Thursday, January 19, 2006

Diskusi Warung KsJT, Siri ke-2

Kawan2,

Tarikh: 21 Januari 2006 (Sabtu)
Jam: 3 petang
Tempat: kedai minum Galeri Shah Alam (tepi tasik,sebelah dalam Galeri), depan bangunan PKNS, Shah Alam

Tajuk 1: "Transseksualiti/transsesksualisme dari perspektif undang2 dan perubatan"

Fokus: Pembedahan tukar jantina dan kontroversi dari segi perundangan, agama dan perubatan di Malaysia

Pembentang: Ijan, graduan jurusan undang-undang(Bachelor) UiTM

Tajuk 2: "Patung dan ukiran dalam analisa Semiotika: Satu tinjauan awal patung-patung Raja Shahriman Raja Aziddin"

Fokus: Konsep semiotika dan konsep berhala dalam Islam; kenapa imej manusia & binatang tidak boleh dianggap "berhala" atau menyerupai imej ciptaan Tuhan.

Pembentang: Fathi Aris Omar, penulis kolum, penggerak KsJT

Tajuk 3: " --- dalam proses menunggu --- "

Jika ada apa2 masalah, tolong contact/sms Fathi Aris Omar 019 203 44 88 atau jika 'segan', kontak aku habri @ 19-3083804 / zulhabri@gmail.com

Kertas-kertas dan pembentang-pembentang yang lain (selain 2 paper ini) akan kita sama putuskan di restoran itu; biar kita mula menyusun program2 berikutnya. Sesiapa sahaja (syarat: anak muda!!!) boleh hadir.

NOTA: Belanja minum dan makan ditanggung sendiri. Diskusi percuma, tetapi harga idea tanggungan masing-masing ;)

No comments: