Anwar di Sunday Star
Tatkala menunggu perlumbaan F1 dimulakan di Litar Sepang, aku seperti hari-hari minggu yang lain pasti akan membaca akhbar Sunday Star kerana artikel yang terkandung di dalamnya. Tetapi hari ini di tengah panas terik aku menjadi sedikit terkejut apabila Sunday Star menyiarkan artikel setebal tiga muka surat tentang Anwar Ibrahim. Alhamdulillah kerana ia bersifat objektif serta banyak yang positif di dalamnya dan penulis artikel ini sendiri iaitu Andrew Sia terkenal dengan gaya penulisan yang agak bebas dan kritikal.
Melalui siri ceramah-ceramah dan diskusi-diskusi yang aku hadiri melibatkan Anwar sejak beliau bebas, aku menaruh keyakinan penuh terhadap beliau untuk menerajui Malaysia yang lebih bebas, adil, terbuka dan maju. Tiada ahli politik yang dapat menandingi karisma dan agenda Malaysia beliau yang sangat cerah di waktu ini. Soal kesilapan yang dilakukan semasa berada di dalam UMNO, kita maafkan saja tetapi jangan dilupakan supaya menjadi iktibar untuk kita generasi muda memilh jalan ke hadapan.
Agenda Ekonomi Baru cetusan beliau dan PKR merupakan sumber daya penarik yang sangat penting untuk mengajak rakyat Malaysia menumbangkan rejim angkuh Barisan Nasional. Soalnya adakah rakyat Malaysia bersedia? Kalau bersedia jangan lupa mendaftar menjadi pemilih, jika tidak sia-sia saja hasrat itu.
Apapun kita tetap akan menghormati jika majoriti rakyat Malaysia tetap memilih BN walaupun kita tahu ramai daripadanya terkeliru dan diperbodohkan oleh media milik kerajaan. Kepada mereka yang sedar akan risiko memilih pembangkang, kita tidak menafikan kecerdikan mereka tetapi tidak kepada mereka yang tidak ingin sedar. Sekurang-kurangnya jika BN yang dipilih aku masih dapat turun ke Sepang menonton FI, hehe. (harap2 Anwar jika dipilih dapat meneruskan projek F1 serta Moto GP dan juga konsert-konsert rock)
No comments:
Post a Comment