Tuesday, July 30, 2013

Dewan Malaysia Jakarta



























Penginapan murah untuk rakyat Malaysia yang ke Jakarta di Dewan Malaysia, Jakarta. Lokasi di No. 30 Jalan Hos Cokroaminoto, Menteng, Jakarta. Lokasi sangat strategik; berdekatan dengan Jalan Jaksa, kawasan makan Sabang, Stesen busway Sarinah, Plaza Indonesia dan Plaza Grand Indonesia.

Kemudahan di dalam bilik; 2 katil single, penghawa dingin, kipas siling, meja, 2 almari, 2 plug, cermin dan meja barangan. Tandas di luar (ada air panas), tv di ruang lobi dan pantri (ada peti sejuk dan air panas) dan wifi percuma.

Tiada curfew, 24 jam keluar masuk. Tetapi lelaki dan wanita belum berkahwin tidak boleh tinggal sebilik.

Untuk pemesanan, sila emel ke malaysiahall.jakarta@gmail.com atau hubungi +622131920548