Diskusi Warung KsJT, Siri ke-2
Kawan2,
Tarikh: 21 Januari 2006 (Sabtu)
Jam: 3 petang
Tempat: kedai minum Galeri Shah Alam (tepi tasik,sebelah dalam Galeri), depan bangunan PKNS, Shah Alam
Tajuk 1: "Transseksualiti/transsesksualisme dari perspektif undang2 dan perubatan"
Fokus: Pembedahan tukar jantina dan kontroversi dari segi perundangan, agama dan perubatan di Malaysia
Pembentang: Ijan, graduan jurusan undang-undang(Bachelor) UiTM
Tajuk 2: "Patung dan ukiran dalam analisa Semiotika: Satu tinjauan awal patung-patung Raja Shahriman Raja Aziddin"
Fokus: Konsep semiotika dan konsep berhala dalam Islam; kenapa imej manusia & binatang tidak boleh dianggap "berhala" atau menyerupai imej ciptaan Tuhan.
Pembentang: Fathi Aris Omar, penulis kolum, penggerak KsJT
Tajuk 3: " --- dalam proses menunggu --- "
Jika ada apa2 masalah, tolong contact/sms Fathi Aris Omar 019 203 44 88 atau jika 'segan', kontak aku habri @ 19-3083804 / zulhabri@gmail.com
Kertas-kertas dan pembentang-pembentang yang lain (selain 2 paper ini) akan kita sama putuskan di restoran itu; biar kita mula menyusun program2 berikutnya. Sesiapa sahaja (syarat: anak muda!!!) boleh hadir.
NOTA: Belanja minum dan makan ditanggung sendiri. Diskusi percuma, tetapi harga idea tanggungan masing-masing ;)
Thursday, January 19, 2006
Saturday, January 14, 2006
Jom protes Harian Metro malam ni!
PUSARA MEDIA: candle light vigil
satu acara berkabung dan protes atas kematian etika media/journalis dalam melaksanakan tugar dan melaporkan berita-berita yang beranalisis kukuh dan benar.
AKTIVITI:
- berarak daripada PUTRA LRT Bangsar ke bangunan pejabat NEWS STRAITS TIMES
- Harian Metro di Jalan Riong, Bangsar.
- berkumpul dan menyalakan lilin di hadapan pejabat NST.
- persembahan teater jalanan, sajak, speech dan aksi-aksi yang dirasakan patut.
PERHATIAN/PERINGATAN
- sila berpakaian hitam.
- sila bawa lilin dan botol mineral sebagai tapak lilin.
- sila bawa banner, placard, puppets, musical instruments sendiri dengan mesej yang sesuai.
- semua orang boleh participate untuk baca puisi, street teater dan persembahan yang lain.
- perjumpaan/meeting sebelum acara di UBU Bangsar pada hari Jumaat 13/01/2006, pada pukul 8.00 malam.
Tarikh: 14 January 2006 (Sabtu)
Tempat: berkumpul di kawasan bawah stesen PUTRA LRT Bangsar.
Masa: 8:00 - 8:30 malam (masa berkumpul)
Kontak: 016 9045205 / 013 2437092

Monday, January 09, 2006
Time for a non-race based agenda
Oleh Nurihsan Majid
Parti Keadilan Rakyat is a party that is often accused of having only one ideal: to champion the cause of former deputy prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.
The recently concluded national congress however offers a promising sign for the party, and Malaysia as a whole to move forward, in particular replacing the remains of the New Economic Policy.
Klik di sini untuk artikel penuh

