KL Menjerit bolot anugerah di FFM 16 KL
Tamat sudah festival filem Malaysia ke 16 yang berlangsung selama 3 hari mulai 17 April hingga 19 April. Malam semalam adalah kemuncak di mana anugerah utama disampaikan. Pada pendapat aku, majlis kali ini nampak kaku sedikit, tak tahulah apa puncanya.
Aku manyambut baik ulasan juri yang disampaikan oleh Dato' Jins Shamsuddin yang antara lainnya mengakui kekurangan filem Malaysia yang bermutu dan mengupas persoalan yang berat. Bagi aku, antara filem yang layak dipertandingkan ialah KL Menjerit, Embun dan Spinning Gasing.Apapun, filem Spinning Gasing ini telah dibatalkan penyertannya atas alasan teknikal iaitu penerbit filem ini tidak mendaftar menjadi ahli PFM pada tahun filem itu diterbit, entah ya entah tidak.
Aku rasa jika filem arahan Teck Tan ini dipertandingkan, kehangatan festival ini akan bertambah hangat. Walau apapun, perkara ini sudah berlalu dan diharap pihak penganjur, FINAS dapatlah mengurangkan kerenah birokrasi ini kerana yang penting adalah hasil seni yang dipaparkan itu.
Aku cukup yakin festival tahun hadapan akan lebih hangat dan meriah dengan kehadiran filem-filem Malaysia yang pada aku cukup bermutu pada temanya seperti Paloh dan Puteri Gunung Ledang. Diharap juga supaya pembikin-pembikin filem idependen seperti James Lee, Amir Muhammad dan ramai lagi dapat menyertainya.
Rayuan DSAI gagal
Seperti yang dijangkakan, rayuan hukuman liwat DSAI tidak berjaya. Hampa sungguh bila mendengar berita ini dari laman web Malaysiakini. Pelbagai usaha telah dilakukan, namun ianya tetap gagal.
Aku harap DSAI akan tabah mangharungi segala dugaan dan ujian yang tiba dari Allah SWT. Aku berjanji akan memastikan kesemua rakan baikku dan juga aku untuk mengundi parti pembangkang pada pilihanraya ke 10 nanti. Jika menang, insya Allah DSAI pasti akan dibicarakan semula mengikit prosedur perundangan yang bebas dan adil
No comments:
Post a Comment