Showing posts with label bola sepak. Show all posts
Showing posts with label bola sepak. Show all posts

Sunday, August 24, 2008

Dari Niaga, Politik ke Sukan

Sabtu, 23 Ogos

Photobucket
Encik Lim Guan Eng, teruskan dengan CAT

Photobucket

Hujung minggu yang sudah aku habiskan masa dengan menjual buku di Kongres Kebangsaan DAP ke 15 yang berlangsung di hotel mewah, Crown Princess bersebelahan Yow Chuan tempat yang selalu aku dan teman2 kunjungi untuk berkaraoke.

Ini merupakan pengalaman pertama aku menghadiri Kongres DAP walaupun bukan sebagai perwakilan atau pemerhati tidak seperti Kongres PKR, Muktamar PAS dan Perhimpunan Agung UMNO yang sering dikunjungi

Di sini aku temui Medalline Chang, amoi yang menjaga akhbar Roket berbahasa English yang sempat aku bekerja bersama semasa kempen BERSIH tahun lepas dan beberapa lagi seperti Liew Chin Tong, MP Bukit Bendera yang sempoi gila, Teng Chang Kim, Speaker DUN Selangor yang memang aku kagum sejak dulu lagi dan ramai lagi yang kebanyakannya rakan2 bos aku, Pak Chong.

Terima kasih pada Faisal Mustaffa yang bertanggungjawab untuk akhbar Roket edisi BM kerana telah menjemput Gerakbudaya untuk menjual buku dengan percuma di Kongres ini.

Sambil2 menjual sempat juga aku mencuri-curi dengar perbahasan yang berlangsung dan nampaknya tidak banyak isu2 kontroversi ditimbulkan tentang kerjasama di dalam Pakatan demi untuk memastikan media sampah tidak memanipulasi.

Aku difahamkan oleh Teng Kok Liang, Setiausaha Politik Chin Tong bahawa media paling haprak di Malaysia, Utusan Meloya tidak dibenarkan masuk membuat liputan. Padan muka, memang kena ajar binatang Utusan ni.

Secara umum perjalanan Kongres DAP lebih relaks dan teratur dan kurang protokol berbanding dengan Kongres PKR tahun lepas yang agak kelam kabut dan banyak yang gila jawatan. Walaupun berlangsung pemilihan CEC atau dalamUMNO dipanggil MT, lobi melobi tidaklah sehebat semasa Kongres PKR yang pada ketika itu tidak berkuasa pun. Aku harap pada pemilihan akan datang keadaan tidak bertambah parah kerana kebetulan aku merupakan salah seorang ahli Jawatan Kuasa Pemilihan parti pada pemilihan lepas yang melihat sendiri perebutan kuasa yang tidak sihat.

Kedah mencipta sejarah, 2-3 Selangor mengejar kali kedua

Photobucket
Gembira sebelum kecewa

Photobucket
Kedah lagi ramai penyokong

Photobucket

Malam minggu aku ke Bukit Jalil bersama Jibam dan tunangnya menyaksi perlawanan akhir Piala Malaysia yang menemukan Selangor dan Kedah. Dua kekecewaan di sini;

1) Penyokong Selangor ramai tak turun, aku tak tahu kenapa. Macam kat alor Star rasanya. Mungkin sebab tak yakin Selangor akan dapat membenam Kedah atau hujan yang turun membantut hasrat untuk ke stadium atau mungkin dulu UMNO banyak bagi tiket percuma, jadi penyokong2 yang dari kalangan Mat Rempit dan Pemuda UMNO yang kuat mentaliti subsidinya tidak ada bajet untuk turun. Entahlah yang penting aku turun memberi sokongan.

2) Selangor kalah 2-3, jumlah jaringan yang sama ketika tewas pada aksi final Piala FA. Kealpaan barisan pertahanan dalam tempoh 6 minit telah menghukum gergasi Merah yang walaupun cuba bangkit digagalkan oleh pertahanan mantap Kedah dan dibantu ketumpulan penyudah Selangor. Hari malang buat Selangor. Lagi malang Arsenal tumpas pula 1-0 kepada Fulham.

Tahniah Kedah kerana mencipta sejarah dengan merangkul tiga piala dua musim berturut-turut, sesuatu yang pasti diulangi oleh mana2 pasukan di dalam masa terdekat.

