Sunday, May 21, 2006

Yang Bersih dan Yang Kudus

Oleh Hishamuddin Rais

Saya cukup yakin ramai pembaca yang berpendapat jika seseorang berniaga dan ingin menjadi kaya raya dengan segera bisnes yang terbaik ialah dadah dan jual beli senjata. Perniagaan ini dijamin akan membawa pulangan yang cukup lumayan. Kedua-dua perniagaan ini berasaskan para pembeli yang sentiasa terikat dengan barang jualan kita. Pembeli dadah yang terus gian akan menjadi pasaran yang terikat. Manakala si pembeli senjata memerlukan senjata kerana mereka takut. Justeru untuk selamat mereka memerlukan senjata dari kita untuk mempertahankan diri.

Untuk saya ada lagi satu perniagaan yang agak sama bentuknya dengan dua perniagaan ini. Perniagaan yang saya maksudkan ini lebih awal dari bisnes dadah dari Colombia atau bisness kereta kebal dari Poland. Perniagaan ini telah wujud hampir 2,000 tahun. Meniaga yang saya maksudkan ini ialah meniaga menjual agama.

Jangan tersilap anggap, bila saya menulis tentang perniagaan agama ini bukan bermakna semua yang bersangkutan dengan agama itu salah. Bukan ini maksud saya. Biar saya bersurah di sini. Ini kesah lama, kesah yang telah berlaku hampir 40 tahun dahulu. Kesah ini terjadi di perhentian bas Seremban – stesen bas lama – telah tidak wujud lagi. Insan yang membukakan surah ini kepada saya ialah ayah saya sendiri.

Ayah saya selalu menggunakan perhentian bas ini bila hendak pulang ke Jelebu. Jadi ayah saya telah mengenali watak-watak yang selalu berkeliaran di stesen bas ini. Satu ketika semasa saya bersama arwah emak saya ke Seremban, ayah saya telah menunjukkan kepada saya seorang insan yang berbaju Melayu, berkain pelekat dan memakai songkok. Insan berwatak ‘warak’ ini akan memerhatikan ‘muka-muka baru’ yang menggunakan perhentian bas ini. Bila ada sahaja kelihatan muka baru maka insan ini akan datang untuk menjual risalah-risalah kecil dalam tulisan Jawi yang berselang seli dengan bahasa Arab dan ayat Quran.

Pada hari ini saya anggap risalah stensil itu bukan terjatuh dalam genre kitab, walau pun si Mamat di stesen bas Seremban ini mempropagandakan sebagai kitab agama. Melalui penjualan ‘kitab agama’ 20 atau 30 sen senaskhah, ianya dilihat sebagai cara terbaik dan tersenang untuk mendapatkan duit tanpa turun kesawah, ke laut atau memotong getah. Untuk saya yang pada ketika itu baru berumur 8 tahun, apa yang ditunjukkan oleh ayah saya itu adalah pengenalan awal untuk memahami bagaimana perniagaan agama boleh dijalankan.

Menjual agama ini, bukan hanya agama Islam, agama apa sahaja pun boleh dijual. Pertama, para bakal pembeli barang jualan kita perlu di takut-takutkan.Menakut-nakutkan bakal pembeli ini adalah iklan awal.Seperti mengiklankan pil melangsingkan badan untukperempuan. Iklan melangsingkan badan juga bergerak dilandasan takut. Tunjukkan gambar perempuan obes.Kemudian tunjukkan gambar perempuan yang langsing dan cantik. Pasti banyak orang perempuan yang akan merasa takut kerana dilihat tidak cun dan bergetah. Mereka ini akan menjadi resah. Untuk menenteramkan keresahan ini maka si perempuan perlu membeli pil melangsingkan badan.

Menjual agama juga bergerak di landasan yang sama.Bakal pembeli yang telah ditakut-takutkan dengan halal/haram. Yang itu tidak boleh. Yang ini was was pembuatannya. Benda yang ini ada campuran getah yang tidak suci. Yang ini pula ada lemak. Seribu satu macam pantang larang. Akhirnya apabila bakal pembeli terbaca, terdengar atau terlihat iklan-iklan ini,mereka akan menjadi resah gelisah. Saat ini adalah ketika yang paling baik untuk dijualkan agama kepada mereka. Mereka perlu agama untuk mensuci dan menenteramkan kegelisahan itu. Begitu senang sekali menjual agama.

Hari ini saya perhatikan penjualan agama ini telah sampai ke satu tahap yang amat memualkan. Tetapi masih belum sampai ke tahap menjual agama seperti yang sedang berlaku di Amerika Syarikat. Di Amerika orang-orang tua yang hidup bersendirian sering dijadikan mangsa atau menjadi pembeli saham agama terbanyak. Ciri-ciri menjual agama di kaca tv kita telah mula kelihatan bibit-bibitnya. Ketika ini ianya masih berselindung di sebalik tabir motivasi, tetapi hakikatnya ialah untuk menimbulkan keresahan. Ini belum memualkan lagi. Dalam negara kita menjual agama belum sampai ke tahap di mana stesen tv meminta penonton menghantar SMS sebanyak mungkin untuk memastikan tiket ke syurga.

Untuk saya satu lagi genre menjual agama yang memualkan ini sedang berlaku di restoran yang dimiliki oleh orang yang mengakui menganut agamaIslam. Kesahnya jual agama hari ini tidak begitu jauh dari apa yang pernah saya lihat di stesen bas Seremban, 40 tahun dahulu. Modus operandi hari ini agak licik sedikit.

Di restoran-restoran yang dimaksudkan ini, kita akan ternampak banyak ayat-ayat dari Quran yang telah dibingkaikan di dalam kaca untuk di letakkan di dinding restoran. Dari sehari ke sehari saya perhatikan bingkai-bingkai yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan Jawi ini semakin membesar. Ianya semakin banyak terpasang berselirat di dalam restoran-restoran Islam berjenis ini. Saya terfikir seolah-olah telah wujud satu musabaqah/pertandingan diantara tuan-tuan empunya restoran ini. Bingkai dari restoran mana yang paling besar. Atau restoran Islam wilayah mana yang paling banyak menayangkan ayat-ayat suci dari Al-Quran.

Ini bukan saya buat-buat kerana saya pernah masuk kesebuah restoran di Utara di mana bingkai-bingkai ini terpampang berselirat di dinding-dinding sehingga tidak kelihatan lagi dinding restoran. Ada bingkai ayat suci di atas tempat makanan. Di belakang meja tempat membayar. Di pintu masuk, Di atas peti sejuk.Di tepi meja rokok. Bingkai-bingkai bertulisan Jawi ini hanya tidak wujud di pintu bilik air.

Malah, saya pernah sampai ke sebuah restoran, juga diUtara, di mana saya rasakan seolah-olah diri saya telah tersesat. Tersesat yang dimaksudkan kerana saya datang ke restoran untuk memakan roti canai bukan hendak ke masjid. Begitu banyak sekali bingkai-bingkai kaca yang berisi ayat suci ini sehingga ianya telah mengalahkan banyak dinding masjid-masjid dalam negara kita ini.

Untuk saya apa yang telah saya lihat ini adalah proses menjual agama. Dari tanda dan makna yang saya baca, tuan empunya restoran ingin memberi tahu kepada para pelanggan bahawa restoran ini di miliki oleh penganut beragama Islam. Ayat-ayat suci yang di dalam bingkai itu adalah buktinya. Ayat-ayat ini juga adalah pengucapan untuk memberi tahu bahawa di restoran ini hanya makanan halal sahaja yang dijual. Saya memahami tanda dan makna ini.

Tetapi ada satu perkara lagi yang tuan empunya restoran ini gagal memahami. Perkara ini ialah –kebersihan – yang amat penting dalam hal makanan.Sebenarnya semua agama dalam dunia ini menuntut umat/penganutnya untuk menjadi suci dan bersih.Kebersihan itu adalah agama. Agama Islam amat jelas menuntut agar penganutnya menjadi bersih - rohani dan jasmani. Untuk saya memperagakan ayat-ayat suci bukan satu jaminan yang makanan itu bersih.

Kalau tidak percaya apa yang saya nyatakan ini sila lawati restoran-restoran ini. Perhatikan berapa jauh jarak wilayah tandasnya dengan tempat memasak. Berapa luas kawasan tandasnya. Kawasan tandas dikecilkan kerana jika luas nanti akan rugi ruang untuk meletakan kerusi meja. Tentang hal tandas, saya rasat idak perlu saya bercerita. Ini pasti memualkan.Tentang hal dapur pula, saya tidak pernah ternampak atau terlihat. Hanya Yang Maha Esa dan Majlis Bandaran sahaja yang dapat mengetahuinya.

Jikalau kurang yakin lagi, sila melawat ke bahagian belakang restoran-restoran ini. Para pelanggan akan mati terperanjat kerana longgokan sampah-sampah di belakang restauran-restauran ini adalah tempat tikus-tikus besar sedang berpesta. Sesekali ada juga sang lipas merayap di kaki meja mungkin lipas-lipas ini sedang mencari kitab-kitab lama untuk di makan.

Pakaian pekerja di restauran-restauran ini, saya akui amat bergemerlapan. Ada pula yang memakai kopiah bendera Malaysia. Ini menandakan mereka bukan sahaja beragama Islam tetapi mereka juga rakyat yang patriotik. Akhir-akhir ini saya perhatikan seperti ada pertandingan untuk memakai pakaian seragam di setiap restoran ini. Memang betul ada pakaian seragam tetapi kenapa sehingga ke hari ini saya belum bertemu satu pun restoran jenis Islam ini yang pelayan dan para pekerjanya memakai seragam putih. Mungkin pakaian putih tidak ada tertulis dalam ayat-ayat suci yang mereka baca. Atau dengan pakaian berwarna-warni pastilah kuah kari dan tumpahan kuah air kunyit akan mengindahkan lagi warna-warna baju dan seluar.

Saya yakin di sini ayat-ayat suci hanya digunakan sebagai perhiasan. Malah ayat-ayat Al-Quran ini dijadikan bahan iklan perniagaan. Untuk saya di sinilah kejulingan pentafsiran tentang peranan kitab suci Al-Quran. Tulisan-tulisan dari buku ini seharusnya bukan untuk dijadikan bahan hiasan atau iklan tetapi untuk dijadikan panduan dalam hal kebersihan.

Bila bercakap tentang hal restoran bersih ini maka saya terpaksa membandingkan pula dengan restoran-restoran yang di miliki oleh insan-insan yang tidak pernah membaca Al-Quran. Di Bangsar Telawi ada banyak restoran berjenis ini. Tetapi dari segi kebersihan restoran ini cukup terjamin. Para pelayan sentiasa berbaju putih bercelana hitam. Tukang masak pula memakai pakaian seragam putih. Tandas restoran ini – cukup bersih, sebersih ruang tamu di banglo Bukit Tengku, malah ada kalanya lebih bersih dari tandas masjid.

Inilah paradoks yang ingin saya timbulkan. Restoran yang tuan empunya tidak memaparkan ayat-ayat Al-Quran kelihatan cukup teratur. Apa yang hendak kita makan terjamin bersih tanpa was was. Manakala restoran yang berselirat dengan ayat-ayat AlQuran kebersihan masih boleh disangsikan.

Bila pembaca pergi memakan roti canai ke restoranIslam berjenis ini sila tanyakan dengan para pelayan apa makna ayat-ayat suci yang terpampang di dinding itu. Apa tujuan ianya dipaparkan. Kemudian tanyakan pula bila kali akhir pakaian yang dipakai itu di dobi atau di seterika. Untuk saya tujuannya cukup jelas –mereka sedang menjual agama. Ayat-ayat tulisan Jawi dalam bingkai kaca itu telah berjaya menenteramkan para pelanggan yang selama ini ditakut-takutkan dengan perkara halal-haram. Penganut Islam jenis ini tidak memahami yang tidak bersih itu juga haram untuk dijual kepada orang ramai. END

Monday, May 15, 2006

X Games Asia 2006


Photobucket - Video and Image Hosting
X Games logo

Photobucket - Video and Image Hosting
Moto X demo

Photobucket - Video and Image Hosting
crowd yg hadir



Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting
In Line skating vert

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting
Emma, aku & Ena,


Moto X demo

Friday, May 12, 2006

My new place


Photobucket - Video and Image Hosting
Living room
Photobucket - Video and Image Hosting
Kota Damansara
Photobucket - Video and Image Hosting
Lebuhraya NKVE, bunyi kenderaan menjadi alarm yang berguna

Semenjak aku berpindah ke Palm Springs Damansara kira-kira 3 minggu lepas, seperti biasa aku terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran yang baru. Sehingga kini aku amat gembira tinggal di sini oleh kerana lokasi yang amat berdekatan dengan tempat kerja aku di The Curve. Segala kepenatan mental dan fizikal yang diharungi selama ini untuk berulang alik dari Klang/Shah Alam ke KL/Damansara telah tiada lagi. Kini aku dapat menikmati masa lapang yang lebih yang bermakna boleh digunakan untuk membaca buku yang masih belum terusik di samping waktu rehat yang cukup.

