Sunday, February 17, 2013

Malaysia & Singapura berubah, we deserve better!

Himpunan Kebangkitan Rakyat di KL 12 Januari 2013

Protes isu kependudukan di Hong Lim Park, Singapura 16 Februari 2013

































Dulu di Malaysia untuk mengumpul ribuan warga memprotes tidaklah mudah. Bersih 2007 dan tsunami politik 2008 mengubah banyak hal, kini protes sudah menjadi hal biasa.

Kini Singapura menyusul dengan langkah pertama apabila protes di Hong Lim Park semalam menarik kehadiran 3000 warga. Kejayaan besar yang diharap memicu kepada perubahan dan pendemokrasian yang lebih baik di sana.

Kes di Malaysia dan Singapura amat menarik untuk dikaji tentang bagaimana perubahan mengambil jalur evolusi bukan revolusi dan secara damai tanpa mengorbankan keselesaan hidup yang sudah dicapai. Apa yang pasti 2013 dan seterusnya adalah masa-masa menarik dan mendebarkan bagi warga Malaysia dan Singapura kerana dijangka banyak perubahan akan terjadi.

Selama hampir 32 tahun hidup, aku sering diberitahu untuk menjatuhkan BN dan PAP adalah sesuatu yang mustahil kerana selain mereka menguasai alat "peperangan", BN dan PAP secara umum adalah kerajaan yang "mensejahterakan" rakyatnya.

Namun aku tidak mahu menjadi seperti sebahagian kelompok generasi terdahulu yang tidak percaya Malaya akan mampu mencapai kemerdekaan dan kemudian setelah tercapai, menikmatinya tanpa merasa kesal dan bersalah.

Satu hal pasti perubahan di Malaysia bukan kerana kita lapar tetapi untuk menuntut apa yang selayaknya dinikmati, we deserve better! Malaysia mampu berubah dan aku terus percaya kita boleh.