Monday, May 31, 2004

Najib! Ini bukan isu perkauman

Isu kegagalan 128 orang pelajar yang gagal untuk mengikuti kursus pilihan pertama mereka iaitu perubatan walaupun mendapat nilai CGPA 4.00 telah mendapat publisiti yang meluas di semua media tempatan.

Boleh dikatakan kebanyakan media kelihatan berat sebelah di dalam laporan mereka terhadap isu ini. Bagaimana? Sudah tentulah ia mengikut kepada jenis bahasa akhbar tersebut. Melayu dengan melayunya, Cina dengan cinanya, India dengan indianya dan English dengan bukan melayunya. Kenapa ini terjadi? Jawapannya tanyalah pada rakyat tipikal Malaysia dan pemimpin BN yang sering kali bangga dengan kestabilan kaumnya.

Saya tidak mengetahui bagaimana media-media bukan berbahasa Malaysia memainkan isu ini, namun saya sebagai orang Melayu terasa amat malu dan hina dengan ruangan kartun senyum kambing yang tersiar di muka hadapan Mingguan Malaysia 30 Mei.

Dialog di dalam kartun tersebut berbunyi, "Ada yang terus mempersoal pengambilan ke IPTA" yang kemudiannya disusuli oleh dialog "Sistem kuota ditolak, meritokrasi pun tak kena. Apa mereka mahu?".

Jawapannya adalah sistem meritokrasi tulen!

Saya sungguh sedih melihat dialog tersebut, bayangkanlah bagaimana ia akan meracuni kebanyakan pemikiran orang-orang Melayu yang membaca akhbar tersebut yang pada hipotesis saya tidak mempunyai tahap pemikiran kritikal. Sudah pastilah selepas membaca dialog tersebut, perkataan seperti "pukimak punya Cina" dan lain-lain lagi akan terpacul keluar.

Apabila ini berlaku, usahlah poyo-poyo bercakap soal perpaduan lagi. Perpaduan yang sejati atau hampir sejati yang berpaksikan kepada keadilan, kesamaan dan hormat tidak akan wujud selagi mana tiada revolusi sosial di negara ini dan juga perubahan mentaliti di kalangan rakyat. Siapa yang bertanggungjawab terhadap situsai yang ada sekarang? Sudah tentulah saya menuding jari kepada bekas penjajah kita, Barisan Nasional dan sedikit sebanyak PAS.

Apa yang lebih menyedihkan hati apabila membaca kenyataan TPM yang berbunyi, "He urged political parties to be more responsible and stop “playing racial and cheap politics” that stirred up racial emotions among the people". Kenyataan ini mengundang pelbagai persoalan tentang siapakah sebenarnya yang bermain perkauman atau adakah isu ini sebenarnya bersifat perkauman bukannya keadilan sosial?

Sikap yang ditunjukkan oleh Najib dan juga Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Hassan Said yang seperti lari dari persoalan sebenar amat mengecewakan. Kedua-dua mereka ini dilihat tidak mempunyai jiwa yang besar dan dilihat lebih suka bermain politik selamat.

Persoalan sebenar yang saya lihat di dalam isu ini seperti yang telah ditegaskan pada tulisan saya yang lepas adalah tentang soal keadilan dan kesamaan. Persoalannya mengapa masih ada sistem matrikulasi yang diwujudkan khas untuk pelajar Bumiputera sahaja walaupun kuota 10% telah diberi kepada kaum bukan bumiputera. Mengapa? Mengapa? Mengapa?

Sudah pastilah jawapannya adalah untuk menolong pelajar bumiputera yang masih dianggap lemah dan kurang serba serbi. Betul atau tidak Pak Lah, Najib, Hassan Said? Jika betul, mengapa mahu ditolong kerana menurut beberapa artikel yang tersiar di akhbar Berita Minggu 30 Mei, beberapa penulis mengatakan pelajar Melayu sudah mampu untuk bersaing. Persoalannya, jika sudah mampu bersaing, mengapa mesti ada meritokrasi, mengapa tidak bersaing di padang yang rata di dalam STPM sahaja. Mengapa? Mengapa? Mengapa?

Persolan keadilan adalah sangat penting? Mengapa tidak diadakan sahaja satu sistem peperiksaan sahaja untuk menilai? Keengganan pihak-pihak berkenaan untuk bersikap jujur terhadap persoalan ini dilihat menyumbang kepada lebih banyak masalah dan tohmahan.

Saya secara peribadi amat menentang sistem yang menolong bumiputera ini, mungkin akan ramai orang Melayu yang berasa marah dan semangat keris dan semangat jihad mereka tercabar. Namun tidakkah terfikir kita orang bumiputera terutamanya Melayu telah berlaku zalim terhadap kaum bukan bumiputera ini. Kepada pendokong Islam, apakah pandangan anda? Adakah Allah membenarkan kezaliman ini?

Apakah perasaan anda orang Bumiputera jika anda dilahirkan sebagai bukan bumiputera?

Setakat ini, jarang terkeluar kenyataan dari ulama-ulama di negara kita sama ada di pihak UMNO, PAS atau non partisan tentang isu ketidakadilan ini. Malah ulama sering kali gagal memberikan jawapan yang bernas terhadap amalan hak istimewa orang Melayu.

PAS menerusi Dato Seri Abdul Hadi Awang juga sering berdolak dalik terhadap persoalan hak istimewa orang Melayu. Mengapa? Saya secara peribadi beranggapan ia disebabkan oleh ketakutan pemimpin-pemimpin Melayu berdepan kritikan keras daripada orang Melayu seperti mana yang dihadapi oleh Tun Dr. M semasa beliau mengatakan Melayu bodoh dan Melayu malas.

Walaupun saya bukanlah pengkagum Tun Dr. M, namun saya memuji keberaniannya walaupun saya tidak menyetujuinya di waktu itu kerana saya melihat tohmahan itu dilemparkan semata-mata disebakan oleh penentangan yang keras oleh orang Melayu terhadap beliau.

Bayangkanlah, pemimpin sehebat Tun Dr. M sendiri gagal mengubah sikap dan mentaliti orang Melayu secara besar-besaran. Apakah makna di sebalik itu, adakah kebanyakan orang Melayu lebih suka berada si zon selesa? Pada saya ya, melihat daripada persekitaran saya yang tidaklah besar mana, saya dapat membuat satu persepsi bahawa kebanyakan orang Melayu berjiwa kecil, simplistik dan tiada daya tahan.

Atau ada pemimpin lain yang mampu, adakah ianya Anwar Ibrahim atau mungkin Hishamuddin Rais? Apapun, kita tidaklah perlu untuk bergantung kepada pemimpin semata, inisiatif dari dalam diri sendiri lebih penting dari segala-galanya.

Berbalik kepada isu meritokrasi itu tadi, sering kali alasan yang diberikan kepada kita mengapa sistem meritokrasi itu diadakan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang susah. Adakah ini seratus peratus benar? Kita hanya perlu untuk ke salah satu pusat matrikulasi yang diwujudkan kerajaan dan kita akan dapat melihat realiti sebenar.

Anak-anak orang kaya dan kelas menengah sederhana dan ke atas yang akan sering kita temui. Di hujung minggu, berbondong-bondong kereta-kereta mewah yang akan kelihatan, bukannya kereta-kereta kecil yang mendominasi wajah pusat tersebut.

Saya secara peribadi menyokong 50% jika pelaksanaan meritokrasi itu ditujukan khas untuk pelajar-pelajar bumiputera yang benar-benar layak. Selebihnya. mereka yang tidak layak harus mengikuti program STPM dan bersaing secara sihat bersama pelajar-pelajar berbilang kaum yang lain.

Dan saya secara peribadi menyokong 150% jika pelaksanaan meritokrasi itu ditujukan khas untuk pelajar-pelajar Malaysia tidak kira bangsa yang benar-benar miskin dan tidak mampu serta bersekolah di kawasan yang mempunyai kurang kemudahan pembelajaran.

Manakala yang tidak tergolong di dalam golongan ini, bersainglah secara sihat di STPM. Adakah ia terlalu idealistik? Mungkin ya mungkin tidak. Apa yang perlu adalah keazaman politik untuk melakukan reformasi pendidikan bagi membolehkan kita menghasilkan tenaga pakar yang benar-benar mahir tanpa mengira kaum.

Jangan sangat difikirkan tentang adakah pelajar Melayu akan mendapat tempat jika pelaksanaan meritokrasi sebenar dijalankan kerana pelajar Melayu seperti yang sering diberitahu sudah mampu untuk bersaing. Namun sukar pula untuk menelah jika dilihat kepada statistik yang dikeluarkan.


Sumber: The Star

Mengapa hanya seorang sahaja pelajar Bumiputera mendapat CGPA 4.00 di dalam peperiksaan STPM dan hanya 789 yang mendapat CGPA 4.00 daripada jumlah 1247. Angka 789 menunjukkan kepada kita ia mewakili hanya sebanyak 63.27% sahaja, sedangkan jumlah pelajar Bumiputera adalah sebanyak 90%. Mengapa?

Namun, saya mempunyai satu sudut pandang yang lain juga iaitu untuk menilai kebijakan seseorang dan kesesuaiannya untuk hidup di dunia ini, CGPA 4.00 bukan segalanya. Kehidupan itu tidak ditentukan dengan hanya angka 4, terdapat banyak lagi jalan dan kesempatan yang akan wujud jika pandai mencari peluang dan ada keberanian.

Namun, di satu sudut yang lain, penghasilan lebih banyak peljar CGPA 4.00 serta 3.00 ke atas juga amat penting di dalam usaha negara untuk melahirkan lebih ramai tenga pakar yang mempunyai idea serta penghasilan lebih ramai pemegang ijazah doktor falsafah yang pastinya akan membawa negara ini ke arah negara maju. Kita memang memerlukan orang-orang yang luar biasa hebat seperti ini untuk melengkapi orang-orang yang hebat.

Walaupun begitu, masih ada harapan terhadap segala kemelut ini apabila membaca komen Pak Lah ketika ditanya tentang isu ini oleh para wartawan Malaysia yang berada di China ketika ini.

Apapun, reformasi atau perubahan perlu dilakukan oleh kerajaan. Isu ini tidak harus dipandang dari segi perkauman sebaliknya perlu dilihar dari segi keadilan dan cabaran yang akan dihadapi negara pada masa depan. Jangan diikutkan sangat pandangan tipikal rakyat, kerajaan harus membuat sesuatu. Bagaimana? mulakan dengan pendemokrasian tulen di dalam segala bidang terutamanya pendidikan, ekonomi, politik dan bermacam lagi.

Apakah matlamat akhir kita? Pada saya ia harus kepada usaha untuk melahirkan lebih ramai pelajar GGPA 4.00 yang mampu berfikir dan berfikir dan dapat menyumbang peranan yang besar terhadap pembangunan ekonomi, politik dan sosial negara.


Mari Menonton Filem Ho Yuhang!

Min
3 Jun, Khamis
7.00 malam
80 minit
GSC Mid Valley


Kepada sesiapa yang meminati karakter Ho Yuhang sebagai aktor di dalam iklan yang sering disiarkan sebelum berita di TV3, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem sulungnya yang akan ditayangkan bersempena dengan Festival Filem Perancis.

Ho Yuhang yang terkenal dengan ayat "kenapa? tak percaya" ini sememangnya amat berbakat besar dan mempunyai idea yang kreatif di dalam penghasilan filem-filemnya. Beliau sebelum ini telah menghasilkan banyak filem dan dokumentari pendek seperti Camera Degree Zero, Semangat insan - Masters of Tradition, Good Friday at the Zoo, Not Far From Here dan Classroom yang baru-baru ini ditayangkan di Freedom Film Fest.

Classroom juga telah mendapat tempat kedua di dalam kategori professional di belakang filem Amir Muhammad, The Big Durian di dalam festival tersebut. Berbalik kepada filem Min, ia menceritakan tentang kisah seorang gadis Cina yang telah dijaga oleh keluarga Melayu yang ingin mencari ibu kandungnya semula. Bermula saat itu, kita akan menonton perjalanan gadis ini yang pastinya akan menyentuh emosi.

Filem ini juga telah memenagi anugerah khas juri di Festival Filem 3 Benua yang berlangsung Nantes Disember tahun lalu. Selain itu, filem ini juga telah menggondol pingat perak di dalam kategori Filem Asean(60min ke atas) di MVA 2003 dan juga anugerah khas bagi kategori indie di Festival Filem Jeonju.

Menyentuh tentang Ho Yuhang, selain dikenali daripada wajahnya yang selamba dan kelakar, beliau juga dilihat sebagai seoarang yang mempunayi kesedaran sosial yang amat baik dan ini dapat dilihat menerusi penghasilan filem-filem beliau.

Beliau yang turut sama berlakon di dalam filem Yasmin Ahmad, Rabun juga diharap dapat mengubah wajah industri perfileman Malaysia yang agak lesu dari segi dan tema dan skrip filem.

Hmm, saya sering melihat kelbat beliau di sekitar Bangsar dan saya juga ada terlihat beliau bersama seorang wanita yang agak cantik sdi Dewan Peladang sewaktu menghadiri kempen pilihanraya calon Keadilan bagi Parlimen PJ Selatan, Sivarasa Rasiah.

Sunday, May 30, 2004

Malaysian Cinema- Part Three
Malaysia's new generation of filmmakers find their own voices

With the increasing dichotomy of commercial viability versus social significance coloring Malaysian film production from the late 1980s onwards, a savvy and creative new generation of independent filmmakers began to emerge who wanted to set aside all the polemics and to just get on with making movies.

"It's hopeful, its chaotic, muddled, disorganized, but we are doing what we feel like we should do," said Ho Yuhang, the internationally acclaimed director of Min.

"Just do work-lah ...Don't waste time analyzing or cultivating trends," he exclaimed.

This is the spirit propelling the Malaysian independent filmmakers of today.

"Everybody is just excited to be making movies," declared advertising hotshot turned filmmaker Yasmin Ahmad, whose life story inspired Yuhang to make the groundbreaking Min.

Malaysia's directorial movers and shakers, most notably, Ho Yuhang, Yasmin Ahmad, Nam Ron, Amir Muhammad, and James Lee seem to be racing with each other to raise the bar just a little higher with each of their new films. This diverse group, with equally diverse approaches to storytelling, is beginning to make a home for Malaysian films on the world cinematic map.

In the case of Ho Yuhang, who is a master of measured mechanical, subtle, observational filmmaking, sets out not to entertain, but rather to engage his audiences in reflection on life.

"I deny people conventional viewing pleasures ... (with Min) I told my editor to not cut when he wanted to cut, but to add five seconds more. In this way, Min was intentionally disturbing," Ho explained.

He equates his detached observational cinematic style to that of a Discovery Channel documentary that steps back to watch an insect in its everyday routine.

He aims to "... expose sociopolitical issues through the day-to-day life of ordinary people. I find the banality of everyday life exciting."

"I believe that all you need is a simple premise, complexities can arise from there," said Ho Yuhang, who is winding up production for his latest film Sanctuary. He describes this endeavor as a "complex film that tells the story of

a brother, a sister, and an old man ... it's a very open film, almost plotless, but it has something."

Yasmin Ahmad commented that, "Yuhang's brilliance lies in the fact that he is detached by choice. He does not pretend to understand the dilemmas of the characters, he just lets them play out."

Yasmin herself finds "poetry in the lives of the most ordinary of people." In her
first film, Rabun, her second movie Sepet, and the screenplay she is currently writing Gubra, Yasmin, like Yuhang, takes a long, close look at life and living to inform the art of cinema and comment on social issues.

Hassan Muthalib, Malaysia's foremost film historian and theorist, said of Rabun that, "I do not for a moment believe that Rabun is only a story about Yasmin's parents as she has contended ... I consider Yasmin's statement a red herring, one that disguises her real subject. Like P. Ramlee, Yasmin is critical about her race ... she is showing them for what they really are. But also like P. Ramlee, she is soft and gentle in her criticism. This approach is what makes Rabun interesting.

"And the character of her parents is indeed interesting. Their worldview is exemplary. They have discovered the secret of living a life profound -- that life is too short to be little. In the words of Aristotle, 'Stories guide us as to how to live our lives'."

Unlike the works of Yuhang and Yasmin, Gedebe the feature film debut of Malaysian theater's enfant terrible, Nam Ron, is not based on an original screenplay, but rather is derived from Shakespeare's Julius Caesar, a story he uses to reflect recent political events in Malaysia.

According to Hassan Muthalib, Gedebe, which is set in Malaysia's contemporary underground music community, "Invites the audience to take a critical and objective stance in order to get a clear view of society the way it really is; ideologically and institutionally constructed."

"Gedebe sets forth the mentality of youth living in this post-modern age and how their actions eventually lead them to destruction," Hassan explained. He then cited well-respected producer and front-runner in Malaysian independent cinema, Rosihan Zain, better known as Dhojee, as being of the opinion that Gedebe is actually about Nam Ron's anxiety about major political events occurring in Malaysia.

Nam Ron has taken classic fiction and brought it home as a reflection of contemporary reality, whereas another young filmmaker, Amir Muhammad, who started out as a social satire columnist for various leading publications, including The New Straits Times, begins with reality and subtly injects elements of poetic license in his brilliantly crafted semi-documentary The Big Durian.

Amir, who is also noted for his short essay films on politically and socially sensitive issues, such as race and religion, is also responsible for Malaysia's first feature film shot on digital, Lips to Lips, a comedy produced by Dhojee and starring, among others, fellow independent film director James Lee.

James Lee, whose films include Snipers and the internationally acclaimed Room to Let challenges cinematic conventions even further. His sometimes seemingly heavy-handed experiments are probably the least accessible of contemporary Malaysian independent cinema. Strong visuals, deep semiotics, and non-traditional story telling methods mark his works.

With the momentum these dynamic independent filmmakers have going, this raising of the bar could one day rise over the tallest structures in the world, the KLCC Twin Towers in Kuala Lumpur.

Friday, May 28, 2004

Aku anak Malaysia- Aran

Aku anak Malaysia
Tak kira Melayu atau Cina
Tak kira Iban atau India
Tak kira Jah Hut dan Bajau jua
Pokoknya aku anak Malaysia

Namun kenapa ada
Yang label sini sana
Hitam,coklat,kuning tiada beza
Pokoknya aku anak Malaysia

Namun kenapa ada
Yang takut salam Ah Seng si Cina
˜Dia makan babi" katanya,
fikiran begitu sangatlah kolotnya

namun kenapa ada
yang elak tegur sapa
dengan Muthu berketurunan India
˜budak gangster" kata mereka
fikiran begitu sangatlah bodohnya

namun kenapa ada
yang takut berbicara
perihal ˜Hak Istimewa"
yang bagi aku hanya
buat aku terus leka

Aku, Muthu si India dan Ah Seng anak Cina
Sama-sam kita nak Malaysia
Cari makan dalam periuk yang sama
Patutlah kita kongsi bersama
Apa jua yang kita ada.

Thursday, May 27, 2004

14 April 2009 tarikh keramat yang ditakuti BN dan UMNO?

The political nightmare that is Anwar Ibrahim

WHAT UPSETS THE NATIONAL Front (BN) coalition and its lead party, UMNO, now is that it splinters from within. Despite the best results ever in a general election in five decades, it flounders and blunders, with uncertain and worried leaders more worried about their future than if the coalition and its member parties must survive. The Malay ground is split, diffused, confused, still seeking a cultural leader it lost in UMNO when it defied Malay cultural mores to sack its deputy president, and the country's deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim in 1998. The UMNO president then did not care how he went, only that he must. But he also wanted him to be humiliated so that he would not have a political future outside of UMNO. He was then detained under the ISA, beaten to an inch of his life by the Inspector-General of Police no less, charged and convicted for sodomy and corruption in circumstances that ensured he would not get a fair trial. He is jailed for 15 years, his appeals wends its way through the courts. As expected, they are dismissed, but with fresh doubts about the fairness of the proceedings. It now redounds on Malaysians that the BN and UMNO, for their own political future, cannot allow him to be free.

Klik di sini untuk artikel lanjut


Kerajaan Malaysia dan Tun Dr. M! Penjelasan diperlukan

Adakah berita yang tersiar di newzimbabwe ini benar atau palsu? Sebagai seorang rakyat Malaysia yang sangat mencintai negaranya, penjelasan dari kedua-dua amat diperlukan.


10 REASONS BUSH WANTS TO BAN MOORE FILM
By Ryan Parry


A NEW film is sending shockwaves through the United States in general and the White House in particular - and it hasn't even been released yet.

Fahrenheit 9/11, which this week got the longest standing ovation in Cannes Film Festival history, tells what its director Michael Moore sees as the truth behind the war in Iraq and on terror.

It is said to be so powerful it could tip November's US presidential election against George W Bush. As Moore says: "We were able to get film crews embedded with American troops without them knowing it was Michael Moore. They are totally f***ed."

Disney has refused to distribute the film in the States, saying its content could upset the presidential elections. Moore says that's precisely why the public should see it.

These are the 10 killer questions the film poses.

1, AFTER the 9/11 attacks, why was the only plane to fly out of the US carrying 24 members of Osama bin Laden's family?

IN the wake of the attacks, the US became a no-fly zone. Moore asks: "Why did Bush allow a private Saudi jet to fly around the US in the days after September 11 to pick up members of the bin Laden family and fly them out of the country without a proper FBI investigation? Might it have been possible that at least one of the 24 bin Ladens would
have known something?"

2, ARE the media covering up abuse of Iraqi prisoners and the disillusionment of American troops?

MOORE'S film shows soldiers hooding and mistreating Iraqi detainees, and even shows troops taking it in turns to sexually abuse a drunk elderly man.

He says: "This occurred outside the Abu Ghraib prison walls. The media is there every single day. Why haven't they seen this? I don't think we've heard American soldiers in the field talk as they do in this film about their disillusionment and their despair; about their questioning of what was going on."

3, IS Bush deliberately creating a culture of fear to get poor American youth to fight his war?

MOORE accuses the Bush administration of deliberately creating a climate of fear, particularly by the instigation of the Department of Homeland Security, to increasenumbers signing up for the armed forces. He calls this "the immoral act of sending kids to war on the basis of a lie".

4, HOW deep does the connection between the Bush family and bin Laden family actually run?

MOORE exposes business links between the bin Ladens and the Bushes over the last 25 years. Bush Snr became a highly paid consultant for the Carlyle Group, one of the nation's largest defence contractors. One of the investors in Carlyle - to the tune of at least $2million (£1.2m) - was the bin Laden family.

The campaigner says: "The bin Laden family have extensive dealings with large companies in the US. They have donated $2m to Bush's alma mater, Harvard. They own property in Texas, Florida and Massachusetts. In short, they have their hands deep in our pants."

5, JUST how sinister was the White House's doctoring of Bush's military record?

MOORE suggests that, far from being simply an exercise in proving that Bush attended to his Texas Air National Guard duties, the White House version also sought to hide evidence that Bush and his associates had close ties with various Saudi oil companies. He also suggests that a former military pal of Bush's, James R Bath, once sold a plane to the bin Laden family.

6, DID Bush miss an opportunity to nail bin Laden during secret talks with the Taliban?

MOORE claims that while Bush was governor of Texas he built a relationship with the Taliban rulers of Afghanistan. They met in Texas to discuss a project to build a natural gas pipeline from Turkmenistan through Taliban-controlled Afghanistan and into Pakistan.

Representatives of the Bush administration met the Taliban in the summer of 2001. Moore says they ignored the bin Laden issue and were pre-occupied with oil. He asks: "Was Bush discussing their offer to hand over bin Laden? Was he threatening them with force? Was he discussing a new pipeline?"

7, WHY does the Bush family have a "special relationship" with the Saudi royal family?

"MORE than 1.5 million barrels of oil needed in the US daily from the Saudis could vanish on a royal whim, so we begin to see how not only Bush, but all of us, are dependent on the House of Saud," says Moore. "This can't be good for national security."

Moore also refers to Prince Bandar bin Sultan, the Saudi ambassador to the US, who is nicknamed Bandar Bush because of his close links with the president. Despite increasing evidence linking the September 11 atrocity to Saudi militants, Bush still met Prince Bandar for dinner two days later.

8, WAS Bush spending too much time on holiday to concentrate on terrorism?

BUSH was on holiday for 42 per cent of the eight months before September 11, letting his guard down, according to Moore. At a 9/11 commission hearing, CIA director George Tenet admitted he had known since August 2001 that Zacarias Moussaoui, the only man charged in
connection with 9/11, had been taking lessons on how to fly a 747. Tenet claimed he didn't tell Bush because the president, "was on vacation".

9, DID Bush panic when he was told about the attack on the twin towers?

ON the morning of September 11, President Bush was posing for cameras at a children's literacy event in Florida.

Moore has previously unseen footage showing the rabbit-in-car-headlights expression on the president's face when he is told about the second plane hitting the twin towers.

A stopwatch appears in the corner of the screen, as the minutes tick by and the president keeps reading My Pet Goat, not knowing what to do without his advisers to tell him.

Moore says: "Was Bush thinking he should have taken reports the CIA had given him the month before more seriously? That he had been told al-Qaeda was planning attacks in the US and planes would possibly be used. Or was he scared witless?"

10, DID Bush manipulate the major US media companies to fix his 2000 election win?

BUSH'S cousin John Ellis, a Fox News executive, was instrumental in "calling it" for Bush/Cheney on election night and cowed the other networks into joining in. This confusion helped set the scene for the debacle that ended in his election despite Al Gore winning the popular majority.

At the start of Fahrenheit 9/11, the major players are seen smirking and preening themselves. "Here they are," Moore narrates, "the whole corrupt gang who fixed the 2000 election."

Michael Moore official website
Moore Crowned Cannes King

Tak sabar rasanya nak tengok dokumentari ni, harap-garap tokei pirate DVD dapat jual dalam masa terdekat. Kepada sesiapa yang belum menonton dokumentari Bowling For Columbine yang juga arahan beliau, ia boleh didapati di gedung-gedung lanun DVD utama di Sg. Wang Plaza.


Gila drama Korea



Nobody wants drama in their life, but when it comes to Korean dramas, people just can’t seem to get their fill.

Among the selection ranging from the typical TVB Wu-Xia series of Hong Kong and ATV melodramas of Taiwan, it was difficult to decide what to rent, but amidst the mumbo jumbo of tapes, something caught my eye. It was a poster of a young couple embracing in the middle of a snowy field. Partly out of curiosity, and partly due to the allure of the handsome actor on the cover, I decided to rent the series. Little did I know that for the next 24 hours or so, I was going to be glued to the couch with eyes fixated on the television as I cried buckets of tears at the tragic love story that unraveled in front of my eyes.

Klik di sini untuk artikel lanjut


Pemikiran dogmatik penyokong PAS

Sila klik di sini untuk membaca surat pembaca yang berkemungkinan penyokong setia PAS. Gaya fikir semacam ini sememangnya sudah berakar umbi di kalangan sebilangan ahli dan penyokong parti PAS dan ia tidak perlu dihairankan.

Namun begitu, gaya fikir yang sebegini juga menjadi budaya di sebuah lagi parti yang didominasi oleh orang Melayu, UMNO. Sejak mula mengenali dan meminati dunia politik Malaysia, apa yang mengecewakan adalah sikap dan pandangan politik orang Melayu Islam yang sememangnya sempit dan taklid buta.

Walaupun secara peribadi saya tetap menyokong PAS atas dasar-dasar tertentu, namun sikap sebahagian besar penyokong PAS yang saya kenali sejak dari zaman semasa belajar di UiTM sangat mengecewakan.

Saya sering kali sukar untuk berbual panjang terutama di dalam isu-isu politik kerana kebanyakan hujah yang diberikan gagal untuk dijustifikasikan. Itu belum lagi hujah emosi dan hujah penamat iaitu syurga dan neraka.

Apapun, harapan untuk melihat PAS lebih modernis dan progresif masih ada, kita amat mengharapkan agar golongan ulama professional dan professional ulama di dalam PAS dapat membuat satu pembaharuan selaras dengan realiti politik di Malaysia.

Bagaimana caranya, itu terpulang kepada pucuk pimpinan, namun sebelum itu ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS perlu juga berubah. Janganlah mudah terpedaya dengan hujah-hujah retorik ustaz-ustaz pro-PAS di surau-surau dan masjid-masjid yang acap kali hanya tahu untuk menghukum.

PAS mesti cuba untuk mendengar pandangan-pandangan ahli dan penyokong PAS atau parti pembangkang lain yang berada di Lembah Klang dan bandar-bandar besar yang lain kerana lazimnya terdapat jurang pandangan yang berbeza di antara penduduk bandar dan luar bandar seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah.


TV satelit kedua?

Klik di sini untuk berita lanjut. Saya amat berharap agar berita ini benar kerana sesungguhnya rakyat Malaysia harus diberi pilihan. Unsur monopoli mesti dihapuskan dan saya harap agar stesen-stesen televisyen dari negara-negara Asia Tenggara dan juga Asia Timur seperti Korea diberi tempat di dalam Astro kedua ini.

Tuesday, May 25, 2004

Zaid Ibrahim, tahniah sekali lagi!

Sejak terpilih menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan Kota Bahru, beliau yang merupakan pemilik salah sebuah firma guaman yang terbesar di negara ini sudah memperlihatkan ketokohan dan keberaniannya bersuara di dalam isu-isu yang penting.

Kedatangan beliau ke Parlimen setakat ini walaupun dengan menewaskan calon pembangkang yang sememangnya saya sokong umpama satu hadiah yang berharga untuk rakyat Malaysia. Persoalan sama ada ianya permainan politik atau sebagainya dirasakan tidak begitu penting di kala ini kerana adalah hampir mustahil untuk melihat perwatakan sebegini di kalangan ahli parlimen BN yang lain.

Tahniah Zaid Ibrahim! Harap-harap mampu berterusan, dan saya sedang menelah adakah beliau turut sama memikirkan isu Anwar bersama?

Return power to the judiciary, urges Zaid- Malaysiakini

[...]

"If we have faith in legal sovereignty, we should therefore amend the Federal Constitution so that judicial power could be restored," he said when debating the motion of thanks to the royal address.

[...]

Zaid said that "the amendments made to the Federal Constitution in 1988 had undermined the power of the court from acting as a tool of justice to merely making decisions on matters related to the law."

[...]

"Nowadays, we have given too much power to the executive, so much so that their decision is treated as final and could not be challenged in court," the MP said in his 20-minute speech.

[...]

"In reality, the public perceives judges and the judiciary as government staff and not a free constitutional institution. One day, we may cry for justice and the court’s protection and when that day comes, we will want a impartial court with full authority for sure, as well as judges imbued with integrity and responsibility," he stressed.

[...]

The government, he also claimed, lacked the political will to build a united Malaysia "although we should all be thankful that we are living harmoniously together".

[...]

Elaborating, he said the Malays and non-Malays are different in so many ways including their style of dressing, choices of books to read or school and their different interests in sports.

[...]

The vocal politician also pointed out that although Malaysia should be proud of her economic achievements, there are a few "clear failures" such as the Perwaja steel mega project, the Bakun dam project and the latest water privatisation to Puncak Niaga.


Malaysian Cinema- Part Two
Malaysian Cinema Eclipsed By Cultural, Political Change- By Paul F Agusta

As Malaysian cinema rocketed into its golden years, the rich multicultural input that fueled its success brought with it the sweeping changes that were among the factors that would bring it crashing down. A new, younger and more cosmopolitan educated audience was emerging in Malaysia.

They were less inhibited than previous generations and more adventurous. They were migrating to and settling in the cities, ready and eager for almost anything new and different. The old formulas combining Chinese and Malay storytelling and Indian song and dance no longer satisfied.

By the late 1950s and early 1960s soaring production costs, increasing demands from production staff and actors, as well as the introduction of television in 1963, exacerbated the impact of a dwindling market. Even the courageous forays of P. Ramlee into the realm of social commentary in films like Madu Tiga(Three Wives), 1964, could not draw the crowds of previous years.

The death knell for the Golden Age of Malaysian Cinema was sounded near the end of 1965 when Singapore left the Federation of Malaysia, motivating an influx of veteran directors, actors and screenplay writers into Kuala Lumpur's already excessively competitive and waning filmmaking sector.

The Shaw Brother's Malay Film Productions closed in 1967, with Cathay-Keris meeting a similar fate in 1973.

According to Hassan Muthalib, Malaysia's prime film historian, with the quantity and quality of local film productions falling, an influx of Indonesian and Indian films began to attract the hearts and minds of the increasingly sophisticated and discerning Malaysian audience.

These imports, such as Matjan Kemajoran (The Tiger of Kemayoran), Pahlawan Sembilan (Nine Warriors), and Bernafas Dalam Lumpur (Breathing in Mud) from Indonesia, and Sangam (Confluence) as well as Bobby from India, were shot in color and had strong storylines and top-class acting and directing. The films set Malaysian movie industry precedents by drawing large crowds into theaters for months at a time.

Merdeka Film Productions, founded in 1961 just outside of Kuala Lumpur by Ho Ah Loke and H.M. Shah, tried to counter this onslaught in 1975 by enhancing local production value with the importation of Hong Kong film crews.

Although Merdeka used Malay director Jamil Sulong for the flagship film of this collaboration, Permintaan Terakhir (The Last Request), the foreign crew's influence was obvious and drew an outcry from industry locals who felt their turf was being invaded.

Despite massive efforts to stay afloat, and occasional award-winning films, such as Adik Manja (Affectionate Child) in 1979, Merdeka Film Productions was forced to close down in 1980, ending Chinese domination of the Malaysian film industry.

As noted in the chapter Gentle Winds of Change on the development of the Malaysian film industry by Hassan Muthalib and Wong Tuck Cheong in the book Being and Becoming: The Cinemas of Asia, the time had come for the locals to take over.

The Filem Negara Malaysia (Malaysian State Film, initially established as the Malayan Film Unit in 1946), best known for its documentaries and anticommunist film campaigns, also produced several features, including Kisah Kampong Kita (the Story of Our Village) and the Tongkat Hitam (Black Baton) series of

films in the 1960s and early 1970s.

By 1975, with Malay films holding only 12.1 percent of the local marketshare, the National Film Corporation was formed with the intention of contributing towards national unity and other nation-building efforts. In 1981, the National Film Development Corporation (FINAS) was established to assist the local film community's efforts to develop and improve its output.

Even so, throughout the 1970s and into the early 1980s, the local, or bumiputera, film companies relied heavily on their profits from distributing Indonesian films on the Malaysian market to fund their own productions.

Among the more successful movies produced were Sabah Film's Keluarga Si Comat (The Comat Family), 1975, Hapuslah Air Matamu (Wipe Away Your Tears), 1976, Pendekar (The Warrior), 1977, and the biggest box-office hit, Azura, 1984.

These successes lured other producers to try their hand, but not many survived, with some closing down after no more than one release due to a lack of understanding of the film industry fundamentals of production, marketing and distribution.

As the 1970s passed, more new faces emerged and faded as an emphasis on low budget films dominated the industry. The storylines were predictable, the characterizations stereotypical, the acting amateurish, and there was absolutely no attempt at technical innovation.

However, because some of the films actually made money, the mainstream directors found little motivation to pull themselves out of the rut they were in.

The 1970s also saw the introduction of the Malaysian government's New Economic Policy that encouraged young Malays to move into the cities and get involved in business, including the movie industry.

A generation of young film professionals emerged, who were eager to apply their own ideas as well as their varied education in the movie industry, and sought experience with the local commercial production houses, where they picked up the basics of cinematography, art direction and directing.

At the same time, the movie-going public began to find its own voice, a decidedly critical one that was answered by the development of film appreciation forums, the frequent appearance of articles on film criticism and letters to the editor in the local press.

Among the critical ideas raised by writers such as Johan Jaafar, Nasir Jani and Mansor Puteh, were the need to present an accurate onscreen depiction of the local culture, and the perception that storytelling in movies should be geared as much toward social comment as it was toward entertainment.

These thoughts were to inform the developments in the film industry well into the following decades.

Monday, May 24, 2004

Ruang awam: Kemelut puak Islam? - Fathi Aris Omar

Surat Farid Faridah (‘Hujah Astora, Farish mesti dijawab’, 11 Mei) memanjangkan diskusi saya tentang ‘ruang awam’ dalam konteks isu-isu Islam. Secara khusus, saya menolak sikap mengongkong beberapa pemimpin utama PAS terhadap tulisan Farish A Noor.

Farid Faridah bersetuju dari segi prinsip bahawa mereka yang percaya pada pendekatan agama harus melipat-gandakan usaha penerangan atau perbahasan sebagai satu ‘proses pertandingan idea dalam ruang awam’. Tetapi saya tidak fikir ramai di kalangan kita – maksud saya, aktivis atau pekerja Islam – benar-benar memahami persoalan ini.

Umumnya, ada beberapa pemikir Islam yang kelihatan cuba memahami, misalnya Taha Jabir Alwani, Adabul ikhtilaf fil Islam (kaedah-kaedah berbeza pandangan) atau Mohamad Hashim Kamali, Freedom of expression in Islam. Tetapi penghayatannya tidak popular walaupun kitab-kitab ini tidak asing di kalangan beberapa kelompok aktivis Islam di negara kita.

Namun tidak dinafikan, dua kitab yang disebutkan tadi belum cukup halus atau mendalam kajiannya, katakan seperti mendalamnya Jurgen Habermas mengupas isu-isu ruang awam sejak Zaman Pencerahan Eropah sehingga karyanya, The structural transformation of the public sphere, diterbitkan pada 1960-an. Tesis asal Habermas ini dikembangkan lagi dalam karya-karyanya yang lain.

Malah, jangan terkejut jika dikatakan (setakat pengamatan saya) bahawa debat tentang ‘masyarakat madani’ di negara ini tidak pernah serius membangkitkan persoalan ‘ruang awam’. Sebab itu, walaupun kita sering mendengar perkataan ‘masyarakat madani’ tetapi jarang kita dengar (apatah lagi memahami) konsep ‘ruang awam’.

Saya tidak mengerti bagaimana komponen penting ini boleh tertanggal daripada diskusi itu – jelas menunjukkan betapa tidak berdisiplinnya kita mengikat diri dengan susur-galur keilmuan semasa yang semakin popular di pentas antarabangsa, khususnya lebih kurang 15 tahun lepas.

Tradisi keilmuan

Disiplin ilmu moden itu sendiri – dalam kes ini, konsep dan idea utama ‘ruang awam’ – masih lagi gagal dipindahkan dengan tepat di sini. Apatah lagi, ingin membahaskan persoalan dan hubungan ruang awam daripada perspektif teori Islam.

Di seluruh dunia Islam, idea ini juga terbatas (misalnya berbanding kekuatan pengaruh fundamentalisme Islam). Tetapi tidak dinafikan di negara-negara Muslim yang memiliki tradisi keilmuan yang agak baik (misalnya Indonesia, Afrika utara atau Iran), aktivis dan sarjana Islam sudah mula membincangkannya.

Kegagalan inilah yang terpancar dalam surat Farid Faridah. Saya mengkritik Dr Haron Din (gambar), PAS umumnya dan Harakah. Tiba-tiba penulis surat ini membangkitkan persoalan negara kita – akibat sempitnya ruang bersuara atau kebebasan media – yang tidak mempunyai ‘padang permainan yang sama rata’. Ramai orang sedar hal ini dan sebagai pengasas Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami), saya sudah agak lama mengkritik gejala ini dan berkempen untuk kesedaran masyarakat.

Yang saya cuba jelaskan dalam artikel ‘Ulama bukan tongkat Musa’ (27 April), Dr Haron atau Harakah juga berperangai seperti Umno dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)! Tabiat buruk inilah yang kita, termasuk Farid Faridah, mesti tentang setegas-tegasnya. Saya cuba berhujah dan mencari gali asal-usul pembentukan minda Dr Haron itu.

Saya secara peribadi ‘cukup pantang’ melihat atau mendengar golongan pengkritik kerajaan seperti PAS atau NGO (badan bukan kerajaan) juga menghayati perangai buruk tidak demokratik Barisan Nasional. Sebab itu, persoalan yang kita bangkitkan ini sangat serius.

Ke-mahathir-an (Mahathirisme) politik kita selama ini berkembang biak daripada benih-benih yang ditaburkan oleh ‘budaya ke-haron-an’ (maksud saya, Dr Haron Din)! Belum sempat kita membetulkan ‘padang permainan yang tidak sama rata’, pemimpin PAS itu bertindak memberat-sebelahkan lagi diskusi apabila dia berkuasa (mengawal Harakah).

Konsep ‘ruang awam’

Ke-haron-an berada di mana-mana – di rumah, di sekolah, di pejabat, dalam parti politik dan kelab mahasiswa. Yakni, tabiat suka menghalang percambahan idea baru, pelik dan bertentangan dengan tanggapan umum. Saya telah mengulang-kali menganalisa dan mengkritik tentang gejala ini dalam beberapa tulisan lain di kolum ini.

Kedua, Farid juga membangkitkan soal-soal yang dianggapnya tidak wajar dibahaskan lagi dari segi Islam. Tulisnya: "… kita mesti akur dengan perkara-perkara yang jelas qat'ie (pasti) tidak boleh diperbahaskan seperti kewajipan bertudung dan menutup aurat yang sering penulis-penulis seperti Astora Jabat dan Farish A Noor lakukan. Jika tiada peluang diberikan untuk menjawab hujah-hujah beliau yang sememangnya tersebar luas untuk bacaan umum (melalui Mingguan Malaysia atau Al-Islam, kita khuatir iman seseorang itu akan tergugat."

Saya ingin berbeza pandangan di sini. Apa yang ditulis Farid, saya percaya, turut diyakini oleh ramai aktivis Islam. Pegangan sebegini memang sangat tegas sehingga mereka tidak nampak kemungkinan-kemungkinan lain lagi. Inilah yang saya cuba sebutkan di atas – kegagalan kita merumuskan konsepsi ‘ruang awam’ dari perspektif teori Islam.

Apakah yang dinamakan ‘pertandingan idea’ atau contestation of ideas? Sejauh manakah idea-idea Islam boleh dipertandingkan secara awam? Etika wacana, atau discourse ethics, yang bagaimana? Apakah kita masih mahu mengekalkan konsep wujudnya idea tertentu untuk orang ramai, sementara ada pula wacana eksklusif untuk ulama sahaja?

Misalnya disebutkan oleh beberapa ustaz yang saya temui bahawa isu Rayhana, wanita yang mengadakan hubungan seks dengan Rasulullah (seperti dakwaan Farish A Noor, gambar) merupakan satu fakta yang diketahui ramai sarjana Islam tetapi ‘tidak boleh’ dibocorkan fakta ini kepada umat Islam umumnya?

Apakah kita masih mahu mengekalkan dikotomi ini, sejenis amalan tidak demokratik dan anti-pendidikan terbuka? Lebih asasi lagi, apakah wujud ‘masyarakat madani’ dalam konsepsi Islam yang menekankan idea ‘ummah itu satu’ (atau, ummatan wahidah atau kesetiaan kepada kerajaan itu sebagai lanjutan ketaatan kepada Allah dan rasul?

Peranan akhbar bebas

Masyarakat madani adalah konsepsi untuk merenggangkan orang ramai daripada kuasa politik dan pasaran (sebahagian perkembangan kapitalisme dan liberalisme awal di Eropah). Ia wujud sebagai kawalan terhadap tekanan kuasa-kuasa dominan, sebagai saluran wacana bebas di kalangan warganegara untuk mempengaruhi kekuasaan.

Sebab itu, di Indonesia, public sphere juga diterjemahkan sebagai ‘ruang warga’; selain ‘ruang awam’ yang bunyinya seakan-akan ‘tandas awam’!

Secara mudah, kita boleh sebut ‘ruang awam’ ini sejenis mekanisme atau institusi sosial bagi mencapai ‘semak dan imbang’ (check and balance) dalam proses demokrasi. Tetapi kita hanya faham konsep ini dalam tiga sendi utama institusi pemerintahan sahaja (badan kehakiman, legislatif dan eksekutif). Kita tidak menyelami intipati dan idea mujarad yang melatarinya, misalnya peranan akhbar bebas (free press) sebagai tonggak keempat (fourth estate).

Rasulullah sendiri memainkan peranan tiga cabang kuasa itu (badan kehakiman, legislatif dan eksekutif) serentak secara perseorangan, misalnya. Bagaimana kita merumuskan demokrasi dari gelagat mutlak kenabian ini?

Wacana Islam klasik tidak pernah mempunyai latar sosio-sejarah seumpama (Barat) ini. Oleh itu, penyesuaian teori ‘ruang awam’ dengan idealisme Islam tidak dibangunkan. Tetapi hari ini kita terperangkap dalam dunia moden yang dibangunkan bersama pengaruh idealisme Barat itu. Misalnya, apakah maksud ‘awam’ dalam perspektif syariah sama sahaja dengan semangatnya dalam perundangan sivil? Apakah wujud ‘ruang awam’ dengan ‘ruang peribadi’ dalam Islam?

Apakah peribadi (moral) seseorang itu masih menjadi syarat ketat untuk mencapai kekuatan idea dalam ruang awam sebagaimana konsep murabbi dalam pendidikan Islam yang ruhiyyah (misalnya hujah Syed Qutb dalam karyanya Ma’alim fit tariq)?

Isu moral pembicara sengaja dijadikan batu penghalang (peminggiran) untuk seseorang mendebatkan isu-isu agama secara bebas – sebab itu ia sangat penting didebatkan.

Aktivis Islam

Belum sempat menghadami idea masyarakat madani, kerajaan kita memperkenalkan pula ‘Islam Hadhari’ yang hanya menfokuskan soal pembangunan (ekonomi), pendidikan (keilmuan) dan akhlak tetapi tidak mengutamakan prinsip kebebasan. Kenapa kita di Malaysia tidak serius membahaskan soal-soal kebebasan dengan agama?

Banyak lagi idea utama demokrasi dan liberalisme – termasuk kebebasan akhbar, kebebasan (ruang) peribadi atau hak memilih agama – tidak dibuka wacananya kepada aktivis Islam dan pekerja politik secara ilmiah (bukan simplistik atau emosional).

Malah, di kalangan aktivis Islam, saya percaya demokrasi kepada mereka hanya ‘kuda tunggangan’ – bukan disiplin penghayatan atau perinsip kekal. Ertinya, untuk menyampai dakwah dan mencapai kuasa politik, mereka akan menggunakan sistem demokrasi.

Tetapi apabila mereka sudah mencapai kekuasaan, sistem demokrasi itu akan diruntuhkan sama sekali. Lalu dibangunkan pula peraturan baru – dengan palitan cat agama, kononnya – yang menghalang penyertaan kita semua. ‘Demokrasi ala BN’ sudah cukup mengongkong, apatah lagi sistem pentadbiran baru ala PAS yang dangkal kefahaman Islamnya.

Dalam ‘demokrasi Islam’ yang saya faham, semua idea layak dibahaskan semula, khususnya perbahasan yang kritis dan bertunjangkan kajian ilmiah atau renungan mendalam. Memang, kita perlu etika berdiskusi atau satu garispanduan dalam ruang awam.

Tetapi bukan untuk menghalang penilaian semula hal-hal yang disebut qat’e oleh Farid (atau al-ma’lum min addin fil darurah) tetapi mengelak diskusi menjadi ruang penghinaan atau menjolok emosi tentang asas-asas keagamaan atau perkauman sehingga boleh memporak-perandakan ketenteraman awam (secara nyata, bukan khayalan)

Selalunya alasan kita tidak konkrit, tetapi penuh khayalan. Misalnya, seperti kata Farid, "kita khuatir iman seseorang itu akan tergugat". Apa bezanya khayalan ini dengan alasan kerajaan BN melarang ceramah politik dengan hujah "menggugat keselamatan negara"? Kita tahu polis (atas tekanan menteri) bertindak untuk mengekang kegiatan politik pembangkang semata-mata, hujah "keselamatan negara" itu hanya khayalan jauh.

Puak Islam, apabila malas berhujah tentang hal-hal yang mereka sendiri sudah maklum atau tidak sepenuhnya kuasai, akan memilih jalan pintas dengan melayan khayalan "bimbang-bimbang" dalam diri mereka sendiri. Tetapi mereka cuba menghalalkan khayalan itu dengan menyandarkannya kepada orang ramai. "Kita khuatir iman seseorang itu akan tergugat," hujah Farid (sekadar contoh).

Budaya mengongkong

Misalnya, kenyataan Mufti Perak tentang sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari lalu. Dia juga melayan khayalan dalam dirinya sendiri tetapi cuba memberi amaran kepada orang ramai – walau hujahnya simplistik, lucu dan tidak relevan. Hairannya, ramai juga Muslim yang percaya pada hujah mufti ini!

Dalam ruang awam, konsep ‘memporak-perandakan ketenteraman awam’ mestilah secara nyata; bukannya mengikut khayalan sebagai mana Dr Haron Din cuba menyamakan kupasan-kupasan Farish A Noor dengan seorang penulis bodoh di Nigeria dalam isu ratu cantik dua tahun lalu. Kerana melayan khayalan diri sendiri (implikasi buruk yang diprojeksikan ke atas orang ramai), maka Farid akhirnya mengambil sikap menyekat orang lain bersuara dan mematikan debat.

Tulisnya: "Maaf saya berkata di sini, memang patut (lebih awal lagi) kedua-dua mereka dihalang daripada membuat kenyataan kepada umum mengenai perkara-perkara tersebut kerana mereka sememangnya bukannya ahli agama, mahupun ahli ekonomi, sains, budaya atau teknologi."

Sekali lagi, sudut pandangan Farid mencerminkan sejenis kemelut di kalangan aktivis Islam akibat ketiadaan wacana lengkap lagi konkrit tentang konsep ruang awam dalam teori Islam. Mereka, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), KDN atau mufti, akhirnya lebih rela mengambil jalan panjang bermesyuarat dan menggunakan akta daripada menulis rencana sependek beberapa muka surat. Saya tidak faham, apakah begitu sukar memberikan penjelasan, berbahas, melalui tulisan?

Budaya mengongkong di negara kita melahirkan ramai aktivis dan sarjana Islam autokratik, bukan seorang demokrat, dengan harapan mengekalkan ketulenan agama. Kita membendung dan mengawal seperti dasar subsidi kerajaan atau kuota Bumiputera. Otak aktivis Islam kita dihurung lalat-lalat paternalisme seperti juga BN mengekang kita selama ini.

Tulisan ini asalnya diterbit dalam Malaysiakini.com (17 Mei 2004). Ia diterbitkan semula di sini dengan izin penulisnya. Beliau dapat dihubungi di fathiaris@yahoo.com

Saturday, May 22, 2004

Permohonan ikat jamin Anwar gagal



Anwar Ibrahim denied bail - English.aljazeera
Anwar's bail application rejected - Theage.au
Malaysia's Anwar fails in final bid to be freed on bail - Abc.au
Anwar Ibrahim denied bail by Malaysia's highest court(13:10 PST) - Hipakistan
Anwar fails in final bid for bail - Smh.au
Malaysia's Anwar fails in final bid to be freed on bail- AFP_Catcha
Malaysian court nixes Anwar's bail bid - Japantoday


Hari Penentuan!



Aku amat berharap agar barisan hakim yang arif lagi bijaksana ini dapat membuat satu keputusan yang luar biasa iaitu membenarkan Anwar dibebaskan dengan ikat jamin. Sama ada ia harapan palsu atau tidak, aku tetap ingin memberi sedikit harapan terhadap institusi perundangan di bawah PM baru Malaysia yang dikatakan mempunyai persepsi yang baik di kalangan massa. Apa yang pasti, hari ini adalah hari yang mendebarkan. Bebaskan Anwar!

Di bawah adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh International Commission of Jurists.

International Commission of Jurists

PRESS RELEASE


20th May 2004 - Putrajaya, Malaysia

The final appeal of former deputy prime minister Dato' Seri Anwar bin Ibrahim against his conviction for sodomy ended today in the Federal Court of Malaysia at Putrajaya.

The judges have reserved their decision. The question of whether Anwar should be released on bail pending that decision is to be heard tomorrow morning.

International observer, Mark Trowell QC, representing the International Commission of Jurists and the Australian Bar Association reflected on various aspects of the appeal at the conclusion of proceedings this afternoon.

"Even though the judges refused an application by Anwar's counsel to officially record our presence at court, we appreciate their courtesy in welcoming us to observe the proceedings", said Mr Trowell.

He further expressed gratitude to the Malaysian Attorney General, Tan Sri Gani Patail, for generously making himself available to the observers and supplying a large amount of appeal material to them. "Anwar's lawyers also provided considerable assistance to us", he added.

Mr Trowell said that the observers "make no complaint as to the conduct of the appeal proceedings". He said that the judges at the hearing "acted with courtesy, patience and apparent interest in the submissions made by counsel."

"However", he emphasised, "the fairness of this appeal will be judged by the final decision of the Federal Court."

"Whether the court has been fair and just shall be assessed by its response to the process of the original trial that was patently unjust and tainted by significant errors of law."

Mr Trowell also expressed some concern about the deteriorating health of Dato' Seri Anwar. He said that Anwar's "failing health was deserving of some clemency and a compassionate response by the authorities to ensure that he received the necessary medical treatment."

"We should also not forget the plight of Anwar's adopted brother Sukma Darmawan”, said Mr Trowell. "His counsel, Gobind Singh Deo, has raised serious concerns about his client's treatment while in police custody after his arrest when a confession was obtained after 12 days of harassment and interrogation by the police."

Mr Trowell said that this evidence raised serious doubts that the statement was voluntary. "It substantially taints his confession and critically damages the case against him. That fact alone deserves particular scrutiny by the judges", he said.


Activism in Malaysia lives and dies by the sword

Sila klik di sini untuk membaca artikel penuh yang disiarkan di Asia Times Online pada 21 Mei 2004.


Kisah penderaan tahanan ISA no 39/01 untuk tatapan Pak Lah- Hishamuddin Rais



(Laporan Utusan Malaysia 19 Mei)

Tidak benar tahanan ISA didera seperti di Abu Ghraib

"PUTRAJAYA 18 Mei - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan bahawa dakwaan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) didera seperti tahanan di penjara Abu Ghraib, Iraq adalah tidak benar sama sekali.

Perdana Menteri yang menyifatkan dakwaan itu sebagai `nakal' berkata, mereka yang membuat dakwaan itu tidak sepatutnya membuat tuduhan sesuka hati, sebaliknya wajar memberi bukti-bukti kukuh kepada kerajaan untuk diambil tindakan sekiranya ia benar-benar berlaku.

"Setakat ini saya tak pernah dengar apa-apa yang spesifik seperti kekejaman yang berlaku di Abu Ghraib, tidak ada dan saya berani kata tidak akan berlaku penderaan tahanan seperti yang berlaku di sana."

"Tentulah tuduhan itu tuduhan yang berat tetapi itu bukanlah sesuatu yang kita lakukan."

"Tetapi kalau mereka ada sesuatu yang spesifik, yang mereka benar-benar tahu, cakaplah betul-betul dan tidak payahlah buat tuduhan rambang kerana kita pun sukar hendak ambil tindakan," tegasnya.


Apabila saya membaca berita ini saya ingin ketawa terbahak-bahak (atau sebenarnya saya ingin meratap menangis). Dari dulu lagi saya telah menulis dan menyatakan dalam affidavit saya: '… kalau sesiapa mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa tahanan ISA tidak didera samalah seperti mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa Nabi Muhamad makan babi….' ( sila baca affidavit Hishamuddin Rais dalam kes mala fide).

Diculik dari pejabat

Saya, Hishamuddin Rais tahanan no 39/01 telah ditahan selama 55 hari dibawah ISA, sebelum di hantar ke Kamunting untuk ditahan selama dua tahun. Saya ingin menyatakan secara terbuka kepada PM Abdullah Badawi bahawa Nabi Muhamad tidak makan babi kerana babi haram dalam Islam. Dan saya juga ingin menyatakan secara terbuka kepada Abdullah Badawi bahawa banyak/ramai tahanan-tahanan ISA telah dan sedang didera. Khalas, fini, fin, end, stop dan noktah.

Apabila saya ditangkap (baca: saya diculik dari pejabat saya di Bangsar Utama) pada petang 10 April 2001, pasti Abdullah Badawi yang ketika itu timbalan Menteri Dalam Negeri tahu apa yang akan dilakukan ke atas kami. Jika Abdullah Badawi terus mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku kepada kami, maka terbukti sahih desas desus yang tersebar luas yang sering mempertikai daya fikrah Abdullah Badawi.

Dan apabila Abdullah Badawi meminta bukti spesifik tentang penderaan tahanan, sekali lagi saya hendak terkentut. Apakah Perdana Menteri Malaysia yang baru ini seekor manusia atau malaikat. Jika malaikat pasti bukan tugasnya untuk membaca. Jika Abdullah Badawi seorang manusia dan bertugas sebagai Menteri Dalam Negeri kenapa dia tidak membaca semua laporan-laporan polis, memo-memo dari badan-badan hak asasi dan affidavit-affidavit dari kami yang telah ditahan dibawah ISA. (Tak kan nak makan gaji buto - bueklaa kojo).

Apakah Abdullah Badawi lupa atau sengaja hendak melupakan fakta bahawa Anwar Ibrahim semasa di belasah oleh Rahim Noor, dia sedang ditahan di bawah ISA. Jika ini tidak disedari oleh Abdullah Badawi sebagai satu kes spesifik, maka saya mencadangkan agar Abdullah Badawi dengan seberapa segera dibawa ke wad lima hospital Universiti Malaya untuk di rawat. Jika tidak dibawa segera ke wad lima, berkemungkinan beliau akan memudaratkan 22 juta rakyat Malaysia.

Dari Bangsar Utama saya telah dibawa ke Rumah Pasong Sentul. Di sini mata saya telah ditutup dan saya telah digari. Kemudian saya terus dimasukkan ke dalam sebuah van kecil yang gelap. Saya terus dibawa berligar-ligar selama lebih kurang 45 minit. Akhirnya saya sampai ke satu tempat rahsia. Dari apa yang saya ketahui kemudianya, kawasan tahanan ini telah dirahsiakan dibawah Akta Rahsia Kerajaan.

Dibogelkan

Saya diseret masuk ke sebuah bilik dan ditelanjangkan. Ada empat orang pegawai dalam bilik ini. Saya berbogel dan punai saya diperlihatkan secara terbuka. Untuk saya, ini tidak banyak berbeza dari apa yang telah dan sedang berlaku di Abu Gharib.

Apakah semasa saya ditelanjangkan itu, pegawai-pegawai yang bertugas hanya ingin melihat kejantanan saya atau ingin mengesahkan bahawa saya ialah Hishamuddin Rais dan bukan Siti Hashimah Rais. Atau ingin mendapat kepastian bahawa saya ini telah bersunat dan tidak kulup lagi.

Kemudian saya dimasukkan ke dalam sebuah bilik kecil tanpa tingkap. Bilik kecil ini hanya ada satu lubang kecil bertabir besi. Pegawai yang menjaga saya akan membuka tabir besi setiap 15 minit untuk melihat saya. Dari lubang kecil ini jugalah saya menerima makanan.

Esoknya, pada 11 April 2001, proses 'soalsiasat' bermula. Saya ditanya dan disoal tanpa henti-henti. Soalan-soalan bodoh yang tidak ada sangkut paut dengan keselamatan negara - tidak ada bersangkutan dengan bom, rocket launcher atau molotov cocktail - terus menerus diajukan kepada saya. Saya diancam, digertak dan ditakut-takutkan.

Melalui tulisan ini, saya ingin bertanya kepada PM Abdullah Badawi tentang satu soalan yang akan terus menjadi satu tandatanya dalam hidup saya. Soalan ini mungkin dibaca lucah dan mungkin dianggap lawak. Terpulang. Untuk diri saya yang menerima soalan ini - saya anggap soalan ini adalah soalan akhir kurun.

Latarbelakang soalannya begini: Tan Sri Samad Ismail semasa ditahan dan disiasat di bawah ISA pada tahun 1977 telah mengakui bahawa beliau telah meniduri banyak gadis-gadis. Jika dikumpulkan bulu ***** gadis-gadis ini pasti boleh memenuhi tiga gelanggang badminton.

Soalan bodoh

Manakala saya pula yang telah tinggal lama di Eropah pasti telah meniduri ramai gadis-gadis Mat Salleh. Maka pegawai penyiasat ingin mengetahui berapa banyak ***** Mat Salleh yang telah saya kecapi. Dan kalau bulu-bulu ***** mereka ini dikumpulkan apakah ianya akan memenuhi satu, dua atau tiga gelanggang badminton?

Soalan cepu emas saya kepada Abdullah Badawi ialah: Apa sangkut pautnya ***** Mat Salleh dan bulu-bulu ***** mereka ke atas keselamatan negara Malaysia ? (sila lihat affidavit Hishamuddin Rais dalam kes mala fide).

Ini hanyalah satu contoh dari ratusan soalan-soalan bodoh yang diajukan kepada saya hari demi hari. Mungkin ada yang akan berhujah dan menganjurkan bahawa soalan-soalan seperti ini tidak perlu dijawab. Betul, jika soalan bodoh seperti ini muncul dalam suasana yang berbeza. Tetapi apabila saya didalam sebuah bilik berhadapan dengan empat lima orang manusia yang tidak saya kenali dan terus diancam, maka soalan yang dimunculkan ini adalah satu penyeksaan.

Bagaimana pula tentang sumpah seranah yang saya terima saban hari. Sumpah seranah yang tidak putus-putus dihamburkan ke muka saya. Apakah pendapat Abdullah Badawi jika saya menangkap Datin Hindun kerana saya tidak menyukai potongan feshen rambutnya. Saya anggap feshen rambut Datin Hindun mengancam selera estetika saya..

Kerana itu, Datin Hindun akan saya kurung di dalam sebuah bilik kecil. Jika saya kekurangan tenaga saya akan menjemput tiga atau empat orang kawan-kawan saya untuk membantu saya. Lapan jam sehari saya, tujuh hari seminggu kami akan memaki hamun Datin Hindun sesuka hati kami. Saya lakukan ini selama 55 hari sehinggalah Datin Hindun bersetuju untuk menukar feshen rambutnya.

(Pasti semua rakyat Malaysia akan menganggap saya gila. Tapi inilah yang sebenarnya telah berlaku semasa saya ditahan selama 55 hari sebelum dihantar ke Kamunting).

Tabir besi

Saya juga ingin bertanya kenapa saya perlu tidur di atas pangkin yang keras? Kenapa saya tidak memakai selipar pengalas kaki? Kenapa saya tidak memiliki tuala mandi. Kenapa saya digari? Kenapa mata saya ditutup? Kenapa setiap 15 minit tabir besi berbunyi dan mengganggu tidur saya? Kenapa saya dinafikan tidur? Semua ini adalah soalan-soalan yang ingin saya ajukan kepada Abdullah Badawi.

Mengikut Socrates, manusia akan dianggap bodoh jika dianya tidak tahu yang dirinya bebal. Insan yang bodoh tetapi menyedari kebebalannya sebenarnya adalah insan yang bijaksana. Justeru, untuk saya, satu pekara yang amat menyeksa dalam hidup ini inilah bercampurgaul dengan manusia-manusia bebal yang tidak menyedari kebebalan mereka.

Semasa dalam tahanan ISA saya tidak memiliki kebebasan untuk membuat pilihan. Saya telah dipaksa selama 55 hari untuk terus berhadapan dengan enam atau tujuh orang manusia-manusia bebal, lagi membebalkan. Mereka ini adalah pegawai penyiasat yang saya tidak ketahui nama mereka. Saya tidak mengetahui latarbelakang pembelajaran mereka. Tetapi ini tidak penting.

Apa yang membuktikan kebodohan bukan tangga pembelajaran mereka tetapi kegagalan otak mereka untuk berfikir bahawa 'soalsiasat dan soalan-soalan' yang mereka ajukan kepada kami itu adalah bodoh. Tidak ada satu perkara pun yang mereka siasat. Kami bukan disiasat tetapi didera dan dipaksa untuk mengakui apa saja yang ingin mereka dengar sebelum dihantar ke Kamunting.

Dalam kes Abu Ghraib, soldadu wanita yang akan di hadapkan ke mahkamah tentera tidak lama lagi ialah Ms Lynndie England. Ms England dianggap 'white trash' yang sanggup membuat kerja-kerja bodoh untuk tuan politiknya. Tuan-tuan politik ini adalah pemodal-pemodal antarabangsa yang akan meraih keuntungan dari lombong-lombong minyak di Iraq.

Manakala pegawai-pegawai yang menyoal saya selama 55 hari tersebut saya anggap mereka sebagai ' human trash'. Kerana saya tidak memiliki pilihan. Kerana saya ditahan. Kerana saya digari. Kerana mata saya ditutup. Kerana saya dalam kurungan maka saya sanggup untuk berhadapan dengan 'human trash' ini.

Penghinaan

Kesanggupan saya telah melintasi garis lima minit kesabaran intelek saya. Dalam suasana hidup bebas, sampai hari kiamat pun saya tidak akan ingin bersua, berbincang atau berkongsi meja dengan 'human trash' ini.

Mungkin ada yang akan menganggap saya angkuh. Tetapi, jika sesiapa yang telah bertemu dengan 'human trash' ini akan menyedari dan akan bersimpati dengan apa yang saya cuba paparkan. Bertemu, bercakap dan disoal oleh 'human trash' ini adalah deraan yang amat-amat mengaibkan. Deraan bentuk ini adalah satu penghinaan terhadap wujudiah saya sebagai seorang insan di Bumi Manusia ini.

Kenyataan saya ini bukan nakal. Apa yang saya tulis ini telah terjadi dan telah saya alami. Tuduhan saya ini tidak berat dan tidak ringan. Tidak ada apa yang berat dan tidak ada apa yang ringan. Apa yang saya tuliskan di sini adalah fakta. Apa yang ingin saya sebarkan kepada orang ramai ialah kenyataan bahawa tahanan-tahanan ISA didera dan diseksa.

ISA adalah undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa pembicaraan. Ini salah. Jika ada tuduhan terhadap saya sila bawa saya ke mahkamah. Kenapa saya TIDAK dibicarakan dan dituduh secara terbuka. Nyatakan apa yang telah saya lakukan yang memudaratkan keselamatan dalam negara? Bagaimana saya boleh mengancam negara?

Saya akan terus menolak apa sahaja hujah yang cuba menghalalkan ISA. Apa sahaja hujah yang cuba menghalalkan ISA ini adalah hujah-hujah pengganas yang bercita-cita untuk mendera dan mengganasi pihak yang di tahan.

Ditahan tanpa pembicaraan adalah deraan dan seksaan. Dikurung di Abu Ghraib atau dikurung di Bukit Gharib kedua-duanya adalah sama. Ditahan selama sehari atau seribu hari tanpa pembicaraan adalah penderaaan. Di tempeleng sekali atau ditempeleng seratus kali pun - tempeleng tetap tempeleng dan tetap satu penderaan

Abdullah Badawi! Sila nyatakan secara terbuka kepada saya, Hishamuddian Rais, tahanan no39/01, kenapa saya didera selama 55 hari? Kenapa saya terus didera dan ditahan selama dua tahun di Kamunting? Surat arahan saya ditangkap pada 10 April 2001 ditandatangani oleh Abdullah Badawi.

Surat arahan saya dihantar ke Kamunting telah juga ditandatangani oleh Abdullah Badawi. Apakah manusia yang bernama Abdullah Badawi ini juga yang telah berlawak mengatakan tidak ada deraan ke atas tahanan ISA?

Friday, May 21, 2004

Hollywood East



Why Korean Filmmakers Are Now Beating America's Biggest Blockbusters?, untuk mengetahui lebih lanjut, sila baca di majalah Newsweek edisi 3 May 2004 yang sudah berada di pasaran.

Sekadar sedikit pandangan seorang peminat filem, saya beranggapan bahawa kualiti filem arus perdana di negara Korea Selatan, Thailand dan juga Indonesia sudah jauh meninggalkan kita. Bayangkanlah, kebanyakan filem-filem di sana diarahkan oleh pengarah-pengarah generasi muda serta baru dan boleh dikatakan bahawa tema dan skrip filem arus perdana di sana menyamai taraf filem-filem yang masih tersangkut di taraf bebas di sini.

Jadi tidak boleh dibayangkan bagaimana pula kualiti filem-filem bebas di sana? Saya merasakan bahawa sudah tiba masanya pengarah-pengarah filem generasi baru di sini seperti Osman Ali, Yasmin Ahmad, Ho Yuhang(pelakon kenapa tak percaya di TV3), James Lee, Amir Muhammad dan banyak lagi diberikan perhatian sewajarnya oleh pelbagai pihak.

Bantuan boleh dihulurkan menerusi pelbagai cara, apa yang mustahak adalah agar tema dan skrip yang selama ini berada di dalam golongan 'independen' ini dinaikkan ke arus perdana.

Di Korea, menjadi tradisi di kalangan pembikin filem komersial untuk memberikan sedikit jualan tiket mereka kepada pembikin filem independen. Satu kerjasama yang kelihatan amat baik dan harus dicontohi oleh penggiat industri perfileman di negara ini.

Soalnya boleh atau tidak? Itu terpulang kepada mereka kerana peminat hanya boleh memberi buah pandangan sahaja. Walaupun begitu, satu soalan yang membelenggu kepala otak selama ini adalah adakah penonton Melayu tipikal di negara ini boleh berubah? dan juga adakah penonton pelbagai kaum di negara ini boleh menonton filem-filem yang dihasilkan tidak kira sama ada oleh pengarah berbangsa Melayu, Cina, India, Sabahan dan sebagainya.

