Tuesday, May 12, 2015

Rumah Baca Loloan Timur


















Tiga tahun lalu saya melawat perkampungan "Melayu Bali" di Loloan Timur dan ada menulis sedikit tentangnya. Pertemuan pertama itu bukan yang terakhir dan disusuli beberapa kali kemudiannya. Mendapat khabar dari Palox Scatzhi atau Muztahidin (dipanggil Thaidin) selaku ketua dan penasihat pemuda di Loloan Timur bahawa Rumah Baca Loloan Timur akan dibuka kepada umum bulan hadapan. Rumah Baca Loloan Timur memerlukan banyak lagi buku dan jika ada teman-teman di Malaysia dan Indonesia yang berminat menyumbang dalam bentuk wang atau buku sangat dialukan. Caranya;
Teman di Indonesia:
Dalam bentuk buku boleh hubungi Thaidin langsung
Emel: palox.scatzhi@gmail.com
WhatsApp +628179735002
Dalam bentuk wang boleh transfer ke
1) BPD 016 02.02.30898-5 atas nama Remaja Loloan Timur atau
2) BRI 3482-01-020002-53-8 atas nama Muztahidin
Teman di Malaysia:
Dalam bentuk wang boleh transfer ke
1) BRI 3482-01-020002-53-8 atas nama Muztahidin (gunakan remittance) atau
2) Maybank 1623 9372 8980 atas nama Zulhabri Bin Supian. Jika transfer melalui Maybank sila emel ke palox.scatzhi@gmail.com untuk koordinasi penerimaan
Ingin tahu serba sedikit tentang Melayu Bali, boleh baca di pautan berikut;

Monday, March 23, 2015

5 destinasi terbaik di Bali

Setelah lebih 3 tahun tinggal di Bali, berikut adalah senarai 5 destinasi terbaik di Bali pada pandangan saya.

1) Desa Bunutan di Amed, perbukitan indah















Desa ini mempunyai dua tarikan utama iaitu kawasan perbukitannya yang menghijau dan pantai jernih dengan pasir hitam gunung berapi. Penginapan murah mudah ditemui di sepanjang Pantai Lipah dan beberapa penginapan seperti Pondok Vienna, anda boleh terus snorkeling selepas bangun tidur. Jika ingin ke kawasan perbukitan sebaiknya menyewa motor kerana jalannya kecil dan tidak berapa bagus di beberapa kawasan. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti mandi air terjun, mengambil air suci, menaiki 1000 anak tangga ke Pura Lempuyang atau sekadar menikmati pemandangan sawah dan perbukitan yang indah. Jika mahu menaiki anak tangga dan air terjun tetapi takut tersalah arah, anda boleh mendapatkan khidmat pemandu jalan dari penduduk tempatan yang biasanya melepak di kawasan parkir berdekatan Balai Desa Bangle. Harga seikhlasnya tetapi 100,000 rupiah untuk satu kumpulan mencukupi. Membantu ekonomi orang tempatan sambil jalan-jalan adalah kepuasan tersendiri.

Untuk ke Amed dari Kuta mengambil masa 2/3 jam dan  ada bermacam pilihan ke sana 1) sewa kereta dan sopir 2) pakai shuttle yang banyak dijual di Kuta 3) sewa motor. Syor saya sebaiknya menginap minimum semalam di sini untuk tidak terkejar-kejar. Dari sini juga anda boleh menyelam di Tulamben yang terkenal.

2) Pulau Menjangan, syurga alam bawah laut

Biasanya orang Malaysia ke Bali akan menyamakan saiz Bali seperti Phuket, Langkawi, Tioman atau Perhentian. Ramai berfikir Bali ini kecil walhal saiznya 8 kali ganda Singapura. Mereka yang tinggal di Kuta dan mengambil sopir murah biasanya akan dibawa ke Tanjung Benoa untuk snorkeling di Nusa Dua yang mahal kerana komisen dan aduhai tidak cantik alam bawah lautnya. Jika ingin snorkeling atau menyelam Pulau Menjangan tempatnya. Selain alam bawah lautnya yang cantik dengan batu karang dan ikan, di sini juga menjangan (rusa) liar berkeliaran. Rusa ini jinak asalkan membawa makanan :) Snorkeling dengan peralatan biasanya dikenakan harga 300,000 rupiah per orang dan menyelam 2 kali 600,000 rupiah per orang.

Untuk ke sini anda harus menginap di Pemuteran semalam dan perjalanan dari Kuta mengambil masa 3/4 jam. Seperti ke Bunutan anda boleh memilih 1) sewa kereta dan sopir 2) pakai shuttle yang banyak dijual di Kuta 3) sewa motor.

3) Denpasar, syurga makanan
























Setiap kali memberitahu saya tinggal di Denpasar, ramai menjawab, "wah dekat dengan airport ya" padahal tidak sama sekali. Lapangan terbang di Bali berada di Tuban (daerah Badung) sama seperti KLIA yang bukan di KL tetapi Sepang. Kenapa nama Denpasar digunakan? Kerana Denpasar ibu kota Provinsi Bali. Denpasar sangat besar terbahagi kepada Denpasar Barat, Timur, Utara dan Selatan. Ada sisi Denpasar yang berdekatan dengan Kuta dan ada yang berdekatan dengan Sanur. Biasanya tidak ramai pelancong yang tertarik ke Denpasar kerana ia kota besar biasa dan tidak terdapat banyak tarikan pelancong. Tapi bagi pencinta makanan Denpasar tidak harus dilepaskan. Kenapa Denpasar syurganya makanan? kerana di sini makanannya murah, sedap dan dibuat bukan untuk pelancong. Pelbagai jenis makanan dari bermacam etnik dan provinsi di Indonesia ada di sini; Bali, Jawa Tengah, Jawa Timur, Sunda, Lombok, Melayu, Minang, Aceh, Medan, Pontianak dan lain-lain. Menariknya majoriri makanan di Denpasar halal kerana banyak masyarakat Muslim tinggal di sini. Kedai kopi murah pun mudah ditemui. Kalau makan dan minum kopi Denpasar tempatnya bukan Kuta atau Seminyak.

4) Uluwatu, tebing indah















Uluwatu adalah destinasi wajib jika ke Bali. Hampir semua pelancong akan singgah ke sini. Tapi kebanyakan pelancong gagal menikmati keindahannya dengan baik kerana terburu-buru mengejar masa. Saya sarankan minimum 3 jam di sini, 1 jam untuk menonton tarian kecak yang sensasi dan 2 jam untuk berjalan dari tebing sisi utara ke tebing sisi selatan yang masing-masing mempunyai keindahan tersendiri.

5) Pulau Nusa Lembongan, syurga terdekat




















Nusa Lembongan adalah alternatif paling dekat bagi pecinta alam bawah laut yang tidak cukup waktu ke Menjangan atau Amed dan tidak mahu ke Nusa Dua. Dengan jarak perjalanan 30 minit dari Sanur menaiki bot laju anda sudah tiba. Secara peribadi, saya sarankan menginap semalam di sini untuk menjelajah beberapa tempat menarik di sini seperti "Devils Tear" dan "Blue Lagoon" dengan motosikal. Penginapan di sini tidak terlalu mahal bermula dari 250,000 rupiah per bilik. Untuk menikmati Nusa Lembongan ada bermacam pilihan 1) beli pakej lengkap 2) redah sendiri, tetapi harus diperhatikan harga bot laju untuk pelancong asing lebih mahal sekali atau dua kali ganda.

Jika berminat untuk ke tempat-tempat ini, boleh emel ke;

balihalal@gmail.com untuk percutian halal
https://www.facebook.com/balihalal

altourism.asia@gmail.com untuk percutian alternatif
https://www.facebook.com/altourism.asia

zulhabri@gmail.com untuk backpackers yang ingin bertanya-tanya tentang bagaimana untuk jelajah/cuti di Bali dengan murah
https://www.facebook.com/danz.threeohthree

Semoga bermanfaat dan membantu. Terima kasih :)