Mesti pergi!
Jemputan Sidang Media: Melayu Dalam Bahaya
Semua Media Malaysia
Panggilan oleh :
Azwanddin Hamzah
Exco Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Talian : 012-3087088
Satu laporan polis dan sidang media akan di adakan oleh Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Malaysia yang di wakili oleh En Azwanddin Hamzah, Exco Pusat Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat berhubung dengan program “Melayu Dalam Bahaya” tajaan UMNO serta sentimen perkauman yang di buat melalui laman - laman web tajaan mereka yang jelas meniupkan api perkauman antara Melayu dan bangsa lain khususnya kaum Cina akan di adakan seperti berikut:
Tempat :
Balai Polis Campbell
Jalan Campbell
Kuala Lumpur
Jam : 4.30 petang
Tarikh : 24hb March 2005 (Khamis)
Angkatan Muda Parti Keadilan rakyat memandang serius isu perkauman yang di jalankan oleh jentera - jentera UMNO dalam meraih sokongan Melayu untuk parti mereka.
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat menjemput semua wakil - wakil media untuk hadir pada sidang media dan laporan polis pada masa dan tarikh yang telah di sebutkan di atas. Tindakan menakut - nakutkan Melayu dengan sentimen MELAYU DALAM BAHAYA amat merbahaya kepada perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum dan amat kami kesali.
Pihak kami akan mengemukakan juga salinan dokumen sahih mengenai tindakan UMNO dan jentera - jentera mereka dalam memainkan api perkauman untuk meraih sokongan orang -orang Melayu.
Untuk sebarang pertanyaan pihak tuan/puan boleh menghubungi talian 012-3087088.
Sekian Terima Kasih
Azwanddin Hamzah
EXCO Pusat Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Malaysia
Wednesday, March 23, 2005
Temuramah bersama James Lee di Harian Metro
Aku amat menyukai kata-kata James Lee di bawah ini dan amat berharap agar rakyat Malaysia dapat mengerti apa itu filem Malaysia yang sebenar apabila membaca kenyataan James Lee ini. Selama ini aku berpendapat segala filem yang dihasilkan di Malaysia tidak kira apa bahasanya adalah filem Malaysia.
"Kalau kita lihat kebanyakan filem di pasaran sekarang, ia adalah gambaran masyarakat Melayu dan bukan masyarakat Malaysia. Contohnya Buai Laju-Laju adalah gambaran kehidupan orang Melayu di perkampungan Melayu.
Sama juga seperti filem Cina dan Tamil, masing-masing gambaran masyarakat Cina dan Tamil. Sanctuary memang mengenai keluarga Cina di Kelana Jaya dan memang begitu kehidupan masyarakatnya.
Ketika menghadiri festival di Rotterdam pada 26 Januari hingga 6 Februari, Malaysia paling mendapat tumpuan kerana mempertaruhkan 14 filem. Ada filem Tamil, ada filem Cina dan filem Melayu arahan saya, Amir Muhammad, Tan Chai Mui, Deepak Kumaran Menon, Yuhang dan Ahmad Azharuddin. Mereka puas kerana dapat melihat kepelbagaian kaum di Malaysia.
Kalau boleh memanglah bagus menghasilkan filem muhibah menggabungkan pelbagai kaum di negara ini seperti Sepet tetapi saya rasa itu tidak semestinya untuk menggambarkan realiti masyarakat Malaysia"
Rentetan penayangan filem Sepet, kita dapat mendengar kata-kata seperti 'inilah baru filem Malaysia!' 'barulah betul Malaysia!' dan seumpamanya daripada penonton-penonton kerana berdasarkan ceritanya itu sendiri serta kepelbagaian bangsa dan bahasa yang ada di dalamnya.
Walaupun aku seorang peminat sejati filem Yasmin Ahmad ini, malah sudah menontonnya sebanyak 8 kali sehingga kini. Aku menyanggah pandangan demikian kerana realiti yang wujud adalah tidak semua rakyat Malaysia melalui kehidupan harian dengan berinteraksi dengan kaum-kaum yang lain. Jika adapun hanya sekadar semasa membeli barang di kedai dan sebagainya yang jarang menghadirkan sebarang kesan yang bermakna.
Apabila membaca beberapa blog dan sembang-sembang dengan beberapa rakan, kebanyakan dari mereka mengkritik filem arus perdana yang pastinya berbahasa Melayu sebagai tidak memperlihatkan wajah sebenar Malaysia. Aku amat risau dengan pemahaman yang sebegini dan aku amat mengharapkan agar mereka dapat menerima realiti kehidupan rakyat Malaysia pelbagai kaum yang ada di sini yang bukan semuanya bercampur.
Namun begitu, usaha untuk memperbanyakkan filem ala Sepet harus digalakkan supaya ia dapat merapatkan perpaduan kaum terutamanya di kalangan generasi muda. Ini kerana ada di kalangan anak-anak muda pelbagai bangsa di negara ini yang masih gagal untuk menghilangkan prejudis dan bersifat perkauman tanpa ada usaha untuk pergi lebih dalam memahami apa latarnya. Kita hanya perlu pergi ke sekolah agama, sekolah cina, IPTA dan kolej swasta yang berprestij seperti Kolej Sunway, HELP dan lain-lain lagi (ITTAR bagi aku tak termasuk) untuk berjumpa manusia-manusia ini yang dikatakan berpendidikan.
Sila klik di sini untuk temuramah penuh

Polisi moral, apa stand anda?
Stop the policing of morality, say NGOs -The Star
Kisah Zouk oleh Ahmad Lutfi Othman - Harakahdaily
Tuntutan untuk mengahapuskan polisi yang bertujuan untuk mengawal moral meruapakan suatu isu yang sangat kompleks dan memerlukan penelitian yang mendalam. Namun begitu aku secara peribadi turut bersama Datuk Mohd Zaid Ibrahim dan lain-lain lagi di dalam menyokong penyataan ini.
Walaupun begitu aku amat mengharapkan agar mereka-mereka yang tergolong di dalam puak hedon, liberal palsu atau apa saja golongan yang pastinya tidak disukai oleh puak-puak 'penjaga moral' ini (mungkin aku juga termasuk di dalam kategori ini) supaya lebih sensitif dan menghormati hak-hak orang lain.
Jika kita (kalau boleh guna istilah ini) tidak suka dilabel-label dan dijatuhkan hukum oleh puak-puak moral ini. Kita juga harus tidak mengutuk-gutuk dan memerli golongan-golongan ini dengan pelbagai panggilan yang seolah-olah merendahkan diri mereka. Jika masing-masing boleh bersikap hormat dan tidak berlebihan, pasti isu ini tidak perlu diberi perhatian yang utama.
Aku tidak percaya paksaan akan mengubah seseorang kepada yang lebih baik, sebaliknya aku percaya kepada kesedaran di dalam diri sendiri.

Monday, March 21, 2005
Editor akhbar Cina ulas Sepet
Now that we are talking about national unity, I think we need to start with a story.
19-year-old Chinese man Ah Loong is a roadside pedlar of pirated VCDs, while 16-year-old Malay lass Orked is a student with a simple, sound family background.
Sila klik di sini untuk artikel penuh

Sokong Konsert Force of Nature! Tahniah Tan Sri Razali! We want more!
Tempat membiaknya gejala sosial dan penagihan dadah? Betul ker?
Force Of Nature: Pendakwah songsang dan pembiak gejala sosial- Harakahdaily
Laman web rasmi Force of Nature Foundation
International Musicians Rock Malaysia- AP
13,000 banjiri Stadium Putra saksi Konsert Bantuan Tsunami - Utusan Malaysia
Night of glamour and excitement at Force of Nature concert - The Star
Artis kita tumpang sekaki- Harian Merto
Semangat konsert - Berita Harian
Dah Depan Mata..Tati: Bukan mudah melakar sejarah
Artis kita tumpang sekaki- Harian Metro
Will's found the love - Malay Mail
Slen.com: Penonton Malaysia tidak memalukan! - Berita Harian
I am a Force Nature: Muzik satukan warga dunia - Berita Harian
Superb showcase at Force of Nature concert - The Star
Saving up for concert comes nature-ally - The Star

Wednesday, March 16, 2005
Ahad yang menarik di Astro Prima
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut
Juga klik di sini untuk artikel tentang isu Bangsa Malaysia di Asia Times

Wednesday, March 09, 2005
Bangkok
Hari pertama, 2 Mac 2005 (Rabu)
Sepanjang perjalanan, aku berbicara tentang banyak hal dari hal korupsi ke politik tanahair dengan pemandu teksi(bukan En. Asri) dan ia membuatkan perjalanan ke KLIA tidak terasa lamanya. Tiba di sana, aku terus check-in dan setelah selesai terus melantak ayam KFC kerana kelaparan yang amat sangat.
Aku menaiki kapal terbang Air Asia yang sememangnya pilihan utama kerana tambangnya yang berpatutan (aku dikenakan flat rate, RM149.99 untuk sehala). Alhamdulillah, setelah dua jam kebosanan di dalam kapal terbang aku selamat tiba di Bangkok International Airport (BIA) pada pukul 8.50 pagi waktu Bangkok. (lewat sejam).
Sebelum mendarat, aku dapat menyaksikan pandangan kota Bangkok yang amat besar dan padat daripada kapal terbang kerana BIA terletak di pinggir kota Bangkok seperti mana lapangan terbang lama di Subang. Bangkok juga bakal mempunyai sebuah lapangan terbang baru iaitu Suvarnabhumi Airport.
Setelah selesai urusan imigrisen, aku terus mencari wakil hotel yang akan membawa aku ke hotel penginapan iaitu First Hotel. Aku membeli pakej ground arrangement daripada agensi pelancongan Sri Sutra iaitu agensi yang menawarkan pakej untuk menonton konsert Siti di Royal Albert Hall. Harga yang dikenakan amat berpatutan iaitu RM199 yang termasuk di dalamnya pakej penginapan dua malam beserta sarapan serta pengangkutan dari dan ke lapangan terbang.
Namun begitu terdapat masalah kerana pemandu van yang sepatutnya sudah tiba telah lewat sampai kerana jalan sesak (alasan biasa) menuju ke lapangan terbang. Bersama aku adalah seorang Cina(Lim) dan dua rakannya yang berkerja di Bangkok yang fasih berbahasa Thai. Seperti dijangka, Lim mula menyuarakan rasa tidak puas hati dan beliau juga memberitahu aku akan tabiat biasa orang Thai yang sentiasa tidak menepati janji. Van hanya memulakan perjalanan hampir dua jam selepas itu dan aku tiba di hotel pada pukul 11.15 pagi selepas setengah jam perjalanan. Encik Lim menginap di Baiyoke Sky Hotel iaitu hotel yang tertinggi di Thailand.
Sepanjang perjalanan ke hotel, pandangan pertama aku terhadap Bangkok adalah sebuah kota yang hampir sama dengan Jakarta dari segi infrastruktur dan persekitarannya walaupun jauh lebih baik daripada ibu negara Indonesia itu. Pemandangan-pemandangan yang menjijikkan seperti rumah di tepi sungai yang hitam boleh dilihat di mana-mana. Penduduk Bangkok adalah seramai hampir 7 juta dan ditadbir oleh Bangkok Metropolitan Administration (BMA) yang mana Gabenor atau Datuk Bandarnya dipilih menerusi pilihan raya tidak seperti di sini. Pilihan raya yang lepas telah diadakan pada tahun 2004.
Setelah selesai urusan pendaftaran dan lain-lain, aku terus saja melelapkan mata untuk seketika kerana aku telah berjaga saban hari demi untuk tidak kelewatan ke airport. Aku hanya tersedar tatkala jarum jam hampir menunjukkan pukul 3 petang. Aku segera bangun dan mandi untuk bersiap memulakan perjalanan di kota Bangkok ini.
Aku berjalan kaki kira-kira 200 meter sebelum tiba di stesen BTS Skytrain laluan Sukhumvit(LRT di KL) terdekat iaitu Ratchachewi untuk menuju ke stesen Siam yang merupakan stesen pertukaran untuk BTS Skytrain laluan Silom. Stesen Siam merupakan salah satu stesen yang sibuk selain daripada stesen Sala Daeng/Silom yang mana di sinilah terletaknya pusat membeli-belah utama bagi golongan remaja dan muda iaitu MBK Shopping Centre, Siam Square (banyak awek di sini) serta pawagam-pawagam seperti Siam Theater, Grand EGV Siam Discovery Center dan banyak lagi.
Aku amat kagum dan berasa malu apabila melihat betapa cekap dan berintegrasinya sistem perkhidmatan LRT di Bangkok jika dibandingkan dengan yang terdapat di KL. Nasib baik mereka tidak memiliki sistem tiket yang seragam dan memiliki teknologi kad prabayar seperti EZ Link dan Touch N Go. Jika tidak memang kalah teruk sistem yang ada di KL, harap-harap langkah penyusunan semula perkhidmatan awam di ibu kota yang sedang dilaksanakan kerajaan akan segera selesai.
Untuk pengetahuan, sistem pengangkutan awam di Bangkok terbahagi kepada tiga iaitu BTS Skytrain yang mempunyai dua laluan iaitu Silom dan Sukhumvit dan juga MRT iaitu yang melalui bawah tanah. Di antara stesen pertukaran yang melibatkan dua daripada tiga laluan ini adalah di Siam, Sala Daeng/Silom, Asok/Sukhumvit dan Mo Chit. Apa yang menariknya adalah kita tidak perlu keluar ke jalan raya untuk melintas atau keluar dari bangunan seperti di stesen KL Sentral, Bandaraya, Dang Wangi/Bukit Nanas dan banyak lagi untuk ke laluan pertukaran yang ingin dituju.
Setelah menghabiskan masa kira-kira sejam lebih untuk melihat-lihat sambil merakam di dalam kamera video serta menjakunkan diri dengan keadaan sekeliling di Siam Square dan sekitar. Aku terus menuju ke MBK Shopping Centre yang menurut katanya adalah Sungai Wang Plaza versi Bangkok. Melihat dari luaran saja sudah terasa gahnya dan apabila kaki melangkah ke dalam, ternyata isi bertepatan dengan rupa kulitnya. Kelihatan begitu ramai manusia di sini yang pastinya datang dengan pelbagai tujuan yang berbeza-beza.
Sebagai seorang window shoppers yang berada di dalam kategori memuaskan, aku berpusing di setiap ceruk pusat membeli-belah ini sebelum tersadai di sebuah kedai yang menjual CD,VCD dan DVD. Seperti lazimnya, aku cukup tidak boleh tertahan dengan godaan untuk membeli-belah VCD atau DVD filem walau di mana saja. Memang antara keutamaan aku di sini adalah untuk memborong semampu yang mungkin filem-filem Thailand yang memang tidak boleh disangkal kemaraannya ketika ini baik dari segi kualiti dan kuantiti.
Akhirnya aku membeli 15 buah DVD iaitu Long June, See Oui, Miss Queen Thailand 2, One minute to love, Curse of the sun, Adventure of iron pussy, My first kiss, Tropical malady, Lady look-tung, The Sin, Romantic Blue, Beautiful Boxer, Sia Dai, Sia Dai 2 dan Behind the paintings. Kesemuanya berharga sebanyak 2325 baht (RM233)
Setelah selesai memborong, aku mencari-cari kedai buku dan akhirnya aku terjumpa sebuah kedai buku yang aku tidak tahu namanya kerana ditulis di dalam tulisan Thai. Hasrat untuk membeli-belah buku seperti di Jakarta tidak kesampaian kerana hampir kesemua buku di sini ditulis dan diterjemah ke dalam Bahasa Thailand. Jika adapun di dalam Bahasa English, ia adalah buku yang diimport yang mana ia juga mudah didapati di sini.
Lega kerana dapat menjimatkan duit dirasakan buat seketika sebelum aku tersadai di sebuah lagi kedai CD dan kali ini aku terbeli sebanyak 12 lagi DVD yang bertajuk Garuda, Yah Nak, Rainbow, Sisters, Last Life in The Universe,Macabre case of prom pi ram, The Mother, Fake, Sin Sisters, Last Love,Mekhong full moon party dan Mon ruk transister. Manakal CD lagu pula adalah Koleksi terbaik Bird McIntyre, Best of Loso, best of 2004 Thailand Songs dan album baru Parn Thanaporn.
Oleh kerana terlalu banyak barang yang dibawa, aku membuat keputusan untuk kembali semula ke hotel untuk meletak barang-barang sebelum memulakan perjalanan kembali. Di dalam perjalanan, aku sempat untuk membeli akhbar Bangkok Post, The Nation serta beberapa majalah berbahasa Thai seperti FHM dan majalah-majalah hiburan Thailand yang menampilkan gambar-gambar pelakon yang seksi dan menarik, hehe.
Selesai semua urusan termasuklah mandi, aku meneruskan perjalanan dengan hasrat utama untuk mencari tempat makan. Dari stesen Ratchchewi aku menuju ke stesen Nana yang disebut dengan begitu manja oleh suara wanita yang telah disetkan. Lupa untuk diberitahu bahawa tambang yang dikenakan untuk sistem BTS ini adalah bermula dari 10 baht (RM1)sehinggalah kepada 60 baht (RM6) yang mana aku rasakan sedikit mahal dibanding dengan yang dikenakan di negara kita.
Suasana di kawasan Sukhumvit ini begitu meriah dengan peniaga berniaga di sepanjang jalan dan ia juga telah menyebabkan laluan pejalan kaki semakin mengecil. Sebelum ke Bangkok, aku telah membuat kajian di internet dan juga melalui buku panduan makanan halal di Bangkok yang boleh didapati secara percuma di pejabat Tourism Authority of Thailand yang terletak Menara Citibank KL dan aku mendapati kawasan Sukhumvit mempunyai jumlah tempat makanan halal yang besar.
Di beberapa soi iaitu lorong, aku terasa seolah-olah berada di negara Arab kerana begitu ramainya orang Arab dan tulisan-tulisan mereka. Walaupun banyak restoran makanan halal di sini aku masih perlu memilih kerana aku bercadang untuk melantak nasi bukannya makanan ala-ala Arab. Setelah berpusing-pusing, aku akhirnya memilih Restoran Mehmaan dan menu pilihan adalah Nasi Briyani ayam tanpa tulang yang berharga 200 baht(RM20) dan teh India yang berharga 20 baht(RM2). Restoran ini kelihatan begitu eksklusif dan ketika aku melangkahkan kaki masuk kesemua pelanggan yang berada di dalam adalah di kalangan mat-mat saleh. Apa nak buat ini bukan di KL, Shah Alam atau Klang.
Selesai memenuhi tuntutan perut, aku meneruskan perjalanan ke Patpong yang terletak di antara Jalan Silom dan Surawong. Memetik kata-kata yang terdapat di sebuah laman web;
Patpong is easily Bangkok's best-known, most notorious nightlife area. The four-acre plot of privately owned land has over 100 back-to-back neon-lit bars catering almost exclusively to men. The short lanes stretching between Silom and Surawong Roads constitute one of the best nightlife areas in the world and, love it or hate it, few will forget their first trip to Patpong.
Patpong earned its notoriety during the Vietnam War when GIs made it their base for R&R (rest and recreation), also known as I&I (intoxication and intercourse). These days Patpong is tamer and pretty much run for the tourists.
The nightlife strip runs along two short lanes, Patpong 1 and 2, with a couple of short interconnecting sois. Bars share street-space with restaurants, massage parlors, a couple of hotels, and, incongruously, a Foodland supermarket, while a night market selling clothes, fake watches and souvenirs runs down the center of Patpong 1 and out along Silom Road.
Although touts and overzealous salesmen will pester the tourist for their dollars, Patpong is one of the safest and least expensive nightlife areas in the world and should remain on the itineraries of every visitor to Bangkok. Get there easily from the Sala Daeng BTS Station or just get a taxi or tuk tuk - everyone knows Patpong!
Aku ke sini untuk merakam suasana yang terdapat di sini walaupun pada akhirnya aku hanya dapat membuat rakaman sedikit sahaja kerana stail peniaga atau ulat di sini yang agak kasar ala-ala PS. Apa yang menarik di Bangkok ini adalah aku jarang dianggap sebagai pelancong asing yang mungkin disebabkan rupa yang tidak banyak jauh bezanya. Mereka hanya menyedari aku seorang pelancong asing apabila bertutur di dalam Bahasa English setelah gagal berkomunikasi di dalam Thai serta dilihat mengambil gambar dan membuat rakaman video.
Street market yang terdapat di kawasan Patpong ini jauh lebih meriah jika dibandingkan dengan yang terdapat di Sukhumvit dengan para peniaga menjual pelbagai barangan daripada baju, keychain, manik-manik dan bermacam-macam lagi. Namun itu semua tidak menarik perhatianku kerana tumpuan utama adalah untuk mencari DVD filem-filem cetak rompak yang sukar didapati di Malaysia atau spesifiknya KL.
Aku bergembira sementara apabila terjumpa filem Korea The Scarlett Letter dan Three Iron dan beberapa buah filem lain daripada Korea dan Jepun yang aku cari-cari selama ini. Namun kegembiraan itu hanya seketika sebelum diberitahu stoknya sudah kehabisan. Gambaran yang aku dapati di Bangkok tentang CD cetak rompak secara umumya adalah tidak sehebat di KL kerana harganya yang lebih kurang sama dan kadang kala mahal serta tidak banyak gerai yang menjualnya. Apa yang jelas adalah filem-filem gay begitu banyak dan mudah didapati di sini.
Hampir dua jam bermandi peluh dan bersesak-sesak bersama ribuan manusia yang mana ia adalah tabiat lazimku untuk merilekskan diri dan merasa gembira. Aku pulang ke hotel dengan perasaan puas dan rasa tidak sabar untuk menanti hari esok.
Hari pertama, 2 Mac 2005 (Rabu)
Klik di sini untuk gambar
Aku memulakan siri kembara ibu kota utama negara ASEAN ini dengan menaiki teksi yang telah disewa khas daripada Seksyen 7 Shah Alam pada pukul 5.20 pagi. Kos yang dikenakan adalah sebanyak RM60 untuk yang pergi menggunakan duit sendiri dan RM70 untuk yang menggunakan duit syarikat. Jika sesiapa yang tinggal di sekitar Shah Alam dan berminat untuk menggunakannya, sila hubungi Encik Asri di nombor 019 641 0276.Sepanjang perjalanan, aku berbicara tentang banyak hal dari hal korupsi ke politik tanahair dengan pemandu teksi(bukan En. Asri) dan ia membuatkan perjalanan ke KLIA tidak terasa lamanya. Tiba di sana, aku terus check-in dan setelah selesai terus melantak ayam KFC kerana kelaparan yang amat sangat.

Tuesday, March 01, 2005
South East Asia - Muslim Role Model?
My journey has taken me through Malaysia, southern Thailand and Indonesia, with short stops in Bangkok, Manila and Singapore.
It is a region of great energy, colour and diversity.
Some Muslims look to it as a possible role model - living proof that Islam and modernity are compatible.
Klik di sini untuk artikel penuh

Subscribe to:
Posts (Atom)