Wednesday, June 12, 2013

Tentang Bali

Sup ikan & ikan goreng Mak Beng
Jalan tol atas laut yang akan dibuka tidak lama lagi
Amed berlatar belakangkan Gunung Agung
Pulau Menjangan
Bali Cliff
Suluban
Bali Need Water, Don't Let Them (big hotel) Monopoly It!
Kintamani
Peta Bali
Memanjat Gunung Batur

Setelah hampir setahun tinggal di Bali dan akan terus tinggal di sini untuk tempoh setahun lagi, di sini saya senaraikan beberapa tempat dan perkara menarik di/tentang Bali. Sebenarnya senarai masih banyak, cuma sempat taip yang terlintas di fikiran. Berikut sebahagian darinya.

Bali Timur:-

Pantai Amed untuk snorkeling, menginap semalam dua di sini pun ok
http://www.balebengong.net/kabar-anyar/2013/05/23/amed-wisata-bawah-laut-tak-hanya-untuk-bule.html
Seraya, jalan berbukit yang mencabar dgn pemandangan pantai yang cantik. Bermula di Amed dan berakhir di Ujung.
Budakeling, kampung Muslim & Hindu yang muhibbah
Pantai Virgin di Karangasem - pantai tersembunyi yg sering digunakan orang Russia untuk private party
Tulamben - untuk diving
Gunung Agung, di sinilah pura paling suci seBali terletak iaitu Pura Besakih. Selain pura, sesuai untuk aktiviti memanjat yang memakan masa 8-10 jam turun naik.
Water rafting di Telaga Waja
Kintamani, daerah ini popular dengan makan lunch dengan pemandangan view Gunung Batur. Selain itu boleh panjat Gunung Batur atau Gunung Abang. Siapa yang berani boleh  melawat Desa Trunyan (orang asal Bali) di mana penduduk kg ini tidak menanam mayat sebaliknya meletakkannya di pokok yang harum.
Desa Tenganan - juga perkampungan orang asal Bali. Orang Bali yang sekarang dikatakan Bali menurut beberapa versi adalah keturunan Jawa Majapahit yang lari ke Bali apabila kerajaan Hindu Majapahit diIslamkan.
Kusamba - Kampung Islam Kusamba dikenal sebagai kampung Islam yang menyimpan banyak sejarah Islam di Bali. 
Tirtagangga, taman air kerajaan milik keluarga kerajaan Karangasem. 
Kertagosa, kompleks bangunan lama yang didirikan pada masa pemerintahan Raja Klungkung pertama
Penglipuran , ebuah desa tradisional dengan budaya yang unik.

Bali Utara:-

Lovina - tengok ikan lumba2
http://www.balebengong.net/kabar-anyar/2013/04/08/foto-berburu-lumba-lumba-di-bali-utara.html
Air Terjun Gitgit, air terjun tertinggi di Bali
Desa Pegayaman - kampung Muslim di Bali


Bali Barat:-

Pulau Menjangan - pulau indah sesuai untuk snorkeling yg jarang dikunjungi, sangat cantik. Boleh dikunjungi dengan menyewa bot dari Pumeteran atau Banyuwedang
Pemuteran - pot diving
Gilimanuk - kota yang menghubungjan Bali dengan Pulau Jawa terkenal dengan ayam betutu terenak di Bali, cari ayam betutu Man Tempeh
Palasari - kampung Kristian di Bali, ada gereja cantik dengan senibina Bali
Loloan - kampung Muslim di mana ada keturunan pendakwah asal Terengganu. Satu-satunya kampung yang mana penduduknya boleh bertutur ala Melayu.
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/melawat-melayu-di-bali
Medewi - pantai untuk surfers

Ubud - kota seni budaya:-

Nasi Ayam Kedewatan, nasi campur ala Bali yang mesti dicuba
Warung Pulau Kelapa makan di restoran yang benar2 organik (tanaman di belakang restoran) dan harga bukan harga mat saleh, tempat cantik dan pada mulanya tidak disukai ramai pemilik restoran di Ubud yang kebanyakan org barat kerana menawarkan harga yang murah. Pemiliknya Om Prayit adalah bekas tahanan politik semasa zaman Soeharto 
Rumah Topeng & Wayang, masuk percuma. Pemilik adalah Om Prayit
http://www.setiadarma.org/
Green School, sekolah yang dibuat dengan buluh. Ada guided tour dari Isnin-Jumaat.
http://www.greenschool.org/
Pak Ketut, terkenal menerusi filem Eat, Pray & Love. Agak komersial sedikit. Kalau ingin berjumpa bomoh Bali yang betul (Balian), boleh masuk ke kampung2
Muzium Blanco, satu bentuk penghargaan kepada seniman besar Don Antonio Blanco.
Tonton tarian kecak, legong & barong dengan membeli tiket dari penjual bebas di tepi jalan. Sambil membeli sambil membantu ekonomi mereka.
http://www.ubudcommunity.com/index.php/en/articles/human-interest/item/136-those-hard-working-ticket-sellers 

