Manila 2005
Hari pertama, 4 November 2005, Ahad
Mengapa Manila?
100 peso = RM7.15
1000 peso = RM71.50
Manila telah sekian lama menjadi destinasi pilihan yang ingin aku kunjungi dan jika ada yang bertanya mengapa Manila? aku sudah bersedia dengan jawapan-jawapannya. Pertamanya Manila secara khusus dan Filipina secara amnya merupakan negara terpenting di rantau Asia Tenggara dan merupakan 6 buah negara pengasas ASEAN (sebelumnya MAPHILINDO). Namun begitu Filipina dan masyarakatnya dirasakan amat jauh sekali terutamanya kepada rakyat Malaysia yang menetap di Semenanjung. Jadi, kunjungan ini lebih untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi segala aspek tentang Filipina dan masyarakatnya (sambil bercuti dari kesibukan kerja).
Keduanya adalah kerana masyarakat Filipina majoritinya adalah Melayu (sebangsa dengan aku)tetapi bukanlah seperti di negara kita yang secara perlembagaan automatik Islam. Di sini majoritinya masyarakatnya beragama Kristian dan yang beragama Islam hanyalah minoriti dan majoriti daripadanya menetap di selatan Filipina yang sentiasa bergolak. Oleh sebab itu aku ingin mencari buku-buku yang boleh membantu aku untuk mengetahui dengan lebih banyak lagi tentang sejarah Filipina, masyarakat Melayu Kristian, Melayu Islam, Mindanao dsb.
Faktor ketiga adalah disebabkan temasya Sukan Sea yang baru saja tamat semalam. Sebagai peminat segala macam sukan (tidak terhad kepada bola saja), ritual untuk ke gelanggang-gelanggang acara sukan sudah menjadi budaya yang tersemat kukuh sejak dari Sukan Sea 1989 di KL. Ini merupakan pengalaman pertama aku menghadiri acara sukan di luar negara dan ianya sesuatu yang sukar dilupakan.
Faktor terakhir yang tidak kurang pentingnya adalah syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia yang menjadikan impian ke Manila menjadi kenyataan. Dengan kos RM342 pergi dan balik, aku berjaya menjejakkan kaki ke Manila yang mana jikalau menaiki MAS sudah pasti mencecah 4 angka. Terima kasih kepada Air Asia yang sudi menerbangkan pesawatnya ke Manila dan diharap selepas ini berjaya mendapatkan hak mendarat di semua bandar di Asia Tenggara serta China dan Hong Kong. Hidup Air Asia! Hidup Tony Fernandes!
Perjalanan bermula
Aku bertolak dari rumah tepat jam 5 pagi dan tiba di KLIA pada pukul 5.45 pg. Terima kasih kepada adik dan abang aku yang sudi menghantar dan mengorbankan tidur mereka. Flight AK32 yang aku naiki berlepas tepat jam 7.20 pg dan selamat mendarat pada pukul 11.15 pg waktu Manila (sama GMT dgn kita). Selepas bersarapan dengan mi segera Mamee dan Nescafe yang bernilai masing-masin RM6 dan RM4, aku tidur sepanjang perjalanan kerana aku tidak tidur semalamnya.
Selesai urusan imigrisen dan pengambilan bagasi, aku terus ke kaunter khas bas Philtranco (khusus untuk penumpang Air Asia) untuk ke Manila yang masih 80 km jauhnya dari Clark Airport yang merupakan bekas pengkalan tentera Amerika.
"Clark got its name from Maj. Harold M. Clark, of the U.S. Army Signal Corps, the first American to fly in Hawaii. Clark died on 2 May 1919 in a seaplane crash in Panama and is now buried in the Arlington National Cemetery
Clark Air Base was the largest overseas US military base in the world, with 156,204 acres. The base grew up around the old cavalry post's large parade field, surrounded by wide, magnificent trees. The 13 th Air Force Headquarters occupied buildings that went back to the early part of the 20 th Century. There were about 30,000 military and civilians at Clark when the base was active. The climate alternates between hot and dry, or hot and wet.
By April 1991, magma flowing beneath Pinatubo caused thousands of small earthquakes and by June, the volcano was spitting out deadly sulfur dioxide gas. The Air Force started evacuating people from Clark to the US Navy base at Subic Bay by 10 June. On 12 June, Philippine Independence Day, Pinatubo erupted.
It was the second-largest volcanic eruption of the 20 th century. The ash fall devastated Clark and Angeles City. In November, the Air Force lowered the Stars and Stripes and transferred Clark to the Philippines.
The American departure did force a culling of the businesses in the local economy. Gone was more than $1 million-a-day the base poured into Angeles City. Today there are fewer businesses. Now only the best survive".
Tambang yang dikenakan sebanyak 300 peso jika ingin turun di SM Megamall dan 350 peso jika turun di Pasay Terminal. Aku turun di Pasay kerana ia lebih hampir dengan lokasi hotel yang aku akan menginap untuk dua malam.
Di dalam bas aku bertemu teman baru dari Indonesia yang bernama Santoso dari Yogyakarta dan sepanjang perjalanan masa aku dihabiskan dengan berbual tentang sejarah, politik, demokrasi, kemiskinan, pembangunan, Suharto, Sukarno, komunis, SBY, Mahathir, Anwar, orang Jawa,harapan dan segala macam Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Kami membuat kesimpulan bahawa kita adalah "One Heritage, One Southeast Asia" yang menjad tagline Sukan Sea Manila. Apa yang lebih menarik adalah pak Santoso ini lebih kurang sebaya ayah aku sahaja. Sedar tak sedar kami tiba di Pasay dan gambaran awal agak menakutkan juga kerana suasana di terminal Pasay dan kawasan sekitarnya tidak ubah seperti di Jakarta. Dengan beg yang agak besar dan jelas seperti pelancong, aku mengambil sikap berhati-hati dan berlagak seperti orang lokal (tak susah sbb muka sama jer).
Alhamdulillah segalanya ok dan aku selamat tiba di Hotel New Solanie kira-kira jam 2.30 ptg setelah menaiki LRT1 dari EDSA ke Pedro Gil. Nasib baik aku sudah mengkaji sistem pengangkutan LRT Manila terlebih dahulu dan ia memudahkan lagi pemahaman aku setibanya di sini. Sistem LRT di sini dimulakan lebih awal darikita di KL iaitu pada tahun 1984 dengan pelancaran LRT1 dan sehingga kini sudah mempunyai 3 laluan. Namun begitu suasana di dalam tren agak sesak walaupun koc yang disediakan agak banyak dan kawasan platform agak panas. Tidak lupa juga setiap kali ingin menaiki LRT pemeriksaan beg dan badan akan dikenakan dan ia turut dilakukan di kebanyakan tempat seperti pusat membeli-belah dan bangunan-bangunan pejabat.
LRT1
Metrostar
bersambung.....
p/s: baru saja membaca berita kekalahan PAS di Pengkalan Pasir, takziah PAS dan tahniah BN! Pengundi hantu? Tunggu dan lihat sajalah.
No comments:
Post a Comment