Monday, May 31, 2004



Mari Menonton Filem Ho Yuhang!

Min
3 Jun, Khamis
7.00 malam
80 minit
GSC Mid Valley


Kepada sesiapa yang meminati karakter Ho Yuhang sebagai aktor di dalam iklan yang sering disiarkan sebelum berita di TV3, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem sulungnya yang akan ditayangkan bersempena dengan Festival Filem Perancis.

Ho Yuhang yang terkenal dengan ayat "kenapa? tak percaya" ini sememangnya amat berbakat besar dan mempunyai idea yang kreatif di dalam penghasilan filem-filemnya. Beliau sebelum ini telah menghasilkan banyak filem dan dokumentari pendek seperti Camera Degree Zero, Semangat insan - Masters of Tradition, Good Friday at the Zoo, Not Far From Here dan Classroom yang baru-baru ini ditayangkan di Freedom Film Fest.

Classroom juga telah mendapat tempat kedua di dalam kategori professional di belakang filem Amir Muhammad, The Big Durian di dalam festival tersebut. Berbalik kepada filem Min, ia menceritakan tentang kisah seorang gadis Cina yang telah dijaga oleh keluarga Melayu yang ingin mencari ibu kandungnya semula. Bermula saat itu, kita akan menonton perjalanan gadis ini yang pastinya akan menyentuh emosi.

Filem ini juga telah memenagi anugerah khas juri di Festival Filem 3 Benua yang berlangsung Nantes Disember tahun lalu. Selain itu, filem ini juga telah menggondol pingat perak di dalam kategori Filem Asean(60min ke atas) di MVA 2003 dan juga anugerah khas bagi kategori indie di Festival Filem Jeonju.

Menyentuh tentang Ho Yuhang, selain dikenali daripada wajahnya yang selamba dan kelakar, beliau juga dilihat sebagai seoarang yang mempunayi kesedaran sosial yang amat baik dan ini dapat dilihat menerusi penghasilan filem-filem beliau.

Beliau yang turut sama berlakon di dalam filem Yasmin Ahmad, Rabun juga diharap dapat mengubah wajah industri perfileman Malaysia yang agak lesu dari segi dan tema dan skrip filem.

Hmm, saya sering melihat kelbat beliau di sekitar Bangsar dan saya juga ada terlihat beliau bersama seorang wanita yang agak cantik sdi Dewan Peladang sewaktu menghadiri kempen pilihanraya calon Keadilan bagi Parlimen PJ Selatan, Sivarasa Rasiah.

No comments: