Wednesday, March 23, 2005

Mesti pergi!

Jemputan Sidang Media: Melayu Dalam Bahaya

Semua Media Malaysia

Panggilan oleh :
Azwanddin Hamzah
Exco Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Talian : 012-3087088

Satu laporan polis dan sidang media akan di adakan oleh Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Malaysia yang di wakili oleh En Azwanddin Hamzah, Exco Pusat Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat berhubung dengan program “Melayu Dalam Bahaya” tajaan UMNO serta sentimen perkauman yang di buat melalui laman - laman web tajaan mereka yang jelas meniupkan api perkauman antara Melayu dan bangsa lain khususnya kaum Cina akan di adakan seperti berikut:

Tempat :
Balai Polis Campbell
Jalan Campbell
Kuala Lumpur

Jam : 4.30 petang

Tarikh : 24hb March 2005 (Khamis)

Angkatan Muda Parti Keadilan rakyat memandang serius isu perkauman yang di jalankan oleh jentera - jentera UMNO dalam meraih sokongan Melayu untuk parti mereka.

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat menjemput semua wakil - wakil media untuk hadir pada sidang media dan laporan polis pada masa dan tarikh yang telah di sebutkan di atas. Tindakan menakut - nakutkan Melayu dengan sentimen MELAYU DALAM BAHAYA amat merbahaya kepada perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum dan amat kami kesali.

Pihak kami akan mengemukakan juga salinan dokumen sahih mengenai tindakan UMNO dan jentera - jentera mereka dalam memainkan api perkauman untuk meraih sokongan orang -orang Melayu.

Untuk sebarang pertanyaan pihak tuan/puan boleh menghubungi talian 012-3087088.
Sekian Terima Kasih

Azwanddin Hamzah
EXCO Pusat Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Malaysia

No comments: