Dr. Faiz Oh Dr. Faiz…
Oleh Ahli Pas Seumur Hidup
Salam ...
Dah macam Faisal Akademi Fantasia  (AF) musim ke 6 pulak..  Tapi kali ni bukan pasal AF yang aku nak  cerita, tapi bagaimana kerajaan di bawah pemerintahan Pak Lah ini menipu  rakyat jelata terutama sekali Dr. Faiz bakal angkasawan negara.
Adakah Dr.Faiz akan jadi angkasawan  yang ke 2?  Pelbagai pertanyaan hinggap di dalam kotak fikiran  aku sebab aku ada terbaca keratan akhbar Kosmo (sebab tu saja akhbar  yang murah) yang Dr. Faiz naik hangin dengan kenyataan Dr. Syeikh Muzaffar  Shukuor supaya menghentikan dahulu penghantaran angkasawan.
Sebelum tu aku ada jumpa boss  lama tempat aku kerja.  Bertanyakan perkembangan dirinya dan keadaan  politik di Malaysia ini.  Aku ni bukanlah orang yang pandai sangat  dalam politik ni, dan taklah sangat tahu tetapi aku dalam proses pembelajaran  ilmu industri politik ni.
Kenapa aku katakan industri  politik?
Masa aku sembang dengan ex-boss  aku ni ada kenalannya yang tahu serba sedikit dengan ‘industri angkasa’  berkata bukan Syeikh Muzaffar yang menjadi calon utama angkasawan Malaysia-yang-pertama.   Terkedu jugak aku apabila ex-boss aku cakap macam tu.  Aku pun  tanya dia balik siapa sebenarnya dan dia jawab pilot MAS yang sepatutnya  naik.
Sebenarnya Syeikh Muzaffar  ni calon no. dua atau tiga saja.  Dari segi ketahanan mental, fizikal  dan survivor, pilot MAS ni yang paling layak, tapi d sebabkan dia pernah  buat operation di kaki secara otomatik dia tak layak.  Di sini  ada satu persoalan dalam kepala otak aku, dah tau tak layak yang ambik  masa selection apa kejadah nya.
Buang masa saja.  Dan  yang paling utama buang duit rakyat.  Terang terang dia dah operate  kaki takan pertengahan jalan tak layak.  Sebenornya dalam pemilihan  ni pon ader main politik jugak.  Apa ketidaknya berebut-rebutlah  Syeikh Muzaffar dan Dr. Faiz melobi untuk naik ke angkasa.  Untuk  naik ke angkasa seseorang itu mesti tidak ada penyakit kronik (semput,  darah tinggi, lemah jantung dll) dan orang itu juga mestilah tak ada  sejarah dalam melakukan operation 
Sebab apa tak boleh?
Sebab masa kita syot nak mendarat  ke bumi, tarikan graviti terlalu kuat dan dada kita akan jadi sendat,  ketat dan sukar bernafas.  Kalau kite ader buat operation maka  jahitan kita akan terbuka dan darah akan membuak-buak keluo.  Tu  sebab pilot MAS tu tak dapat terpilih untuk naik ke angkasa.
Ooo.. baru aku paham.   Dalam kes ni sama jugak dengan kes Dr.faiz, dia kempunan untuk naik  ke angakasa lepas.  Sebab baru-baru ni ‘kan terjadi kes dia kena  tetak dengan parang masa orang nak merompak dia.  Dan Dr faiz telah  menerima 12 jahitan maka dengan ini apa yang diucapkan Pak Lah dan Najib  untuk menyambung projek angkasawan cuma cakap-cakap kosong.
Cukup-cukuplah mengkome tipu  rakyak dan tipu duit rakyat.  Untuk pengetahuan semua Jamaludin  Jarjis digugurkan pun sebab kes angkasawan yang sudah over budget. Inilah  yang dikatakan industri politik.  Mempergunakan orang lain untuk  kepentingan diri sendiri.  Kalau dibiarkan Pak Lah dan Najib berkuasa,  tak mustahil kita akan sama seperti keadaan di India dan Indonesia.
Aku bukan mereka-reka cerita  tapi kome sendiri ada kepala otak untuk piker.  Gunakan akal.   Pikirlah sendiri.
 
Ahli Pas Seumur Hidup adalah  cuma salah seorang pemerhati politik tanah air. Beliau mengambil berat  terhadap segala macam isu politik tanah air. Seorang anak muda, menguruskan  syarikat besar dan terkenal milik kelurganya.
*pertama kali tersiar di  dalam kolum Khabonyer, di http://republikkata.blogspot
 
No comments:
Post a Comment