Tuesday, March 13, 2007

Perhimpunan Bantah Kenaikan Kadar Tol

Protes – Gabungan Bantah Kenaikan Kadar tol akan mengadakan perhimpunan kelima Ahad depan (18 Mac), jam 4 petang, di depan Summit Square, USJ Subang Jaya.

Risalah Maklumat Kenaikan Tol :

Bahasa Malaysia
English

Tolong muat turun dan sebarkan.

Orang ramai digesa untuk hadir ke perhimpunan bantah kenaikan kadar tol tersebut kerana rakyat berhak untuk mengetahui kandungan perjanjian konsesi yang melibatkan kepentingan umum.

Pimpinan parti pembangkang, kesatuan, pertubuhan bukan kerajaan dan mahasiswa akan turut hadir untuk menyampaikan ucapan berkenaan hak rakyat dan kenaikan kadar tol.

Walaupun Menteri Kerjaraya Samy Vellu menyatakan bahawa perjanjian konsesi lebuhraya bukan rahsia rasmi dan kerajaan akan mendedahkan perjanjian yang selainnnya, namun kata-kata tersebut seolah-olah melepaskan batuk di tangga.

Protes berasa kecewa terhadap kerajaan kerana tidak mendedahkan perjanjian konsesi lebuhraya yang selainnya seperti yang dijanjikan dan sikap Samy Vellu kerana enggan meminta maaf terhadap empat orang pemimpin parti pembangkang yang dituduh melanggari Akta Rahsia Rasmi.

Apa yang amat dikesali adalah Samy Vellu memarahi Angkatan Muda Keadilan kerana mendedahkan perjanjian konsesi Smart Tunnel dan menyuruh mereka masuk ke neraka.

Protes berpendirian bahawa sikap Samy Vellu sebagai seorang Menteri adalah tidak wajar sekali. Kerajaan seharusnya menyahut permintaan rakyat untuk mendedahkan semua perjanjian dan menjelaskan kepada rakyat sebab musabab perjanjian tersebut merugikan rakyat dan bukan memarahi rakyat serta tidak mengendahkan desakan rakyat.

Dr Hatta Ramli
Setiausaha PROTES

Perhimpunan Bantah Kenaikan Kadar Tol - Laman web PKR


No comments: