Siri pendidikan politik adalah usaha kecil di bawah inisiatif peribadi yang dinamakan 'Politik Hari-Hari' untuk mencerahkan pemahaman anak-anak muda generasi senang dapat maklumat tetapi malas nak berfikir politik lebih daripada parti politik dan ahli politik. Tahu apa itu politik, Insya Allah senang hidup anda mendepani semua masalah.
siri pendidikan politik 1 - Juliyana berkata 'aku malas campur politik, itu biar orang politik yang fikir, aku berlakon je' - Juliyana tidak sedar bahawa mata pencarian dia boleh tertutup jika kerajaan membuat dasar melarang hiburan.
siri pendidikan politik 2 - Dayana berkata, 'euw apa politik2 ni, baik layan tengok Aaron Aziz kat wayang' dan di dalam masa yang sama kompelin harga wayang dah mahal' - Dayana tidak sedar bahawa harga tiket wayang salah satu faktor ditentukan oleh duti dan cukai hiburan. Dayana pasti bersedih jika tiada syarat wajib tayang pasti banyak filem2 Melayu x tak dapat masuk panggung.
siri pendidikan politik 3 - Kamal berkata 'ah fuck la politik, semua tak boleh pakai, baik layan EPL' sambil berbaris untuk memasuki stadium menonton Liverpool-Malaysia - Kamal tidak sedar tontonan EPL di Astro dan perlawanan sarkas bola itu tidak akan terjadi jika tidak mendapat persetujuan pihak2 berkuasa yang pastinya keputusannya adalah tindak politik
siri pendidikan politik 4
No comments:
Post a Comment