Sukan Sea Manila 2005
Selamat berjuang Malaysia!
Laman web rasmi
Ia datang lagi setelah 2 tahun (dwi tahunan), Sukan Sea adalah di antara temasya sukan yang aku sentiasa nantikan selain daripada Sukan Olimpik, Sukan Asia dan Sukan Komanwel. Di temasya sebeginilah semangat patriotik kita sebagai rakyat Malaysia teramat mudah untuk dizahirkan kerana adanya penyertaan peserta dari negara kita. Mendengar lagu Negaraku berkumandang apabila atlit kita memenangi pingat emas sahaja sudah menaikkan bulu roma setegak-tegaknya.
Namun bagi mereka yang tidak meminati acara sukan tidaklah bermakna semangat patriotik mereka dipertikaikan. Cuma aku berpendapat melalui acara sukanlah semangat cintakan negara kita ini begitu mudah dirasai dan ditonjolkan tanpa sedar. Semangatnya agak berbeza di dalam hal-hal lain seperti seni, politik, ekonomi dan sebagainya yang kadangkala semangatnya hanya dapat dizahirkan secara dalaman sahaja.
Apa yang pasti, Insya Allah aku akan menyertai kemeriahan temasya yang berlangsung kali ini di Manila pada dua hari terakhir dan berharap dapat menyaksikan acara bowling, lumba basikal kriterium, ping pong dan acara penutup. Malaysia boleh!
Pilihanraya DUN Pengkalan Pasir
ihsan Shin Shin
Pertandingan Tiga Penjuru Di Pengkalan Pasir
Lebih 20,000 iringi calon PAS
WEBLOG Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir N.12
Lamanweb Pengkalan Pasir
Malaysia Media Monitors' Diary
Aku akan berada di Manila semasa hari pembuangan undi berlangsung dan amat berharap agar parti PAS dapat memenangi pilihan raya ini atas beberapa sebab. Salah satunya supaya Barisan Nasional/UMNO sentiasa sedar bahawa parti mereka itu tidaklah sekuat mana dan jika ia berlaku akan membuatkan pimpinan UMNO terutamanya bersikap lebih terbuka dan mendengar pandangan rakyat seperti mana yang sudah mula dilakukan perlahan-lahan oleh Pak Lah.
Alasan lain adalah kemenangan PAS akan membuatkan semangat parti pembangkang meningkat semula setelah momentumnya jatuh merudum akibat kekalahan teruk berdasarkan peratusan kerusi (bukan undi popular) di dalam pilihan raya umum 2004. Aku amat berharap agar barisan pembangkang termasuk DAP dapat bersatu padu semula untuk memberi tentangan sengit kepada BN di dalam pilihan raya umum yang akan datang sekurang-kurangnya untuk meningkatkan bilangan kerusi dan jika boleh menafikan majoriti 2/3 BN (nak menang janganlah harap).
Walau apapun politik di negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tidaklah begitu penting bagi diri aku kerana ia hanyalah politik PAS atau UMNO yang mana kedua-duanya bukanlah parti yang sesuai dengan jiwa aku. Komposisi dan pemikiran masyarakatnya juga tidak sama dengan wilayah yang aku membesar, menetap dan berbangga dengan pasukan bolanya. Sokongan aku seperti sebelum ini pasti tetap diberikan kepada parti pembangkang dan di Pengkalan Pasir ianya adalah PAS. Hidup PAS! Hidup pembangkang!
No comments:
Post a Comment