Friday, May 02, 2008

Indahnya Sempurna versi Gita Gutawa

Rabu lepas aku menonton filem CINTA versi Indonesia yang dberi tajuk LOVE bersama Hazeera di GSC Pavilion. Kekura tak sempat hadir kerana jalan sesak macam biasa dan rancangan asal untuk marathon filem juga x kesampaian setelah tiket untuk filem Ironman tinggal untuk kerusi depan sahaja.

LOVE tidak menghampakan dan perbandingan dengan CINTA pasti tidak dapat dielakkan. Keseluruhannya menghiburkan dengan berselang-seli lagu yang meruntun jiwa dan emosi. Satu aspek dalam filem LOVE adalah gambaran kedai buku dan buku itu dijelajahi dengan lebih luas tidak seperti CINTA yang agak bosan & tipikal.

Lagu bertajuk Sempurna nyanyian Gita Gutawa terus melekat di dalam hati sehinggakan aku terus ke Uptown untuk membeli CD OST versi cetak rompak (yg ori aku akan beli ke Bandung nanti). Lagu nyanyian asal Andra & The Backbone ini dirasakan lebih enak apabila dinyanyikan oleh Gita, itu pendapat akulah. Apapun klik di sini untuk versi Andra dan di sini untuk versi Gita.

Terima kasih juga kepada Hazeera yang memberi hadiah hari lahir yang telah ku minta sejak dua tahun lepas, hehe. Terima kasih banyak2. Kepada Kekura jangan buat2 lupa hadiah aku, hahah.

Sempurna oleh Gita Gutawa

Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan slalu memujamu

Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Reff:

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..

Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

No comments: