Dua cerita di Stadium Shah Alam
Sejarah tercipta di Stadium Shah Alam
Gerai Gerakbudaya
Kebangaan Selangor
Peniaga turut menjual jersi2 Kedah & Selangor
Solat maghrib disusuli solat hajat
Pemandangan dari belakang pintu gol
Malam Jumaat seperti yang dirancang berlangsungnya Sambutan 100 Hari Pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Aku bersama Chuan Boon dan Robert sudah berada di sana sejak awal pagi untuk menjual buku2 Gerakbudaya. Keseluruhannya aku berpendapat program ini tidak berjalan lancar dan urusetia yang ditugaskan tidak pandai membuat kerja. Banyak rungutan dari kalangan yang hadir baik peniaga mahupun orang ramai; kurang promosi, bayaran sewa yang mahal, sistem pembesar suara yang tak berfungsi dan macam2 lagi. Semuanya kelihatan seperti ad-hoc.
Kehadiran seramai 15,000 (anggaran maksimum) dirasakan terlalu kecil jika dibandingkan dengan saiz stadium. Jika promosi dibuat dengan sebaiknya, aku rasa untuk mengisi setiap ruang stadium bukanlah satu masalah besar. Kalau sekadar nak menyambut secara biasa, lebih baik gunakan Stadium Malawati yang cukup baik untuk kehadiran seramai 15,000 orang, tidaklah membazir segala0galanya. Jualan kami pun agak teruk terutama di sebelah pagi sehingga ke petang kerana hampir boleh dikatakan tiada pengunjung, satu lagi mungkin disebabkan keadaan ekonomi sekarang yang sangat menekan.
Apapun acara ini mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya pemimpin2 utama PR berucap di sini, sesuatu yang aku rasakan hanya sekadar mimpi dan mustahil boleh berlaku dalam hidup aku. Tahniah rakyat Selangor!
Gergasi yang tumpas
Sepanduk2 gergasi yang menaikkan semangat
Ceria seketika apabila berjaya mengikat kedudukan
Wajah mulai sugul
Kedah ketawa riang
Malam esoknya pula aku berkunjung semula ke tempat yang sama untuk menonton perlawanan akhir Piala FA di antara Selangor dan Kedah yang mana berkesudahan dengan Sang Kenari mengatasi Gergasi Merah dengan jaringan 3 berbalas 2.
Seperti semalam, kehadiran penyokong kali ini amat rendah iaitu sekitar 40,000. Jauh dari kebiasaan terutama jika ia melibatkan pasukan Selangor. Ada beberapa faktor yang dirasakan menyumbang kepada keadaan ini; pertamanya kerana tiket yang mahal membuatkan ramai di kalangan penyokong2 Selangor berpendaptan rendah yang selalu ke stadium membatalkan hasrat, lagi pula dari pihak penyokong Kedah yang terpaksa membayar lebih untuk minyak dan tol. Keduanya mungkin kerana ramai yang tidak menyedari perlawanan ini yang diadakan hanya beberapa hari selepas perlawanan separuh akhir kedua dilangsungkan pada selasa. Lazimnya jarak masa seminggu atau lebih diberi supaya pasukan2 dapat menyiapakan diri dan momentumdi kalangan penyokong2 dapat dibina. Terakhir dan juga sangat relevan adalah suasana demam Euro yang sedang bergelora di kalangan peminat2 bola sepak di negara ini membantutkan niat mereka.
Secara keseluruhan, aku tidaklah terlalu kecewa dengan kekalahan pasukan Selangor kerana menyedari Kedah sejak beberapa musim kebelakangan ini memang terlalu handal sehingga pasukan Perak yang sentiasa digeruni itupun boleh dibaham dengan mudah oleh Sang Kenari. Apa yang sedikit mengecewakan adalah ketumpulan barisan hadapan diketuai Safee Sali & Amri Yahya yang gagal menyudahkan beberapa peluang terbuka yang pastinya akan merubah skrip perlawanan.
Menangani globalisasi sukan & hiburan
Tamat perlawanan aku, Siput, Jibam dan aweknya menuju ke SS13 Subang untuk menjamu selera sambil bersembang mengenai pelbagai isu sehingga jam 1.30 pagi. Satu isu yang aku ingin utarakan adalah sikap rakyat Malaysia yang tidak bijak menangani globalisasi baik dalam isu2 penting sehingga ke isu2 seperti sukan dan hiburan. Aku nak kaitkan dengan situasi bola sepak dan hiburan tempatan di mana ramai di kalangan kita yang mengetahui dan mengikuti dengan mendalam bola sepak atau dunia hiburan di barat sehingga melupakan terus apa yang berlaku di dalam negara. Bagi aku ini adalah sesuatu yang tidak sihat dan di dalam jangka masa yang panjang orang2 seperti inilah yang akan menghancurkan dunia sukan & hiburan negara. Manusia2 seperti ini tidak berpijak di bumi sendiri sehingga mengagungkan segala yang datang dari barat walau ianya sampah.
Setelah menghantar awek Jibam ke rumahnya, kami berpatah balik di restoran yang sama untuk menonton perlawanan suku akhir Euro di antara Russia dan Belanda sehingga jam 5.30 pagi dan aku masih mengenakan jersi Selangor. Tahniah Russia yang berjaya menewaskan Belanda dengan cemerlang!
No comments:
Post a Comment