Wednesday, May 19, 2004

ISA detainees ‘not abused’ says PM

The Star,

“I have never heard anything specific about such atrocities, unlike those which we have seen taking place at the Abu Ghraib prison in Iraq”

“I dare say that there are no such abuses like those which occurred in Abu Ghraib”


Dua kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Pak Lah, orang nombor satu negara dan disiarkan secara meluas ke seluruh dunia. Apa yang boleh diharapkan daripada rakyat Malaysia sendiri jika orang yang di atas boleh mengeluarkan kenyataan yang memalukan seperti ini.

Penafian melulu tanpa ada menunjukkan keazaman untuk membuat inisiatif atau tindakan susulan benar-benar menunjukkan kepada dunia mentaliti dunia ketiga kita. Pak Lah setakat ini tiada bezanya dengan Tun Dr. M.

Menggunakan hujah balas yang berbunyi seperti, "these were “mischievous” as these types of reports often attracted negative attention to Malaysia, especially when the allegations were so serious" memperlihatkan sifatnya yang tidak jauh berbeza dengan Tun Dr. M dan juga pengikut setianya Zainuddin Maidin.

Sudah tiba masanya rakyat Malaysia menyatakan suara protes mereka dengan kuat. Janganlah asyik menggunakan alasan selesa untuk menidakkan kezaliman akta ISA ini. Jika mereka menganggap diri mereka selesa kerana sudah memiliki kereta Proton, rumah sendiri, pendapatan isi rumah sebanyak RM2000, mereka silap. Andai mereka menganggap mereka betul, Malaysia tipikal adalah gelaran paling sesuai untuk mereka.

Rakyat di negara maju umpamanya serta di Korea dan Hong Kong jauh lebih selesa kehidupan mereka, namun apa yang membezakan mereka dengan mejoriti rakyat 'selesa' Malaysia adalah mereka peka, lantang dan berani keluar dari zon selesa mereka. Bangkitlah wahai warga selesa Malaysia, jadikan keselesaan anda merangkumi keselesaan ekonomi, politik dan sosial.

Malaysian PM denies accusations of 'Iraq-style' torture for jailed militants
Pressure mounts on Malaysia over 'Iraq-style' torture claims
Kes tahanan ISA: Abdullah takut dibandingkan kes Abu Gharib
Torture has been going on for decades in Malaysia
Malaysian PM denies accusations of 'Iraq-style' torture for jailed militants





Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang ISA

No comments: