Thursday, March 29, 2007

Konsert 3 Diva menghiburkan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Setelah kali terakhir menonton konsert pop iaitu Konsert Siti Nurhaliza beberapa tahun lalu di Stadium Putra aku kembali ke lokasi yang sama ahad lepas untuk menyaksikan Konsert 3 Diva yang menampilkan tiga penyanyi hebat dari seberang iaitu Titi DJ, Ruth Sahanaya dan Kris Dayanti. Konsert seperti biasa dimulakan agak lewat iaitu sekitar setengah jam, sesuatu yang boleh diterima dan seperti menjadi amalan di mana-mana konsert baik Coldplay, Mogwai, Muse, Pesta Muzik Indonesia, Rock The World sehingga ke gig-gig.

Walaupun beberapa ketika aku terlena dek kerana kepenatan bekerja sebelumnya ditambah dengan ketidakboleh lena walau sesaat pada malam harinya, aku amat berpuas hati menonton konsert ini kerana sistem audio yang bagus, muzik pimpinan Erwin Gutawa yang berkelas dunia, penonton yang agak responsif dan juga rekaan pentas yang sangat cantik. Suasana cukup syahdu tatkala lagu Cinta dinyanyikan Titi dan Ruth Sahanaya dan cukup menghiburkan audien di kala ketiga-tiga penyanyi ini menyampaikan lagu-lagu popular Siti dan Sheila secara medley.

Ahad ini jangan lupa ke Stadium Malawati Shah Alam untuk konsert peghargaan khas ke atas Allahyarham Sudirman.

Sila klik di sini untuk video klip lagu Cinta, maaf kualiti audio agak teruk

Klik di sini untuk ulasan di Utusan Malaysia

Wednesday, March 28, 2007

Politik dan persepsi

Oleh Hishamuddin Rais

Ceritanya begini, dari awal lagi saya ‘kureng’ tertarik dengan lenggok politik kepartian. Paling membosankan diri saya ialah membaca minit mesyuarat yang lalu dan ‘meeting’ yang berjela-jela. Saya telah melintasi 50 tahun dan tidak memiliki banyak masa untuk ‘bermeeting’. Ada ‘benda-benda baru’ yang lebih menarik dan lagi mencabar untuk saya lakukan. Saya tidak sanggup duduk dalam bilik mesyurat berlabon tanpa sempadan. Ini ditambah pula oleh dasar TIDAK boleh menghisap kretek bila ‘bermeeting.’ Saya tutup kes.

Beberapa minggu kebelakangan ini ‘kureng’ saya ini telah dibuktikan apabila saya terbaca dari akhbar dan laman-laman web tentang Ezam dan Azmin.

Saya juga ada menerima teks sms yang bertayakan apakah yang sedang berlaku. Sebenarnya, ada orang yang keliru yang menganggap saya ini ahli PKR. Tidak. Saya tidak pernah menjadi ahli parti politik sama ada yang di atas tanah maupun yang di bawah tanah. Tetapi politik ialah persepsi. Umum terus menganggap saya ini ahli setia PKR.

Politik ialah bacaan orang ramai yang tidak berlandaskan kenyataan. Persepsi ialah anggapan umum terhadap sesuatu pekara. Contonya – Najib Razak dikatakan pernah ditangkap berkhalwat dengan Ziana Zain Port Dickson. Atau Najib Razak dikatakan ada memiliki hubungan sulit dengan arwah Aminah binti Abdullah a.k.a Altantuya. Ini hanya persepsi orang ramai.

Begitu juga dalam kes Ezam dan Azmin. Telah wujud persepsi. Untuk mengetahui apa persepsi orang ramai biar saya bersurah untuk melihat kembali bagaimana persepsi itu timbul. Awal dahulu apabila Anwar Ibrahim dibebaskan dari Sungai Buloh, ramai ‘orang-orang kuat’ PKR yang ingin meletakkan diri mereka sedekat yang boleh dengan Anwar Ibrahim. Justeru, berduyun-duyun si Mamat-Mamat ini terbang ke Munich. Mereka ingin dikenali rapat oleh si Anwar Ibrahim.

Malah ada juga si Mamat yang ingin membelikan saya tiket untuk pergi ke sana. Saya menolak dan menerangkan bahawa saya hanya ke Munich pada bulan Oktober untuk merayakan Oktober Fest. Hasil dari Munich - kita terlihat gambar-gambar pelbagai bentuk ‘orang-orang kuat’ PKR tercegat senyum menghadapi kamera di sebelah katil Anwar Ibrahim. Persepsi politik ketika itu ialah sesiapa yang telah sampai ke Munich akan dianggap sebagai ‘orang dalam’ yang dapat tiket untuk ‘parking’ kereta mereka sehampir mungkin dengan kereta sorong Anwar Ibrahim.

Hari ini ramai ‘orang-orang kuat’ PKR yang telah pergi ke Munich itu telah pencen. Bukan kerana mereka salah ‘parking’ tetapi mereka salah baca politik. Dalam perhitungan mereka, apabila Anwar Ibrahim bebas dari Sungai Buloh, maka si Anwar Ibrahim ini akan menjadi Perdana Menteri. Biar saya nyatakan di sini ketika Anwar dalam penjara dahulu ada orang-orang kuat ini yang menyatakan kepada saya bahawa Anwar Ibrahim ini ada ‘magic politik’. Justeru apabila Anwar bebas, maka politik akan berubah. Ini bukan persepsi politik tapi sebuah cerita dongeng.

Kesah ini diteruskan lagi. Bab kedua disambung apabila PKR telah bergabung dan mula mengenap untuk mantap. Ketika ini timbul pula agenda untuk menjadi ‘pemimpin’. Bila saya melihat ini saya ketawa terbahak-bahak kerana ramai ’orang-orang kuat’ ini, entah dari pelusuk mana datangnya tup tup ingin hendak menjadi pemimpin. Dengan ‘parking’ di sebelah kereta sorong Anwar, pada persepsi mereka, mereka adalah pemimpin dan perlu menjadi YB. Ha ha ha ha.

Kali ini timbul pula satu lagi kes ‘parking’. Ceritanya bagini: Selalu kita dengar bahawa Anwar Ibrahim ini akan masuk kembali ke dalam United Malay National Organisations. Atau hanya dengan ‘rujuk’ kepada parti ini maka barulah peluang si Anwar untuk menjadi PM akan termakbul. Ini juga persepsi.

Untuk meledakkan persepsi ini dan membuktikan kepada umum bahawa Anwar tidak gila talak maka Anwar wajib memimpin PKR dan bukan hanya menjadi penasihat. Bila ini hendak dilakukan maka banyak ‘kereta-kereta’ Mercedes, Jaguar, Volvo, Bently, Wira mula beralih-alih untuk ‘reparking’ sekali lagi. Kereta Kancil, Proton Saga, Kelisa perlu diketepikan sedikit. Cap chai, basikal dan pejalan kaki yang dahulunya barisan depan ketika berdemo wajib memberi laluan. Maka dari sini timbullah kasus (istilah Mat Indon) Ezam dan Azmin. Kesnya ialah untuk mencari tempat parking kereta-kereta siapa yang lebih hampir dengan kereta sorong Anwar Ibrahim.

Saya kenal baik dengan Ezam dan Azmin. Kalau tidak ada gerakan Reformasi tidak mungkin saya mengenali mereka berdua secara peribadi. Malah pertama kali saya mengenali Azmin ialah di rumah pasong Jalan Stadium. Kami ditangkap. Esoknya saya diberitahu ada gambar saya dan Azmin yang sedang bergari di muka hadapan Utusan Malaysia. Kami masuk lokap selama satu minggu atas tuduhan berkumpul di Masjid Negara apabila Anwar di racun. Semenjak itu saya kenal baik dengan Azmin.

Ketika saya di Kamunting Azmin ialah seorang YB, maka dia telah banyak membantu perjuangan dalam sel dan di luar sel. Dia meneruskan tradisi jalan raya yang pada ketika itu tidak dapat diteruskan oleh Ezam kerana Ezam juga sedang ditahan.

Ketika perbicaraan kes Anwar diracun dijalankan, saya selalu bersembang dengan Azmin. Anak muda lulusan Ilmu Hisab dari Amerika ini cukup teratur gerak kerjanya. Dia memiliki gerak kerja yang rapi mungkin hasil latihan dalam disiplin ilmu matematik yang memerlukan pemikiran yang teratur. Pernah satu ketika dia mengambil alamat rumah saya dan beberapa bulan kemudian saya menerima kad selamat hari raya. Episod ini meyakinkan saya bahawa Azmin memiliki pendekatan kerja yang tersusun. Pengurusan Azmin rapi, untuk saya pengurusan rapi ini adalah satu jalur kekuatan berorganisasi.

Ezam pula saya kenali kali pertama di Jelebu, di daerah kampung saya. Ketika itu dia berceramah di pekan Simpang Durian. Ini zaman awalan sebelum ombak Reformasi menggunung. Ketika itu Ezam baru pulang dari Indonesia. Saya hanya menebeng mendengar sebagai orang Jelebu tetapi selesai ceramah saya dijemput minum teh bersama rombongan Ezam.

Di Kamunting, saya mengenali lebih rapat manusia yang bernama Ezam Mat Nor. Jiwanya keras dan berani. Pidatonya lunak dan membakar semangat. Anak-anak muda para demonstran akan terpesona dengan pidato Ezam. Malah ketika disoal siasat di bawah ISA, cara pidato Ezam ini ditimbulkan kerana pidatonya dianggap ‘terlalu membakar’. Susuk anak muda Ezam dilihat sebagai pengkristelan gerakan rakyat di jalan raya yang saya amat senang sekali.

Ezam dan Azmin ini memiliki kekuatan dan ketrampilan yang berbeza-beza. Bayangkan jika kedua-dua susuk ini berganding dan saling isi mengisi pasti PKR akan menjadi lebih unggul. Maka di sinilah saya lihat mereka berdua ini kurang arif dalam bacaan politik. Untuk saya, mereka ini seperti gajah yang memiliki kekuataan tetapi kerana telinga terlalu besar maka si gajah gagal melihat badannya yang berkudrat. Lalu gajah-gajah ini bertandak ke hulu ke hilir sehinggakan rosak tanaman-tanaman subur yang baru membesar.

Saya berharap Ezam dan Azmin tidak memiliki persepsi bahawa esok atau lusa Anwar Ibrahim akan menjadi PM. Jika ini persepsi politik mereka atau persepsi sesiapa sahaja yang ingin ‘parking’ dekat kereta sorong Anwar Ibrahim, maka saya begitu yakin mereka akan mendapat rentapan elektrik yang mengejutkan.

Pada ketika ini, dalam suasana struktur politik yang sedia wujud hari ini, dalam gelanggang pilihan raya yang wujud pada hari ini, adalah MUSTAHIL untuk sesiapa pun dapat mengalahkan Barisan Nasional. Ini bukan persepsi. Ini hakikat politik. Magic politik yang dimilki oleh Anwar Ibrahim tidak akan mujarab jika PKR tidak tersusun seperti rapinya Azmin Ali menyusun dairi hariannya. Gerakan rakyat juga akan terbantut jika suara dan tenaga Ezam tidak di jalan raya tetapi sibuk menangkis tuduhan itu dan ini.

Malah ada kemungkin jika gelagat ‘ parking dan reparking’ ini berterusan maka kerusi PKR yang satu di Permatang Pauh itu pun akan lenyap. Ini adalah persepsi orang ramai. Persepsi politik orang ramai ini penting kerana merekalah yang akan memangkah undi.

Siapa betul siapa salah tidak timbul dalam persepsi politik. Dalam kes Ezam dan Azmin ini, saya hanya berharap kebosanan rakyat untuk berparti tidak sampai ke tahap diri saya. ‘Kureng’ saya pada ketika ini telah sampai ke tangga bosan dan meluat dengan orang yang bercita-cita untuk menjadi wakil rakyat tetapi TIDAK pernah menyusun rakyat.

Tuesday, March 13, 2007

Perhimpunan Bantah Kenaikan Kadar Tol

Protes – Gabungan Bantah Kenaikan Kadar tol akan mengadakan perhimpunan kelima Ahad depan (18 Mac), jam 4 petang, di depan Summit Square, USJ Subang Jaya.

Risalah Maklumat Kenaikan Tol :

Bahasa Malaysia
English

Tolong muat turun dan sebarkan.

Orang ramai digesa untuk hadir ke perhimpunan bantah kenaikan kadar tol tersebut kerana rakyat berhak untuk mengetahui kandungan perjanjian konsesi yang melibatkan kepentingan umum.

Pimpinan parti pembangkang, kesatuan, pertubuhan bukan kerajaan dan mahasiswa akan turut hadir untuk menyampaikan ucapan berkenaan hak rakyat dan kenaikan kadar tol.

Walaupun Menteri Kerjaraya Samy Vellu menyatakan bahawa perjanjian konsesi lebuhraya bukan rahsia rasmi dan kerajaan akan mendedahkan perjanjian yang selainnnya, namun kata-kata tersebut seolah-olah melepaskan batuk di tangga.

Protes berasa kecewa terhadap kerajaan kerana tidak mendedahkan perjanjian konsesi lebuhraya yang selainnya seperti yang dijanjikan dan sikap Samy Vellu kerana enggan meminta maaf terhadap empat orang pemimpin parti pembangkang yang dituduh melanggari Akta Rahsia Rasmi.

Apa yang amat dikesali adalah Samy Vellu memarahi Angkatan Muda Keadilan kerana mendedahkan perjanjian konsesi Smart Tunnel dan menyuruh mereka masuk ke neraka.

Protes berpendirian bahawa sikap Samy Vellu sebagai seorang Menteri adalah tidak wajar sekali. Kerajaan seharusnya menyahut permintaan rakyat untuk mendedahkan semua perjanjian dan menjelaskan kepada rakyat sebab musabab perjanjian tersebut merugikan rakyat dan bukan memarahi rakyat serta tidak mengendahkan desakan rakyat.

Dr Hatta Ramli
Setiausaha PROTES

Perhimpunan Bantah Kenaikan Kadar Tol - Laman web PKR


Monday, March 12, 2007

Chinese New Year with Suki!

Suki Fan Club

Aku sebagai salah seorang peminat Suki yang menggelarkan diri mereka sebagai Supersukis telah menghadiri sambutan Tahun Baru Cina bersama Suki yang kawaii di Station One Caffee di Subang. Sekitar lebih 20 peminat baru dan lama yang hadir, di antaranya ialah Simon, Max, Alex, Darren, Jackson (MU fans), Gymnast, Collin, Carmen, Jasmine, Celine, Shin, Justice, Telle, Javier, Eejay, William, Kaima, Christine, Vincent, SuperMC Ostrova (Arsenal fans) dan Aileen aka Lady001 yang bertanggungjawab menguruskan acara ini.

Keseluruhannya acara ini memang fun giler dengan telatah Suki yang masih kebudak-budakan dan sporting. Rakan-rakan Supersukis yang lain juga amat peramah dan ini memudahkan aku untuk klik dengan begitu senang. Apa yang pasti ini bukanlah acara terakhir yang aku akan sertai dan diharap perjalanan kareer Suki yang masih panjang ini diisi dengan kejayaan dan kegemilangan dan jangan lupa, Suki akan mengambil keputusan SPM hari ini dan aku mendoakan agar Suki mencatat keputusan yang cemerlang. Amin! Berikut laporan dari Lady001.

Chinese New Year Gathering (Review) at Station One, Subang, 12pm to 4pm.

The chinese new year gathering with Suki was organised by Supersukis (SUKI FAN CLUB).It was held at Station One , Subang. A very nice place.We managed to make a reservation at the first's floor just for SUKI and the SUpersukis.. The registration started at 12pm.Two of the earliest guests were EEJay and Wan. They were early even before the registration started..:)

After most of the guest have arrived. Ostrova ,the SUPERMC called out all those who were the first timers for Suki¡¦s gathering for self-introductions. You are all welcome The NEW SUPERSUKIS.

Around 1.30pm Suki arrived. The event began with a short interview with Suki by Ostrova. After that, every guests were given a task to do which was to draw themselves in on a piece of paper. While everyone was busy drawing themselves, Suki was also busy..She was drawing everyone's face..hehe even Jasmine who was absent on that day...oops not face but hehe guess what Suki has written.... she thought of Jasmine...."OOPS SHE DID"T COME TODAY!"

After drawing, each of them were asked to put in the box which was divided into the F (FEMALE) AND M (MALE). The pictures were kept aside for the game session.

Around 2.00pm, there were 3 gals and 3 males were selected to peel the orange. It was an ice-breaking game before lunch. The guys won. Yeah, The “Supermen/superboys” took the lead this time.

After around 30 minutes, everyone was settled down again and the guests were entertained by Supersukis in the IMITATE SUKI CONTEST. The participants were Telle, the cool guy but among the most sporting SUPERSUKIS, Gymnast who was the shygal but a loud applause to her as she dare herself to “try her luck” at the stage and the Suki4Eva. Guess who were the judges? There were Sukinaz(Suki), Vincent Moss (Vincent) and a guest judge, SukaSukizham(SukaSUki).They were really good at imitating the original judges from OIAM and almost look like professional ones. Yes!Yes! Applause to these judges.

The first to perform was Sukilin (Suka4Eva) followed by Sukigym(Gymnast) and Telleki (Telle). The winner was Telle! For those who missed his performance, really rugilar…eheheh. He won a poster with Suki’s signature and Laconic voucher.

The next show was the Fashion Show and the participants were Mike Chin, Mrs. Tang, SukaSuki and Lady001.hehe me. Gosh why me???!!
All the contestants were asked to catwalk and answered a question by Ostrova… The winner was…. Errr? Why Me??

Ok. Guys this is the next exciting and the most romantic moments. The next game, “The Love Birds”. Remember those pictures were drawn by all the SUPERSUKIS..hehe, Suki chose 3 ladies from the F box and then each of them chose the pictures in M box and they were paired up and chose again from the ang pow what they were supposed to do.

The first couple, Idolfan and “Beat it, beat it” oppps not Michael Jackson.. it was Jackson…yeah. Jackson had to recite the poem and Idolfan had to use the most lovingly way to express her love for him.hehhe SukaSuki, err jangan mare yie…acting only. And they both did great… Jackson,jaga-jaga….kekek…
Jackson bent on his knees and started to recite the poem with oooo and ahhh from the audience...

Then the next couple, Mikeboyz and Carmen, luvly Carmen……Mikeboyz did the propose and Carmen imagined herself as a 65 years old who expressed her feelings in the most loving way… “After 40 years old of marriage……"Carmen can you continue with the lines….hehehe so so sweet…

The last but not least, the young love birds, Celine and Javier, the one Suki called him “Leng Chai”…Javier, you must be blushing.. Celine was Supercute when she did that acting taking care of her loved one who is sick….” Eat ah, can you eat, if not,I eat all arr…". Hehe, and in return to her kindness, Javier who was initially too shy can say the most silent guy in the bunch and he can actually sing. He sang “Forever Love” by Wang Lee Hom….even Suki was amazed ..and the most loving couple were Celine and Javier. They both won a Ragnarok lamp , a laconic voucher and the Best of TOp3 posters with Suki’s signature.

I can say that everyone was so good in expressing themselves. For me, everyone is the winner here. All very talented…hehe

Then around 4.00pm here comes the photo session and album sales. Only a few left from 20 pieces.

After that, before the gathering ends, one of the fans presented lovely flowers for Suki…. It was from EEjay and Wan. And Lady001 as the representative of SUPERSUKIS presented the Chinese new year card with all the SUPERSUKIS's signatures(those who attended on that day only) to our lovely Suki. SUki you complete the wonderful cny gathering and also the supportive fans- THE SUPERSUKIS!

Klik di sini, di sini dan di sini untuk video


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Big Happy CNY card for Suki

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Lukisan Suki

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Introduce myself

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Suki ditemuramah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Suki sedang melukis

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Antra Supersukis yang hadir

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sibuk melukis

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Jackson, aku dan Javier

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bersama Sheen Yen Aun aka Justice

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aikkk..dah dapat baby

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Telle pemenang OIAM versi Suki

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Judges OIAM versi Suki

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Komentar pedas dari Suki

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Lovely couple, Javier & Celine

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Lady001 menyampaikan kad ucapan CNY

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Supersukis family

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
bersama Suki

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Wednesday, March 07, 2007

Sigur Ros

Sigur Ros Official Website
Sigur Ros - Wikipedia

Aku mula meminati band post-rock dari Iceland Sigur Ros melalui bekas pengurus aku di Borders yang rock, Melisa. Kata Melisa, lagu band ini seakan-akan Mogwai yang aku sangat suka ketika itu dan setelah berjaya memuat turun dari internet beberapa trak lagu dari album An Alright Star, aku sudah mula meminatinya.

Selang beberapa bulan kemudian, album berjudul Takk dirilis yang terkandung dua buah lagu yang aku sangat minati iaitu 'Glosoli' dan 'Hoppipolla'. Setelah impian melihat Ian Brown, Oasis, Placebo, Franz Ferdinand, Snow Patrol, Mogwai, Coldplay dan Muse beraksi di depan mata menjadi kenyataan. Menjadi harapan aku untuk menyaksikan Sigur Ros yang sempat singgah di Hong Kong tahun lepas beraksi di bumi Asia Tenggara tidak kira Singapura, Jakarta, Bangkok ataupun KL. Di dalam masa yang sama, aku juga menanti The Killers, Mars Volta, Bloc Party dan pastinya Radiohead, sama-sama berdoa.

Craving for change - The Star