuk mengetahui kandungan perjanjian konsesi yang melibatkan kepentingan umum.

Pimpinan parti pembangkang, kesatuan, pertubuhan bukan kerajaan dan mahasiswa akan turut hadir untuk menyampaikan ucapan berkenaan hak rakyat dan kenaikan kadar tol.

Walaupun Menteri Kerjaraya Samy Vellu menyatakan bahawa perjanjian konsesi lebuhraya bukan rahsia rasmi dan kerajaan akan mendedahkan perjanjian yang selainnnya, namun kata-kata tersebut seolah-olah melepaskan batuk di tangga.

Protes berasa kecewa terhadap kerajaan kerana tidak mendedahkan perjanjian konsesi lebuhraya yang selainnya seperti yang dijanjikan dan sikap Samy Vellu kerana enggan meminta maaf terhadap empat orang pemimpin parti pembangkang yang dituduh melanggari Akta Rahsia Rasmi.

Apa yang amat dikesali adalah Samy Vellu memarahi Angkatan Muda Keadilan kerana mendedahkan perjanjian konsesi Smart Tunnel dan menyuruh mereka masuk ke neraka.

Protes berpendirian bahawa sikap Samy Vellu sebagai seorang Menteri adalah tidak wajar sekali. Kerajaan seharusnya menyahut permintaan rakyat untuk mendedahkan semua perjanjian dan menjelaskan kepada rakyat sebab musabab perjanjian tersebut merugikan rakyat dan bukan memarahi rakyat serta tidak mengendahkan desakan rakyat.

Dr Hatta Ramli
Setiausaha PROTES

Perhimpunan Bantah Kenaikan Kadar Tol - Laman web PKR