Ahad, 24 Ogos

Bangun awal untuk ke Crown Princess. Tak ramai perwakilan yang hadir, mungkin ramai yang sudah ke P Pauh untuk berkempen atau bangun lambat.

Jam 3 aku bertolak ke Amcorp Mall untuk cari2 barang di flea market. Bertemu Belot yang sedang menyambar CD Pearl Jam dan aku pula menyusul dengan menyambar CD The Best of Bon Jovi, Crossroad yang sudah hilang dari simpanan koleksi CD2 aku. Lagu2 seperti 'Someday I'll Be Saturday Night' , 'Always' dan 'Bed of Roses' pasti membangkit nostalgia zaman2 sekolah.

Photobucket
Jualan Borders masuk hari akhir

Sebelum pulang aku singgah ke Borders dan MPH di The Curve untuk melihat2 majalah2 baru sambil ngomong2 bersama teman2 di Borders.

Photobucket
KL dari Ritz Garden Seputeh

Photobucket
Muzik rakyat di Bukit Bintang, tiap minggu boleh menikmati secara percuma

Friday, August 15, 2008

Selangkah lagi ke ‘dream final’

Photobucket
Aksi pertama, menang 2-0

Photobucket
Kemeriahan tahun ini diragut oleh politik, olimpik dan euro

Tahun lepas bila aku ke Stadium Nasional Bukit Jalil menonton aksi final Piala Malaysia di antara Kedah dan Perak, hati kecil aku bertanya bilalah agaknya giliran Selangor bertemu Kedah pulak?

Malam esok di Kuala Terengganu dan Larkin akan menentukan segala-galanya sama ada Selangor dan Kedah akan bertemu sesama sendiri. Aku doakan agar anak buah kendalian Dollah Salleh meneruskan kemaraan untuk membalas dendam kekalahan di tangan Kedah pada perlawanan akhir Piala FA tahun ini.

Mengapa Kedah bukannya Perak?

Sepanjang sejarah aku hidup mengikuti bola sepak tempatan sejak darjah dua yakni tahun 1989, Selangor tidak pernah bertemu Kedah di dalam mana2 aksi final kecuali tahun ini di final Piala FA yang pada aku kurang umph. Perak juga begitu, hanya aksi final Piala FA sahaja yang sering mempertemukan kedua2 pasukan ini.

Namun Perak berbeza dengan Kedah kerana sejak dua musim ini, Kedah telah menggantikan Perak sebagai pasukan yang terkuat di Malaysia. Jadi sangat normal la Selangor memilih Kedah untuk beradu kekuatan.. Satu lagi kalau lawan Perak ni asyik kalah je Selangor, aku pun tak tahu kenapa.

Bayangkan puluhan ribu Merah Kuning dan Kuning Hijau bersorak sakan di Bukit Jalil, pasti terkujat mereka2 yang mengharapkan bola sepak tempatan akan mati supaya senang mereka menumpukan perhatian kepada MU, Arsenal, Chelsea, Liverpool dll. Peminat bola sepak yang tidak mempunyai jati diri. Sedih.

Friday, June 20, 2008

Mari memenuhi Stadium Shah Alam

Photobucket
Keramat untuk rakyat Selangor (foto ihsan Selangorfc)

Laman web rasmi kerajaan Selangor

Hari ini di stadium bertuah rakyat Selangor akan diadakan program 100 hari pentadbiran PR di Selangor. Aku akan berada di sana seawal pagi untuk menjual buku dan juga turut serta memeriahkan majlis.

Selangor FC

Esoknya pula iaitu sabtu akan berlangsung perlawanan akhir Piala FA yang akan menemukan dua negeri PR iaitu Selangor menentang Kedah. Kepada rakyat Selangor, jom turun ke stadium beramai2 dan kita tenggelamkan sorakan penyokong Kedah. Tiket berharga RM20 dan RM40 untuk grandstand boleh dibeli mulai jam 9 pagi hari ini. Hidup Selangor!

Saturday, April 05, 2008

Pakatan Rakyat bertembung sesama sendiri?

Photobucket
Selangor FC

Perlawanan ke 20 dari 24,
Selangor melawan Kedah,
Stadium Shah Alam,
8.45 malam,
tiket RM10, RM5 kanak2



P M S K Jaringan Beza Mt.
1 Kedah 19 15 2 2 50 : 20 30 47
2 Selangor 19 13 3 3 39 : 24 15 42
3 Perak 20 12 2 6 41 : 26 15 38
4 Terengganu 19 10 6 3 33 : 19 14 36
5 N Sembilan 20 10 6 4 37 : 27 10 36
6 Johor FC 19 9 4 6 29 : 22 7 31
7 Perlis 20 8 5 7 30 : 23 7 29
8 Pahang 20 6 4 10 24 : 31 -7 22
9 MyTEAM 20 5 4 11 24 : 34 -10 19
10 DPMM FC 19 2 9 8 19 : 25 -6 15
11 PDRM 19 4 2 13 24 : 45 -21 14
12 Sarawak 19 4 2 13 20 : 51 -31 14
13 P Pinang 19 2 3 14 19 : 42 -23 9
(kedudukan terkini liga)

Belum apa2 Kerajaan PR di Selangor dan Kedah sudah mencetuskan kegusaran di kalangan penyokong skuad bola sepak (bukan penyokong parti politik) kedua-dua negeri apabila peminat amat menantikan hasil keputusan perlawanan malam ini memihak kepada pasukan negeri mereka.

Walaupun dari segi politik kedua-duanya aku sokong, namun apabila masuk bab bola, hanya satu pilihan aku dulu, kini dan selamanya iaitu Merah Kuning Selangor Darul Ehsan walau di ketika Selangor berada di bawah cengkaman penguasa angkuh, BN.

Bercakap tentang bola sepak tempatan, Selangor, Kedah dan Perak merupakan pasukan yang mempunyai sejarah pencapaian gemilang baik skuadnya dan penyokongnya. Selangor lebih unggul di masa lalu dan dicabar sama hebat oleh Perak, Kedah dan tidak ketinggalan Terengganu serta N.Sembilan selepas memasuki era pro pada 1994 hingga sekarang.

Keputusan malam ini amat penting bagi kedua2 pasukan untuk menuju ke puncak juara Liga Super yang berbaki beberapa perlawanan sahaja. Ayuh seluruh rakyat Selangor tanpa mengira fahaman politik memenuhkan Stadium Shah Alam agar pasukan kesayangan kita menempuh kejayaan.

Photobucket

Lupakan seketika EPL walaupun Arsenal akan bertembung dengan Liverpool di dalam perlawanan hidup mati bagi pasukan yang aku sokong sejak 1990 sejam lebih awal sebelum sepak mula di Shah Alam. Ketika inilah prioriti kita sebagai peminat bola sepak Malaysia dan global yang seimbang akan teruji kecuali mereka yang losers dan menjadikan EPL sebagai escapism dengan berbilion alasan dari orang2 yang tiada harapan untuk perkembangan bola di Malaysia.

Lagu Merah Kuning

Saturday, November 24, 2007

Merah Kuning Lambang Kebanggan

Lagu Merah Kuning

Merah Kuning lambang kebanggaan
Selangor merancang kejayaan
Gemuruh sorakan menggegarkan
Cabaran disambut dengan kesungguhan

Kecemerlangan, kecemerlangan, kecemerlangan
Kecemerlangan, jadi kenytaaan
Merah Kuning keberanian merempuh segala halangan
Sekali melangkah buktikan kemampuan

Selangor Darul Ehsan
Selangor Darul Ehsan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aksi hambar kedua-dua pasukan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Akhirnya kegembiraan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Penyokong setia

Perlawanan pertama Selangor di musim baru Liga Malaysia di Stadium Shah Alam amat menghampakan. Setelah menang 2-0 ke atas N. Sembilan di Paroi pada perlawanan pertama, aku mengharapkan aksi mantap dan menarik dari pasukan kesayangan aku ini. Janji-janji awal permainan yang kelihatan mantap rupanya palsu apabila selepas 15 minit, permainan hambar pula yang disajikan kepada hampir 5,000 peminat setia Selangor. Nasib baik di akhir minit masa kecedaraan, Selangor berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan Amri Yahyah yang terlebih dahulu mengenai kaki pemain Johor FC sebelum bola menerjah jaring. Apapun tahniah di atas semangat untuk melawan yang walaupun tuntutan wajib ke atas semua pemain setiap pasukan berjaya dipamerkan pemain Red Giants dan diharap aksi yang akan bersambung selepas Sukan Sea akan memperlihatkan mutu yang lebih baik. Lebih-lebih lagi setelah Elie Aiboy dan bakal pemain import Selangor menyertai skuad.

Friday, October 26, 2007

Sorak untuk MALAYSIA vs BAHRAIN

Mari kita tunjukkan sokongan dan sorakan kita kepada pasukan bolasepak kebangsaan kita seperti berikut:

MALAYSIA vs BAHRAIN (Pra kelayakan Piala Dunia)
8pm, Ahad 28 October 2007
Stadium Shah Alam
Pakaian rasmi kuning Famemas
Tiket: RM15 hendaklah di beli sendiri (RM5 akan dikembalikan didalam stadium jika duduk bersama dan berpakaian kuning FAMEMAS)

Tempat bertemu: Pintu Utama Stadium Shah Alam, 8pm (Sila kumpul bersama)
Tempat duduk: Bersama penyokong dan ahli FAMEMAS yang lain berpakaian FAMEMAS
Rebat: RM5 akan dikembalikan didalam stadium
Pertanyaan: Mr. Lee Hui Seng, Chairman, 012-3293378, leehuiseng@gmail.com
Bawa sekali alat alat sorakan anda: bendera dan lain lain
Terima Kasih, Jumpa disana,
MARI KITA PASTIKAN SORAKAN KITA MAMPU MENEWASKAN BAHRAIN 4-0

Tuesday, August 28, 2007

Ayuh ke Shah Alam!

Photobucket - Video and Image Hosting
Peminat meraikan kemenangan

Photobucket - Video and Image Hosting
FRU yang menggelabah

Kejayaan Malaysia menumpaskan Singapura 3-1 untuk melangkah ke perlawanan akhir bertemu Myanmar esok sememangnya mengembirakan. Bukan sahaja kemenangan yang dipinta berjaya diberi pemain, malah aksi mantap dan komitmen bersungguh yang ditagih peminat berjaya ditunai para pemain, sekalung tahniah diucapkan!

Walaupun kita jangan cepat terpesona dengan kejayaan ini, pujian harus diberi jika ianya wajar tanpa perlu pesimis sepanjang masa. Aku sebagai peminat setia Malaysia yang optimis amat mengharapkan pasukan Sukan Sea Korat ini dapat menjuarai kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada tahun 1993. Aku masih ingat detik hebat Malaysia menang ke atas pasukan kedua Korea Selatan selepas masa tambahan 3-1 di Stadium Merdeka di mana penyerang terbilang waktu itu, Azman Adnan muncul hero negara. Aku masih memiliki keratan akhbar detik itu yang masih terlekat kemas di dalam buku skrap yang merupakan hobi aku ketika zaman kanak-kanak. Sering aku tatap dan baca bila mana aku rindukan saat gemilang pasukan bola sepak Malaysia.

Myanmar bukanlah pasukan calang-calang berdasarkan aksi permainan pantas yang dipamerkan ketika bertemu Zimbabwe. Perlawanan yang dilangsungkan awal ini sangat menarik dan tidak rugi rasanya menyaksikan perlawanan ini sambil melihat telatah ribuan penyokong Myanmar yang begitu bising dan sangat patriotik. Amat menarik apabila dua negara yang diperintah diktator bertemu sesama sendiri di dalam perlawanan bola sepak.

Kepada Zaquan, Khyril Muhymen, Shukor, Safee Sali dan rakan-rakan, ayuh buktikan bahawa pasukan bola sepak negara masih mempunyai maruah. Hargailah sokongan hampir 10,000 penonton yang hadir malam tadi di Stadium MBPJ dan jadikan ia sebagai satu azimat untuk bermain habis-habisan esok malam di Shah Alam. Kenangkan betapa bersemangat dan patriotiknya para penyokong apabila lagu Negaraku berkumandang sebelum perlawanan. Penyokong-penyokong ini yang tidak pernah putus harap, bukannya para pemaki pasukan negara yang langsung tidak tahu apa-apa.

Politik dan kebodohan polis










Ada dua insiden menarik di stadium apabila sekumpulan penyokong menggantung bendera Malaysia beserta bendera UMNO dan BN. Seperti dijangka, tindakan itu mengundang rasa jelik sebahagian besar penyokong diiringi dengan teriakan boo, sesuatu yang normal di stadium apabila bendera dua 'benda' itu dipamerkan. Aku masih ingat jikalau di Stadium Shah Alam, rakan-rakan kepada member aku, Aran dan juga Jibam yang selalu membawa bendera UMNO beserta juga bendera PKR dan PAS. Tujuannya mungkin untuk memberi mesej perpaduan di kalangan peminat bola sepak.

Melihat hanya bendera UMNO dan BN yang digantung, ada beberapa peminat berhampiran yang menegur dan dengan pantasnya bendera PKR dan PAS diletak sebelah menyebelah dan diiringi tepukan gemuruh dari penyokong. Bolehlah dianggap pembangkang sudah menang sorak, jangan menang sorak sahaja parti tergadai sudahlah.

Satu lagi insiden berlaku setelah tamat perlawanan. Mungkin kerana terlalu gembira dengan nikmat kemenangan yang boleh diibaratkan seperti apabila parti pembangkang menang pilihanraya. Sekumpulan penyokong memasuki padang untuk merayakan kemenangan bersama pemain dan di dalam masa yang sama FRU bertindak menggelabah menahan penyokong-penyokong itu. Lagak aksi lari FRU tidak ubah seperti ingin menangkap para demonstran di mana-mana demonstrasi. Apa lagi pihak polis diboo sekuat-kuatnya dan dimaki hamun oleh para penyokong yang tidak berpuas hati.

Apa salahnya penyokong meraikan kemenangan, bukannya ada keganasan dan kekacauan. Jikalau ingin menjaga keselamatan pun, tidak perlulah bertindak ganas dan menahan para peminat, apa salahnya jika hanya mengarahkan mereka masuk semula ke tempat duduk stadium. Ke mana hilangnya sifat munasabah dan kemanusian pasukan polis? Aku tak tahu apa yang terjadi kepada mereka yang ditahan, akankah mereka didakwa atau diambil rekodnya sahaja? Apa yang pasti insiden ini sekali lagi mencalar imej polis yang telah sedia tercalar, kata-kata seperti 'polis babi', 'anjing', 'polis rasuah' dsb keluar dari mulut peminat-peminat bola yang aku yakin majoritinya tidak begitu politikal. Aku yakin pegawai-pegawai polis yang berada di situ dapat merasakan betapa tidak popularnya mereka walaupun bukan di kalangan penyokong parti pembangkang. Masa untuk berubah wahai PDRM.

Ayuh lupakan sementara politik dan polis, mari beramai-ramai memenuhkan Stadium Shah Alam rabu ini. Harga yang aku bayar adalah terpaksa tidak menghadirkan diri pada forum penting 'Independence During Emergency' anjuran Parti Sosialis Malaysia di Dewan Perhimpunan Cina. Apapun kedua-duanya demi Malaysia yang lebih baik!

Malaysiaku Gemilang!

Wednesday, August 15, 2007

Sukan sakan

Peminat-peminat sukan pastinya bergembira dengan kepadatan acara-acara sukan yang sedang dan telah berlangsung baru-baru ini khasnya peminat sukan bola sepak (Piala Malaysia, EPL, CYC, Sultan Selangor etc), badminton, skuasy (Wanita Remaja Dunia di Hong Kong) dan lumba motorsikal (FIM Asian GP).

Bayangkan pada hujung minggu lepas, buat pertama kali aku tidak keluar rumah pada waktu malam disebabkan sajian sukan yang enak di depan mata. Ada Liga Inggeris, Piala Sultan Selangor dan Championship Youth Cup (CYC) yang hampir serentak, memang sangat indah rasanya walaupun agak kecewa gagal mengikuti sepenuhnya lakonan Fazura di dalam Gol & Gincu musim kedua.

Minggu ini pula sajian diteruskan dengan aksi-aksi kemuncak CYC di Shah Alam dan Bukit Jalil, Kejohanan Badminton Dunia juga di Bukit Jalil, cubaan mencari gol sempurna oleh Arsenal di EPL juga di Champions League pagi ini dan banyak lagi.

Minggu-minggu yang mendatang juga pasti mempesonakan dengan begitu banyaknya acara sukan terutama bola sepak dan pemotoran (Formula 1 dan Moto GP) menunggu untuk ditonton di kaca tv. Bermulanya musim baru EPL membuatkan cuti hujung minggu lebih bermakna dan memulakan semula sengketa dengan musuh-musuh bola sepak seperti Aran dan ramai lagi.

Piala Malaysia akan berehat bagi memberi peluang kepada kejohanan Pesta Bola Merdeka sebelum bersambung pada 1 September bagi aksi separuh akhir. Agak sedih kerana Selangor telah terkeluar setelah kecundang di tangan Terengganu, good luck pada pasukan yang masih bersaing terutama Kedah yang memburu tiga kejuaraan semusim yang selama ini hanya boleh dilakukan oleh Selangor, hehe.

Namun seperti yang pernah aku perkatakan di dalam tulisan sebelum ini, fokus kepada pasukan negeri jangan sampai terlebih sehingga nasib pasukan kebangsaan yang tercinta dilupakan. Barisan bawah 23 K Rajagopal akan beradu tenaga di Pestabola untuk memulihkan maruah negara yang tercalar hebat di Piala Asia baru-baru ini walaupun aksi pasukan remaja negara di CYC sedikit sebanyak telah menggembirakan para peminat.

Tiada sukan, tiada hidup

Aku sentiasa berfikir bagaimana agaknya kehidupan manusia-manusia yang tidak meminati (sama ada bermain atau sekadar menonton atau mengikuti) sebarang jenis sukan? Persoalan ini pernah aku bincangkan dengan rakan sembang yang juga tidak begitu meminati sukan, Rusnizam di Mamak 14 beberapa ketika yang lalu. Walaupun aku menghormati itu adalah hak-hak individu di dalam sistem demokrasi, namun aku sering tertanya-tanya mengapakah golongan ini boleh menolak budaya popular yang dominan ini dengan mudahnya? Apakah rahsianya?

Sukan sebagai alat patriotisme

Aku akan menulis dengan lebih lanjut tentang perkaitan sukan dan patriotisme sempena bulan kemerdekaan ini minggu hadapan. Sampai di sini dahulu, selamat menonton acara-acara sukan! dan jangan lupa untuk bersukan juga demi kesihatan tubuh badan.

Nota: Setelah hampir dua tahun tidak bermain ping pong, aku akan bermain secara aktif semula setelah kaki ping pong semasa zaman sekolah, Razli aka Koyok mempunyai tempat untuk bermain ping pong tanpa gangguan di tempat kerjanya, percuma pulak tu. Jadi sesiapa yang berminat untuk join, sila hubungi aku...untuk yang hebat dan mempunyai tahap spin yang cemerlang sahaja, hehe.

Thursday, July 19, 2007

Wednesday, July 18, 2007

Selamatkan bola sepak Malaysia!

“ Saya bukan pengecut. Saya tidak akan tunduk kepada desakan ramai.”

Tiada lagi alasan! Kesemua pimpinan FAM termasuk presiden wajib meletak jawatan daripada badan induk bola sepak negara dan memberi peluang kepada muka baru daripada kalangan professional, bekas pemain yang mampu mengurus dan ramai lagi. Jikalau mereka beralasan perletakan jawatan dan pertukaran pucuk pimpinan belum tentu akan membuahkan hasil, sekurang-kurangnya kita mencuba daripada sentiasa memberi peluang kepada pucuk pimpinan yang ada sejak dari dulu lagi.

Presiden FAM telah memegang jawatan sejak tahun 1984 dan aku mula meminati dan mengikuti sukan bola sepak Malaysia sejak dari tahun 1989, tahun pertama liga Semi-Pro diperkenalkan yang mana ianya adalah hasil usaha Presiden FAM sekarang. Sejak 1989 hingga sekarang, hanya dua memori indah yang terpahat di dalam kenangan tatkala berbicara soal pasukan kebangsaan bila mana Malaysia menjuarai Sukan Sea 1989 dan Pestabola Merdeka 1993. Ini bermakna aku telah membodohkan diri dengan memberi harapan palsu kepada skuad bola Malaysia hampir 18 tahun, hanya kurang 5 tahun daripada presiden.

Harus diingat, di dalam masa yang sama juga aku meminati dan mengikuti perkembangan sukan-sukan lain secara berperingkat seperti hoki, tenis, squash, renang, angkat berat, terjun, renang, lumba basikal trek dan lebuh raya, polo air, gimnastik, bowling, golf, memanah, ekuestrien dan banyak lagi. Apa yang jelas adalah kebanyakan sukan-sukan ini tahapnya sentiasa meningkat setiap tahun dan jikalau tidak pun masih statik dan tidak merudum teruk seperti bola sepak. Lihat Nicol David, Low Wee Wern, Marbawi Sulaiman, Josiah Ng, Ng Shu Wai, pasukan hoki, Lim Keng Liat dan ramai lagi.

Di sini kita dapat melihat kegagalan FAM di dalam melahirkan pasukan kebangsaan dan pemain bola sepak yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Di manakah silapnya? Tidak dapat dinafikan pengenalan liga bola sepak professional domestik di dalam negara telah merancakkan arena bola sepak negara dan daripada mata kasar, pengurusan FAM kelihatan diurus dengan baik dan professional di samping berjaya membawa masuk penajaan dari sektor korporat dsb.

Tetapi jika ditanya kepada peminat bola sepak di Malaysia, majoriti daripada mereka hanya ingin melihat pasukan kebangsaan yang berjaya. Persetankan segala hal-hal lain yang tidak bersangkutan. Setakat Kedah menjuarai Piala FA dan bergembira sakan dengannya tidak memberi makna apa-apa. Aku sebagai peminat pasukan Selangor pun dah letih dengan kejayaan di dalam liga domestik, apa yang diidamkan adalah melihat Malaysia menjuarai Sukan Sea, Kejohanan Bola Sepak ASEAN, Piala Asia, Sukan Asia, Sukan Olimpik dan Piala Dunia.

Persoalannya sekarang bagaimana? Terserah kepada pucuk pimpinan FAM yang ada sekarang. Ada dua pilihan sama ada meletak jawatan (pilihan aku) dan membuat pembersihan (macam takkan bersih-bersih je) dalaman. Jikalau pucuk pimpinan dah kering idea sebab terlalu sibuk dengan urusan lain seperti politik dsb, sila dapatkan pandangan daripada peminat dan aku salah seorang yang sudi memberikan beberapa buah fikiran.

Ketika aku tengah menulis, ada terbaca berita Shahidan Kassim berminat untuk menggantikan tempat Tengku Abdullah. Sejauh mana benarnya aku tidak pasti tetapi aku berpendirian adalah lebih baik persatuan-persatuan sukan terutama FAM tidak dipimpin oleh ahli-ahli politik (kecuali yang betul2 minat sukan itu dan sanggup menerima kritikan) terutama yang memegang jawatan tinggi di dalam kerajaan pusat mahupun negeri dan juga kerabat-kerabat diraja. Harus diingat majoriti peminat sukan terdiri daripada rakyat biasa yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat, kaum, agama dan latar belakang politik. Jadi adalah lebih baik orang yang tidak mempunyai kepentingan politik atau lain-lain dan yang sanggup dikritik tanpa melatah dan mengugut yang memimpin.

Jangan sampai peminat bola sepak Malaysia bertindak tidak waras disebabkan kediktatoran FAM.

Nota
Idea-idea tentang bagaimana bola sepak Malaysia boleh dipertingkatkan dialu-alukan daripada pembaca.

Tuesday, July 17, 2007

Protes terhadap FAM, sila hadir!

'Tiada lagi alasan'

Kepada seluruh peminat dan pencinta bola sepak tanahair, sila hadirkan diri anda di perkarangan Stadium Bukit Jalil untuk mendesak Presiden FAM meletakkan jawatan dengan segera. Butir-butir adalah seperti berikut;

Tempat : perkarangan Stadium Bukit Jalil (di hadapan pancutan air)
Waktu : 6pm sehingga 8pm (kemudian bersambung ke dalam stadium)

Anjuran peminat-peminat bola sepak Malaysia yang kecewa