Namun begitu ada sesuatu yang dirasakan sedikit hilang iaitu masa bersama teman-teman karibku yang pada ketika ini juga sibuk dengan hal masing-masing. Tiada lagi masa melepak bersama setiap hari di Shah Alam menikmati ayam goreng Hakim dan nescafe tarik sambil menonton perlawanan Liga English. Namun semua ini sudah dijangka kerana apabila umur sudah menjangkau 'jubli perak', masing-masing mempunyai komitmen tersendiri. Malam ini aku agak nostalgik kerana baru sebentar tadi mendengar lagu 'Nur Nilam Sari' dendangan Awie yang merupakan lagu tema SPM selain lagu November Rain oleh Guns N Roses.
Hari Kunzru @ Borders The Curve

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Hari Kunzru official website

Novel 'The Impressionist' dan 'Transmission' oleh Hari Kunzru boleh didapati di Borders Times Square dan The Curve. Kedua-dua novel beliau tersenarai di dalam promosi 'buy 3 for 2' yang bermakna pembeli hanya perlu membayar 2 buah buku dan mendapat percuma satu buku (cheapest one free & mesti buku yang mempunyai sticker 3 for 2).

Friday, May 05, 2006

9 Shorts by Azharr Rudin

A S i n g u l a r T a l e n t

Don't miss this special program showcasing the singular talent of Azharr Rudin who was described by Singapore International Film Festival director Philip Cheah as a filmmaker to watch. Azharr's AMBER SEXALOGY had its world premiere at the just concluded SIFF.
Free Admission.
Enquiries 012-2255136.

Kelab Seni Filem Malaysia presents
9 Shorts by Azharr Rudin
Time & Date: 8.00pm, Saturday 6 May 2006
Free admission
Theatrette, HELP University College,
Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur

The 9 short films in this program were shot between 2003 and 2005. Taman di dalam Sinkiku was partly prompted by a question from a member of the audience during a Q & A session at a local festival where Dancing Kites was ill programmed in early 2004.

Inspirations gathered from the small exposure in the scene and also places where Azharr's heart has been to, resulted the completion of a suite of short stories known as The Amber Sexalogy which had a sneak preview in December 2005 in Macau and world premiered at the recently concluded 19th Singapore International Film Festival.

This screening will be the Malaysian premiere for most of the works by Azharr who was named by The Star as one of the two local filmmakers to watch for in 2006 in a Faces to Watch sidebar in its Special Year Ahead pullout. The shorts have also travelled to Jakarta, Bangkok, Cork, Toronto, Tehran, Yogjakarta, Prague, Rotterdam, Los Angeles and perhaps will continue journeying to more places and hearts in the future.

Dancing Kites
(experimental/documentary / 11m / Malaysia-Indonesia / 2004)
22 year-old Azharr Rudin for the first time tags along with his mother to visit her hometown, Dumai, Indonesia upon hearing the sighting of a grandmother he never met. He opts to engage in the personal subject matter by letting his camera document places where his grandmother was believed to have been to, the physical state of the small town (and its inhabitants) - which has not changed much for the last 30 years according to his mother - and indirectly records the cycles of emotions throughout the journey.

Taman di dalam Sinkiku
(garden in my sink / narrative / 14m / Malaysia / 2004)
A supposedly accidental recording of life.

Colorfool
(music video / 4m / Malaysia / 2003)
An ambiguous visual rendition of Terry Callier's What Color is Love? as suggested by the song.

The Amber Sexalogy
(narrative / 61m / Malaysia / 2006) individual titles: Meeting, Loving, Raining, Forgetting Amber + Majidee + Desir
A suite of small but perfectly formed stories that serves as an eulogy to love as well as an exploration of public spaces and private moments. Arranged non-chronologically, the first five shorts record several stages in the love affair of young city dwellers Amber and Harris, from meeting to forgetting. Harris is played by several actors, all the better to perhaps reflect on his stages of growth as well as the lovely but obscure object of desire that is Amber. The stories pointedly alternate between Malay and English, but other forms of language - the physical, the natural, the hermeneutical - are at play too. The seemingly offhand imagery, the rhythmic editing and the sound design discreetly conspire to achieve a rare immediacy. The last short has no Amber but is a prologue of Harris's early encounter with urban mores, and by this time you know that his sentimental education will not end here.