Thursday, May 20, 2004

Malaysian Cinema- Part One
Early Malaysian Films Emerge as Savory Multicultural 'Rojak'- By Paul F. Agusta,

During a recent visit to Kuala Lumpur, The Jakarta Post film contributor, Paul F. Agusta, had the opportunity to meet with several important figures in Malaysian cinema to discuss developments on the movie industry there. He will be sharing what he discovered in a series of three articles, of which this is the first, on the history and current state of moviemaking in our neighbor to the north.

*

The history of Malaysian cinema is a surprisingly rich dish of multicultural input reminiscent of the spicy Malay fruit salad known as rojak. Malaysian film mixes a variety of elements deriving from cultural sources as diverse as the British Isles, China, India, and Malaya (as Singapore and Malaysia were known collectively in the early 20th century).

From its bright beginnings with Laila Majnun (1933) produced by Motilal Chemical, a Bombay-based supplier of cinema projector lamp carbons, through the long-lasting influence of the Shanghai-based Shaw Brothers, up to the introduction of the Hollywood inspired studio system in the post-World War II era, Malay cinema functioned to spotlight the various cultural roots that were to define what it would mean to be a Malaysian in later years.

"The invention of cinema is the most momentous event. Cinema is a gift of God. It provides a window to humanity. We must be aware of its history," Hassan Muthalib, Malaysia's highly respected film historian and theorist, said one early April evening over steaming mugs of teh tarik at a busy roadside stall on Jl. Wisma Putra in Kuala Lumpur.

Malay cinema is indeed a window into the soul of the culturally diverse populace of the land that became known as Malaysia.

Proof of this lies in the source material of early Malaysian films. A prime example of this is the Persian-Arabic folktale that inspired Malaysia's maiden cinematic voyage, Laila Majnun, as well as the first few productions by the Shaw Brothers that adapted traditional Chinese tales into a Malay setting, and the Indian influences of early directors, such as B.S. Rajhans, S.Ramanathan and L. Krishnan.

The early movies produced by Run Run Shaw and Runme Shaw, starting in 1938, such as Bermadu (Polygamy) and Mata Hantu (Ghostly Eyes) that carried heavy references to traditional Chinese stories failed to connect with the psyche of the Malay audience, so the enterprising and groundbreaking duo quickly rectified this problem by borrowing more familiar Indian themes and stories, as well as by involving Indian directors in their productions.

The result was a blend of storytelling and musical themes, which better pleased their target market.

Even the Japanese occupation proved auspicious for the development of Malaysian cinema, through still another injection of diverse cultural information. The screening of powerful groundbreaking films by Japan's master directors Kenji Mizoguchi, Akira Kurosawa and Yasugiro Ozu greatly influenced post-war filmmakers in Malaya, in particular cinematic deity, P. Ramlee, whose legacy continues to inform contemporary mainstream productions.

With the exit of the Japanese occupying forces and the influx of the Americans, the influence of the Hollywood studio system made itself felt. The greater efficiency economy and productivity inherent in this imported system allowed the Malaya filmmakers to open the door to what was to be known as the Golden Age of Malay films between 1949 and 1975.

The Shaw brothers revived their movie making activities with a vengeance and opened Malay Film Productions, which brought in more directors from India. In order to gain even more headway into a market they had only begun to explore before the war, the Shaws allowed these directors to write scripts as well as direct them.

These imported directors took popular Indian stories and translated them into English. These tales were then translated into Malay by local writers and served up with garnishes of lavish song and dance sequences. These films charmed the Malay public not only because they were highly entertaining, but also due to the striking similarities between the Malay and Indian cultures that the stories revealed.

The Shaw brothers had hit on a formula that was to inspire a number of other local studios like Lok Wan Tho's Cathay Organization and Ho Ah Lok's Keris Film Productions. These two companies eventually teamed up in 1953 to become the Malay film powerhouse Cathay-Keris Film Productions.

This new film business entity was to give the Shaw brothers a real run for their money in the decades to come.

The sharp competition between Malay Film Productions and Cathay-Keris created some of the most spectacular and memorable movies in Malaysia's cinematic landscape, such as Panggilan Pulau (Call of the Islands), 1954 and Bujang Lapok(The Ragged Bachelors), 1957, from Malay Film Productions, as well as Cathay Keris Film Production's Chinta Gadis Rimba (Love of a Jungle Girl),1958, and Dendam Pontianak (Curse of the Vampires), 1957.

This vying for the hearts of Malaysian moviegoers also made households names of gifted Malay actors, such as Aziz Jaafar, P. Ramlee, Hashimah Yon, Fatimah Ahmad and Umi Kalsom, in both Malaysia and Indonesia.

-- I-box: Check this two websites for more information about the earlier film development in Malaysia:

* www.felix-entertainment.com -- Legendary Malaysian Actor/Director P Ramlee.
* www.shaw.com.sg -- Runrun and Runme Shaw of the legendary Shaw Brothers
Film Productions, pioneers of the Malaysian film industry.


DIGITAL DEKALOGO: A manifesto for a filmless Philippines

Sesuai dijadikan pegangan oleh sesiapa yang berminat untuk membuat filem atau dalam erti kata aku, mereka yang sudah menyampah dengan kebanyakan filem-filem yang dihasilkan oleh seorang kolumnis di akhbar sisipan Bi-Pop, seorang profesor di UiTM dan yang sama waktu dengannya.

(This was read out after the closing-night screening of the Freedom Film Festival in KL. Although written by a Filipino filmmaker for a Filipino audience, I am sure it can be applied here).

Film is dead. It is dead as long as the economy is dead, when public taste and creativity are dead, when the imagination of multi- national movie companies is dead. At millions of pesos per film production, there is not going to be a lot of happy days for the genuine filmmaker, the true artist who wants to make movies, not brainless displays of breasts and gunfire.

But technology has freed us. Digital film, with its qualities of mobility, flexibility, intimacy, and accessibility, is the apt medium for a Third World country like the Philippines. Ironically, the digital revolution has reduced the emphasis on technology and reasserted the centrality of the filmmaker, the importance of the human condition over visual junk food.

Film is dead. Please omit flowers.

I
Economics: A minute of celluloid film including processing costs around R1500. A minute of digital film costs around P3. Do the math. A galaxy of difference.

II
The only way to make a film is to shoot it. Shoot when you can. Do not delay. If you can finish everything in a day, why not? Sloth is the enemy of the Muse. The shadow filmmaker has now run out of excuses.

III
Your digital camera will not turn you into an instant Von Trier, Figgis or Soderbergh. Your attitude towards filmmaking should be that of an amateur: half-serious, playful, light, not heavy, thus without baggage. There are no mistakes The important thing is you
learn.

IV
Utilise all elements within your resources. If you have a knack for music, score your own soundtrack. If you have writing skills, craft your own screenplay. If you have money, invest in gear. If you have none of the above, make sure you have good friends.

V
Work within a minimized budget, cast, crew, location and shooting schedule. Artificial lighting is not a necessity. The story is king. Everything else follows.

VI
Work with what you have. Release the bricoleur within. You are not a studio. Accept your present condition. Start here.

VII
Forget celebrities. Fuck the star system. Work only with those who are willing to work with you, and those who are dedicate to the craft. Avoid pretentious hangers-on with hidden agendas. Use a lie detector if needed.

VIII
Work with humble, patient, passionate and courageously creative people. Ignore people who are the opposite.

IX
If you are alone, do not worry. Digital technology has reduced the crew into an option, rather than a must. Making a film by yourself is now possible. The past is dead. Those who do not change will die.

X
Create first, criticize later. Take care of the quantity. God will take care of the quality – that is, assuming you do believe in God. A filmmaker makes films, period.

In the name of the revolution, Khavn.
www.indieman.com


No Sweat- 100% union-made apparel



Targeting a new breed of consumers with conscience, a United States-based sneaker maker selects an Asian factory that doesn't trample workers' rights

Bienestar International adalah sebuah syarikat pembuat pakaian berskala sederhana yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Syarikat ini mengeluarkan produknya dengan menggunakan label No Sweat.Namun, apakah yang menarik sangat tentang syarikat ini?

"Bienestar International manufactures union-made casual clothing under the brand name No Sweat™. Our clothing is produced by independent trade union members in the US, Canada, and the developing world. We believe that the most viable response to globalization is a global labor movement.

No Sweat defines the market for goods that support independent trade unions - the only historically proven solution to sweatshops. We market direct to consumers, relying primarily on internet sales for distribution. The savings in advertising offset our higher labor costs, enabling us to provide a competitive product and a living wage. We rely on you to help us spread the word!"


Dengan erti kata lain, syarikat ini dilihat telah mengubah struktur industri pakaian yang selama ini dilihat seperti menjadikan pekerja mereka seperti hamba dan sering kali menggunakan tenaga kerja kanak-kanak di dalam usaha mereka mengurangkan kos.

Apa yang lebih menarik lagi adalah di setiap kotak kasut produk mereka disediakan maklumat yang menerangkan faedah-faedah yang diperolehi oleh pekerja mereka seperti di dalam aspek kesihatan sehingga ke elaun beras dan juga pakej pembayaran.

Sebagai contoh, pakej bayaran yang diterima oleh para pekerja di kilangnya di Indonesia menerima gaji melebihi 30% daripada paras gaji minimum di negara tersebut.

Siapakah pengguna sasaran produk syarikat ini?

"No Sweat's appeal will mostly be to activist-oriented consumers and to so-called Generation Y American consumers, born in the early 1980s, predicts Neiman. As opposed to their Generation X predecessors, "Gen Y" people have been exposed to consciousness-raising efforts by their teachers about such topics as sweatshop factories and the environment"

Usaha yang dilakukan ini kelihatan menarik dan sewajarnya diberi pujian, namun apa yang menjadi persoalan adalah adakah produk berjenama No Sweat ini boleh didapati di negara ini? Diharap sesiapa yang pernah ternampak akan produk bernama No Sweat ini, sila beritahu saya.

Untuk membaca artikel lanjut tentang No Sweat ini, sila baca di majalah Far Eastern Economic Review edisi 20 Mei 2004. Klik di sini untuk membaca secara online, kata laluan diperlukan.

Wednesday, May 19, 2004

ISA detainees ‘not abused’ says PM

The Star,

“I have never heard anything specific about such atrocities, unlike those which we have seen taking place at the Abu Ghraib prison in Iraq”

“I dare say that there are no such abuses like those which occurred in Abu Ghraib”


Dua kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Pak Lah, orang nombor satu negara dan disiarkan secara meluas ke seluruh dunia. Apa yang boleh diharapkan daripada rakyat Malaysia sendiri jika orang yang di atas boleh mengeluarkan kenyataan yang memalukan seperti ini.

Penafian melulu tanpa ada menunjukkan keazaman untuk membuat inisiatif atau tindakan susulan benar-benar menunjukkan kepada dunia mentaliti dunia ketiga kita. Pak Lah setakat ini tiada bezanya dengan Tun Dr. M.

Menggunakan hujah balas yang berbunyi seperti, "these were “mischievous” as these types of reports often attracted negative attention to Malaysia, especially when the allegations were so serious" memperlihatkan sifatnya yang tidak jauh berbeza dengan Tun Dr. M dan juga pengikut setianya Zainuddin Maidin.

Sudah tiba masanya rakyat Malaysia menyatakan suara protes mereka dengan kuat. Janganlah asyik menggunakan alasan selesa untuk menidakkan kezaliman akta ISA ini. Jika mereka menganggap diri mereka selesa kerana sudah memiliki kereta Proton, rumah sendiri, pendapatan isi rumah sebanyak RM2000, mereka silap. Andai mereka menganggap mereka betul, Malaysia tipikal adalah gelaran paling sesuai untuk mereka.

Rakyat di negara maju umpamanya serta di Korea dan Hong Kong jauh lebih selesa kehidupan mereka, namun apa yang membezakan mereka dengan mejoriti rakyat 'selesa' Malaysia adalah mereka peka, lantang dan berani keluar dari zon selesa mereka. Bangkitlah wahai warga selesa Malaysia, jadikan keselesaan anda merangkumi keselesaan ekonomi, politik dan sosial.

