Wednesday, May 12, 2004



Temuramah bersama Sinittra Boonyasak



Siapa Sinittra Boonyasak? Kepada sesiapa yang telah menonton filem Last Life in The Universe dari negara Thailand pastinya akan mengetahui akan aktres ini. Lakonannya di dalam filem ini harus dipuji dan ia amat mengesankan saya.

Sila klik di sini untuk membaca petikan temuramah beliau dengan wartawan majalah Bangkok Etcetera. Filem ini diarah oleh Pen-Ek Ratanaruang yang sebelum ini telah mengarah filem Fun Bar Karaoke, Ruang talok 69 dan Monrak Transistor yang baru-baru ini ditayangkan di saluran 20 di Astro.

Kepada sesiapa yang belum menonton filem yang memenangi anugerah di Festival Filem Venice dan terpilih untuk mewakili Thailand di dalam anugerah Oscars tahun ini, sila kunjungi Golden Screen Cinemas di Mid Valley.

No comments: