Showing posts with label Tennis. Show all posts
Showing posts with label Tennis. Show all posts

Monday, January 28, 2008

PRDM Boleh!


Photobucket


-aku tiba sekitar hampir pukul 1, singgah makan dulu di mamak sebelah Pelita bersama Pilus yang sudah menunggu
-perhimpunan yang lebih ramai polis daripada peserta aku rasa
-Polis di Malaysia nampaknya semakin bengong apabila berhadapan dengan perhimpunan orang ramai, sama ada mereka yang bengong atau kerajaan BN aku pun tak tahu atau kedua-duanya sekali
-Polis mengerahkan banyak polis sukarelawan untuk mengawal perhimpunan ini
-Peserta PROTES tidak ramai, aku anggarkan sekitar 200 orang termasuk yang berarak dari Ampang Park yang majoriti terdiri daripada kumpulan PSM/Jerit dan yang berlakon sbg media dan orang awam di sekitar KLCC
-Publisiti kurang menyebabkan perhimpunan kali ini tidak menarik ramai orang di samping mungkin rakyat takut dengan ancaman RAJA di Malaysia yang mengancam akan menangkap sesiapa sahaja yang berada di sekitar KLCC. Bunyinya macam berada di negara yang sedang dijajah, aku ingatkan negara ni dah merdeka, rupanya belum.
-Polis menangkap suspek 'pengacau' bak kata RAJA secara rambang dan yang pasti orang utama PROTES dan pemimpin2 juga turut ditangkap, diberitakan 58 ditahan dan sebahagian akan didakwa di mahkamah
-Aku seperti biasa Alhamdulillah tidak ditangkap walaupun beberapa kali terjerit slogan walaupun dikelilingi banyak anggota polis dan SB

Pasca PROTES

-Habis Protes, aku dan beberapa teman duduk minum di Pelita sambil mengimbau kezaliman RAJA dan borak2 biasa
-Aku sepatutnya nak ke gig Bingit di Teater MCPA dan Pelancaran buku Goenawan di Silverfish selepas tamat menyertai acara 'haram' di KLCC. Tetapi disebabkan kepenatan dan masih bengang dengan kebahlolan RAJA, aku duk rilek saja di Pelita sambil menonton ulangan perlawanan akhir tenis perseorangan wanita Terbuka Australia di antara dua gadia cantik iaitu Maria dan Ana yang aku telah saksikan di kaca tv sebelum hadir ke acara 'haram jadah' ini. Tahniah Maria dan juga Ana! Siapa kata yang cantik tak pandai main tenis? Anna Kournikova ye lah, tapi ramai lagi yang bagus, Anna Chakvetadze, Tatiana Golovin dan Maria Kirilenko, sekadar menyebut beberapa nama
-Selepas melambai tangan kpd teman sekolah Hafiz yang aku jumpa di Protes, aku dan Pilus bergerak ke Times Square dan Low Yat untuk usha buku2, majalah2 dan juga kamera digital sbl sekali lagi lepak di mamak Esfan sambil seorang lagi teman, Belut join sama
-Malam minggu di Bukit Bintang sentiasa meriah dengan muzik percuma dari budak2 busking yang bermain dijarido dan budak2 breakdance, turut memeriahkan suasana juga seorang busker mat saleh yang maha hebat apabila menggunakan seluruh anggota tubuhnya untuk bermain alat muzik tradisi dari pelbagai benua
-Setelah penat berdiri, kami ke Old Chang Kee untuk minum lagi sambil menikmati live band yang menyanyikan lagu2 yang membangkitkan nostalgia lama dan makan telur di dalam karipap
-Hampir tengah malam, Belut pulang dan aku dan Pilus meneruskan perjalanan ke Uptown Kota Damansara untuk membeli kasut bundle
-Setibanya kami di sana, OAG sedang mendendangkan lagu 'Generasiku' dari album OST filem 'Gol & Gincu'
-Selesai membeli, kami (aku) makan dulu sebelum melabuhkan hari yang panjang dengan semangat dan tekad untuk berjuang demi negara Malaysia yang tidak sekali-sekali akan lemah walaupun menyampah dengan sikap beberapa pimpinan, ahli dan penyokong parti pembangkang dan yang terpenting sekali berhadapan dengan kezaliman sang pemerintah, Barisan Nasional dan balaci-balacinya termasuklah RAJA yang sangat aku kasihani nasibnya.

Thursday, January 10, 2008

Jeritan Maria dan Comelnya Anna

Sedikit catatan,

-Maria Sharapova Live : Maria Sharapova lawan Anna Chakvetadze, kedua-duanya dari Russia dan berusia 20 tahun, tanggal 30 Disember 2007

-Semasa menonton pertarungan kedua-dua pemain di aksi separuh akhir kejohanan WTA November lepas di kaca tv, aku mengimpikan untuk menyaksikan Maria dan Anna di depan mata dan syukur tak lama selepas itu impian menjadi kenyataan

-Tiket paling murah berharga hampir RM200 dirasakan berbaloi walaupun agak jauh sudut pandangan

-Jeritan Maria sungguh kuat dan dia juga sangat sporting dengan crowd

-Anna pula sangat pemalu

-Menjadi budak jalanan apabila tidur sebentar di luar stesen MRT Lavendar menanti tren pertama beroperasi setelah tiba awal di Singapura

-Aku dikejutkan sekuriti setelah lena hampir setengah jam

-Lawatan wajib ke Borders, Kino, HMV dan Far East Plaza setiap kali ke Temasek

-Aku harap Anna atau Maria atau Ana Ivanovic akan memenangi Terbuka Australia nanti

Klik di sini, di sini dan di sini


Photobucket - Video and Image Hosting
Subuh di Singapura

Photobucket - Video and Image Hosting
MC menemuramah kedua-dua pemain

Photobucket - Video and Image Hosting
Servis Maria diikuti dengan jeritan

Photobucket - Video and Image Hosting
Servis Anna tanpa jeritan

Photobucket - Video and Image Hosting
9000 penonton terhibur

Photobucket - Video and Image Hosting
Maria menang 6-0, 7-6

Photobucket - Video and Image Hosting
Maria unggul walaupun aku menyorak untuk Anna

Photobucket - Video and Image Hosting
Maria meninggalkan gelanggang

Wednesday, December 12, 2007

Aku dan Famemas di Korat

Hari keempat

11 Disember


Perjalanan hari ini bermula agak lewat sedikit berbanding sebelumnya, terima kasih kepada pengerusi yang sudi memberi kami rehat yang cukup. Hampir jam 10 pagi kami bergerak ke pusat membeli belah terbesar di Korat, The Mall yang juga gelanggang acara sepak takraw yang mana pasukan Malaysia telah menarik diri.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
The Mall


The Mall penuh dengan manusia pelbagai bangsa, rupa dan usia yang mungkin jarang disaksikan jika tidak berlangsungnya Sukan Sea di Korat ini. Penulis sangat setuju dengan langkah Thailand yang memberikan hak penganjuran ini kepada wilayah Nakhon Ratchasima ataupun Korat kerana ia dapat memberikan pendedahan dan pelaung menonton secara langsung kepada penduduk Korat aksi sukan bertaraf tinggi. Sebelum ini peluang sebegini diberikan kepada bandar Chiangmai pada tahun 1995. Penulis berharap kerajaan Malaysia dapat melakukan hal yang sama di masa akan datang kerana langkah seperti ini dapat menyemarakkan minat dan semangat sukan di seluruh pelusuk negara.

Kami diberikan masa sehingga pukul 12.45 tengah hari dan kesempatan ini penulis gunakan untuk melayari internet secara percuma di pejabat Pelancongan Thailand sebelum menikmati makan tengah hari di medan selera bersama Encik Ahmad Siam, Izuan, Jason dan En Lee.

Olahraga

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Antara gadis-gadis comel

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Siew Mei senyum dalam duka

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Atlit olahraga di The Mall

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aksi tenis, jauh beza dengan aksi Nadal tempoh hari, hehe

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Stadium Utama

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Gerai FBT, official merchandise

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kanak-kanak sekolah, pendedahan awal terhadap sukan



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Gagah menuju ke dalam stadium



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Mansor aka Tok Moh

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Saya sayang Korat!

Kami tiba di Stadium Utama untuk menyaksikan acara olahraga sekitar pukul 1.15 petang dan diberikan masa selama sejam lagi untuk membeli belah atau nama lainnya aktiviti bebas. Penulis tidak melepaskan peluang ini untuk membeli cendera hati untuk kawan-kawan tetapi malangnya gagal untuk mendapatkan walau sehelai pun t-shirt untuk diri sendiri dek kerana ketiadaan saiz baju yang sesuai.

Sempat menonton aksi tenis yang melibatkan pemain dari Filipina dan Vietnam sebelum meninjau-ninjau pasar yang terdapat di bahagian belakang. Suasana tidaklah begitu meriah berbanding semasa di Manila 2005 dan cuaca yang panas membahang cepat meletihkan diri penulis.

Tepat 2.15 petang kami masuk ke stadium dan seperti kebiasaan, kami membuat kecoh dengan alunan kompang yang lantang dan bunyi hon yang membingitkan berselang seli. Namun begitu penonton-penonton di Korat amat peramah dan seperti teruja apabila dapat melihat orang luar serta turut terhibur dengan gelagat kami. Satu benda yang penulis perhatikan adalah ketiadaan mata-mata yang menjeling liar terhadap wanita seperti mana yang sering terjadi di stadium di Malaysia. Dengan lain kata penduduk Korat amat sopan dan menghormati orang lain.

