Wednesday, March 23, 2011

Merindui Sam

Lebih seminggu berlalu, arwah Sam Ahmad sudah meninggalkan dunia ini. Sedih dan hiba muncul sebentar tadi sebelum aku menulis ini, namun perasaan bangga lebih handal dari segalanya kerana manusia bernama Sam Ahmad ini meninggal tidak sia-sia.

Aku kenal Sam sekitar tahun 2003 kalau tidak salah menerusi teman2 IKD/Jalan Telawi terutama Fathi Aris Omar yang kini bertugas sebagai ketua editor di Malaysiakini. Masih teringat bagaimana saat pertama aku bertemu Sam di Restoran Hakim lama setelah bertukar-tukar pesanan melalui pesan pendek, tujuannya murni mahu membeli zine dan pastinya berkenal2 kerana pada waktu itu agak sulit menemui anak muda yang berani, kritis, terbuka dan menulis. Maka jika bertemu satu pasti tidak akan dilepaskan untuk mengenali lebih jauh, awek? waktu itu hampir langsung (sedikit mungkin) tidak ada dalam fikiran seperti yang berlaku pada generasi2 baru (tidak semua) yang beraktiviti sekarang berniatkan mencari awek semata bertopengkan 'seni'.

Latar waktu itu pasca-reformasi dan tempat pertemuan kami adalah UBU di Bangsar (sekarang 50B), diskusi2 anjuran IKD dan pastinya Acara Baca Puisi Keliling (Apuke). Bila mana mengetahui Sam diserang strok serius tahun 2004/2005 kalau tidak salah, aku dan ramai teman berfikir Sam akan pergi tetapi arwah seorang yang kuat sekuat arwah melawan penindasan yang berlaku di Malaysia pada waktu itu. Sam terus hidup dan menjadi teraju kuat UREKA menyambungi zaman pra-strok iaitu sebagai pengendali blog republik kata, Arahkiri (kemudian dikenali sebagai Satu@rah) menggunakan URL arahkiri.cjb.net.

Kami berhubungan terus dan melalui Oxygen Media aku membekalkan buku untuk jualan di Perak dan perhubungan terakhir kami adalah seminggu sebelum arwah pergi. Aku tidak terlalu kisah tentang buku kerana penerbitan dan penjualan buku bukan soal untung rugi melainkan perjuangan panjang membebaskan anak2 muda akan ketertutupan apa saja. Kalau mahu untung sudah lama aku terbitkan buku-buku novel picisan, buku motivasi atau buku agama yang membodohkan.

Sam, kau pergi sebagai pejuang yang tidak pernah lelah dan pemergian kau pasti dinilai seadilnya Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kau sinikal dan kritikal tetapi berbuat sesuatu sedangkan masih banyak di luar sana berkelakuan sama tetapi hanya merasa diri mereka lebih tahu dan hebat segalanya.

Kau hebat Sam! Damailah di alam sana.

2 comments:

fathi aris omar said...

Inna lillahi wa inna ilahi raajiuun....

jasmine0981 said...

Kandungan arahkiri dah tak wujud di alam maya ye