Today is Black 14!
Aku baru sahaja pulang dari rumah Datin Seri Wan Azizah di Bukit Damansara. Hari yang cukup mengecewakan kerana DSAI tidak dibebaskan walaupun pihak mahkamah, penjara dan juga kerajaan Malaysia sekarang, BN boleh membebaskan DSAI dengan ikat jamin.
Dengan tindakan ini, makin terserlahlah teori konspirasi oleh kerajaan dukungan Dr. Mahathir ini. DSAI boleh dibebaskan hari ini setelah hukuman pertamanya selama 6 tahun tamat walaupun beliau hanya menghabiskan hukuman penjaranya hanya untuk 4 tahun sahaja.
Ini adalah perkara biasa di penjara Malaysia sekiranya para banduan berkelakuan baik. Saya berpandangan masalah politik Malaysia tidak akan selesai selagi isu DSAI ini tidak diselesaikan dengan baik. Sebelum ke rumah DSAI, aku telah mendapatkan majalah The Economist bilangan 8318 di mana terdapat artikel yangmenarik tentang keadaan politik dan ekonomi Malaysia.
Well, aku akan balik ke Melaka esok walaupun sepatutnya aku balik hari ini, Melaka cuti esok...hari pengisytiharan Melaka bandaraya bersejarah. Hmm..hari ni jugak aku banyak nampak muka-muka reformis yang tidak luntur semangatnya sejak bermulanya gerakan reformasi pada september 98.
Sudah hampir 5 tahun ia berlalu, aku nampak semangat para pendokong dan penyokong reformasi tetap jitu dan teguh walaupun pelbagai sekatan dikenakan. Namun aku akui agak mustahil untuk kembali kepada suasana 98 selagi DSAI dan juga 6 aktivis reformasi tidak dibebaskan. Apapun aku percaya bila tiba masa dan ketikanya, rakyat akan bangkit menentang kerana masih ramai yang kurang berani kerana keadaan tidak mengizinkan di waktu ini.
No comments:
Post a Comment