TOLONG  JANGAN  HINA  MAHATHIR
Oleh Hishamuddin Rais
Tiba-tiba  saya menerima satu panggilan telefon dari Pulau Pinang. Si pemanggil ialah  Bakal Awek saya , seorang Minah cun yang bukan anak Mamak atau anak Mami. Dia memberitahu  yang dia baru pulang dari Kedah kerana menghadiri diri  dalam satu perhimpunan United Malays National Oganisation yang bersunat dan  bukan perhimpunan haram yang tidak bersembelih.
Bakal Awek saya ini telah mengkongfirmkan berita bahawa  Tun Dr. Mahathir Muhamad bekas Perdana  Malaysia kita semua telah ‘ terberak dalam seluar… opps .. telah meninggalkan parti United Malays National Organisation’.
( Bakal Awek saya ini adalah agen  yang saya upah untuk  mengekori ke mana sahaja bekas Perdana Menteri kita ini menjelajah) .
Apabila berita itu saya terima maka saya ingin memberi ingatan kepada pembaca dan seluruh warga Malaysia:  Tolong jangan hina Tun Dr. Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri kita semua.
Tolong jangan panggil dia Mamak Kutty. Tolong jangan buka cerita asal usul keturunan Keralanya. Jangan beritahu sesiapa pun tentang ‘application form’ nya ke King Edward College di Singapura yang  bertulis : Mahathir s/o Iskandar Kutty.  Sila jangan minta lihat borang ini yang masih tersimpan di pejabat Tengku Razaleigh.
Beberapa minit kemudian, saya  menerima satu lagi panggil telefon. Kali ini dari junior saya di Malay College Kuala Kangsar. Pada pagi cuti Hari Wesak ini junior saya ini  ternampak Rafidah  Aziz meluru keluar dari kedai dandan rambut. Kasut tinggi tumit Rafidah terpatah. Menurut junior saya ini Rafidah Aziz telah menjerit-menjerit  ‘why…why.. sir  ? Why did you do  this... sir.. ?  Rupa-rupanya si pendandan rambut itu telah membotakkan kepala Rafidah.
Junior saya di MCKK ini juga  telah memberitahu  bahawa Rafidah kini sedang memacu kereta ‘four wheel drive’ nya untuk pulang ke Kuala Lumpur menuju ke Country Heights. Saya difahamkan si Rafidah Aziz ingin  ke rumah Tun Dr. Mahathir untuk meminjam rambut palsu  Datin Siti  Hasmah.
Tolong jangan hina Mahathir.
Saya juga menerima satu panggil dari Berlin,  kenalan lama saya seorang wartawan  di  Frankfurter Allgemeine Zeitung ingin mendapat pengesahan  - apakah betul Tun Dr. Mahathir Muhamad telah meninggalkan  United Malays National Organisation? Wartawan ini juga ingin tahu sama ada laporan AFP yang mengatakan bahawa Mahathir Muhamad akan memasuki parti KIMMA betul atau tidak?
Saya sebagai warga Malaysia yang bertanggung jawab  lagi ingin menjaga martabat kemelayuan  dan ketuanan Melayu   telah mengesahkan dengan sedih medih lagi pilu di hati bahawa memang betul lagi tepat Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty telah meninggalkan United Malays National Organisation. Sayangnya, kemungkinan beliau memasuki  parti KIMMA  seperti yang dilaporkan oleh AFP itu masih belum dapat saya pastikan.
Tolong jangan hina Mahathir. Dan tolong jangan gunakan ayat-ayat kitab-kitab suci  atau merekrut Yang Maha Esa dalam hal ini. Sila jangan hantar sms dengan ayat-ayat berbunyi seperti : Jika tuhan ingin membalas seseorang maka terlebih dahulu dia akan menjadikan orang itu gila.
Tolong jangan ulangi dan jangan disebarkan satu cerita lucah yang berpunca dari Presiden Habibi dari Indonesia. Cerita ini telah tersebar luas pada zaman Reformasi dahulu.  Saya anggap ada satu niat yang tidak baik dan tidak sopan di belakang cerita ini. Mengikut Habibi  rakyat Indonesia menganggap Sukarno betul-betul gila perempuan.  Presiden Suharto  dianggap gila harta kekayaan. Manakala Tun Mahathir Muhamad dianggap  oleh Habibi betul-betul gila.
Tidak lama sesudah saya menerima panggilan dari Kuala Kangsar  ini, saya juga telah menerima satu  lagi panggilan telefon dari kawan saya seorang lelaki India dari Sentul.  Kawan saya ini seorang anggota MIC  yang unggul dengan begitu gembira sekali telah mengulangi berita  Tun Dr. Mahathir Muhamad meninggalkan  United Malays National Organisation. Menurut kawan  saya ini, MIC cawangan Kampung Chu Badak akan mengadakan mesyuarat tergempar  minggu hadapan untuk membincangkan hasrat ahli-ahli MIC yang ingin menjemput Mahathir Muhamad menjadi pemimpin MIC dan menggantikan Samy Velu. Ya asal balik usul.
Tolong jangan hina Tun Dr. Mahathir Muhamad. Sedarlah rakyat Malaysia terutama orang Melayu bahawa  Tengku Abdul Rahman  adalah  sebagai Bapak Kemerdekaan kita  , Tun Abdul Razak ialah Bapak Pembangunan  kita maka Tun Dr.  Mahathir Muhamad tidak lain dan tidak bukan ialah  Bapak Mirzan kita.