Bali Tengah:-

Pupuan, pemandangan padi teres dan ladang kopi yang indah. Jika ke Pupuan anda tidak merasa seperti di Bali, malah kebanyakan penduduk di sini majoriti tidak pernah ke Kuta terutama yang tinggal di kawasan yang agak dalam.
Bedugul: melawat tasik Buyan, Bratan & Tamblingan.
Jatiluwih, sawah teres yang cantik, UNESCO World Heritage site
http://www.balebengong.net/kabar-anyar/2013/04/07/subak-jatiluwih-sebuah-harmonisasi-peradaban.html


Bali Selatan:-

Mengekplorasi pantai2 tersembunyi yang popular di kalangan surfers; Padang2, Suluban, Bingin, Pantai Pandawa, Pantai Bali Cliffs & Pantai Hotel Nikko
Tanah Lot semestinya
Canggu, pantai untuk surfers, ada kedai Deus Ex Machina untuk siapa yang tahu
Pulau Serangan, terletak antara Kuta dan Sanur dan di bahagian timur pulau terdapat pantai yang cantik di popular di kalangan surfers. Sesuai juga untuk menikmati hidangan laut versi orang tempatan yg lebih murah berbanding Jimbaran.
Sanur, kawasan yang terkenal di kalangan pelancong keluarga dan pertengahan umur. Sesuai untuk yang tidak menyukai hiruk pikuk Kuta.
Uluwatu, tarian kecak terbaik di Bali adalah di sini ditambah dengan pemandangan tebing bukit yang indah.

Cuba juga ke Pulau Nusa Lembongan dan Pulau Nusa Penida yang boleh dicapai dengan bot dari Sanur.

Bali sisi lain:-

- Beli oleh2 dari Mitra Bali Fair Trade di Sanur yang menggunakan konsep perdagangan yang adil & tidak menindas peembuat kraf.
https://www.facebook.com/MitraBaliFairTrade
- Cuba untuk membeli oleh2 di pasar tradisional seperti di Sukawati daripada di Krishna, Erlangga dsb yang murah tetapi membayar sedikit kepada pembuat kraf
- Beli cd band Bali seperti Superman is Dead (SID), Nosstress, Dialog Dini Hari, Navicula dsb yang memperjuangkan alam Bali dari terus dirosakkan. Boleh dapatkan di kedai milik Jrx, gitaris di SID di Twice Bar @ Poppies atau di Mitra Bali.
- Minum kopi di Kopikultur, tempat seniman Bali muda dan tua berkumpul melawan komersialisasi berlebihan Bali
- Menikmati keragaman agama & bangsa di kota Denpasar. Jarang pelancong ke Denpasar padahal makanan paling sedap, murah & halal di Bali kebanyakan ada di sini.
- Jalan2 di kota tua Denpasar, boleh melawat Pasar Badung dan kedai2 menjual barang muslim/muslimah di depan pasar (Ada masjid di hujungnya). Setelah itu boleh menikmati kopi di kedai yg telah ada sejak 1935, sedap dan murah tetapi jam 6 sudah tutup. Cawangan lainnya (Kopi Bali) ada di Sanur yang sedikit upmarket.
http://www.balioutbound.com/2013/01/jalan-jalan-di-kota-tua-denpasar/
- Beli buku tentang Bali & Indonesia di Toko Buku Ganesha, ada di Ubud & Sanur
http://www.ganeshabooksbali.com/
- Beli buku "Melawan Lupa" untuk mengetahui sisi Bali yang berbeza. 
http://www.goodreads.com/book/show/15991075-melawan-lupa
- Cuba pengangkutan awam Trans Sarbagita 
https://www.facebook.com/pages/Trans-SARBAGITA/114451925323386?fref=ts
- Makan nasi jinggo atau nasi bungkus yang dijual di Pantai Kuta. Enak dan murah serta halal kerana penjual adalah orang Jawa Muslim.

Tak disarankan

- menginap di hotel2 mahal yang cenderung menindas orang tempatan terutama di Nusa Dua
- main permainan air di Tanjung Benoa/Nusa Dua kerana terlalu mahal melainkan dapat diskaun dan pakai voucher yang murah
- makan seafood di Jimbaran yang sangat mahal, boleh cuba kalau punya bajet yang lebih

Makan halal di Bali

- Sup ikan & ikan goreng di Warung Mak Beng di Sanur, Jalan Hang Tuah 45 (0361-282633)
- Ayam Tulang Lunak Malioboro di Kuta
- Warung Indonesia di Poppies (Gang Ronta)
- Soto Ceker Ayam di Pasar Kuta
- Warung Nikmat, Gang Biduri 6, Jalan Singosari Kuta (sebelah Hotel Bakungsari, 0361-764678)
- Restoran & warung sepanjang jalan di Tuban dekat Kuta terutama Ayam Betutu Gilimanuk (seberang jalan tidak jauh dari kedai souvenir Krishna Tuban) & Nasi Pedes Bu Andika (depan kedai souvenir Joger)
- Restoran & warung sepanjang Jalan Hayam Wuruk Denpasar
- Restoran & warung sepanjang Jalan Teuku Umar Denpasar
- Restoran & warung di sekitar Lapangan Puputan Renon Denpasar
- Warung2 di Pasar Sanur

Penginapan murah:-

Terlau banyak, Cuma di sini saya ingin senaraikan 1 di Kuta dan 1 di Sanur

Kuta
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151114129136237.433239.303542966236&type=3

Apa yang pasti makanan halal bersepah di Bali, cuma tidak banyak dan susah jumpa jika menginap di Kuta, Legian & Seminyak dan segan bertanya. Kebanyakan kedai2 yang saya sebut di atas berada di luar Kuta, tetapi tidak terlalu jauh. Sebagai contoh yang paling dekat dgn Kuta adalah Pasar Kuta tetapi ramai yang tidak tahu. Apa yang penting tanya dan kebanyakan masakan Padang adalah halal. 

Semoga membantu.

Sunday, June 02, 2013

Penangan Johor DT

Bukit Jalil

Shah Alam

Larkin














































Tahun ini aku sudah 3 kali menonton aksi melibatkan Johor DT; pertama di Larkin aksi menentang Selangor, kedua di Shah Alam juga menentang Selangor dan ketiga di Bukit Jalil menentang Pahang. Secara jujur, penyokong Johor DT adalah yang terbaik di Malaysia setakat ini. Tabik!

Aku sering ke stadium menonton aksi Selangor sejak 90an terutama semasa zaman kemuncak 1995-1997 dan kemudian 2005 semasa Bambang & Elie menjadi duo pemusnah. Ketika itu Shah Alam sangat meriah. Namun selepas 2005 hingga sekarang kehadiran penyokong Selangor sangat mengecewakan walaupun prestasi konsisten di liga dan sering ke peringkat suku, separuh dan akhir Piala FA & Piala Malaysia dalam tempoh tersebut. Contohnya pada 2010 Selangor muncul juara Liga Super, tetapi purata kehadiran ke stadium sekitar 2000-5000 orang saja. Di mana salahnya? Adakah tanda aras penyokong Selangor sudah tinggi? Juara Piala Malaysia atau kami tidak akan ke stadium?

Di kala Shah Alam lengang, SSFC sebagai kelab penyokong yang telah lama wujud setia hadir dengan paluan gendangnya dan beberapa tahun kebelakangan UltraSel. Namun kehadiran UltraSel yang cuba membawa budaya baru bersorak & terlompat-lompat 90 minit tidak diterima baik SSFC dan majoriti penyokong Selangor yang lebih pro-SSFC berbanding UltraSel yang dianggap penyokong baru.

Tidak seperti penyokong Johor DT yang mudah serasi bersama Boys Of Straits (Ultras Johor) kerana umumnya tiada istilah penyokong lama dan penyokong baru; mereka naik bersama-sama. Penyokong Selangor baik SSFC atau UltraSel harus membuang ego masing-masing untuk kembali memeriahkan Stadium Shah Alam. Alangkah indahnya jika SSFC dengan paluan gendangnya & UltraSel dengan sorakan dan tepukannya dikoreografi bersama-sama dengan baik.

Apa yang pasti sorakan & nyanyian bingit penyokong JDT tahun ini telah mengejutkan penyokong Selangor dari lamunan. Sebagai contoh pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Shah Alam tempohari, penyokong Selangor baik SSFC mahupun biasa telah mula mengikut sorakan dan tepukan UltraSel setelah melihat penyokong JDT menenggelamkan sorakan penyokong Selangor di kandang sendiri. Ayuh warga Selangor, kembali kita gegarkan Shah Alam. Terima kasih JDT!