Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Friday, June 20, 2008

Mari memenuhi Stadium Shah Alam

Photobucket
Keramat untuk rakyat Selangor (foto ihsan Selangorfc)

Laman web rasmi kerajaan Selangor

Hari ini di stadium bertuah rakyat Selangor akan diadakan program 100 hari pentadbiran PR di Selangor. Aku akan berada di sana seawal pagi untuk menjual buku dan juga turut serta memeriahkan majlis.

Selangor FC

Esoknya pula iaitu sabtu akan berlangsung perlawanan akhir Piala FA yang akan menemukan dua negeri PR iaitu Selangor menentang Kedah. Kepada rakyat Selangor, jom turun ke stadium beramai2 dan kita tenggelamkan sorakan penyokong Kedah. Tiket berharga RM20 dan RM40 untuk grandstand boleh dibeli mulai jam 9 pagi hari ini. Hidup Selangor!

Tuesday, April 15, 2008

Ketuanan Rakyat

Photobucket
Ihsan KLPOS

Photobucket
Tayangan klip video reformasi, makcik ikon perjuangan

Photobucket
KLCC sentiasa melatari gambar perjuangan rakyat

Photobucket
Anwar mengecam UMNO & Ketuanan Melayunya

Photobucket

Puas dan gembira.Itulah dua kata yang boleh aku gambarkan setelah pulang dari perhimpunan Black 14 yang diadakan di Padang Kelab Sultan Sulaiman di Kg.Baru malam tadi. Lokasi perhimpunan ini juga amat personal kerana tidak sampai 100 meter dari padang ini adalah rumah teman rapat aku, Pujan yang sentiasa menjadi port aku menyesatkan diri dengan kehidupan kota di zaman remaja.

Puas kerana setelah berjuang secara langsung & tidak langsung di dalam gerakan Reformasi sejak 1998, akhirnya kejayaan yang walaupun belum sepenuhnya berjaya dihasilkan. Siapa sangka 5 tahun lepas tatkala ramai yang menyindir perjuangan reformasi yang telah gagal menyaksikan keadaan yang berbeza sama sekali.

Gembira akhirnya apabila melihat slogan baru dinaikkan menggantikan slogan 'Ketuanan Melayu' yang sering digunakan UMNO untuk mengkhianatinya dan menjadikan rakyat2 bawah Melayu sebagai hamba 'Ketuanan UMNO dan suku-sakat'. 'Ketuanan Rakyat' yang dilaungkan Anwar harus menjadi paksi perjuangan yang mesti dipacu untuk negara tercinta ini maju ke hadapan. Tiada lagi pengkhianatan nama Melayu atas nama Melayu. Bangsa Melayu yang miskin harus dibela, begitu juga Cina,India & lain-lain. Bangsa Melayu yang mampu dan berjaya harus berdiri sendiri tanpa mengharap subsidi atas nama Melayu & jadilah Melayu yang bermaruah.

Hidup Malaysia!

Untuk video & gambar, sila ke blog Anwar Ibrahim

Catatan Black 14 pada tahun 2003, sila klik di sini

Black 14 & aku

-terhilang video kamera member aku, Aran semasa Malam Saksi 14 April yang diadakan di Taman Melawati pada tahun 2005, tak pasal2 duit melayang
-tahun ni handset (murah) member aku, Pilus pulak hampir terhilang
-Black 14 2001 di Suhakam, muka aku dan member, Pujan keluar muka depan akhbar berbahasa Cina. Malangnya keratan akhbar tu dah hilang.