Wednesday, January 04, 2006
Workshop kuasa polis
" Bolehkah polis mengambil/meminta I/C anda tanpa sebab?"
" Polis tiba - tiba menahan anda semasa di acara muzik, bagaimana?"
" Polis membuat serbuan di pertunjukan muzik independen, apa yang harus dilakukan??"
" Polis berpakaian biasa cuba menahan anda, apa reaksi sepatutnya?
penyalahgunaan kuasa polis berlaku dimana-dimana dan di pelbagai strata komuniti masyarakat. Pada malam perayaan tahun baru 31 disember 2005, di acara muzik independen yang berlansung di Paul's place, pihak polis telah melakukan satu penahanan yang terang-terangan melanggar prosedur sepatutnya penahanan. Ekoran daripada kejahilan kita dengan hak-hak yang kita ada apabila berhadapan dengan polis menjadikan ia satu titik untuk mereka menggunakan budaya ketakutan, membuli dan melanggar etika penahanan. Dengan mengetahui cara yang sebenarnya berhadapan dengan pihak polis/berkuasa, penahanan dan pembulian oleh polis boleh dihalang daripada awal tanpa perlu meleret hingga ke balai polis/lokap
KETAHUILAH HAK ANDA BERHADAPAN DENGAN POLIS !!
dengan menghadiri bengkel KUASA -KUASA POLIS
(bengkel latihan untuk menjadi pelatih dan membuat bengkel sendiri di tempat masing-masing)
tempat : LOST GENERATION SPACE,
no.11, lorong permai, off jalan syed putra,
robson heights, 50460, KL
( * lihat peta dan public transport ke sana di:
http://www.geocities.com/lostgenspace
tarikh : 7 Januari 2005
masa : 10.30 pagi - tamat (petang)
kontek: 012 243 8406
013 243 7092
organise by FOODNOTBOMBSKL

Tuesday, January 03, 2006
Teh Tarik Punca Ramai Golongan Muda Kena Strok
Klik di sini untuk berita penuh
Hmm, kawan-kawan jika ini benar terpaksalah aku mengurangkan dos harian nescafe tarik yang telah menjadi kewajipan sejak 5 tahun yang lepas menggantikan teh tarik (bahaya juga). Lebih malang lagi aku mula menghirup teh tarik secara kerap sejak berumur 9 tahun lagi. Confirm kena jumpa doktor ni.

