Karyawan2 muda
Setelah masuk aku terjumpa Haekal dari band Komplot yang kali terakhir aku jumpa semasa pelancaran album band lamanya, Aloe in The Bottle. Seperti biasa Haekal akan bercerita tentang politik sambil diselang-seli dengan aksi merapunya yang sudah dikenali. Haekal yang aku kenal seorang anak muda yang bersemangat dan mempunyai substance, harap2 boleh istiqomah.
Oleh kerana kelaparan, aku bersama Zul dan Pilus menuju ke mamak Kayu untuk menyantap sebelum terserempak ngan Diba & Nana yang sedang mencari kumbang, lalu kumbang yang bertiga inipun mengajak dua gadis ini melepak sama.
Tamat acara makan, kami masuk semula dan ketika ini hujan sudah mula turun dan band Muze sedang memulakan aksi. Persembahan mantap sambil sempat bermandi hujan walau tidak boleh bertahan lama seperti Shady, Diana & Wan yang terus lencun. Wa tabik sama lu.
Selesai Muze, kami bertiga mengangkut Ebahim di Mutiara Damansara untuk ke Shah Alam bagi menghadiri acara Malam Karyawan 2 yang diadakan di dewan di dalam SUK. Banyak teman2 seperjuangan dan tidak sudah berada di sana baik sebagai urusetia mahupun sebagai jemputan.
Satu usaha awal yang baik dari pihak PR Selangor dan diharap jaminan Anwar tentang ruang kebebasan yang akan diberi seluas-luasnya kepada seniman dan karyawan dapat dilaksanakan. Kehadiran menakjubkan, semua meja penuh dan aku terasa macam pelik pulak berada di dalam majlis kerana ramai muka2 yang aku kenali sekarang berada di dalam pentadbiran kerajaan negeri dan insya Allah tak lamalagi di peringkat pusat. Cepat betul nasib badan berubah, dulu di luar sekarang di dalam. Allah maha adil, jangan kamu2 semua tak berlaku adil sudah. Ingat jangan ulangi perangai UMNO & BN.
Program majlis bermula dengan ucapan dari panitia disusuli oleh wakil karyawan, Eddin Khoo & Siddiq Fadhil sebelum Ann Bakri membacakan Manifesto Paksi Rakyat. Ramai yang membuat bising termasuk beberapa pimpinan AMK haprak yang kecoh, datang dengarlah ucapan, kalau datang setakat nak menunjuk muka, pergi berambus! Masuk UMNO cepat2.
Selesai ucapan2, kami dijamu dengan hidangan yang sederhana bersesuaian dengan amalan baru kerajaan PR Selangor yang ingin berjimat cermat. Sedang perut diisi, kami dihiburkan dengan bacaan sajak dari Pak Khalid dan Hasmi dan juga tarian2. Perut kenyang, ucapan disambung semula dengan MB Khalid, Prof Muhammad Haji Salleh dan diakhiri dengan Anwar Ibrahim.
Selingan oleh Namron sebelum Anwar memberi ucapannya merupakan satu gimik di mana Namron bercerita tentang ketidakadilan yang dihadapi oleh Mat Derih Kuala Perlis yang sentiasa ditipu tokey kerana dacing timbang yang digunakan sentiasa berat sebelah. Lantas mereka membuat pakatan untuk melawan sang tokey yang tidak adil dan diakhiri dengan pemberian kunci kepada Anwar untuk membuka gari di tangan dan pita pelekat di mulut sang seniman sebagai simbolik. Satu gimik yang menarik.
Bakal PM Malaysia?
Walaupun begitu aku mengharapkan para seniman dan karyawan janganlah pula menjadi pak turut Anwar, Khalid dan PR pula selepas ini. Ingat perjuangan seni adalah untuk rakyat dan bukan untuk sang pemimpin berkuasa.
Tamat acara, bergegas pulang ke Damansara sebelum menuju ke Brickfields makan dan menikmati malam.
Operasi DBKL di sekitar pusat pelacuran di Brickfields
Ahad
Sekitar 6 aku sampai di tapak gig untuk terus menyaksi persembahan Bittersweet dan disusuli Couple bersama Shady, Diana dan Wan yang sudah berada di sana sejak awal lagi.
Aidil
Couple
Tak ramai yang hadir
No violence! Syukur crowd skrg lebih matang
Selesai Couple, aku bergegas ke CM bertemu Pilus sebelum bergerak ke AU2 Keramat untuk mendengar ceramah 'Harapan Baru Malaysia' yang menampilkan Shaari Sungib, Azmin Ali dan dua bintang utama Khalid Ibrahim dan Anwar.
Topik yang disentuh banyak tentang minyak dan isu2 semasa berkait pentadbiran negeri Selangor dan gendang2 ketuanan Melayu UMNO yang sering dibicara media penghasut Utusan UMNO Malaysia.
Ceramah tanpa sup tiada makna
Ribuan yang hadir
Anwar lagi
Kuey Teow yang hebat
Ini adalah kunjungan kedua aku ke tempat ceramah setelah hampir 10 tahun. Kali terakhir aku ke padang ini adalah sehari sebelum perhimpunan besar di Masjid Negara berkait isu keracunan arsenik Anwar sekitar tahun 1999. Kehadiran aku anggarkan sekitar 6000.
Sebelum pulang, aku menyantap di Suzy Corner Ampang bersama Zul dan rakan2.
No comments:
Post a Comment