Proton harga mahal pasal tak nak jual kereta banyak?
Sila dapatkan akhbar perniagaan The Edge yang sedang berada di pasaran mulai semalam untuk membaca temuramah menarik dengan penasihat Proton yang baru, Tun Dr. Mahathir.
Temuramah mengenai apa? Sudah tentu pasal Proton iaitu syarikat yang mengeluarkan kereta kebanggaan negara. Saya bersikap terbuka di dalam isu atau drama bersiri bertajuk Proton dan lebih gemar mengambil sikap tunggu dan lihat, dan di dalam masa yang sama terkadang akan ada rasa kritikal, bangga, marah dan bermacam-macam lagi.
Drama bersiri yang entah bila akan habisnya ini menghidangkan pelbagai aksi-aksi yang dramatis, gembira, ketidaktentuan dan sebagainya. Di dalamnya juga terlalu banyak adegan yang memerlukan kita berfikir secara mendalam kerana terlalu banyaknya pro dan kontra. Sama-samalah kita berfikir!
Apapun, sila baca temuramah tersebut dahulu.
No comments:
Post a Comment