Harian Metro yang hampeh!
Tahun baru bermula dengan sesuatu yang buruk, perangai media kita terutama yang berbahasa Malaysia tak pernah berubah-ubah. Sejak zaman pra hinggalah pasca reformasi, propaganda, pembohongan, pemberitaan yang berat sebelah, tipu dusta amat sukar dipisahkan. Apa nak jadi dengan media kita??? Takkan nak harap Pak Lah campur tangan jugak. Nasib baiklah korang ada akhbar versi internet, taklah membazir duit aku nak membeli.
Aku yang hangin,
Habri
Ganti Pesta Langkawi- Harian Metro
Three Of Four "Black Metal" Youths Freed- Bernama
Klik di sini untuk membaca sisi lain so called "Black Metal"
SUARA RAKYAT MALAYSIA
Address: 383, 1st Floor, Jalan 5/59, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Telephone: +6 03 7784 3525
Fax: +6 03 7784 3526
Email: suaram@suaram.org
Web: www.suaram.org
1hb. Januari 2006
Kepada,
1) Tan Sri Mohd Bakri Bin Hj. Omar
Ketua Polis Negara,
Ibupejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
Bukit Aman 50560 Kuala Lumpur
2) Tuan ACP Mohd Dzuraidi,
Ketua Polis Daerah Brickfields,
Kuala Lumpur
Tan Sri IGP dan Tuan KPD,
PENCABULAN HAK ASASI MANUSIA DAN SALAHGUNA KUASA POLIS
PENAHANAN BERAMAI-RAMAI TAHUN BARU DI PAUL’S PLACE DAN KAWASAN SEKITAR
Pihak kami ingin mengutarakan satu operasi polis yang dijalankan pada malam tahun baru – malam Ahad sekitar jam 11 malam di Paul’s Place dan kawasan berdekatan dengannya dimana lebihkurang 380 orang telah ditahan polis.
Kami telah mendapat pelbagai aduan daripada mangsa dan amat dukacita dengan tindakan polis dimana keadaan dan cara penahanan ini dibuat mengambarkan bahawa operasi ini telahpun dirancang sebelum (planned and calculated). Kesemua mereka yang ditahan telah dibawa ke Balai polis Brickfields.
Kami ingin mengutarakan beberapa isu yang pada pendapat kami telah mencabul hak asasi manusia dan merupakan salahguna kuasa polis.
1. Polis membuat penahanan secara sewenang-wenangnya tanpa alasan yang kukuh. Sebab penahanan tidak jelas dimana diberitahu antaranya bahawa ia adalah perhimpunan haram, tiada permit hiburan dan berpakaian tidak senonoh. Apabila pihak Timbalan KPD ditanya oleh Peguam, beliau tidak dapat memberikan sebab penahanan. Ini dengan sendiri melanggar prosedur kerana setiap oang yang ditahan perlu diberitahu alasan mengapa mereka ditahan. Kebanyakan mereka yang ditahan pula memberitahu bahawa mereka tidak diberitahu mengapa mereka ditahan semasa penahanan dibuat.
2. Jika sebab-sebab diatas adalah sebab penahanan polis, pihak kami tidak faham mengapa kesemua mereka yang ditahan harus menjalani ujian air kencing untuk mengenalpasti samada mereka telah mengambil dadah. Polis harus mempunyai sebab yang munasabah untuk membuat sebarang tangkapan dan dalam isu ini nampaknya polis mengambil polisi ‘ tangkap dulu, siasat kemudian’. Maka tindakan mengambil ujian air kencing nampaknya satu tindakan memancing tanpa mempunyai sebab kukuh. Tindakan ini mencabul hak kebebasan rakyat dalam satu sistem demokratik.
3. Kami juga difahamkan bahawa ramai orang yang berada di kawasan sekitar turut ditahan tanpa sebab yang tidak jelas. Ini dengan jelas mengatakan bahawa walaupun mereka tidak terlibat mengambil bahagian dalam ” perhimpunan haram” tetapi mereka turut ditahan polis. Kami diberitahu bahawa separuh daripada mereka yang ditahan diluar premis.
4. Kami juga diberitahu bahawa antara alasan penahanan adalah baju atau pakaian yang dipakai oleh mangsa tahanan kerana dikatakan tidak senonoh. Setiap seorang individu mempunyai hak untuk memakai sebarang pakaian kecuali pakaian tersebut mencabul hak orang lain, orang ramai atau melanggar sebarang undang-undang. Pihak polis tidak boleh sewenang-wenang menahan orang awam berdasarkan lobi pihak-pihak tertentu yang tidak suka dengan pakaian yang dipakai oleh individu lain.
5. Ada juga segelintir yang ditahan diberitahu bahawa mereka ditahan kerana sebagai saksi. Ini dengan jelas adalah penahanan tidak sah kerana mengapa saksi ditahan polis.
6. Kami juga difahamkan bahawa salah seorang yang ditahan kemudian telah dibawa untuk dibuat liputan temuramah untuk pihak TV3 walaupun pada masa tersebut beliau masih ditahan. Tindakan ini amat serius kerana sebelum pun siasatan dijalankan, pihak polis telah mengambil langkah memberi laluan kepada media tertentu untuk mendapat access kepada orang tahanan. Seorang tahanan yang dibawa pada masa tahanan untuk memberi temuramah TV merupakan satu tindakan yang melanggar prosedur dan adalah salahguna kuasa polis.
Kami berharap satu siasatan dibuat kerana kami berpendapat wujud salahguna kuasa polis dan pencabulan hak asasi manusia. Kami kecewa kerana kita melangkah ke tahun baru 2006 dengan imej polis terus tercemar jika isu-isu ini tidak ditangani.
Sekian Terima Kasih dengan harapan tindakan dan siasatan dikendalikan oleh pihak yang berkecuali.
Yang Benar,
S.Arutchelvan
Penyelaras
Sk - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)

Subscribe to:
Posts (Atom)