Sanchu & Yi Jian
UNKL, dari Bandung ke Singapura
Bertemu Sanchu
Selesai mandi dan segalanya, kami ke Peninsular Plaza mencari kaos2 band, Bras Basah untuk bertemu Sanchu dari Mary Martin Booksellers sebelum ke kedai kaos UNKL 347 di Golden Landmark dan seterusnya bertemu Yi Jian, ex-Borderians di BTS yang kini mengaji di NUS di Borders Wheelock Place.
Sembang2 politik dan masa depan negara sambil makan di Far East Plaza sebelum kami berpisah di persimpangan jalan menuju ke HMV.
Gig
Bersemangat vokalis MUCK, Dak toi
Sembang2 sebelum melahap
Macam serius je
Laila's Lounge
Pekan yang lepas, aku berkunjung ke Temasek yang kini dikenali dengan nama Singapura. Tujuannya adalah untuk menyokong rakan2 dari band Ipoh, Muck yang turun membuat persembahan di Esplanade aka Durian.
Buat pengetahuan, Esplanade melalui program On the Waterfront memberikan hiburan percuma kepada khalayak yang membanjiri dan melepakkan diri di Esplanade hampir setiap minggu. Minggu sesudah band2 dari Siam didatangkan dan untuk bulan hadapan tibalah pula giliran band2 dari Indonesia. Kali terakhir adalah persembahan dari SIGIT dan VOX pada Januari lepas.
Selain Muck, band2 Malaysia yang turut beraksi adalah OAG yang mendapat sambutan hangat pada malam pertama iaitu hari Jumaat, Laila's Lounge dari JB dan Azmyl Yunor & The Sigarettes. Ikut hati nak jugak aku tengok OAG perform kat Singapura, tapi apakan daya tuntutan kerja lebih utama. Azmyl dan bandnya yang akan perform pada hari ahad juga aku terpaksa lupakan dek kerana ingin pulang menonton Peterpan di KL malam tersebut.
Apapun persembahan MUCK amat bertenaga walaupun tak ramai yang menonton, nasib baik MUCK dapat berkongsi tuah OAG pada malam sebelumnya yang menarik hampir 1000 manusia muda Singapura. Laila's Lounge yang baru pertama kali aku tontoni juga tidak mengecewakan walaupun aku rasa vokalisnya tidak mempunyai karakter yang menarik.
Tamat persembahan aku dan abang aku menjamu selera di Makan Sutra yang terletak bersebelahan bersama teman2 dari MUCK, MC Emir dari Taman Tun yang kini belajar di SMU dan dua rakan DJ dari Singapura.
Pesta Muzik Alternatif Selangor?
Sembang punya sembang aku, abang aku dan Meor berbincang tentang program Independent Day Out yang dirancangkan pada bulan Ogos nanti. Aku mengesyorkan agar program kali ini dibuat dengan skala yang sedikit besar dan diadakan di Dewan Sivik PJ. Hari ini aku kemukakan idea ini kepada SUK pada Ronnie Liu untuk dipertimbangkan agar kerajaan PR Selangor dapat menyokong dan memberi sumbangan.
Meor tiada tentangan dan Aidil Couples juga agak tertarik dengan idea ini di mana muzik digabungkan dengan buku, bazar seni dan aktiviti2 yang dapat memperkasakan minda anak2 muda. Senang kata counter pada Jom Heboh dan yang seirama yang hanya berperanan memberi hiburan kosong semata. Harap2 program yang dirancang ini akan berjaya dan PAS tidak menghalang.
Belanja
Seperi biasa setiap kunjungan ke negara yang diperintah PAP ini, aku akan meluangkan masa untuk cuba2 melihat dan mungkin membeli barang2 yang mungkin sukar didapati di KL. Hasilnya aku terbeli kasut Macbeth dab abang aku juga terbeli CD Radio Department & The Album Leaf yang akan ku copy ke MP3. Radio Dept pada masa CD ini dibeli sedang berada di Bandung untuk beraksi pada malamnya.
Seks
Jangan salah tanggap, aku tidak melakukan sebarang aksi seks walaupun Geylang menawarkan meal whoresale yang bagi aku tak menyelerakan. Sebaliknya aku dan abang aku menonton filem komedi seks Korea yang bertajuk Sex is Zero 2 yang sangat kelakar dan tak bosan menontonnya walau kepenatan dan mengantuk.
Sebagai rekod aku juga menonton Sex is Zero yang pertama juga di Singapura bersama Shin beberapa tahun lepas sebelum menonton ulang berbelas2 kali bersama member2 yang tak sama dan sama. Tak pernah jemu.
Untuk meneruskan tradisi, aku akan menganjurkan tayangan terhad filem Sex is Zero 2 yang akan dihoskan oleh Aran di rumah beliau pada 10 Mei, pukul 8 malam. Kepada rakan2, sila RSVP secepat mungkin kerana tempat adalah terhad dan amaran tiada pesta seks pada malam tersebut.
No comments:
Post a Comment