Di stadium utama ini kami sempat menyaksikan beberapa acara seperti lompat kijang wanita di mana Ng Siew Mei, pemenang pingat emas edisi terdahulu terlepas kilauan emas kepada atlit Filipina di aksi lompatan terakhir. Wajah sugul Siew Mei tidak dapat disembunyikan walaupun kami memberikan slogan-slogan motivasi untuk beliau supaya tidak berasa terlalu kecewa. Kami pada mulanya seperti sudah yakin pingat emas akan digenggam beliau apabila diberitahu rekod kejohanan telah dipecahkan Siew Mei sebaik sahaja memasuki stadium. Acara lain yang melibatkan negara dan memberikan berita duka adalah acara 1500 meter menerusi V Mahnedran yang hanya berpuas hati dengan pingat perak setelah dipintas beberapa meter sebelum garisan penamat oleh pelari dari Vietnam. Sebagai rekod, Malaysia sering menguasai acara ini bermula dengan M Ramachandran dan diteruskan oleh A Munusamy sebelum kita kekosongan atiit yang berkemapuan buat seketika. Berdasarkan kenyataan-kenyatan di dalam media sebelum ini, acara ini merupakan salah satu prospek emas malah diarahkan oleh jurulatih, Hanapiah Nasir untuk tidak beraksi di dalam acara 800 meter untuk memastikan emas di dalam acara ini. Tetapi apa boleh buat nasib tidak menyebelahi beliau dan jangan patah semangat hanya kerana kekalahan ini. Mudah kata, tiada peluang menyanyikan lagu kebangsaan di stadium hari ini.

Lumba basikal

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Josiah Ng

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Atlit lumba basikal wanita yang comel-comel

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Urecca Leow sekadar pingat perak

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Memberi sorakan semangat


Setelah semua acara kecuali heptatlon berakhir, kami bergerak ke velodrom lumba basikal yang terletak bersebelahan untuk memastikan dua emas lagi berada di tangan Malaysia. Setiba di velodrom, suasana berubah seperti biasa dan ketibaan kami tepat pada masanya apabila upacara penyampaian hadiah untuk acara pecut berpasukan lelaki akan dilangsungkan dan peluang ini digunakan sebaiknya untuk mendendangkan lagu negaraku dengan kuat dan bersemangat. Walau begitu, dua aksi akhir yang berlangsung kemudian tidak memberi khabar gembira apabila kedua-duanya tewas dan ditambah lagi dengan sikap Menteri Belia dan Sukan, Azalina Othman yang enggan turun berjumpa kami dan sikap sombong Presiden MNCF, Naim yang membuatkan beberapa individu di dalam Famemas naik angin.

Renang

Tamat aksi yang yang melibatkan negara di velodrom, kami bergegas ke gelanggang akuatik untuk memastikan Malaysia boleh menambah sekurang-kurangnya dua lagi pingat emas dan sebagai balasan perenang negara berjaya berbuat demikian menerusi acara 50 meter dan 200 meter gaya bebas, terima kasih Chui Lai dan Daniel Bego yang memberikan kami dua peluang untuk berkaraoke lagu yang sangat petriotik di stadium. Suasana di gelanggang akuatik bertambah meriah dengan kehadiran kami dan aksi-aksi 'ombak Mexico' berjaya dilakukan dengan kerjasama penonton-penonton dan pasukan sorak Thailand. Seperti semalam, kami di Famemas masih tetap dengan pendirian kami untuk menyuruh penonton senyap tatkala nama Singapura disebutakan dan walaupun ia memperlihatkan sikap tidak professional, tindakan ini terpaksa dilakukan apabila melihat telatah-telatah angkuh dan sombong beberapa pegawai dan penyokong dari Singapura. Itu tidak lagi termasuk polisi mengimport atlit dari negara China yang menyebabkan mereka memungut banyak pingat emas tidak seperi sebelumnya.

Sidang media

Habis di gelanggang akuatik tugas kami untuk menyorak pun berakhir dan hari ini juga adalah hari terakhir pemandu pelancong kami yang sangat baik hati, Ying melakukan tugasnya untuk kami dan akan digantikan dengan seorang lagi pemandu pelancong. Dalam perjalanan pulang kami dan Ying bertukar-tukar lagu perpisahan dengan Ying dan beberapa wakil kami menyanyikan lagu khas untuk dalam pelbagai bahasa dari Tamil, Cina, English, Thai, Jepun dan dialek Kelantan. Suasan sedih walaupun tetap ceria menyelubungi kami, tapi apa buat bertemu dan berpisah adalah sesuatu yang sentiasa akan dilalui.

Semasa makan malam, sessi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Menteri serta sesiapa sahaja baik pemimpin persatuan sukan atau pegawai-pegawai yang bersikap sombong dan angkuh diadakan di hadapan wakil-wakil media yang mengikuti kami.

Tuesday, December 04, 2007

Pertemuan dua ratu dari Russia

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Seperti tidak percaya baru sahaja beberapa minggu lepas kita disajikan dengan aksi tenis bertaraf dunia di KL oleh Nadal, Gasquet, Federer dan Sampras. Kini tiba pula giliran pemain tenis wanita yang sedang hebat ketika ini dan juga sangat cantik dari Russia, Maria Sharapova dan Anna Chakvetadze (gambar atas) akan menjejakkan kaki ke rantau ini. Malangnya bukan di KL tetapi di negara jiran tetangga nun di selatan, Singapura. Tidak mengapa, aku akan ke sana juga sebagai tanda solidariti, hehe.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Maria off court

Perlawanan yang dijangka hebat dengan aksi permainan kedua-dua pemain dan juga jeritan Maria ini akan berlangsung pada pukul 8 malam, 30 Disember hari Ahad, bertempat di Stadium Tertutup Singapura.

Tiket-tiket berharga serendah S$80 ke S$280 boleh dibeli secara online di sini dan juga di Holiday Tours & Travel di KL Sentral, ejen jualan rasmi SISTIC di Malaysia.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sesiapa yang berminat untuk menonton aksi dua ratu cantik tenis dari Russia ini, sila hubungi aku sebelum jumaat ini untuk membuat pembelian bersama. Kalau tak tengok seorang diri lagi la nampaknya.

Saturday, November 24, 2007

Penangan lengan Nadal

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Aku berkesempatan ke Stadium Malawati di Shah Alam selasa lalu untuk menyaksikan di depan mata apa yang dikatakan pertembungan 'Clash of Titans' di antara Rafael Nadal dan Richard Gasquet. Sudah lama aku mengidam untuk menonton aksi tenis bertaraf dunia di depan mata dan syukur penantian itu berakhir jua. Memperkatakan tentang aksi kelas dunia, rakyat Malaysia sering berpeluang menyaksikannya pada acara sukan lain seperti holi, badminton, sepak takraw,wushu, kriket, golf, bola sepak, skuasy serta sukan automotif seperti Formula 1 dan Moto GP tetapi tidak pada sukan tenis.

Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan dan juga LTAM kerana mengambil inisiatif ini. Malangnya tiket yang mahal serta kekurangan daya penarik mungkin menyebabkan stadium tidak sepenuhnya diisi seperti mana perlawanan 'Clash of Times' di antara pemain nombor 1 dunia sekarang, Federer dan bekas, Pete Sampras yang mana tiket telah habis dijual dua minggu sebelumnya. Keputusan untuk menangguhkan pembelian tiket menyebabkan aku tidak berpeluang menyertai 12,000 penonton di Shah Alam malam kelmarin. Walaupun begitu aksi Nadal yang digilai ramai wanita kerana otot lengannya dan Gasquet yang bersahaja tetapi mantap tetap menarik dengan rali yang panjang dari dan pukulan kuat dari 'baseline' yang menjadi asas permainan di zaman pasca-Sampras. Harga tiket bernilai RM83 dirasakan amat wajar dengan aksi kelas dunia yang jarang-jarang dapat ditonton di depan mata.

Bercerita tentang tenis, aku amat sedih dengan perkembangan sukan ini di Malaysia kerana kita masih gagal menghasilkan pemain berkelas dunia selepas berakhirnya zaman Adam Malek dan V Selvam yang masih bermain sehingga kini, malah muncul juara Terbuka Selangor baru-baru ini menewaskan pemain terbaik negara waktu ini, Siew Yi Ming. Apa maknanya ini? Kita sangat ketandusan bakat yang boleh menaikkan nama negara di pentas dunia. Harus diingat sukan tenis merupakan salah satu sukan yang mendapat rating tinggi di televisyen berbanding sukan-sukan raket lain seperti badminton,skuash dan ping pong di samping menawarkan jumlah wang kemenangan yang amat lumayan. Jadi aku amat berharap MSN dan LTAM dapat merangka sesuatu supaya imej negara dapat dinaikkan melalui tenis seperti mana yang berjaya diraih oleh Thailand, Indonesia, China, Filipina dan Korea Selatan.

Aku dan tenis

Semasa aku bersekolah asrama dahulu, sukan tenis hanya dimainkan oleh mereka yang digelar 'poyo' oleh member-member. Namun begitu aku tetap bermain tenis sekali sekala bersama member-member yang tidak 'poyo'(hehe) dan kemuncaknya ketika aku di tingkatan 5, hampir setiap hari aku bermain tenis tatkala di minggu peperiksaan SPM dan pencapaian terhebat yang pernah diraih adalah menewaskan Litat, rakan sekelas dan sedorm 6-0, 6-0...jangan marah Litat, hehe.