Rahsia Kegagalan Hidup- Hernando De Soto
Gambarkan sebuah negara yang tidak mempunyai undang-undang lengkap hak milik hartanah swasta sehingga tidak dapat dikenalpasti siapa miliki apa. Negara yang alamat rumahnya sukar disahkan sehingga orang tidak boleh dipaksa membayar hutang mereka; sebuah sistem yang tidak membenarkan rumah dan perniagaan dijadikan cagaran bagi mendapatkan pinjaman. Bayangkan sistem hak milik yang tidak membenarkan perniagaan yang berjaya tidak dapat mengagih-agihkan stok untuk dijual kepada pelabur sehingga tiada satu kaedah pun yang seragam dan berdaya maju untuk memperincikan aset.
Selamat datang kepada rutin seharian dunia ketiga yang menjadi penempatan bagi 5/6 penduduk dunia. Kehidupan mereka membayangkan sejenis paradok: kapitalisme seharusnya menjadi penyelesaian kepada masalah kemunduran sejagat, tetapi, setakat ini ia tidak mempunyai peluang untuk dibuktikan. Apa yang lebih malang ia tidak pernah pun dicuba. Dalam sebuah ekonomi kapitalis semua operasi diasaskan kepada undang-undang hartanah dan urus niaga berkaitannya, tetapi undang-undang hartanah di Dunia Ketiga tidak menyenarai 80% aset dan urus niaga penduduknya. Orang miskin terasing jauh daripada kegiatan ekonomi, seperti kaum berkulit hitam dan kaum miskin kulit putih di zaman pemerintahan apartheid di Afrika Selatan. Kenapa perkara ini begitu penting? Program-program reformasi mikroekonomi konvensional selalu mengabaikan golongan miskin, dengan andaian mereka tidak mempunyai sebarang sumber untuk membina dan menjana nilai agregat. Kesilapan besar: saya, bersama kumpulan penyelidik saya, baru-baru ini menamatkan satu siri kajian terhadap ekonomi bawah tanah di Dunia Ketiga dan merumuskan bahawa sebenarnya golongan miskin tidaklah terlalu daif seperti sering disangkakan.
Aset mereka di Peru mencecah jumlah 90 ribu juta dollar, atau sebelas kali ganda nilai semua stok yang tersenarai di pasaran sahan Peru dan 40 kali ganda jumlah bantuan asing yang diterima negara itu sejak akhir perang dunia kedua. Di Mexico jumlah itu dianggarkan 315,000 juta, 7 kali ganda nilai PAMEX, syarikat minyak kebangsaan negara tersebut. Masalah sebenar terletak pada hakikat golongan miskin dan kelas menengah tidak diizinkan menggunakan set mereka sebagaimana kelas tasana berbuat demikian. Satu daripada cabaran-cabaran besar politik yang dihadapi Dunia Ketiga ialah untuk menggerakkan barangan-barangan ini dari sektor "di luar proses undang-undang", seperti yang ada hari ini kepada suatu sistem hak milik sah yang kurang mengongkong, yang membolehkan aset tersebut lebih produktif kepada semua pihak selain menjana modal untuk pemilik-pemiliknya.
Kerajaan-kerajaan Dunia Ketiga telah berjaya membuktikan bahawa tidak mustahil untuk mereformasikan sistem hak milik yang lemah, sekurang-kurangnya apabila berurusan dengan golongan kaya. Contohnya, pada 1990 Syarikat Telefon Peru (CPT) dianggarkan mempunyai nilai 53 juta dollar. Bagaimanapun kerajaan gagal menjual stok CPT kepada pelabur-pelabur asing, akibat masalah hak milik hartanah sejumlah besat asetnya. Kerjaan Peru mengambil keputusan untuk mengumpul pakar-pakar perundangannya bagi menyelesaikan masalah ini sesuai dengan piawaian yang ditetapkan oleh ekonomi sejagat.
Kesannya, harta-harta dengan mudah ditukar kepada stok. Peraturan-peraturan untuk melindunggi pihak ketiga dan untuk menanam keyakinan bagi menggalakkan kredit dan pelabur-pelabur pun dijanakan. Pasukan pakar perundangan itu juga menggubal undanga bagi litigasi kes-kes harta pusaka, dengan memirau sistem kehakiman Peru yang lembab dan korup. Tiga tahun kemudian, CPT menyertai dunia penjualan modal cair dengan jumlah 2,000 juta dolar, atau 37 kali ganda daripada nilai awal pasarannya. Beginilah kehebatan sistem hak milik yang baik mampu berperanan. Bagi golongan tak berada mendapatkan hak milik sah aset-aset mereka agar mereka mempunyai kaedah untuk mengenal modal upaya mereka, adalah penting untuk mengetahui apa yang sebenarnya mereka miliki. Bagaimana kita boleh berbuat demikian?
Sembilan tahun lalu kerajaan Indonesia menjemput saya sebagai pakar perunding untuk mengenal pasti aset-aset di luar sektor di luar proses undang-undang, yang melibatkan 90 peratus penduduknya. Tanpa mengangap diri sebagai seorang pakar bagi negara tersebut, saya perasan di mana-mana saya pergi di kawasan sawah setiap anjing pengawal menyalak. Anjing tidak perlu memiliki PhD untuk mengenali aset-aset tuannya. Oleh itu nasihat saya kepada anggota-anggota kabinet Indonesia ialah "dengarlah salakan anjing". Ah, hukum adat, jawab seorang daripada mereka. Sejarah kapitalisme Barat menunjukkan bagaimana kerajaan-kerajaan, dalam tempoh beratus-ratus tahun, membentuk "hak-hak rakyat" bagi menyeragamkan peraturan dan kod yang boleh difahami dan dipatuhi oleh semua orang. Hartanah yang diwakili oleh anjng pengawal, pagar dan pengawal keselamatan bersenjata boleh ditukar kepada geran hak milik, stok dan sijil. Apabila Barat berjaya memberi tumpuan kepda hak milik rumah selain rumah itu sendiri ia memiliki kelebihan yang sangat besar berbanding negar-negara lain diseluruh dunia. Undang-undang geran hak milik, stok dan harta pusaka dibenarkan dianggap sebagai barangan, bukan sekadar tujuan asasnya – rumah sebagai tempat berlindung — tetapi juga sebagai apa yang boleh dilakukan dengannya – cagaran untuk memperolehi pinjaman bagi memulakan bagi sesuatu perniagaan. Hampir tanpa apa-apa gangguan, melalui sistem hak milik yang piawai yang mengintregrasikan semua, bangsa-bangsa Barat berjaya membina anak-anak tangga yang membolehkan rakyat mereka mendaki dari dunia kebendaan yang tidak tersusun kepada cakerawala modal yang luas terbentang.
Bukan lagi sebagai masalah besar, golongan besar sebenarnya satu penyelesaian. Dan sekaranglah masa yang sesuai bagi ahli-ahli politik memikirkan golongan ini dari perspektif yang saya terangkan, dan bukan sebagai untuk golongan elit yang harus mengusai penafsiran kekayaan.
Artikel ini diterjemahkan oleh Amir Sari daripada tulisan beliau " The Secret of Non-success" yang diterbitkan oleh Time Magazine pada 16 April 2004
No comments:
Post a Comment