Golongan anti Siti, bila lagi nak mengutuk Siti
Malaysian songstress Siti Nurhaliza basks in triumph after London performance
AWARD SHOW: Siti’s star still shines
Kesungguhan dan kesabaran yang ada pada Siti Nurhaliza yang aku cukup yakin akan menjadi legenda yang akan dikenang sampai bila-bila merupakan suatu contoh dan model yang perlu diikut oleh rakyat Malaysia. Beliau merupakan ikon zaman mudaku yang aku boleh banggakan untuk diceritakan kepada anak-anak cucu kelak jika dipanjangkan umur.
Kejayaan yang diraih sepanjang penglibatan beliau di dalam arena hiburan cukup untuk aku membuat kesimpulan bahawa ianya seperti kisah dongeng moden. Pakej yang dimiliki beliau amat sempurna dan amat sukar untuk mencari kelemahan yang besar. Aku cukup yakin bahawa sang punya diri juga pasti masih terawang-awang dengan apa yang telah dikecapi selama ini.
Berjayanya konsert beliau di London dan kejayaan merangkul Anugerah Bintang Popular dengan mendapat undi yang cukup banyak merupakan antara puncak kejayaan di dalam kerjaya beliau. Kecekalan dan kesabaran beliau untuk mengenepikan dan tidak memperdulikan segala tohmahan dan fitnah yang tidak berasas daripada golongan-golongan yang iri hati sewajarnya mendapat pujian. Jelas beliau telah memiliki dan menghayati nilai-nilai 'Melayu Baru' yang menolak segala sifat-sifat 'keji' manusia 'Melayu Lama'.
Aku amat teruja untuk melihat respon golongan-golongan anti Siti yang sebahagiannya berselindung di sebalik nama Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan lain-lain di atas pencapaian terbaru ini. Masihkah mereka tetap membenci Siti atas dasar peribadi dan sebagainya? Tidakkah terbuka minda mereka untuk mengiktiraf kejayaan Siti dan mengkritik beliau pada tempatnya? Bolehkah mereka berhenti mengutuk dan membuang sifat-sifat 'keji' yang masih menebal di dalam diri.
Aku amat berharap kepada mereka-mereka yang suka mengutuk dan mengeji individu-individu yang tidak disukai (bidang hiburan) seperti sebagai contoh Siti, Yusof Haslam, Erra dan lain-lain supaya dapat membuat kritikan yang membina dan bersikap professional. Jangan dicampur-adukkan hal-hal yang bersifat privasi dan peribadi di dalam menilai hasil kerja seseorang. Aku walaupun secara peribadi tidak berapa menyukai Erra dan Yusof Haslam, tapi tidaklah sampai mengeji keduanya sebagai sampah, bodoh dsb. Sebaliknya aku lebih gemar untuk mengkritik hasil kerja atau mutu lakonan mereka.
Jadi, buanglah sifat hasad dengki yang begitu kuat dan jauhkan ia daripada menjadi sebahagian daripada cara hidup kita. Jadilah seperti Ayumi Hamasaki dan Utada Hikaru yang bersaing secara sihat. Mari semaikan sikap rasional di kalangan peminat hiburan tanahair baik mereka yang anti atau pro Siti.
No comments:
Post a Comment