Perhimpunan “Hapuskan Tol NPE”
Tarikh: 9hb Mei 2004(Ahad)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Tol PJS 2 Lebuhraya Pantai Baru (NPE),(berhampiran Taman Medan)
Membina, memperbaiki dan menaiktaraf jalanraya dan lebuhraya adalah tanggungjawab kerajaan. Ini kerana
rakyat membayar cukai kepada kerajaan setiap tahun. Tetapi kini kerajaan telah menghadiahkan Tol NPE
kepada rakyat selepas kemenangan yang besar dalam pilihan raya yang lepas.
Ini tidak adil dan kita tidak mahu lagi tol seperti Tol PJS 2 NPE dibina didepan rumah kita khususnya
apabila ia dibina di atas jalan yang cuma dinaiktaraf, bukan jalan yang baru!
Marilah kita bersama-sama membantah tol NPE yang membebankan rakyat!
Sila datang beramai-ramai untuk mempertahankan hak anda!
No comments:
Post a Comment