Monday, June 23, 2008

Dua cerita di Stadium Shah Alam

Sejarah tercipta di Stadium Shah Alam

Photobucket
Gerai Gerakbudaya

Photobucket
Kebangaan Selangor

Photobucket
Peniaga turut menjual jersi2 Kedah & Selangor

Photobucket
Solat maghrib disusuli solat hajat

Photobucket
Pemandangan dari belakang pintu gol

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Malam Jumaat seperti yang dirancang berlangsungnya Sambutan 100 Hari Pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Aku bersama Chuan Boon dan Robert sudah berada di sana sejak awal pagi untuk menjual buku2 Gerakbudaya. Keseluruhannya aku berpendapat program ini tidak berjalan lancar dan urusetia yang ditugaskan tidak pandai membuat kerja. Banyak rungutan dari kalangan yang hadir baik peniaga mahupun orang ramai; kurang promosi, bayaran sewa yang mahal, sistem pembesar suara yang tak berfungsi dan macam2 lagi. Semuanya kelihatan seperti ad-hoc.

Kehadiran seramai 15,000 (anggaran maksimum) dirasakan terlalu kecil jika dibandingkan dengan saiz stadium. Jika promosi dibuat dengan sebaiknya, aku rasa untuk mengisi setiap ruang stadium bukanlah satu masalah besar. Kalau sekadar nak menyambut secara biasa, lebih baik gunakan Stadium Malawati yang cukup baik untuk kehadiran seramai 15,000 orang, tidaklah membazir segala0galanya. Jualan kami pun agak teruk terutama di sebelah pagi sehingga ke petang kerana hampir boleh dikatakan tiada pengunjung, satu lagi mungkin disebabkan keadaan ekonomi sekarang yang sangat menekan.

Apapun acara ini mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya pemimpin2 utama PR berucap di sini, sesuatu yang aku rasakan hanya sekadar mimpi dan mustahil boleh berlaku dalam hidup aku. Tahniah rakyat Selangor!

Gergasi yang tumpas

Photobucket
Sepanduk2 gergasi yang menaikkan semangat

Photobucket
Ceria seketika apabila berjaya mengikat kedudukan

Photobucket
Wajah mulai sugul

Photobucket
Kedah ketawa riang

Malam esoknya pula aku berkunjung semula ke tempat yang sama untuk menonton perlawanan akhir Piala FA di antara Selangor dan Kedah yang mana berkesudahan dengan Sang Kenari mengatasi Gergasi Merah dengan jaringan 3 berbalas 2.

Seperti semalam, kehadiran penyokong kali ini amat rendah iaitu sekitar 40,000. Jauh dari kebiasaan terutama jika ia melibatkan pasukan Selangor. Ada beberapa faktor yang dirasakan menyumbang kepada keadaan ini; pertamanya kerana tiket yang mahal membuatkan ramai di kalangan penyokong2 Selangor berpendaptan rendah yang selalu ke stadium membatalkan hasrat, lagi pula dari pihak penyokong Kedah yang terpaksa membayar lebih untuk minyak dan tol. Keduanya mungkin kerana ramai yang tidak menyedari perlawanan ini yang diadakan hanya beberapa hari selepas perlawanan separuh akhir kedua dilangsungkan pada selasa. Lazimnya jarak masa seminggu atau lebih diberi supaya pasukan2 dapat menyiapakan diri dan momentumdi kalangan penyokong2 dapat dibina. Terakhir dan juga sangat relevan adalah suasana demam Euro yang sedang bergelora di kalangan peminat2 bola sepak di negara ini membantutkan niat mereka.

Secara keseluruhan, aku tidaklah terlalu kecewa dengan kekalahan pasukan Selangor kerana menyedari Kedah sejak beberapa musim kebelakangan ini memang terlalu handal sehingga pasukan Perak yang sentiasa digeruni itupun boleh dibaham dengan mudah oleh Sang Kenari. Apa yang sedikit mengecewakan adalah ketumpulan barisan hadapan diketuai Safee Sali & Amri Yahya yang gagal menyudahkan beberapa peluang terbuka yang pastinya akan merubah skrip perlawanan.

Menangani globalisasi sukan & hiburan

Tamat perlawanan aku, Siput, Jibam dan aweknya menuju ke SS13 Subang untuk menjamu selera sambil bersembang mengenai pelbagai isu sehingga jam 1.30 pagi. Satu isu yang aku ingin utarakan adalah sikap rakyat Malaysia yang tidak bijak menangani globalisasi baik dalam isu2 penting sehingga ke isu2 seperti sukan dan hiburan. Aku nak kaitkan dengan situasi bola sepak dan hiburan tempatan di mana ramai di kalangan kita yang mengetahui dan mengikuti dengan mendalam bola sepak atau dunia hiburan di barat sehingga melupakan terus apa yang berlaku di dalam negara. Bagi aku ini adalah sesuatu yang tidak sihat dan di dalam jangka masa yang panjang orang2 seperti inilah yang akan menghancurkan dunia sukan & hiburan negara. Manusia2 seperti ini tidak berpijak di bumi sendiri sehingga mengagungkan segala yang datang dari barat walau ianya sampah.

Setelah menghantar awek Jibam ke rumahnya, kami berpatah balik di restoran yang sama untuk menonton perlawanan suku akhir Euro di antara Russia dan Belanda sehingga jam 5.30 pagi dan aku masih mengenakan jersi Selangor. Tahniah Russia yang berjaya menewaskan Belanda dengan cemerlang!

Friday, June 20, 2008

Mari memenuhi Stadium Shah Alam

Photobucket
Keramat untuk rakyat Selangor (foto ihsan Selangorfc)

Laman web rasmi kerajaan Selangor

Hari ini di stadium bertuah rakyat Selangor akan diadakan program 100 hari pentadbiran PR di Selangor. Aku akan berada di sana seawal pagi untuk menjual buku dan juga turut serta memeriahkan majlis.

Selangor FC

Esoknya pula iaitu sabtu akan berlangsung perlawanan akhir Piala FA yang akan menemukan dua negeri PR iaitu Selangor menentang Kedah. Kepada rakyat Selangor, jom turun ke stadium beramai2 dan kita tenggelamkan sorakan penyokong Kedah. Tiket berharga RM20 dan RM40 untuk grandstand boleh dibeli mulai jam 9 pagi hari ini. Hidup Selangor!

Wednesday, June 18, 2008

Protes, MCPA, PakliMen & Maria Ozawa

Belum sempat nak berkongsi cerita hujung minggu yang sudah, yang baru dah menunggu untuk diraikan. Terasa pantas waktu berlalu dan nescaya akan dikaitkan dengan tanda2 nak kiamat oleh para2 ulama wannabe.

Sogo tak tutup

Photobucket
Patut tukar ke
"BN mencetuskan sorakan emosi rakyat"


Photobucket
2000 manusia yang berani

Photobucket
Menuju ke Sogo mengelak provokasi polis

Jumaat dimulakan dengan indah apabila aku turut serta di dalam aksi protes membantah kenaikan harga minyak. Apa yang aku lihat kali ini adalah respon dari orang sekeliling amat baik tidak seperti demo2 lain yang mungkin bersifat politik. Walaupun protes ini dianjurkan oleh parti politik, namun isunya lebih dekat dengan semua rakyat tanpa mengira latar belakang. Apa yang pasti jika ada yang berkata selama ini politik itu tak penting, buang masa dsb..mereka ini pasti akan menyesal. Kalau kuat komplen tapi buat tak port lagilah hina. Itulah, ramai gak yang belajar tinggi2 dan cakap omputih sampai tak tahu berbahasa kebangsaan tak reti membezakan antara proses politik dan parti politik. Malangnya manusia seperti ini.

Buat pertama kali bila aksi protes atau demo berlaku berhampiran Sogo ia tidak ditutup. Satu sejarah aku rasa. Tahniah pihak keselamatan Sogo yang tak tergopoh-gapah.

Laporan lanjut tentang aksi protes boleh dibaca di media2 alternatif seperti Malaysiakini, Harakahdaily dll. Sila klik di sini untuk melihat lebih banyak foto aksi.

Photobucket - Video and Image Hosting
Lihatlah aksi zina beramai2

Photobucket - Video and Image Hosting
Republik Brickfields

MCPA @ Dewan Perhimpunan Cina

Pada sabtu, kemeriahan gig di KL diteruskan dengan 'Hall of Sounds' yang berlangsung di arena biasa dan menampilkan band2 indie ngetop dan juga band2 otai seperti Meet Uncle Hussein, Bitterswet, Komplot, The Otherside Orchestra, MUCK, Republic of Brickfields, Revenge, Project A.K dan beberapa lagi. Turut tidak ketinggalan Pop Shuvit dan Estranged yang tidak sempat aku tengok sebab perut sudah memberi loceng amaran.

Gig ini diberi jolokan 'The Biggest Art & Music Fest 08' dan mengenakan tiket berharga RM32 untuk join the crowd & music di dua pentas yang disediakan di atas dan di bawah. Kehadiran aku anggarkan lebih kurang macam crowd di Rockestra. Ok lah jugak walaupun kelihatan penambahan dan sokongan peminat muzik indie tidak menyamai jumlah gig yang kerap diadakan.

Aku seperti biasa datang lambat sekitar 5 dan menjamu selera dahulu dengan Zul yang aku bertembung di luar pagar. Habis makan, Belot sudah ada di dalam dan aku merosakkan moral diri seperti yang selalu didakwa oleh segelintir manusia dengan berzina secara terbuka di khalayak ramai sambil menonton konsert sehingga Revenge menamatkan aksi (ada dakwaan seperti ini di dalam media beberapa ketika dahulu, kononnya kondom yang ditemui berselerak sebagai bukti). Apalah sengal sangat manusia yang gersang seperti itu jika benar seperti yang didakwa, banyak lagi tempat boleh dilaksanakan tugas tersebut.

Bercerita tentang MCPA ini, semalam aku menghadiri Forum ISA: Pinda atau Mansuh anjuran Gerakan Mansuhkan ISA dan rakan2 yang diadakan di dewan auditorium. Buat pengetahuan anak2 muda indie/giggers yang jarang2 ke MCPA sebelum ini, lokasi ini sering dijadikan tempat untuk diadakan diskusi, forum, ceramah, himpunan dsb terutama di kalangan penggia2t NGO dan parti2 pembangkang sebelum pilihanraya. Faktornya mudah iaitu sewa yang berpatutan, lokasi yang strategik di samping pihak pengurusan yang bersikap professional dan adil dalam melayani penyewa mereka.

Mungkin sebab ini juga menyebabkan penganjuran gig di kala ini sering diadakan di sini. Malah syarikat aku juga sering menganjurkan acara di sini. Apapun, MCPA @ Dewan Perhimpunan Cina ini akan sentiasa menjadi memori kehidupan aku selama2nya.

PakliMen

Aku dan rakan2 sekolah bersidang di PakliMen di mana kehadiran agak menakjubkan; Aran, Apai, Siput, Labu, Toji, Ihsan, Kacap dan Hazly yang bertemu tidak sengaja di lokasi telah hadir. PakliMen adalah istilah untuk aku dan rakan2 sekolah di SMKA Kuala Selangor yang kekal bersahabat erat sejak tamat sekolah pada 1998 kerana diikat oleh Robitah Hati bersidang aka lepak, gosip dsb.

Kenapa PakliMen bukan Parlimen? Jawapannya mudah kerana sidang diadakan di meja bulat (sebab tu lepak sini best, senang untuk bersemuka dan lebih rapat) di Restoran Pak Li yang terkenal di Seksyen 7 Shah Alam. Sebelum itu kami sering bersidang di jiran Pak Li iaitu Restoran Hakim yang dirasakan kurang sesuai melainkan jika kami merindui ayam goreng Hakim yang hebat. Ada persamaan di antara kedua2 restoran ini iaitu tidak menggantung potret MB Selangor yang terkini.

Banyak topik yang menarik, cuma aku nak sentuh satu isu di mana rakan2 mencabar aku menamakan anak perempuan aku (jika ada rezeki) dengan nama Maria Ozawa atau Miyabi. Sesiapa yang tak kenal Maria Ozawa, sila klik di sini dan di sini. Secara peribadi aku kagum dengan Miyabi dan jika ditakdirkan aku mendapat isteri yang liberal moral dan cara berfikir, aku pasti akan memberi nama Maria Ozawa atau Miyabi atau Maria atau Siti Maria. Tetapi jika isteri yang diberi Tuhan yang kuat pegangan agamanya, maka Siti Khadijah nama isteri Nabi Muhammad yang akan menjadi pilihan.

Bermiyabi = berkaraoke


Photobucket - Video and Image Hosting
Greenbox Bukit Tinggi

Photobucket - Video and Image Hosting
Aida asyik menyantap je

Photobucket - Video and Image Hosting
Aku menyanyi lagu Trauma Elit dengan hebat

Photobucket - Video and Image Hosting
Pemandangan Bandar Bukit Tinggi dan sekitar

Oleh kerana Encik Apai yang baru pulang dari Kunming mempunyai voucer karaoke Greenbox di Bukit Tinggi Klang sebanyak RM50 yang kebetulan tamat tempoh pada tarikh ini. Kami menuju ke Selatan Klang untuk bermiyabi selama 3 jam. Isteri Encik Apai, Aida juga turut serta dan terima kasih kerana menolong aku menyanyi bersama lagu Elyana, Bukannya Satelit dan juga Berdiri nyanyian Suki. Haha.
Membantah bantahan Pemuda PAS

Bantah konsert 'ego orang agama'
Pemuda PAS berhimpun jika konsert dangdut, rock diteruskan

MB Khalid, jangan tunduk pada tekanan PAS. Rakyat Selangor masyarakat majmuk dan kami mahu hiburan. Sebagai umat Islam, aku mengormati pendapat kamu (PAS), tetapi jangan mengugut seolah-olah parti kamu sahaja yang berkuasa.

Mengundang risiko moral yang tinggi? Apa punya cara melihat dunia lah. Takkan tengok Mas Idayu dan Ella pun tiba2 terinzal dan nak merogol dan melakukan maksiat. Please lah, banyak lagi agenda yang harus diberi prioriti selain dari isu moral yang perlu dilihat secara lebih luas lagi.

Ingat, rakyat melihat telatah kamu. Jika masih dengan politik lama, aku lebih rela berkerajaankan UMNO BN yang tidak jumud dalam isu ini walau sangat korup dalam segala perbuatan. Terima kasih pada rakyat Selangor yang mengundi UMNO pada PRU 12 di kawasan yang ditandingi PAS, jika tidak pasti PAS sedang memerintah negeri bertuah ini. Minta dijauhkan.

Lain kali apa tindakan pun sila berbincang dulu dengan yang lain, tidak perlu terburu2 mengugut untuk berhimpun protes dsb. Tidak matang dan memperlihatkan kebodohan diri dalam menangani isu.

Apa2 pun aku setuju dengan Roslan Aziz tentang ini;
"Ia berpunca artis kita juga. Ada yang bongok, oleh kerana tak pandai belajar, jadi artis. Jadi, mereka tidak proaktif, tidak ada pengetahuan. Sebab itu orang suruh potong rambut pun tak apa. Kena buli pun tak apa.
Sebab pengalaman aku sendiri banyak artis kita ni naif dan tidak bijak seperti artis di barat. Berfesyen mengalahkan artis barat, tetapi ilmu di dalam kepala tak menyamai mereka pun. Jadi sama2 kita belajar untuk lebih menjadi manusia yang penuh hikmah; ustaz2, artis2 dan juga aku ini.

Wallahu'alam

Sunday, June 15, 2008

Tiket Urbanscapes dan filem SEPI untuk dimenangi

Sesiapa yang nak berhibur dan berjimat cermat di dalam masa yang sama, sila klik link di bawah

Photobucket - Video and Image Hosting

untuk tiket Urbanscapes;

http://www.facebook.com/groups.php?ref=sb#/group.php?gid=5454028380


atau

Myspace

Photobucket - Video and Image Hosting

untuk tiket filem Sepi;

http://faisalmustaffa.blogspot.com/2008/06/peraduan-menangi-tiket-filem-sepi.html

Tuesday, June 10, 2008

Gig, Anwar & Khalid


Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
Karyawan2 muda

Hujung minggu yang lepas aku habisi dengan membahagikan masa seadilnya untuk ketiga2 subjek di atas. Sabtu aku menghadiri gig Rock on Rave yang diadakan di bumbung atas, Cineleisure Damansara. Tiket berharga RM50 untuk dua hari.

Setelah masuk aku terjumpa Haekal dari band Komplot yang kali terakhir aku jumpa semasa pelancaran album band lamanya, Aloe in The Bottle. Seperti biasa Haekal akan bercerita tentang politik sambil diselang-seli dengan aksi merapunya yang sudah dikenali. Haekal yang aku kenal seorang anak muda yang bersemangat dan mempunyai substance, harap2 boleh istiqomah.

Oleh kerana kelaparan, aku bersama Zul dan Pilus menuju ke mamak Kayu untuk menyantap sebelum terserempak ngan Diba & Nana yang sedang mencari kumbang, lalu kumbang yang bertiga inipun mengajak dua gadis ini melepak sama.

Tamat acara makan, kami masuk semula dan ketika ini hujan sudah mula turun dan band Muze sedang memulakan aksi. Persembahan mantap sambil sempat bermandi hujan walau tidak boleh bertahan lama seperti Shady, Diana & Wan yang terus lencun. Wa tabik sama lu.

Selesai Muze, kami bertiga mengangkut Ebahim di Mutiara Damansara untuk ke Shah Alam bagi menghadiri acara Malam Karyawan 2 yang diadakan di dewan di dalam SUK. Banyak teman2 seperjuangan dan tidak sudah berada di sana baik sebagai urusetia mahupun sebagai jemputan.

Satu usaha awal yang baik dari pihak PR Selangor dan diharap jaminan Anwar tentang ruang kebebasan yang akan diberi seluas-luasnya kepada seniman dan karyawan dapat dilaksanakan. Kehadiran menakjubkan, semua meja penuh dan aku terasa macam pelik pulak berada di dalam majlis kerana ramai muka2 yang aku kenali sekarang berada di dalam pentadbiran kerajaan negeri dan insya Allah tak lamalagi di peringkat pusat. Cepat betul nasib badan berubah, dulu di luar sekarang di dalam. Allah maha adil, jangan kamu2 semua tak berlaku adil sudah. Ingat jangan ulangi perangai UMNO & BN.

Program majlis bermula dengan ucapan dari panitia disusuli oleh wakil karyawan, Eddin Khoo & Siddiq Fadhil sebelum Ann Bakri membacakan Manifesto Paksi Rakyat. Ramai yang membuat bising termasuk beberapa pimpinan AMK haprak yang kecoh, datang dengarlah ucapan, kalau datang setakat nak menunjuk muka, pergi berambus! Masuk UMNO cepat2.

Photobucket

Selesai ucapan2, kami dijamu dengan hidangan yang sederhana bersesuaian dengan amalan baru kerajaan PR Selangor yang ingin berjimat cermat. Sedang perut diisi, kami dihiburkan dengan bacaan sajak dari Pak Khalid dan Hasmi dan juga tarian2. Perut kenyang, ucapan disambung semula dengan MB Khalid, Prof Muhammad Haji Salleh dan diakhiri dengan Anwar Ibrahim.

Selingan oleh Namron sebelum Anwar memberi ucapannya merupakan satu gimik di mana Namron bercerita tentang ketidakadilan yang dihadapi oleh Mat Derih Kuala Perlis yang sentiasa ditipu tokey kerana dacing timbang yang digunakan sentiasa berat sebelah. Lantas mereka membuat pakatan untuk melawan sang tokey yang tidak adil dan diakhiri dengan pemberian kunci kepada Anwar untuk membuka gari di tangan dan pita pelekat di mulut sang seniman sebagai simbolik. Satu gimik yang menarik.

Photobucket
Bakal PM Malaysia?

Walaupun begitu aku mengharapkan para seniman dan karyawan janganlah pula menjadi pak turut Anwar, Khalid dan PR pula selepas ini. Ingat perjuangan seni adalah untuk rakyat dan bukan untuk sang pemimpin berkuasa.

Tamat acara, bergegas pulang ke Damansara sebelum menuju ke Brickfields makan dan menikmati malam.

Photobucket
Operasi DBKL di sekitar pusat pelacuran di Brickfields

Ahad

Sekitar 6 aku sampai di tapak gig untuk terus menyaksi persembahan Bittersweet dan disusuli Couple bersama Shady, Diana dan Wan yang sudah berada di sana sejak awal lagi.

Photobucket
Aidil

Photobucket
Couple

Photobucket
Tak ramai yang hadir

Photobucket
No violence! Syukur crowd skrg lebih matang

Selesai Couple, aku bergegas ke CM bertemu Pilus sebelum bergerak ke AU2 Keramat untuk mendengar ceramah 'Harapan Baru Malaysia' yang menampilkan Shaari Sungib, Azmin Ali dan dua bintang utama Khalid Ibrahim dan Anwar.

Topik yang disentuh banyak tentang minyak dan isu2 semasa berkait pentadbiran negeri Selangor dan gendang2 ketuanan Melayu UMNO yang sering dibicara media penghasut Utusan UMNO Malaysia.

Photobucket
Ceramah tanpa sup tiada makna

Photobucket
Ribuan yang hadir

Photobucket
Anwar lagi

Photobucket
Kuey Teow yang hebat

Ini adalah kunjungan kedua aku ke tempat ceramah setelah hampir 10 tahun. Kali terakhir aku ke padang ini adalah sehari sebelum perhimpunan besar di Masjid Negara berkait isu keracunan arsenik Anwar sekitar tahun 1999. Kehadiran aku anggarkan sekitar 6000.

Sebelum pulang, aku menyantap di Suzy Corner Ampang bersama Zul dan rakan2.

Wednesday, June 04, 2008

Minyak naik: Motosikal pilihanku

Padan muka siapa yang undi BN hari tu. Padan muka juga pengundi PR yang tak bersalah ni sebab turut terkena tempias pengundi BN yang tak yakin dengan janji2 pilihan raya PR untuk menurunkan harga minyak.

Harga minyak naik lagi, tak menghairankan kerana senario global juga memperlihatkan arah yang sama. Cuma yang aku nak tau adakah kenaikan ini bersebab oleh keborosan kerajaan BN selama ini yang sesuka hati pakai duit rakyat? Jika ya adilkah beban ini ditimpakan ke atas rakyat? Satu persoalan yang sukar untuk dijawab ya atau tidak.

Banyak pro dan kontra kenaikan harga minyak ini, yang aku setuju adalah sekurang2nya kereta2 akan berkurangan di jalan raya dan persepsi kereta adalah segalanya akan secara perlahan-lahan dihapuskan dan diganti dengan ya kepada pengangkutan awam. Tetapi apa yang boleh diharap dari pengangkutan awam kita pada masa sekarang? Mungkin inilah masanya kerajaan wajib serius untuk mempertingkatkan mutu pengangkutan awam supaya kebergantungan kepada kereta akan menurun di dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Nak komplen memang banyak, tapi kat sini aku nak tawarkan alternatif untuk berjimat iaitu dengan menunggang motosikal.

Ramai yang gaji tak seberapa dan belum berkahwin berlumba2 membeli kereta walaupun mempunyai lesen motosikal dan kebolehan menunggang (tak semua mahir, sebab ramai gak member aku yang x reti tunggang). Katanya konon sekarang kereta itu maha penting, ada kelas dan gaya dan boleh konon2 tekel awek2 cun, pigirah!!! macam dapat.

Manusia2 seperti ini yang bergaji x besar mana wajib mengubah tabiat buruk tersebut kecuali kalau beli kereta untuk berniaga dan urusan2 praktikal yang lain. Selain daripada tu baik lupakan sahaja.

Manusia2 yang tak mahir dan takut mati cepat kerana takut terjadi mat rempit atau dilanggar dari belakang oleh pemandu2 kereta ala rempit dari PJ atau KL yang berpendidikan tinggi, jangan risau aku boleh ajar tip2 tunggangan yang betul mengikut situasi. Sebagai contoh tungganglah dengan kelajuan yang sedikit laju jika berada di highway atau dalam erti kata lain ikut pace kenderaan lain yang munasabah, janganlah bawak 40km/j dan duduk di tengah2, alamat mati katak la.

Kelajuan mesti diselaras di samping brek mesti berfungsi dengan baik, tayar jangan sampai botak, sprocket kena tukar jangan sampai dah tajam dan macam2 lagi. Insya Allah jika semua ini diberi perhatian akan kurang risiko menemui Tuhan Yang Esa.

Hujan? Ada penyelesaiannya. Beli baju hujan dan bawa ke mana2. Macam2 jenama ada di pasaran dan yang bagus kualitinya adalah Givi. Tak mahal mana pun, RM70 dah boleh dapat. Takde alasan untuk datang lambat kerja sebab hujan kecuali kalau hujan ribut petir yang menggila.

Fail dan barang2 nak letak mana? Jangan takut, setiap sesuatu itu pasti ada jalan keluarnya. Untuk masalah ini belilah box simpanan barang yang boleh dibeli di bengkel2 motor, macam2 saiz dan jenama ada dan yang bagus masih juga jenama Givi. Kalau tak cukup bakul dan tempat simpanan di bawah tempat duduk bagi skuter pun ada. Belilah plastik atau beg kalis air untuk melindungi khazanah2 berharga tersebut. Pendek kata semua kemungkinan ada penyelesainya.

Jom ubah gaya hidup. Motor kapcai tank penuh hanya RM10 untuk isian hampir 4 liter, tetapi boleh sampai ke segala ceruk dan mengatasi kelajuan masa. Lebih produktif, efisen dan pantas untuk segala hal kecuali untuk logistik.

Selagi pengangkutan awam tidak meluas dan cekap, selagi itulah aku terpaksa mencemar alam dengan menaiki motosikal.