Tuesday, January 11, 2011

Kayuh - Derita pertama




Mukadimah

Pertamanya, ini merupakan kerja gila, kenapa? Sebab aku tersetuju untuk menyahut cabaran Wak Jan untuk mengayuh basikal selama 5 hari dengan purata 100km lebih setiap hari. Memang kerja gila untuk aku yang kali terakhir mengayuh basikal secara konsisten tahun 1994 dan selepas itu bersara kerana menuntut ilmu di penjara agama berstatus kebangsaan.

Ketika idea mengayuh ini dilontarkan Wak Jan, sekutu backapckers yang aku kenali melalui kawan sekolah bernama Siput, aku teruja dan lantas meyakini kemampuan diri sendiri yang walaupun sebenarnya lutut sudah longgar akibat kekerapan beraktiviti bukan zina. Oleh kerana aku sudah bertekad untuk turut serta, aku gagahi diri juga dan sebelumnya telah diuji keras terlebbih dahulu oleh Wak Jan dengan tayar tebal mengharungi perjalanan panas terik melalui jalan sempit, berbukit dan berbahaya dari UiTM Puncak Perdana ke Kuala Selangor pergi pulang 2 minggu sebelum trip.

Selanjutnya di sini

Seks sebelum kahwin?

Entah kenapa seronok dan intens bila bicara soal cinta, seks dan perhubungan sekarang, bukan dulu tidak tetapi sekarang lebih kerap dan ekspresif. Ok, aku sering berdiskusi panjang soal seks sebelum kahwin bersama teman2 dan majoriti cowok la dan kutipannya seperti dijangka, ada pro dan kontra.

Kalau aku sih sebenarnya, seks sebelum kahwin itu tidak ada masalah seandainya pasangan kita itu tidak ingin dinikahi dan dijadikan teman hidup selamanya. Tapi susah juga sebab tu kan soal jodoh seperti yang sering dipertegaskan Diyana, susah nak pakai teori2 ni bilang dia. Siapa tahu waktu berhubungan seks itu memang untuk seronok, tetapi kemudian datang perasaan cinta yang kudus? Ini kan kerja Tuhan bilang geng-geng pro-jodoh.

Cerita tentang wanita yang mudah menyerah mahkota berlubang di depan kepada teman lelaki lagilah menghairankan aku, nak kata aku baik tidaklah tetapi aku agak konservatif dalam hal ini. Pengecualian boleh diberi kepada wanita yang memang mengamallan gaya hidup seks bebas dan berpegang teguh kepada idea kebebasan seperti yang difahami di negara barat, tidak ambil setengah2 dan joli untuk sementara kemudian menyesal dan sebagainya. Wanita yang jenis begini aku tidak ada masalah seperti yang banyak aku temui dan borak2 semasa mengembara, mereka jelas dalam soal seks dan tidak keliru dan terpedaya dengan bisikan cinta lelaki demi konon atas nama cinta dan jaminan keselamatan perhubungan. Dalam soal ini banyak wanita kita yang terjerumus ke kancah 3gp dan sepertinya tergolong dalam kategori wanita yang keliru dan dikelirukan lelaki yang keliru juga.

Ok, bagi aku calon isteri boleh datang dari dua kategori; yang berpegang kepada idea 'kebebasan seks' dan yang keliru. Seandainya yang menjadi jodoh adalah golongan yang ada kebarangkalian keliru, aku tidak akan berhubungan seks dengannya sebelum bernikah. Tapi kalau dia yang horny macam mana? Nikah segera. Aku pun horny tapi lelaki ada pilihan, perempuan agak dilematis, patriarki mungkin? Entahlah

Monday, January 10, 2011

Menjadi kawan atau kekasih?

Entahlah, bila dah nak masuk umur 30 ni lagi la malas nak fikir. Perjuangan sekarang kumpul duit banyak2 dan mengembara melihat dunia, seandainya cinta diterima syukurlah dan jika sebaliknya sudah biasa. Kalau hampir 30 tahun boleh hidup tanpa 'cinta', takkan 30 tahun lagi tak boleh? Bunyi pesimis tapi saya okay ;p