Malaysian PM denies accusations of 'Iraq-style' torture for jailed militants
Pressure mounts on Malaysia over 'Iraq-style' torture claims
Kes tahanan ISA: Abdullah takut dibandingkan kes Abu Gharib
Torture has been going on for decades in Malaysia
Malaysian PM denies accusations of 'Iraq-style' torture for jailed militants





Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang ISA

Monday, May 17, 2004

Tahniah Zaid Ibrahim!

Timbalan Pengerusi UMNO Kelantan, Zaid Ibrahim telah memberi beberapa pandangan yang agak menarik untuk dianalisis oleh para peminat-peminat politik tanahair di dalam temuramah eksklusifnya bersama akhbar internet Malaysiakini. Di bawah, disiarkan beberapa petikan temuramah beliau tersebut.

[...]

Are you saying Umno must be run by those not in the government?

Not necessarily, they can be (in both the party and the government), but there must be a proper balance. Some of them are suitable to be in the cabinet because they are technocrats and capable (for the job). But these same people may not be good politicians.

There are those who want to fight for the party and for the Malays, who alert the government if it fails to execute its policies properly. But who will undertake this responsibility if the same people (elected) in the party become ministers as well?

[...]

But aren’t party positions more important than cabinet positions?

We must accept that the best person to be prime minister does not necessarily have to be the president of Umno. That’s what I am trying to say. Why should it be the same person? Why must it be a tradition? Ghafar is the classic example..he has no higher education, he is an ordinary guy, but his loyalty and his struggle ... so he was qualified to be deputy president ... he was part of the (party) history.

And yet we changed him ... why? Because we thought somebody else would be a better deputy prime minister. So what I am saying is that in future, we elect candidates who are suitable and good enough to lead the party. It does not matter if he is not suitable for the deputy prime minister or prime minister positions.

If you look at the parliamentary system in other countries, the prime minister is not necessarily the chief of the ruling party. He is just the best person in parliament from that party... If we equate the two positions, we are limiting (the scope). People would think that the prime minister must be the president of his party so that he can consolidate his (government) position. But why must he consolidate so much power because too much power can be damaging.

So this is what I mean by checks and balance in the party structure and the cabinet structure. The constitution provides for this. The constitution doesn’t say the prime minister must be the president of Umno. It states that he/she should be a member of the Dewan Rakyat (Lower House) who has the support of the majority of MPs.

That’s why I am worried that if we do not spell out the difference, every time there is going to be contest for the prime ministership, Umno will break-up and there will be another fight. We should not break-up the party just to select the prime minister. The selection of the prime minister must be done by a different caucus, a different group of people, because that is what the law says.

Let’s say we have a caucus comprising members of the Lower House and have them elect the prime minister. Why do we have to break-up the party. Why must we involve the branches and divisions as what happened in 1987.

If you look at Australia, when Paul Keating challenged Bob Hawke, Keating won because the selection process only involved about 200 MPs. So you don’t break-up the party. Two months later, Keating went to the polls and still won because there was no break-up in the party. This is what democracy in the parliamentary system is all about. You don’t involve the entire party structure.

If we don’t address this issue, then we are going to face the (1987) problem again. How are you going to overcome the problem. Then you go around saying ‘don’t contest that post’, ‘don’t contest this post’. But that is not the solution.

The solution is to identify the right caucus to select the right person. You don’t involve the branches and divisions. The branches and divisions formulate policies for the party’s struggle, and at the supreme council level, present it to the prime minister and it is for the prime minister to decide with the members of his cabinet – what can be done or what cannot be done. And I think that is the way to ensure continuity (in the party leadership). What is happening now is that people want to contest for vice-presidency and deputy president so that they can have a shot at becoming prime minister.


Sila klik di sini untuk temuramah penuh bersama beliau, jika belum berlanggan, sila langgan segera!

Friday, May 14, 2004

Saya rela masuk Umno!- Fathi Aris Omar

Sambutan 3 Mei adalah Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pertama bagi Perdana Menteri yang baru. Bagi yang kecewa, ragu-ragu atau sinis, hubungan tarikh ini dengan Abdullah Ahmad Badawi tidak bermakna apa-apa. Kepada yang berharap-harap (sebut sahaja, berangan-angan), hubungan ini bolehlah difikir-fikirkan.

Abdullah bertuah kerana dianggap oleh penyokongnya, tidak sama dengan perdana menteri lalu, Dr Mahathir Mohamad. Kempen ‘anti-rasuah’ beliau misalnya, berjaya memancing pengundi bersama Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum lepas. Gerhana 1999 sudah berakhir, begitulah penganalisa melihatnya.

Dia juga bertuah kerana pengundi negara ini tidak dapat mengukur apakah yang asasi bagi kesejahteraan politik demokrasi kita - sama ada pertukaran seorang perdana menteri atau sempit-luas ruang kebebasannya?

Enam bulan sebagai perdana menteri masih awal tetapi sudah rancak juga pendekatan baru yang diperkenalkan oleh beliau, misalnya, suruhanjaya polis. Tetapi kita masih menunggu bagaimana dasar atau pendekatan kerajaan beliau berhubung kebebasan media.

Apakah beliau, juga Menteri Dalam Negeri, yang pernah mengharamkan beberapa akhbar dan majalah sepanjang tempoh krisis sejak 1998, akan membetulkan keadaan ini. Tidak sukar, beliau boleh memulihkan permit akhbar mingguan Eksklusif atau memberi semula kekerapan Harakah kepada dua kali seminggu.

Petisyen

BN tidak perlu lagi rasa terancam dengan kemenangan besarnya baru-baru ini. Apatah lagi PAS nampaknya bakal kehilangan kerajaan Kelantan jika BN berjaya memenangi dua (sekurang-kurangnya) petisyen pilihan raya di negeri itu.

Malah, jangan terkejut, silap-silap Harakah sendiri tidak mampu dicetak lapan kali sebulan walaupun Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengizinkannya! Media pembangkang dan independen - termasuk lamanweb atau buku politik - sudah lumpuh sama sekali sejak beberapa tahun lalu.

Penyokong Barisan Alternatif (BA) tidak ghairah lagi membaca atau berkunjung ke ceramah kecuali akibat kehangatan pilihanraya baru-baru ini dan isu-isu susulannya yang menggemparkan. Umumnya, pembangkang sudah layu sebelum berkembang sejak operasi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada April 2001.

Dari saat inilah pembangkang tewas walau mereka cuba menuduh kebarangkalian wujud penyelewengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau tipu daya BN - dengan tidak menafikan pembangkang mempunyai sedikit bukti tetapi ia tidak dapat menjelaskan ketewasan yang sebegitu memalukan bagi saluran-saluran (mengundi) anak muda dan orang tua!

Kita sering membuat dugaan, tindakan-tindakan anti-demokrasi Abdullah dulu atas arahan Dr Mahathir. Sekarang beliau sendiri perdana menteri, bagaimana masih begitu sukar memulihkan keadaan dan nama baiknya? Apakah pemberian semula permit penerbitan atau menarik balik larangan berceramah, akan memberi isyarat bahawa Abdullah sengaja ingin berbeza, jika tidak bertentangan, dengan bekas perdana menteri?

Kita menyebut ‘pemberian semula permit’ walau desakan asal kita untuk menghapuskan konsep serta amalan permit tahunan ini. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) juga tidak terkecuali membuat desakan yang sama lebih setahun lalu.

Aduan

Menghapuskan permit penerbitan sangat radikal bunyinya, apatah lagi untuk dilaksanakan. Mengenali sejarah panjang lagi sistematik penutupan ruang bersuara di negara kita, menyeru idea ‘pemberian semula permit’ mungkin dilihat lebih waras!

Lagipun, beliau juga ingin orang ramai menyampaikan perkara sebenar kepadanya. Bagaimana mungkin masyarakat dapat berbuat demikian jika medianya terkongkong? Bagaimana mungkin kalau masyarakat itu sendiri masih takut-takut bersuara akibat bergentayangan gangguan-gangguan halus dan rasmi?

Budaya takut bersuara itu sendiri bertentangan dengan semangat kempen anti-rasuah. Tubuhlah sebanyak mana suruhanjaya untuk menerima aduan, siapa yang ingin mengadu? Bukalah sebanyak mana alamat e-mel atau lawanweb untuk menyambut aduan jika ketakutan masih berselubung?

Namun sebagai kegiatan politik window-dressing, suruhanjaya dan e-mel boleh mengabui mata banyak pihak. Malah, mata yang kelabu ini telahpun memenangkan BN. Tetapi dua mekanisme ini tidak cukup sebagai saluran maklum balas orang ramai. Ia tidak merangsang perbahasan idea, membuka analisa alternatif atau mengajar rakyat berfikir.

Banyak perkara tidak bersifat aduan khusus untuk tindakan segera. Hubungan pemerintah-rakyat tidak selalu bersifat begitu. Banyak juga urusan kenegaraan bersifat analisa atau perspektif jamak jangka panjang. Di sini, hanya media sahaja boleh berperanan secara berkesan - selain kampus dan kegiatan berpersatuan.

Perbahasan yang rancak harus disertai pelbagai kelompok (perlu ditegaskan: bukan sahaja orang politik) tentang pelbagai isu, termasuk yang sudah sering dibicarakan. Ia memerlukan persekitaran politik yang meraikan kepelbagaian ini, termasuk media politik independen dan bernilai dagang (misalnya, permohonan permit edisi cetak yang dibuat oleh pemilik malaysiakini).

Ehsan

Media yang dikawal oleh parti-parti politik sahaja tidak cukup luas. Mereka menetapkan jenis dan ruang kebebasannya sendiri. Kita sudah memiliki media-media jenis ini walau boleh dibahaskan keberkesanan masing-masing. BN memilik sejumlah besar media berpengaruh tetapi pembangkang diberikan keizinan yang sangat terhad. Lebih terhad kepada pengusaha media bebas.

Bagaimana senario begini boleh wujud? Bagaimana wujud pemuntahan (kalau pun tidak boleh disebut ‘penjajahan’) idea orang politik - kerajaan dan pembangkangnya - terhadap masyarakat? Sedang kelompok-kelompok lain masyarakat tidak mempunyai ruang untuk menyertai debat-debat isu semasa dengan lebih rancak daripada sudut-sudut pandangan mereka sendiri?

Saya mencadangkan kerajaan Abdullah memperkenalkan konsep ‘media ehsan’. Konsepnya lebih kurang begini: Majalah dan akhbar boleh diterbitkan tanpa perlu mendapat permit KDN selagi tidak ditegah secara bertulis kemudiannya - dengan hujah-hujah keselamatan yang konkrit - dan penerbitannya dianggap tidak menyalahi undang-undang.

Ia dianugerahkan ‘secara ehsan’ kepada pengusaha media, wartawan atau penulis kerana ada sekatan rasmi dalam Akta Penerbitan dan Mesin Cetak. ‘Ehsan’ disebut di sini kerana kerajaan terus membiarkan ia beroperasi sehingga timbul hal-hal berbangkit, misalnya diambil tindakan mahkamah atau boleh menggugat ketenteraman awam. Selain dua sebab ini, ‘media ehsan’ terus dibiarkan beroperasi.

Jika syarat tambahan untuk mengoperasikan ‘media ehsan’ perlu kepada seseorang wartawan atau pengusaha itu menyertai Umno, saya dengan rela hati menyertainya. Hari ini, juga! Rasanya kami sudah tidak sanggup berkelahi dengan KDN atau meneruskan kempen ‘kebebasan akhbar’ yang mujarad lagi sia-sia. Kami mengangkat tangan, tewas dan insaf.

Tulisan ini asalnya diterbit dalam Malaysiakini.com (10 Mei 2004). Ia diterbitkan semula di sini dengan izin penulisnya. Beliau dapat dihubungi di fathiaris@yahoo.com