Tun Dr. Mahathir Muhamad adalah seorang pejuang nasionalis bangsa Melayu yang begitu gigih, menangis-nangis dan  telah bermati-matian berjuang untuk menaikkan taraf ekonomi bangsa Melayu. Dengan penuh kesedaran dan dengan semangat kemelayuan yang tebal sekali demi untuk menaikkan taraf ekonomi Melayu, Mahathir Muhamad telah meluluskan Akta Tanah yang membolehkan tanah rizab Melayu di jual tanpa di tambah ganti.
Dengan penuh kesedaran, juga untuk membantu ekonomi bangsa Melayu, Mahathir Muhamad telah di kelilingi oleh penasihat ekonomi yang gah lagi hebat. Mereka terdiri dari  Ananda Krihnan, Vincent Tan, Lim Goh Tong, Ting Phek Khiing dan Eric Chia. Mahathir dengan bangganya telah membuktikan kepada orang Melayu bahawa seorang pemandu lori dan seorang penjual insurans boleh menjarah dan merompak ekonomi  negara jika  mereka pandai membodek Dr. M.
          Tolong jangan hina Mahathir Muhamad.
Mahathir Muhamad adalah patriot yang paling tulus lagi ikhlas. Lebih tulen dan hebat dari Patriot misile  yang di buat oleh Amerika untuk menggodam Scud Saddam Hussein.  Mahathir dengan semangat yang  patriotik  telah membuat perjanjian rahsia  dengan Caspar Weinberger  untuk membenarkan tentera  dan soldadu Amerika datang masuk ke Malaysia.  Tanpa Tun Dr. Mahathir Muhamad mungkin orang-orang Melayu tidak ada berpeluang melihat soldadu Amerika mendarat di Port Dickson.
Tidak cukup dengan patriotik,  jiwa Mahathir Muhamad juga  telah  di salur pula  semangat anti-Amerika yang berkobar-kobar. Mahathir dengan terbuka hati telah menjemput Amerika Syarikat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat ‘anti-terrorist’ untuk negara Asia. Kerana begitu patriotik dan anti-Amerika  pusat ‘anti-terrorist’ ini telah  di rahsiakan dari pengetahuan rakyat Malaysia dan orang Melayu. Malah ahli parlimen kita juga tidak mengetahui hal ini. Inilah dia jiwa seorang patriot yang cukup anti-Amerika.
Pusat ‘anti-terrorist’ ini cukup rahsia, sehinggakan anak Mahathir sendiri yang bernama Mukriz tidak tahu menahu apa yang telah dilakukan oleh ayahandanya.  Dengan bangga sekali Mahathir telah menjemput Amerika untuk menubuhkan pusat rahsia ini. Semangat anti-Amerika Mahathir Muhamad ini begitu kuat  sekali. Ini dibuktikan, belum pun sempat runtuhan  World Trade Center di New York di baiki pusat ‘anti-terrorist’ ini telah didirikan entah di mana dalam negara kita ini.  Ini adalah bukti  semangat anti- Haliburton bekas Perdana Menteri kita Tun Dr. Haji Muhamad Mahathir.
Tun Dr. Mahathir Muhamad ialah wira dunia ketika yang betul pro Arab dan anti-Isreal. Dengan senyap-senyap kerana  dasar anti-Isreal yang berkobar-kobar, Mahathir Muhamad telah berunding dalam gelap dengan Shimon Peres di sebuah hotel di Paris. Rundingan dalam gelap ini tidak di ketahui oleh anakandanya  Mukriz yang pada ketika itu turut bersama di Paris kerana sedang mencari ubat menyubur rambut. Hasil rundingan itu ialah lawatan tim kriket Israel ke Malaysia. Inilah contoh wira dunia ketiga yang pro Arab dan anti-Isreal.
Tolong jangan hina Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri kita semua.
Kemelayuan Tun Dr. Mahathir Muhamad ini tidak ada tolok bandingnya. Bayangkan dalam negara kita ada beratus ribu peguam Bumiputera  yang hebat-hebat, lihat siapa yang menjadi peguam peribadi Mahathir Muhamad – tidak lain dan tidak bukan orangnya ialah V.K. Lingam. Ini membuktikan : Air di cincang tidak akan putus. Mana gelap kulit Mahathir gelap lagi kulit Lingam. Hanya yang legam yang dapat melegam yang lain.
Kepada sasterawanis, penulis certot dan pejuang bahasa Melayu what is the because you angry-angry. Kita patut berbangga sama  kerana Tun Dr. Mahathir Muhamad adalah pejuang bahasa Melayu yang jumud lagi kuat kemut. Lihat bagaimana perkataan belanjawan telah diubah kepada bujet. Inilah contoh keglokalan Mahathir Muhamad.
Ingatilah sampai hari kiamat, tanpa  inisiatif imitatif  inovatif yang imaginatif dari Tun Dr. Mahathir Muhamad kita yang positif lagi reflektif menjadikan anak-anak Melayu kita hari ini tidak lagi  tercicir  dalam ‘maths and science’.  Sekarang orang Melayu boleh berbangga kerana seorang anak Melayu telah dapat menumpang kapal angkasa komunis Rusia yang tidak bertuhan  itu. What is the because you angry-angry dengan Tun Dr. Mahathir Muhamad. You Malay must equal hepi hepi.
So, tolong jangan you  shykan dan look bottom   Tun Dr. Mahathir Muhamad. Silap-silap nanti dia masuk Tamil Tigers. END
 
1 comment:
No offense. I personally respect Tun Dr. Mahathir very much. But shouldn't him retired and leave the rest to the rest of the members? He has his son in UMNO and I think he should me more open minded and has trust in others. He just worried too much.
Post a Comment