Friday, May 21, 2004

Hollywood East



Why Korean Filmmakers Are Now Beating America's Biggest Blockbusters?, untuk mengetahui lebih lanjut, sila baca di majalah Newsweek edisi 3 May 2004 yang sudah berada di pasaran.

Sekadar sedikit pandangan seorang peminat filem, saya beranggapan bahawa kualiti filem arus perdana di negara Korea Selatan, Thailand dan juga Indonesia sudah jauh meninggalkan kita. Bayangkanlah, kebanyakan filem-filem di sana diarahkan oleh pengarah-pengarah generasi muda serta baru dan boleh dikatakan bahawa tema dan skrip filem arus perdana di sana menyamai taraf filem-filem yang masih tersangkut di taraf bebas di sini.

Jadi tidak boleh dibayangkan bagaimana pula kualiti filem-filem bebas di sana? Saya merasakan bahawa sudah tiba masanya pengarah-pengarah filem generasi baru di sini seperti Osman Ali, Yasmin Ahmad, Ho Yuhang(pelakon kenapa tak percaya di TV3), James Lee, Amir Muhammad dan banyak lagi diberikan perhatian sewajarnya oleh pelbagai pihak.

Bantuan boleh dihulurkan menerusi pelbagai cara, apa yang mustahak adalah agar tema dan skrip yang selama ini berada di dalam golongan 'independen' ini dinaikkan ke arus perdana.

Di Korea, menjadi tradisi di kalangan pembikin filem komersial untuk memberikan sedikit jualan tiket mereka kepada pembikin filem independen. Satu kerjasama yang kelihatan amat baik dan harus dicontohi oleh penggiat industri perfileman di negara ini.

Soalnya boleh atau tidak? Itu terpulang kepada mereka kerana peminat hanya boleh memberi buah pandangan sahaja. Walaupun begitu, satu soalan yang membelenggu kepala otak selama ini adalah adakah penonton Melayu tipikal di negara ini boleh berubah? dan juga adakah penonton pelbagai kaum di negara ini boleh menonton filem-filem yang dihasilkan tidak kira sama ada oleh pengarah berbangsa Melayu, Cina, India, Sabahan dan sebagainya.

No comments: