Thursday, March 29, 2007

Konsert 3 Diva menghiburkan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Setelah kali terakhir menonton konsert pop iaitu Konsert Siti Nurhaliza beberapa tahun lalu di Stadium Putra aku kembali ke lokasi yang sama ahad lepas untuk menyaksikan Konsert 3 Diva yang menampilkan tiga penyanyi hebat dari seberang iaitu Titi DJ, Ruth Sahanaya dan Kris Dayanti. Konsert seperti biasa dimulakan agak lewat iaitu sekitar setengah jam, sesuatu yang boleh diterima dan seperti menjadi amalan di mana-mana konsert baik Coldplay, Mogwai, Muse, Pesta Muzik Indonesia, Rock The World sehingga ke gig-gig.

Walaupun beberapa ketika aku terlena dek kerana kepenatan bekerja sebelumnya ditambah dengan ketidakboleh lena walau sesaat pada malam harinya, aku amat berpuas hati menonton konsert ini kerana sistem audio yang bagus, muzik pimpinan Erwin Gutawa yang berkelas dunia, penonton yang agak responsif dan juga rekaan pentas yang sangat cantik. Suasana cukup syahdu tatkala lagu Cinta dinyanyikan Titi dan Ruth Sahanaya dan cukup menghiburkan audien di kala ketiga-tiga penyanyi ini menyampaikan lagu-lagu popular Siti dan Sheila secara medley.

Ahad ini jangan lupa ke Stadium Malawati Shah Alam untuk konsert peghargaan khas ke atas Allahyarham Sudirman.

Sila klik di sini untuk video klip lagu Cinta, maaf kualiti audio agak teruk

Klik di sini untuk ulasan di Utusan Malaysia

No comments: